Parafilia penyebab kematian Nurin

Posted: September 21, 2007 in think tank thought

nurin.jpgKesudahan kepada cerita kehilangan Nurin Jazlin Jazimin sangat mendukacitakan. Kanak-kanak comel yang diharapkan akan pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat itu ternyata hanya tinggal harapan.

Apalah kesalahan anak kecil berusia lapan tahun itu diperlakukan sebegitu?

Cara pembunuhannya langsung tidak boleh diterima akal fikiran manusia normal. Bukan bernama manusia sehingga sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak yang menghidap sakit buah pinggang dan darah tinggi itu sedemikian rupa.

Bukan sahaja Nurin, tetapi ramai lagi kanak-kanak malang lain yang diperlakukan sebegitu antaranya peristiwa menyayat hati yang berlaku kepada adik Ang Bee Hong yang ditusuk kayu ke dalam kemaluannya pada 12 April 1987.

Dua kes sama turut berlaku pada 29 Jun lalu apabila seorang kanak-kanak disumbat kemaluannya dengan terung membabitkan seorang lelaki yang digelar ‘lelaki kucing’. Manakala kes kedua yang berlaku pada 3 Julai lalu turut melibatkan ‘lelaki kucing’.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan mendekati kanak-kanak lalu berpura-pura kehilangan seekor kucing sambil menanyakan kepada mangsa sama ada mereka pernah melihat kucingnya yang hilang itu atau tidak.

Jika dilihat daripada sudut psikologi, individu secara seksualnya cenderung dan menyimpang dari norma-norma dalam hubungan seksual mengalami suatu keadaan tekanan jiwa yang disebut sebagai Parafilia.

Parafilia berasal dari bahasa Yunani: ‘para’, yang bermaksud di luar kebiasaan, dan ‘filia’ yang bermaksud cinta. Umumnya penderita Parafilia disebabkan oleh pengalaman hidup yang tidak menggembirakan serta mengalami kehidupan kanak-kanak yang tidak sempurna, sentiasa berasa tertekan dan menyakitkan hingga memberikan tekanan jiwa kepada penderita.

Penderita Parafilia pada kebiasaannya mempunyai khayalan dan perilaku seksual berulang dan kuat melibatkan objek tertentu serta gemar menimbulkan penderitaan kepada mangsa atau pasangannya melalui kekerasan tidak kira kanak-kanak atau wanita dewasa.

Sebahagian besar penderita Parafilia adalah lelaki dan mereka biasanya menderita lebih dari satu jenis Parafilia. Parafilia mempunyai pelbagai bentuk iaitu:

Fetishisme

Penderita menyukai aktiviti seksual dengan melibatkan objek berbanding manusia. Penderita akan terangsang dan berasa puas secara seksual sekiranya mereka memakai pakaian dalam milik orang lain, memakai pakaian atau bahan yang diperbuat dari kulit, memegang, menggosok-gosok atau menghidu objek tersebut.

Transvestisme

Bagi penderita transvestisme, penderita gemar mengenakan pakaian berlawanan jantina serta menjurus kepada amalan transeksual iaitu mengadakan hubungan seks sesama jantina.

Pedofilia

Penderita Pedofilia berkecenderungan melakukan aktiviti seks dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. Seseorang penderita Pedofilia mengalami emosi dan fikiran yang terganggu serta dipenuhi dengan imaginasi seks dengan kanak-kanak. Penderita juga mungkin hanya tertarik pada kanak-kanak pada usia tertentu sahaja. Tidak kira lelaki atau wanita, penderita Pedofilia juga berkecenderungan melakukan sumbang mahram serta menggunakan paksaan atau kekerasan untuk melakukan hubungan seks.

Eksibisionisme

Penderita Eksibisionisme atau ‘flasher’ biasanya melibatkan kaum lelaki. Penderita akan mempamerkan alat kemaluannya kepada orang lain tanpa diduga kerana hal yang demikian mendatangkan kepuasan seksual kepadanya. Selepas melakukan berbuatan tersebut, penderita biasanya akan melakukan onani. Hubungan seksual dan kes rogol juga jarang berlaku di kalangan penderita Eksibisionisme.

Voyeurisme

Penderita gemar mengintip secara bersembunyi dan akan terangsang jika melihat orang menanggalkan pakaian, bertelanjang atau sedang melakukan hubungan seks. Ia sering terjadi kepada kanak-kanak dan remaja lelaki.

Masokisme dan Sadisme

Masokisme merupakan tingkat kenikmatan seksual yang diperoleh jika penderita sendiri dilukai, diancam atau dianiaya. Manakala Sadisme pula adalah tingkat kenikmatan seksual yang diperoleh jika mangsa atau pasangan dilukai, diancam atau dianiaya. Kepuasan seks akan dinikmati menerusi kesakitan dan jeritan penderita, mangsa atau pasangannya. Ia juga berupaya mendatangkan kematian.

Parafilia…terbukti kaulah pembunuhnya. Apa dosanya anak kecil sekecil Nurin sehingga kau memperlakukannya sebegitu? Kurung kegilaan kau hanya untuk diri kau sahaja. Jangan menyebarkan kegilaan kau ke seluruh sarwajagat ini. Kepada Nurin, Al-Fatihah untukmu. Amin.

Komen-komen
  1. life of aku berkata:

    manusia hilang pertimbangan, bila syaitan dan nafsu menguasai diri … akhirnya, nauzuabillah ….

  2. sillaturahim berkata:

    Yang lemah jua menjadi mangsa

  3. oghang berkata:

    Sula saja anu penjenayah berkenaan.. dan sumbatkan ke dalam beg… dan tinggalkan di tepi kedai nombor ekor pulak.

  4. ilham07 berkata:

    manusia, manusia…
    bila Tuhan tak ditakuti…
    macam2 boleh t’jd…
    tiap orang tak ketahuan…
    hala hidupnya sendiri…
    maka rosaklah di sana sini….

  5. sharudin berkata:

    Salam
    Saya telah memetik artikel anda
    Terima kasih

  6. Think tank berkata:

    memang layak disifatkan sebagai azazil, bapa segala iblis!

  7. unknown berkata:

    kami pelajar2 mrsm pendang bersimpati dgn apa yang terjadi keatas adk nurin. pembunuh itu bukan saja layak digelar iblis, tapi binatang! malah binatang pun tidak begitu durjana.. kami berharap agar pembunuh itu mati dengan cara yang dilakukan kpd nurin..

    moga2 roh nurin bersemadi dgn aman..
    amin..

    Al-Fatihah..

  8. Think tank berkata:

    an eye for an eye…betul tu. apa yang dilakukan kepada allahyarham, diperlakukan kepadanya pula.

  9. ~shidarina~ berkata:

    sedih dgn kes adik nurin dan mangse2 yg lain..
    dorg ni patut kena rejam smpai mati…
    biar ‘pesakit’ yg lain x brani wat bnde yg same..
    nauzubillah..

  10. Think tank berkata:

    setuju…pelakuan yang tak dapat diterima langsung!

  11. Puteri berkata:

    memang teruk kenapalah dia yg jd mangsa seharusnya sebelum penjenayanh dikenakan hukumn kerajaan perlu sediakan satu lori dan pamerkan penjenayah round satu malaysia biar malu muke die..baru dia tahu balsan yang terbaik..

  12. fioletcuterz berkata:

    parafilia mmg xpatut blaku kat manusia yang waras..org bersifat binatng je mcm ni…wajib n msti bg pembalsan secukup-cukupnya kat dorg yg buat kerja terkutuk ni..xpsl2 ank org, bdk kecil yg xtau apa2 jd mangsa perlakuan dorg yg betul2 menjijikkan…insflah bg mereka yg ada parafilia ni..semoga mereka akn dibagi blasan yg setimpal dgn apa yg mereka buat…buat parents arwah adik nurin..bnyk2 bersabar.. setiap kejadian ada hikmahnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s