Kemudahan Berbelanja Menerusi Kad Debit

Posted: Disember 28, 2007 in think tank thought

visalclip.jpg

Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan penggunaan kad kredit yang pada mulanya dikatakan menawarkan kemudahan kepada pengguna. Namun tidak kurang, banyak pula yang memperkatakan tentang keburukan dan kesannya yang berupaya mengheret penggunanya ke lembah muflis!

Statistik menunjukkan awal tahun ini sahaja sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan negara ini dengan purata pemegang memiliki tiga kad kredit seorang. Laporan mendedahkan sebanyak 78,141 kes muflis dicatatkan dalam masa lima tahun sehingga tahun lalu dan hampir sembilan peratus berpunca daripada hutang kad kredit. Pada tahun 2005 sahaja, 1,497 pemegang kad kredit dikenakan tindakan mahkamah dan diisytihar muflis kerana gagal membayar hutang yang berjumlah RM167.6 juta.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S.Veerasingam dalam laporan akhbar, statistik bagi awal tahun ini sahaja menunjukkan sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan negara ini dengan purata seorang pemegang memiliki tiga kad kredit!

Bayangkan berapa ramai lagi yang bakal berstatus muflis dalam jangkamasa lima tahun dari sekarang.

Kehadiran dan kewujudan kad kredit dan pelbagai lagi ‘pengganti wang tunai’ ini tidak dapat dinafikan hanyalah bertujuan memberikan kemudahan kepada pengguna selain menjanjikan keselamatan wang tunai pengguna. Namun apa yang menjadikannya sebagai beban dan masalah adalah ketidakcekapan pengguna mengawal nafsu berbelanja mereka.

Kini, tidak habis cerita perihal kad kredit, muncul pula kad jenis baru yang dipangil kad debit.

Kad debit seperti juga kad kredit atau kad mesin teler automatik (ATM) tetapi berfungsi seperti wang tunai atau cek peribadi. Kad debit mengakses wang yang didepositkan dalam akaun bank pengguna secara langsung.

Perbezaan kad debit dengan kad kredit adalah kad kredit menggunakan konsep “beli sekarang, bayar kemudian”, manakala kad debit pula menggunakan konsep “beli sekarang, bayar sekarang”. Ini bermaksud apabila pengguna kad menggunakan kad debit untuk melakukan pembelian, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun bank pengguna.

Manakala kredit pula bererti pengguna menerima ‘pinjaman’ daripada bank atau institusi kewangan dalam jumlah yang tertentu berdasarkan perkara-perkara seperti sejarah kredit pengguna, pendapatan pengguna, hutang dan kebolehupayaan pengguna melunaskannya.

Selepas membuat pembelian dengan satu kad kredit, pembelian itu menjadi jumlah yang perlu dibayar selepas satu ‘tempoh tangguh’ yang mana dalam tempoh itu tiada caj kewangan dikenakan. Selepas itu, baki yang perlu dibayar boleh dibayar sepenuhnya atau dibayar secara ansuran bulanan dengan faedah. Ini biasanya dikenali sebagai kredit pusingan (sumber: mymoneyskills).

Sesetengah pengguna kad mengenakan faedah kad kredit dari tarikh belian sama ada akaun pemegang kad mempunyai baki yang dihutang atau tidak. Kadar faedah kad kredit, pengiraan faedah, yuran tahunan dan syarat pembayaran balik mungkin banyak berubah mengikut ketetapan institusi kewangan atau bank yang berkaitan.

Berbeza dengan kad kredit, konsep kad debit pula amat mudah. Bersesuaian dengan namanya yang membawa erti ‘menolak’, sebarang urus niaga menerusi kad debit akan ditolak daripada baki yang terdapat di dalam akaun simpanan atau akaun semasa bank yang mengeluarkan kad debit tersebut. Dengan kata lain, sebanyak mana wang dalam akaun kita sebanyak itulah wang yang boleh dibelanjakan menggunakan kad debit.

Seorang pemegang kad debit mungkin tidak menyedari bahawa dia memiliki kad tersebut. Kad debit juga boleh dianggap sebagai kad ATM yang telah dinaiktarafkan dengan ciri-ciri debit.

Oleh yang demikian itu ciri-ciri penggunaan kad ATM yang dinaiktaraf ini turut telah ditambah bukan sahaja bagi tujuan pengeluaran tunai tetapi juga bagi sebarang pembelian di mana-mana pusat membeli-belah, restoran, kedai-kedai runcit, stesen minyak atau peniaga yang mempamerkan nama atau logo kad pengguna.

Seperti juga kad kredit yang mengutamakan kemudahan penggunanya, terdapat kad debit yang boleh digunapakai bukan sahaja di dalam negara sahaja tetapi juga diperluaskan bagi kegunaan antarabangsa bagi pengguna yang gemar melancong atau yang sering berurusan ke luar negara dan bagi kegunaan pembelian menerusi talian internet.

Pengenalan kepada kad debit ini merupakan suatu langkah yang bijak kepada pengguna mengawal aliran kewangan mereka. Menerusinya, pengguna boleh merancang perbelanjaan mereka mengikut jumlah simpanan yang terdapat di dalam akaun mereka. Dengan cara ini sudah tentu membolehkan pengguna menentukan sendiri had perbelanjaan mereka dengan lebih bijak dan berhemah yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar muflis di kalangan pengguna terutamanya mereka yang memerlukan suatu kaedah ‘mengekang nafsu berbelanja’ terutama di musim-musim jualan murah kini.

Komen-komen
  1. Camalia berkata:

    Sy pengguna baru. Alhamdulillah sy telah bertemu dulu dgn kad debit bukan kad kredit… Penjelasan yang memuaskan dan melegakan. Thanks!!

  2. ITQAN berkata:

    Tq soo much!
    sy dapat tau lbh byk informasi dpr apa yg telah ditulis..
    thnks..

  3. Jasson Noris berkata:

    Saya ingin tahu, apakah syarat2 yang perlu untuk memiliki kad debit….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s