Mana Satu Pilihan Anda?

Posted: Julai 29, 2011 in think tank thought

Jangan terkejut jika ketika anda sedang menunggu kenderan awam, anda akan terpandang seseorang sedang ‘membuang hajat’. Itu adalah pemandangan yang agak biasa dilihat sepanjang lima hari penulis serta rombongan berada di negara India.

Terkedu. Itulah reaksi pertama penulis dan teman-teman rombongan lain kerana aktiviti ‘membuang hajat’ atau membuang air di sana boleh diibaratkan sebagai ‘acara beramai-ramai’ tanpa mengira jantina. ‘Pemandangan’ luar biasa ini terpaksa kami saksikan ketika berada di dalam keretapi semasa dalam perjalanan dari New Delhi ke Agra. Perjalanan menuju ke salah satu daripada tujuh keajaiban dunia iaitu Taj Mahal terlebih dahulu disajikan dengan ‘pemandangan luar biasa’ oleh penduduk sebuah negara yang dinobatkan sebagai negara membangun dan ke-11 dunia yang memiliki kekuatan ekonomi.

Itu tidak mengambil kira gelandangan di sana-sini sehingga mendatangkan rasa tidak selesa yang bukan sedikit di hati penulis. Bayangkan, Stesen Keretapi Delhi yang moden itu dicemari dengan lautan manusia (serta haiwan – anjing dan lembu!) yang bergelimpangan. Memikirkan kembali, dengan kapasiti penduduk sekitar 1.1 billion, India menjadi negara dengan jumlah penduduk kedua terbesar selepas China; dan dengan jumlah penduduk yang begitu besar di samping kewujudan sistem kasta yang menebal, pasti besar jugalah jumlah penduduk yang tidak bernasib baik sehingga terpaksa hidup gelandangan sedemikian terutama mereka dari golongan berkasta rendah.

Sukar sekali membayangkan sebuah negara kedua terbesar dunia dengan penduduk Muslim iaitu sekitar 156 juta setelah Indonesia; begitu banyak gelandangan ditambah dengan tahap kebersihan yang sangat kurang dititikberatkan. Membuang air, membuang sampah dan meludah merata-rata adalah antara perbuatan yang lali dilakukan dimana-mana tempat awam di sini. Ketika di hotel penginapan, penulis berkesempatan menonton iklan perlancongan dibintangi pelakon terkenal Shah Rukh Khan yang mengutuk perbuatan-perbuatan yang berpotensi merosakkan industri perlancongan negara tersebut.

Namun, pengalaman melawat ke negara orang ini telah membuatkan penulis terfikir, dalam kita memperkatakan tabiat orang lain, apakah kita sempurna? Tandas awam di negara kita misalnya menjadi salah satu rungutan pelancong di negara kita. Tandas yang kotor dan memualkan menjadi buah mulut pelancong hingga mereka pulang ke negara mereka.

Maka samalah keadaannya. Justeru, mana satu hendak dipilih? – antara tandas kotor, busuk dan memualkan atau ‘membuang hajat’ di tepi jalan?.

Walau apapun pilihan kita, kekotoran di atas hanya bersifat fizikal yang nampak di mata kasar dan boleh dicuci dengan air. Persoalan yang lebih besar adalah bagaimana pula dengan kekotoran di dalam hati manusia? Adakah dengan hanya menggunakan air, kekotoran itu akan hilang? Rasulullah s.a.w bersabda: “Ketahuilah sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosak jualah keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

Hakikatnya, perjalanan kehidupan harian kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan tidak kira sama ada kita sedar atau tidak. Kita terlupa untuk bermuhasabah dan merenung kembali kesalahan yang dilakukan pada hari tersebut; besar mana dosa yang telah kita lakukan? Adakah kita sedar bahawasanya dosa walau sekecil zarah sekalipun akan menerbitkan titik-titik hitam pada hati yang lama-kelamaan akan merosakkan keseluruhan jasad.

Kebersihan hati berkait rapat dengan keteguhan iman seseorang. Apabila manusia melakukan dosa, graf keimanan akan turun menjunam. Tidakkah itu suatu perkara yang merunsingkan kepada kita hamba-Nya yang bergantung kepada keredaan-Nya dalam kehidupan?

Demi kehidupan yang diredai dan sentiasa diberkati-Nya, penulis suka untuk berpesan pada diri dengan mengingati kata-kata nasihat daripada Imam Ghazali yang menyebut: “Apabila sesuatu berlaku ke atas diri kamu, dalam batin kamu, hendaklah kamu guna tiga neraca. Pertama, hendaklah kamu rujuk kepada syariat – pertanyaan sama ada betul atau tidak – jika tidak betul, berpindahlah kepada neraca kedua iaitu menerusi kehidupan orang-orang soleh. Dan neraca seterusnya ialah nafsu. Allah s.w.t. menyebut dalam al-Quran bahawa nafsu menyuruh manusia untuk melakukan mungkar kecuali mereka yang diberi rahmat oleh-Nya”.

Menyorot kembali pengalaman di India, membuatkan penulis terfikir, walaupun tahap kesedaran sivik mereka tentang kebersihan masih ditahap perlu kepada penambahbaikan, budi pekerti dan adab mereka kepada tetamu sangat menyenangkan. Layanan baik yang diberikan oleh Encik Kurshid sekeluarga (sahabat lama kepada ketua rombongan kami) yang amat mengalu-alukan kedatangan kami sangat menyentuh hati. Kedatangan kami disambut dengan makanan tradisional yang sangat istimewa terutamanya roti prata dan naan, puri, serta puding nasi istimewa yang dimasak dengan susu segar ditambah dengan kacang badam dan kismis memang membangkitkan selera!

Bukankah sifat yang ditunjukkan di atas mencerminkan ciri-ciri kebersihan hati yang dituntut oleh agama?

Komen-komen
  1. milf computer berkata:

    Ask her whether any of your current attire says ‘I cross onto the brown side’ haha.
    So no matter where you are, as long as your trusty IPhone is with you – you
    never have to worry about missing out on
    your favorite sexy clips. The list of TV’s Top MILFs Ever is totally inappropriate, questionable in taste, and highly entertaining.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s