Gelombang Media Massa Baru

Posted: Mac 18, 2008 in think tank thought

the_blog.jpg

Gelombang media massa telah melanda negara sehingga dikatakan perubahan politik negara yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) baru-baru ini adalah disebabkan oleh gelombang media baru yang melanda rakyat khasnya golongan belia. Secara sedar ataupun tidak, gelombang yang dihidangkan menerusi internet ini secara beransur-ansur sedang membentuk sikap, pandangan dan budaya baru dikalangan masyarakat.

Jika dahulu, media massa melihat seorang wartawan mewakili keseluruhan pendapat masyarakat tetapi menerusi gelombang baru ini, setiap perbezaan dan ‘suara kecil’ masyarakat akan disuarakan terus-menerus tanpa wujud sebarang sempadan.

Seperti kebenaran yang dilontarkan majalah Business Week, “Teruskan dan bencilah terhadap blog, tetapi anda tidak berupaya untuk menidakkannya kerana ia adalah sumber maklumat yang terkini semenjak internet itu sendiri dan ia akan terus-menerus membongkar dan memporak-perandakan segala-galanya termasuk diri anda.”

Fenomena politik negara dewasa ini memperlihatkan penggunaan blog dan e-mail telah berjaya mempengaruhi pandangan masyarakat. Ia bukan sahaja digunakan sebagai penyebar wadah dan pegangan seseorang individu, tetapi juga telah menjadi medium berkesan sebagai penghubung antara pemimpin atau ahli politik dan masyarakat sasaran. Mereka bebas menyatakan pendapat dan pegangan perjuangan mereka dengan cara lebih ‘bebas’ dan telus menerusi pendekatan mengikut pilihan dan kesesuaian perjuangan yang dikendong.

Ketika media massa menjadi ‘hak milik’ sekelompok kecil golongan elit politik, gelombang media massa baru ini menjadi medium paling berkesan bagi menyebarluaskan gagasan yang dimiliki. Internet menjadi media efektif bagi kelompok ini memandangkan sifatnya bebas dari segi ruang dan waktu tanpa diganggu dan dipengaruhi keadaan sekeliling.

Gelombang media massa seperti blog dan internet ini merupakan suatu medium penyebaran maklumat dan medium berkempen yang berkesan. Menurut Laporan Bivings ke atas hasil kajian penggunaan internet sebagai alat berkempen pilihan raya di Sepanyol pada tahun 2006 mendapati 95 peratus calon menggunakan internet sebagai medium berkempen meningkat daripada 55 peratus bagi tahun 2002.

Melihat kepada kepentingan dan pengaruhnya yang meluas dan tidak dapat disangkal, terdapat desakan daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) supaya mengiktiraf kewujudan internet dan blog sebagai media baru bagi penyebaran maklumat.
Hujahnya, fenomena mendapatkan maklumat menerusi Internet memberi kesan yang amat besar dan ini menjadi sumber maklumat alternatif isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat di negara ini selain turut mempengaruhi media arus perdana dan mengubah dunia kewartawanan pada masa kini.

Terdapat juga kajian mendapati wartawan juga turut menerima perubahan ini dengan sebahagian besarnya menyatakan mereka lebih gemar menulis blog kerana menerusinya mereka dapat menerima maklum balas daripada pembaca terhadap berita yang ditulis. Jika media massa masih lagi terikat dengan kod etika kewartawanan dan undang-undang tertentu, gelombang media baru ini terlepas daripada hal sedemikian. Dikatakan sehingga kini daripada sembilan juta blog yang wujud kini, 40 blog baru akan muncul setiap hari.

Sifatnya yang interaktif ini memungkinkan sesiapa sahaja yang memasuki dunia gelombang media baru ini memberikan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu yang diperbincangkan. Interaksi pro dan kontra, tambahan maklumat dan fakta-fakta baru kemudiannya terkandung membesar dan menyemarakkan lagi komuniti laman sesawang atau blog itu.

Benarlah seperti yang dikatakan Ketua Eksekutif Google Inc., Eric Schmidt dalam tulisannya di akhbar tabloid Sun, dunia talian menambah kuasa orang kebanyakan dengan keupayaan untuk mencabar kerajaan, pihak media dan perniagaan. Ia juga mengurangkan jurang sedia ada antara masyarakat dan maklumat, membolehkan akses lebih terbuka untuk pengetahuan manusia.

Di dalam senario negara kini, gelombang media baru ini berperanan membawa suara-suara alternatif yang menyamai suara kebebasan dalam setiap ulasannya. Ia bukanlah ubat mujarab untuk budaya yang sudah jenuh dengan media, tetapi mudah-mudahan ia adalah salah satu peredanya.

Komen-komen
  1. zain berkata:

    Assalamualaikum…

    Dimanakah lagi luahan hati rakyat dapat disalurkan dengan segala ketelusan walaupun kekadang sedikit emosi dan tidak dapat mengubah keadaan keseluruhannya tetapi sekurang kurangnya di medium inilah mereka dapat meredakan segala yang terbuku dihati walaupun disatu pihak mengatakan ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk perkembangan dunia yang sihat.

    ‘Bukannya apa yang dapat dilakukan oleh kecanggihan teknologi bagi anda, tetapi apakah yang anda dapat lakukan dengan teknologi yang canggih itu bagi anda‘.

  2. idah berkata:

    media pencetus revolusi keperibadian remaja…

    saya ingin persoalkan adakah media memberikan kesan yang positif atau lebih banyak memberikan pengaruh yang negatif dalam kalangan remaja??

  3. Think tank berkata:

    perkara ini tidak dapat dipastikan melalui lebih atau kurang kesannya terhadap remaja kerana dalam apa jua urusan, penebat dan penapis akhir adalah remaja itu sendiri…tepuk dada tanya iman..
    wallahu’lam…;)

  4. John Tong berkata:

    Saya tidak faham,ini sesuatu topik yang sangat mengelirukan.

  5. Think tank berkata:

    maaf..jika artikel ini mengelirukan anda…artikel ini lebih kepada isu penggunaan internet sebagai medium penyaluran ideologi selain medium maklumat…

  6. nurul 'n' jue berkata:

    assalamualaikum..media massa memeng pengaruh yg sangat kuat kpd remaja terutamanya.kami adalah remaja masa kini.tlg berikan nasihat kpd kami spya kami tdk terpengaruh dgn media massa.

  7. EzineArtikel.com berkata:

    Media Baru di Malaysia sekarang berkembang pesat. Saya harap bukan saja ahli politik mengambil peluang ini tetapi juga ahli usahawan janggan ketinggalan dalam menggunakan media baru untuk mengembangkan perniagaan mereka. VIDEO, PODCAST, WEBSITE – MEDIA BARU http://www.ezineartikel.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s