Bioteknologi: kelebihan dan ancamannya terhadap sarwajagat

Posted: Disember 18, 2007 in think tank thought

dna-molekyl-r.jpg

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.

Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.

Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.

Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.

Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:

• Pembangunan Bioteknologi Pertanian – merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.
• Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
• Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan – Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.
• Pembangunan Bioteknologi Perindustrian – Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.
• Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi – Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.
• Pembangunan sumber tenaga – Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.
• Pembangunan prasarana kewangan – Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
• Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan – Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.
• Kedudukan strategik – mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.

Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.

Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.

Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”

Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168).

Advertisements
Komen-komen
  1. ejam says:

    saya nak cari maklumat tentang kepentingan bioteknologi dengan kadar yang segera

  2. isme says:

    saya nak cari maklumat tentang kepentingan bioteknologi dengan kadar yang segera

  3. zal says:

    perbanyakkan lagi maklumat tentang bioteknologi

  4. baby says:

    sila letakkan maklumat yang lebih lengkap dan tersusun mengenai kjuruteraan genetik..
    latakr belakang,kepentingan,faktor2,impak positif & negatif, masalah dan langkah penyelesaian

  5. shamiha says:

    saya ingin tahu tentang maklumat bioteknologi dengan lebih terperinci lagi.

  6. zarull says:

    sy memerlukan maklumat tentang bioteknologi…yang lebih mengkhusus kepada kebaikan dan keburukan serta serba sedikit tentang sejarah bioteknologi..
    kalau boleh berserta gambar untuk dibuat tugasan @ assignment..

  7. maya says:

    saya nak tahu apa saja barangan masa kini yang dipasarkan dengan kebolehan bioteknologi.

  8. wawa says:

    saya ingin tahu dengan lebih terperinci kaitan antara bioteknologi dengan hartanah

  9. asmit says:

    saya ingin mencari dengan lebih terperinci tentang pengurusan sumber manusia menurut perspektif islam dari segi definisi,kelebihan dan faedah-faedahnya dari pandangan islam….saya harap maklumat yang saya ingin ketahui ini dapat di jelaskan secepat yang mungkin…

  10. kaisara says:

    saya ingin tahu tentang kepentingan dan kesan bioteknologi dengan kadar yang segera.

  11. momo says:

    saya nak cari maklumat mengenai kesan sampingan kaedah ubah suai genetik terhadap organisma.(organisma transgenik)

  12. wan says:

    saya nak cari aartikel tentang genetik makanan pada pandangan islam…
    kalau boleh berserta dengan gambar penghasilannya….

  13. ain says:

    boleh tolong beri lebih banyak maklumat mengenai keburukan sains dan teknologi terhadap alam dan manusia…?thx!!

  14. hasni says:

    saya nak tahu sejauh mana bioteknologi memberi kesan yang positif terhadap pembangunan industri pertanian di malaysia

  15. ida says:

    em…perbanyakkan lagi maklumat tentang bioteknologi iaitu dari segi kepentingan,faktor,kesan dan langkah-langkah menggiatkan aktiviti ini dalam kalangan masyarakat.

  16. eila says:

    perbaiki lagi grafik dalam laman web ini agar dapat menarik minat para remaja dalam mengetahui ilmu berkaitan dengan bidang bioteknologi…

  17. redza says:

    Salam, sy nk twu apa kelebihan & kelemahan biotechnology kepada sains & teknologi Islam…. Adakah biotech ni melanggar hukum2 Allah? Adakah biotech ni mengubah ciptaan Allah?

  18. juju says:

    terima kasih atas maklumat yang berguna ini. saya sangat menghargainya

  19. ieza says:

    saya nak cari aartikel tentang genetik makanan pada pandangan islam…
    kalau boleh berserta dengan gambar penghasilannya….

  20. lop says:

    lalallalalallalaalla

  21. tony says:

    teknologi pada masa kini dicipta berdasarkan apa yang boleh dibuat dan bukannya apa yang diperlukan oleh manusia.Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.terangkan berkenaan biologi sahaja.

  22. bebby says:

    lebih baik di presentkan dalam bntuk point…

  23. syafa says:

    salam….saya nak tahu mengenai keberkesanan penggunaan bioteknologi dalam produk kecantikkan.harap dapat membantu saya

  24. syafa says:

    saya ingin tahu maksud bioteknologi.

  25. Noor Fatin Amira says:

    mau tau bnyk lg sal biotek nie lg…………lg2 sskang nie msim h1n1……..

  26. Noor Fatin Amira says:

    hope impian sy ntok jdik ahli biotek yg plg gmilang n dpt hdiah nobel t’cpai……..amin………. ayo,,,,11 m’sia-rkyt d dhulu kn,pncpaian d utma kn!!!!!!!!!!!

  27. Noor Fatin Amira says:

    sy mau tau d mana kte bley mnyambung pengajian dlm bdg bioteknologi & agama

  28. ika says:

    saya nak tahu maklumat tentang perspektif islam terhadap penggunaan nuklear dan pengklonan manusia serta kesannya terhadap manusia @ umat islam sekarang.

  29. PK sendiri says:

    korang kl nk dapatkan maklumat lebih, kena usaha.

  30. macha gopal says:

    saya nak tahu tntg apa keberkesanan bioteknologi ini untuk agama islam? dptkah ia kembali memartabatkan produk islam? sila jawap

  31. budak hutam upm says:

    apa kelebihan bioteknologi dalam bidang pertanian di malaysia khususnya di Sarawak. Senaraikan satu persatu. TQ Majulah Saya untuk Negara

  32. lin says:

    saya nak cari kepentingan bioteknologi dengan detail…….

  33. wanie says:

    sesape yg ada maklumat tentang sintetik biologi iaitu teknologi bio yg lbih advance dr biotek, sudi2kanlah berkongsi maklumat tersebut….lebih bagus kalu maklumat 2 dihubungkan dgn perspektif Islam…thx

  34. muza says:

    sya nak lbh tahu mengenai kegunaan bioteknologi dalam aspek makanan, apa kegunaan bioteknologi khususnya pada bidang pemprosesan makanan??

  35. abdurrahman says:

    bagi saya jenis penyakit tentang the effects of genetically engineered food for human health dengan segera ok….

  36. aicah says:

    nak taw kepentingan biotek dalam bidang pertanian dan penternakan

  37. aida_kedah says:

    apa kesan buruk manipulasi genetik dalam pertanian…sapa bley tlong gtau

  38. erny says:

    saya ingin tahu sumbangan bioteknologi dalam memelihara alam sekitar dan manusia sejagat dan langkah2 bagi merealisasikan.

  39. casey says:

    saya nak tahu peranan bioteknologi terhadap pemeliharaan alam sekitar

  40. azrin says:

    blh sy taw ape kpntingan bioteknolgi dlam pertanian

  41. menurut saya tanaman genetik harus lebih di kencangkan karena untuk menunjan keberhasilah anak bngsa

  42. bolan says:

    tak kacak lah bro

  43. siti hajar says:

    Di mana arh maw cari faktor-faktor kewujudan bioteknologi ni..

  44. akhmal says:

    saya nak cari kesan bioteknologi terhadap ruang kehidupan manusia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s