Kegilaan Pornografi dan Masalah Penapisan

Posted: Oktober 30, 2008 in think tank thought
Tags: , , ,

DUA belas peratus daripada jumlah keseluruhan laman web di dunia ini adalah laman yang berkonsepkan pornografi. Lebih menarik, industri pornografi internet dipelopori oleh negara-negara Asia terutamanya China, Korea Selatan dan Jepun. Dengan jumlah 4.2 juta laman web lucah dikesan sehingga 2006, ia berjaya menarik perhatian sehingga 420 juta ‘peminat’ di ruang maya (berdasarkan laman web internet-filter-review 2006).

Industri ini memberi pulangan besar kepada keuntungan dunia yang mencecah AS$97 bilion pada 2006. Pulangan industri ini secara keseluruhannya dikatakan lebih besar berbanding syarikat terkemuka seperti Microsoft, Google, Amazon, eBay, Yahoo! dan Apple walaupun menerusi caj serendah 15 sen sehari!

Daripada jumlah itu, AS$3,075.64 dibelanjakan setiap saat khusus untuk pornografi di seluruh dunia, dan pada saat sama 28,258 penonton internet menonton pornografi, 372 pengguna internet menaip terma berkaitan kelucahan daripada enjin carian, manakala setiap 39 minit satu video lucah dirakam di Amerika Syarikat (internet-filter-review 2006).

Pemantauan kandungan internet yang berunsurkan pornografi ini sememangnya sukar. Pengawalan dan penapisan menjadi begitu sukar kerana hampir semua negara sudah kehilangan batas sempadan dalam dunia tanpa sempadan.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan jaminan kerajaan untuk tidak menapis kandungan internet mengikut Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat berkaitan MSC di negara ini.

Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang ada pula terlalu longgar dengan pemeriksaan pengawasan pula hanya dijalankan secara rambang serta berdasarkan aduan.

Perkara ini turut diakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang diadukan, hanya dua boleh disekat. Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.

Penapisan dalam internet turut melibatkan kos yang tinggi. Ia juga lebih sukar dilakukan dari segi teknikal berbanding dengan media maklumat dan komunikasi lain. Hingga kini dianggarkan 74 peratus daripada laman web lucah memaparkan diri mereka sebagai laman web selamat serta mudah dibuka menggunakan enjin carian.

Kajian turut mendapati carian bagi laman web kartun seperti Pokemon, My Little Pony dan Action Man turut dikelilingi beratus-ratus laman web lucah.

Walaupun wujud perisian-perisian yang direka untuk menapis kandungan internet, ia dilaporkan masih lagi gagal menapis kandungan internet secara menyeluruh dan berkesan.

Laporan daripada “Consumer Report” bulan Mac 2001 mendedahkan bahawa perisian-perisian yang dikatakan dapat menapis Internet untuk menghalang kanak-kanak dan pelajar daripada bahan yang tidak dibenarkan dan lucah masih tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Masalah utama yang dikenal pasti adalah perisian tidak mampu menapis kandungan internet dengan sempurna. Malahan wujud juga perisian yang dilihat ‘terlalu sempurna’ sehingga turut menapis isi kandungan internet yang berfaedah.

Masalah turut tertumpu kepada masalah bahasa apabila didapati majoriti perisian yang berada di pasaran lebih menumpukan kepada bahan berbahasa Inggeris sahaja sedangkan bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja juga terdapat dalam bahasa lain seperti Bahasa Melayu.

Tidak dapat dinafikan, dunia sedia maklum bekenaan dengan kebejatan fenomena pornografi ini. Kesan jangka pendek dan panjang mudah dilihat terutama terhadap perilaku remaja dan golongan dewasa pedofilia yang semakin berkembang dan bermaharajalela yang sering kali dipaparkan oleh media massa seantero dunia.

Dunia juga sedia maklum bahawa pemantauan dan usaha penapisan yang dibuat tidak pernah mampu menyekat golongan pengeluar bahan pornografi di internet daripada menyebarluaskan bahan-bahan bejat ini daripada tontonan ‘penagihnya’.

Faktor-faktor seperti tiada penguatkuasaan konkrit, tiada pegangan agama serta wujudnya peluang serta pilihan yang banyak dan murah untuk mendapatkan bahan lucah kini menjadikan kegiatan itu menguntungkan satu pihak, namun pada masa sama meruntuhkan institusi masyarakat.

Internet ibarat mata pisau yang tajam kedua-dua bahagian matanya. Jika digunakan untuk melayari laman-laman ‘pencetus kebejatan’ pasti hasilnya merugikan. Kendatipun begitu, jika digunakan sebaik mungkin, pasti memberikan manfaat kepada penggunanya.

Komen-komen
  1. review berkata:

    It’s an remarkable piece of writing in favor of all the internet
    visitors; they will obtain benefit from it I am sure.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s