Wahai Sang Gadis… Bersyukurlah Kerana Doamu Sudah Dimakbulkan!

Posted: Mei 21, 2015 in think tank thought

“Ya Allah… Aku panjatkan doa kepada-Mu agar dikurniai suami soleh yang boleh membimbingku di dunia dan akhirat…Amin.”

Kebanyakan gadis jika diajukan soalan mengenai jodoh, semua mahukan suami yang soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan mereka? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan ‘lelaki soleh’ dimakbulkan Allah.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT…

Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah dengan mengerjakan solat tanpa culas. Jadi, lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kadang kala hingga ke peringkat ‘memaksa’ si isteri mengerjakan solat.

“Apalah suami aku ini. Kacau aku nak tidur saja!” gerutu si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah…

Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah dengan mengenakan pakaian sesuka hati apatah lagi berhias dan bermekap tebal.

“Aku nak berhias, berfesyen pun tak boleh. Kolot!” Bengkak hati si isteri menahan sabar. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup auratnya. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, si gadis berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan dibantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja…

Jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu si gadis dambakan lelaki soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pula tak disukai.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya…

Malah, baktinya kepada ibubapa melebihi isterinya sendiri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu si gadis mahukan lelaki yang soleh, bila sudah dapat apa yang didambakan, marah pula! Sudah lupakah pada doa kamu dulu?

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewahan…

Wangnya digunakan sebaik mungkin mengikut keperluan bukan mengikut keinginan hati, nafsu apatah lagi. Tidak sekali-kali menyara keluarga dengan sumber yang haram dan tidak diberkati. Cukup sederhana dalam segala hal termasuk makan pakainya serta keluarga. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak suka. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Mungkin suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Tetapi, si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya harus bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah SAW sendiri pernah ditawarkan pilihan antara dunia(kesenangan) atau akhirat.

Akhirnya, mereka memilih akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s