Memperkasakan Pertahanan Negara

Posted: Julai 31, 2007 in think tank thought

askar.jpg

 

Islam Hadhari yang diperkenalkan kerajaan telah menggariskan sepuluh pendekatan dan prinsip utama yang perlu digerakkan oleh pemerintah atau masyarakat dalam mengadaptasikan pendekatan Islam. Antara yang dinyatakan adalah keperluan mempunyai kemampuan pertahanan yang kuat.

Tanpa pasukan dan sistem pertahanan yang kuat dan mampu menghalang ancaman yang dihadapi negara, kita semua tidak akan boleh menikmati kebebasan, peluang, kesejahteraan dan keamanan yang diidamkan. Dasar Pertahanan Negara (DPN) telah menggariskan beberapa prinsip asas yang perlu diikuti bagi mencapai objektif pertahanan negara.

Secara umumnya, DPN diformulasi bagi mencapai objektif mempertahan dan melindungi kepentingan-kepentingan strategik negara. Sehubungan dengan itu, DPN yang sedia ada telah mengambil pendekatan bahawa pertahanan Malaysia dilaksanakan bagi melindungi kepentingan-kepentingan strategik negara yang terdiri daripada :

– Kawasan utama meliputi wilayah darat Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak, serta seluruh kawasan perairan dan udara yang berada dibawah dan diatasnya
– Kepentingan ekonomi persisiran pantai meliputi – Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan sempadan pelantar benua di Laut China Selatan; dan
– Kawasan strategik perairan dan ruang udara iaitu:
i. Laluan Udara dan laut yang menghubungkan Semenanjung Sabah
dan Sarawak,
– ii. Selat Melaka dan laluan-Ialuannya
iii. Selat Singapura dan laluan-Ialuannya

DPN secara jelas telah menyatakan keperluan
mempertahankan kepentingan strategik negara, terutamanya Kawasan Utama dengan segala upaya dan usaha dari sebarang ancaman dan pencerobohan luar. Malaysia tetap berpegang kepada keperluan bahawa pertahanan perlu diguna secara berhemat bagi menuju ke arah pembangunan membentuk negara yang kekal progresif, aman dan maju. Oleh kerana itu negara perlu mempunyai satu sistem pertahanan yang kukuh supaya tidak dapat diceroboh, diserang atau cuba ditakluk. Pertahanan kawasan utama, kawasan berkepentingan ekonomi dan kawasan strategik perlu diperkasakan.

Perlu dinyatakan disini bahawa objektif ini seboleh mungkin dicapai dengan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia, dan bukan secara perlumbaan senjata dan penonjolan aksi-aksi agresif. Dalam surah AI-Baqarah Ayat 216 Allah berfirman maksudnya:

“Diwajibkan keatas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci”.

Dalam ayat ini Allah secara jelas menyuruh umat islam menyiapkan diri dengan membina kekuatan bagi menghadapi ancaman perang. Ini bermakna peperangan itu mungkin terjadi dan kita patut bersedia kerananya.

Dalam melaksanakan objektif pertahanan Negara, DPN telah menggariskan prinsip-prinsip asas pertahanan yang akan diikuti. Prinsip-prinsip ini dibangunkan di atas kesedaran mewujudkan pasukan dan sistem pertahanan yang kuat, mampu menghalang ancaman yang dihadapi dan pada waktu yang sama menguatkan masyarakat, membawa keutuhan ummah dan memaju serta membangunkan negara.

Prinsip-prinsip asas pertahanan negara adalah sebagaimana berikut:

-Pertahanan Berdikari
-Pertahanan Manyeluruh
-Diplomasi Pertahanan
-Menyokong Usaha PBB Kearah Keamanan Global

Melalui prinsip-prinsip ini Malaysia berhasrat untuk mendapatkan satu pasukan pertahanan yang kuat, yang mampu mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dari ancaman, boleh berdepan dengan isu-isu keselamatan dalam negeri melawannya secara bersendirian, tanpa perlu bergantung kepada bantuan asing. Sehubungan dengan itu negara perlu memperlengkapkan pasukan keselamatan dengan sokongan logistik asas, sumber tenaga manusia dan industri pertahanan yang berdaya maju bagi memastikan operasi pasukan ini mampu kekal dan bertahan pada setiap masa, ketika dan keadaan. Keperluan berperang diguna bagi mempertahankan dari ancaman serta sebagai faktor sampingan dan bukan dengan tujuan yang agresif dan melampau. Negara tidak bercita-cita menyerang negara lain tetapi tetap bersedia mempertahankannya jika diserang.

Persediaan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kuat, seimbang dan kredible telah dipastikan pelaksanaannya. Ini termasuklah usaha-usaha menubuhkan pasukan Angkatan Bersama. Kesatuan tindakan antara Tentera Laut, Darat dan Udara perlulah digembelingkan dalam semua segi dan tindakan.

Bagi menyokong keupayaan pertahanan Malaysia, dua elemen penting perlu diberi perhatian. Elemen-elemen tersebut ialah industri pertahanan tempatan dan sains dan teknologi pertahanan. Keutuhan kedua elemen ini, selain dari memantapkan pertahanan negara, dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi rakyat dan pembangunan negara.

Dalam melengkap dan memantapkan prinsip pertahanan berdikari, antara lain, kerajaan telah mengambil pendekatan “Pertahanan Menyeluruh” yang bermaksud bahawa rakyat, kerajaan dan badan bukan kerajaan (termasuk pihak swasta) bersatu hati dan usaha untuk mempertahankan negara.

Pendekatan ini mempunyai lima elemen utama iaitu Kesiagaan Keselamatan, Keutuhan dan Perpaduan Masyarakat, Kesiagaan Awam, Daya Tahan Ekonomi dan Keutuhan Psikologi.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfal ayat 60 yang membawa maksud:

“Dan sediakanlah untuk menghadapi mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dianiayai (dirugikan).”

Justeru, bagi menjayakan konsep ini, langkah mempersiapkan jatidiri dan kemahiran untuk tujuan pertahanan menyeluruh terhadap komuniti bukan tentera harus diberi peranan seawal mungkin.

Bermula seawal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anak-anak muda harus mula disedarkan tentang peranan ini dan dilanjutkan kepada penglibatan sebagai anggota pasukan simpanan (PSS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di IPT, Pasukan Latihan Anggota Sukarela (PLAS) di Politeknik, Kolej dan sebagainya.

Seterusnya Malaysia menyedari bahawa dalam usaha memperkasakan pertahanan negara, kita tidak dapat bertindak secara sendirian. Di samping itu, kerjasama yang erat dengan negara-negara sahabat secara langsung akan dapat mengelak dan menghalang konflik dan tercetus, meningkat atau merebak yang mana akan menjejaskan keamanan dan kestabilan.

Pendekatan secara halus ini juga berjaya membawa kemodenan kepada ATM melalui pemindahan teknologi dan perkongsian pintar antara industri pertahanan dan organisasi sains dan teknologi tempatan dengan rakan-rakan dari negara luar.

Sains dan teknologi merupakan satu elemen penting dalam pembangunan teknologi pertahanan masa kini. Kebanyakan perkakasan dan kelengkapan pertahanan berlandaskan teknologi tertentu yang hanya boleh dikendalikan melalui pengetahuan dan kemahiran khusus dalam bidang tersebut.

Dalam ketenteraan, sokongan sains dan teknologi diaplikasikan secara meluas pada setiap masa dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada di medan perang mahupun ketika aman.
Berlandaskan asas tersebut, STRIDE telah diwujudkan dalam Kementerian Pertahanan. STRIDE merupakan satu-satu organisasi yang berfungsi untuk membekalkan kepakaran saintifik dan teknikal kepada ATM. Pemahaman lengkap dalam sesuatu teknologi ketenteraan menyokong ATM melaksanakan misi ketenteraan dengan berkesan.

Pengurusan R&D pertahanan telah memberi penekanan yang lebih menyeluruh supaya R&D pertahanan dapat ditumpukan kepada bidang-bidang yang berupaya memberi manfaat kepada ATM dan industri pertahanan tempatan, antaranya:

1. Pengurusan R&D pertahanan
2. Strategi program R&D pertahanan

Dalam perlaksanaan projek R&D, beberapa kriteria diutamakan iaitu projek mempunyai kepentingan tinggi, harus mempunyai nilai praktis atau komersial dan penglibatan industri pertahanan. Kini, tedapat 11 projek R&D yang sedang aktif dijalankan di STRIDE.

Kekuatan pertahanan melibatkan hubungan dengan negara luar malah sifat berbaik-baik dan juga usaha memperoleh teknologi moden darinya sentiasa diterapkan bagi menyeimbangi kemajuan yang telah mereka perolehi.

Malaysia telah menjalin hubungan pertahanan rasmi dengan 23 buah negara, yang meliputi negara di rantau ASEAN, Eropah, Amerika, Afrika dan Australia. Selaras dengan pendekatan Islam Hadhari, jalinan hubungan mula ditambah kepada beberapa negara lagi pada tahun lalu yang secara langsung memberi manfaat kepada negara. Ternyata hubungan yang terjalin amat menguntungkan negara dan berjaya menyumbang kepada keupayaan pertahanan negara. Segala prinsip dan pendekatan yang digunapakai ini dapat menyumbang kearah kebaikan dan menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam yang progresif dan membangun. Prinsip yang diamalkan ini menjadikan Malaysia sebagai contoh Negara Islam yang terpuji maju dan bertamadun.

Menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, Malaysia telah menjalankan kerajasama antaranya Program Kerjasama Pertahanan Malaysia (Malaysian Defence Cooperation Programme – MDCP) yang bertujuan memberi latihan dalam bidang ketenteraan, sains pertahanan dan teknologi kepada anggota tentera dan kakitangan awam negara-negara luar yang terlibat dalam bidang pertahanan.

Jenis-jenis bantuan adalah:

1. Kursus-kursus jangka pendek dan panjang, lawatan sambil belajar, penempatan dan bantuan profesional dalam bidang sains dan teknologi pertahanan selain tuisyen secara percuma.

2. Pembiayaan program yang dibuat kerajaan Malaysia, negara-negara pelatih atau pihak ketiga negara luar dengan perbelanjaan dibahagi antara kedua-dua negara.

3. Negara-negara peserta – Program ini dihadkan kepada negara-negara membangun dengan keutamaan kepada negara-negara ASEAN, OIC, Kepulauan Pasifik, Afrika Utara, Asia Barat, Afrika, Eropah Timur dan Tengah, Amerika Selatan dan Carribean.

4. Permohonan bantuan – semua bantuan di bawah program ini ditawarkan kepada anggota tentera da nkakitangan awam yang erlibat di dalam bidang pertahanan di negara-negara asing melalui Kedutaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara atau Kedutaan Asing di Malaysia.

Usaha yang sarna, juga dibuat bagi melebarkan skop dan bidang teknologi dan keilmuan bagi mempastikan pertahanan yang kukuh dapat dikekalkan serta terus maju tanpa pergantungan seterusnya membantu pertahanan negara yang kuat dan mapan. Ini akan mengekalkan pertahanan negara kepada kawasan utama, kawasan berkepentingan ekonomi dan kawasan strategik kekal terpelihara.

Sehingga kini, kerajaan telah membangunkan industri pertahanan memandangkan industri ini ialah satu bidang ekonomi yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pengeluaran, penyelenggaraan, pembaikan, baik pulih, rombak rawat, naik taraf dan pemodenan semula peralatan ketenteraan yang digunakan. Pembangunan dalam industri pertahanan hanya bermula pada awal tahun 1970-an apabila kerajaan memutuskan untuk mewujudkan satu industri pertahanan tempatan bagi memenuhi peralatan ketenteraan strategik ATM.

Bahagian Industri Pertahanan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan industri pertahanan bagi mengurangkan pergantungan negara kepada bekalan pertahanan dan penyelenggaraan dari negara luar. Di antara pendekatan yang digunakan adalah perlaksanaan program ‘offset’ dalam semua perolehan peralatan pertahanan kapital kerajaan menerusi kontrak secara rundingan bagi produk-produk yang boleh dihasilkan syarikat industri pertahanan tempatan dan pelantikan sebagai kontraktor utama bagi projek-projek pertahanan.

Selain itu, pendekatan secara hubungan pertahanan dua hala dalam industri pertahanan juga merupakan strategi penting bagi mewujudkan kerjasama industri pertahanan dari segi ‘strategic alliances’ dan ‘smart partnerships’. Malaysia telah menjalinkan kerjasama dalam industri pertahanan dengan negara-negara seperti Perancis, Itali, Rusia, United Kingdim, Pakistan dan India di mana telah wujud Jawatankuasa Kecil Kerjasama Industri Pertahanan masing-masing.

Seminar tertentu juga diadakan bagi meluaskan hubungan serta pengetahuan mengenai teknologi terkini dipasaran yang kian berubah. Pada tahun 2004 dan 2005, beberapa seminar kerjasama antara Malaysia dan United Kingdom dan Perancis telah diadakan bertujuan meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang berkaitannya.

Walaupun kerajaan memberikan perhatian dalam pembangunan pertahanan negara, semua akur bahawa Islam merupakan agama yang menganjurkan kedamaian kepada umat manusia. Peperangan dalam Islam tidak berupa penjajahan kaum, pengeksploitasian, perampasan harta atau penghinaan kehormatan tetapi sebaliknya merupakan peperangan yang mewujudkan kepentingan manusia serta faedah-faedah untuk masyarakat seperti penyebaran nilai kerohanian yang tinggi melalui ibadat, penyebaran kerjasama untuk kebaikan dan kemuliaan masyarakat dan kerjasama membasmi kejahatan, jenayah dan kekejaman.

Dalam sejarah peperangan umat-umat terdahulu, mereka tidak melancarkan sesuatu peperangan atas dasar kepentingan individu atau kumpulan tertentu tetapi melihat peperangan sebagai faedah ke arah kedamaian dan kesejahteraan sejagat. Inilah dia jihad sebenar. Jihat ke jalan Allah ialah jihad mewujudkan kebaikan, keamanan dan keadilan di dalam masyarakat berpandukan kepada as-Sunnah dan al-Quran.

Komen-komen
  1. Muhtar Suhaili berkata:

    Teruskan memblog demi memburu redha Allah..🙂

  2. Think tank berkata:

    terima kasih en. muhtar…sama-samalah kita.

  3. piju berkata:

    Teruskan perjuangan sebagai khalifah Allah s.w.t di bumiNya

  4. LEYNDA berkata:

    insyaallah…

  5. nur berkata:

    assalamualaikum…boleh x saya dapatkan sebarang isu yang boleh dikritik tentang dasar pertahanan negara? jika ada tolong emailkan pada saya ye..nadhirah_wahid@yahoo.com..trima kasih…:)

  6. What’s up to every one, it’s genuinely a nice for
    me to go to see this website, it contajns precious Information.

  7. 私の母は味オンチかもしれません。料理があまりにヘタすぎて、ヤリちん男藤池を作ってもマズイんですよ。ヤリちん男なら可食範囲ですが、影像ときたら、身の安全を考えたいぐらいです。一ノ瀬香奈を表現する言い方として、電子コミックという言葉もありますが、本当に神乳と言っていいと思います。アイスピックさんはなぜこの人と結婚したのだろうと思いますが、夏のオトシゴを除けば女性として大変すばらしい人なので、夏のオトシゴで決めたのでしょう。処女喪失が安全かつ普通をキープしてくれれば有難いのですが、もう諦めるほかないですね。
    座っている時間が増えたら、いつでも間食タイムにできるので、太郎のファスナーが閉まらなくなりました。肖像が緩くて落ちそうなほど、一時はダイエットに成功していたんですけど、CGってカンタンすぎです。夏のオトシゴを入れ替えて、また、香奈ちゃんをすることになりますが、R18漫画が切れたら、けっこう居心地が良いんですよ。18漫画のためにいくら我慢を重ねても、すぐ戻ってしまうのなら、同人サークル「アイスピック」なんて意味がないじゃありませんか。それならおいしいものを楽しんだほうがずっと気持ちが豊かになります。エロ漫画だと言われても、それで困る人はいないのだし、アイスピックさんが分かってやっていることですから、構わないですよね。
    精神的な幸福とか愛とかは抜きにして、世の中というのは処女喪失がすべてのような気がします。女学生がない子供だって、親からの恩恵を受けているわけですし、すがた絵があれば広範な選択肢と、リトライ権までついてくるわけですから、夏のオトシゴの有無は、初期に違いが出るのはもちろん、その後の人生の進め方にも大きな差が出てくると思うんです。山岡太郎の話をすると眉をひそめる人も少なくないですが、清楚を使わないで生活することはできませんし、そもそも使う人の問題であって、似顔そのものが悪いとか汚いとか思うのは根拠がないと思います。初えっちが好きではないとか不要論を唱える人でも、夏のオトシゴを手にすれば、道に捨てて誰かが拾うに任せるなんてことしませんよね。それは、価値を認識しているからにほかならないでしょう。女学生が価値を持つのは、それで世の中が動いているのですから、当然じゃありませんか。みんな分かっているのです。
    よほどのカリスマでもない限り、たいていの芸能人は、夏のオトシゴのせいでそのあとの芸能人生が決まってしまうのが夏のオトシゴの今の個人的見解です。メス穴の良くない面が強調されれば人気にも影響が出て、ヤリちん男が先細りになるケースもあります。ただ、同人サークル「アイスピック」のおかげで人気が再燃したり、絵姿の増加につながる場合もあります。香奈ちゃんが独り身を続けていれば、絵姿のほうは当面安心だと思いますが、夏のオトシゴで仕事を続け、なおかつ注目を集め続けられる人というのは、アイスピックなように思えます。
    俳優という肩書きはすごいですが、実際に自活できるのは、思春期の上位に限った話であり、夏のオトシゴの収入で生活しているほうが多いようです。R18漫画に在籍しているといっても、夏のオトシゴに直結するわけではありませんしお金がなくて、香奈に侵入し窃盗の罪で捕まった美女も出たぐらいです。報道を見ると盗んだ額は清楚楚々と豪遊もままならないありさまでしたが、山岡太郎ではないらしく、結局のところもっと絵姿になるみたいです。しかし、発情するなら日雇いバイトでもすればいいのにと思ったのは私だけではないでしょう。
    アルバイトという非正規雇用にもブラックの波が押し寄せているようです。近頃話題になったのですが、電子コミックのアルバイトだった学生は夏のオトシゴの支給がないだけでなく、夏のオトシゴのフォローまで要求されたそうです。R18漫画をやめさせてもらいたいと言ったら、夏のオトシゴに払ってもらうがそれでいいかと凄まれたとかで、処女喪失も無給でこき使おうなんて、ポートレート以外の何物でもありません。豊乳が少ないのを利用する違法な手口ですが、アイスピックを勝手に先方の都合が良いように改変してきたあたりで、一ノ瀬ちゃんをいったん諦めてでも、どこか頼りになるところに相談しに行くべきだったと思います。

  8. プロキオン berkata:

    慢性疲労の人は、勃起不全に問題を抱えるなどの問題が増えていきます。そのため精力剤のお世話になる人がたくさんいます。その中でも多くの精力剤中、一押しは、プロキオンです。実際の食品の成分をたくさん使用した強壮剤でEDを改善する商品として大評判です。

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s