Kepada Bukan Perokok Sahaja!

Posted: Julai 16, 2007 in think tank thought

wwwappstateedu_smoke.jpgPenulis paling benci asap rokok. Penulis seorang yang menghargai nyawa dan penyokong kepada kempen kehidupan sihat. Rasa seperti tersekat nafas sekiranya udara dipenuhi dengan asap rokok. Waima di mana-mana sahaja, oleh sesiapa sahaja, jika asap rokok berkepul-kepul di sana, penulis akan berkalih ke arah sini. Begitulah sebaliknya. Tetapi apa yang penulis benar-benar benci adalah sikap penulis sendiri yang ‘segan’ untuk menegur si perokok supaya berhenti sahaja daripada melaksanakan ‘aktiviti penghasilan kepulan awan jadian’ itu ataupun lakukan sahaja aktiviti tersebut ditempat yang tiada penghuni.

Di mana-mana sahaja ‘aktiviti penghasilan kepulan awan jadian’ ini boleh ditemui tanpa terasa akan kewujudan sebarang sekatan atau teguran daripada masyarakat sekeliling. Merokok malangnya telah dianggap sebagai satu perbuatan bergaya dan menjadi norma kehidupan sebahagian rakyat Malaysia. Masakan tidak, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion batang rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang pada 1998. Suatu jumlah yang membenarkan penyataan penulis sebelum ini iaitu merokok sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia.

Senario ini dapat dilihat di mana-mana sahaja. Di dalam sebuah gerai makanan, di kaki-kaki lima tempat laluan orang, ditaman-tanam tema, di mana-mana sahaja. Tetapi kenapa tidak ditegur dan menegur? Adakah kerana segan dilabel sebagai penidak hak asasi manusia? Adakah kerana itu adalah hak individu? Atau takut dimarahi? Ingin penulis tegaskan di sini, si perokoklah yang seharusnya memikirkan persoalan-persoalan di atas!

Kempen, ceramah serta pengenalan kepada amalan hidup sihat terlalu banyak untuk dihitung. Iklan-iklan rokok juga sudah diharamkan disiarkan di media massa. Waima di setiap kotak rokok juga telah dipampang dengan terang nyata amaran daripada kerajaan akan bahaya merokok. Cukai dan harga rokok melambung-lambung setiap tahun dengan baru-baru ini harganya dinaikkan kepada RM7.30 bagi kotak yang mengandungi 25 batang. Sementara, kotak 20-batang dinaikkan antara RM6.70 hingga RM9.20 dan kotak 14-batang antara RM4.90 hingga RM5.90.

Kepada siapa lagi yang boleh diharapkan agar tiada lagi atau sekurang-kurangnya berkurangnya perokok tegar. Mengharapkan agar kempen-kempen dan ceramah sahaja tidak mampu mengatasi masalah ini. Mengharapkan perokok tegar ini mencapai kesedaran sendiri adalah ibarat menunggu kucing bertanduk walaupun mereka sedar kemudaratan dan bahaya rokok kepada mereka juga masyarakat sekeliling.

Justeru, jalan penyelesaian yang boleh dicapai adalah kerjasama secara sepadu oleh mereka-mereka yang menghargai kehidupan sihat dan takuti bahaya yang dibawa oleh rokok ini kerana seseorang yang merokok hanya menyedut kira-kira 15 peratus sahaja asap dan kandungannya berbanding 85 peratus yang disedut oleh mereka yang berada disekeliling perokok atau perokok pasif.

Asap rokok yang disedut perokok pasif ini mengandungi bahan kimia yang lebih tinggi berbanding dengan yang disedut perokok kerana tembakau terbakar pada suhu yang lebih rendah berbanding ketika rokok sedang dihisap. Ini menyebabkan pembakaran menjadi kurang lengkap dan akibatnya banyak bahan kimia berbahaya dikeluarkan.

Kerana itu, kita seharusnya menggunakan hak melindungi diri daripada bahaya maut yang dibawa oleh asap rokok ini. Langkah ini secara tidak langsung membantu perokok mengurangkan aktiviti merokok mereka sekaligus mengembalikan tahap kualiti udara yang lebih baik. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menegur si perokok secara berhemah.

Tidak menjadi masalah jika teguran anda tidak diterima atau mendapat respon yang tidak diharapkan daripada si perokok tegar kerana jika dilakukan secara tetap dan kerap ditambah pula dilakukan oleh sekumpulan manusia yang ramai, lambat laun pasti terlihat hasilnya. Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali Imran 3:200)

Kita mempunyai kemampuan untuk mengubah sedikit wajah dunia dengan menggunakan hak kita. Jika ada di antara anda yang membaca tulisan ini adalah seorang perokok, maaf, tulisan ini bukan untuk anda. Tetapi jika anda terlanjur membaca, sebaiknya anda berhati-hati jika ingin merokok di tempat umum bagi mengelak daripada ‘mendapat malu’ kerana ditegur.

Komen-komen
  1. rave berkata:

    merokok dapat menyebabkan kanker, impotensi,serangan jantung dan gangguan kehamilan dan janin

    itulah yang ditulis dicover rokok…

    tapi saya belum pernah menemukan rokok yang menulis pada cover bungkusnya seperti ini
    “merokok dapat menyebabkan kematian”
    nor
    “merokok bikin mati”

    saya juga seorang perokok
    gak bisa saya pungkiri saya memang merugikan orang lain
    tapi saya dan teman saya gak pernah ngajak orang lain untuk merokok
    sebab kami para perokok punya prinsip
    “kami tak meracun diri anda untuk merokok tapi yakinlah anda akan datang sendiri kemudian menikmatinya”

    oya satu lagi..
    berapa banyak orang yang gak bakal punya penghasilan klo pabrik rokok ditutup????
    bukankah klo kita nyusahin orang lain itu juga merupakan suatu dosa???
    trus kenaps anda tak menegur para ulama yng notabene mereka adalah ahli agama, tapi kok yang merokok jumlahnya juga bejibun?????

  2. Think tank berkata:

    bahaya merokok dan asapnya telah diakui berbahaya dan boleh mendatangkan kematian bukan sahaja kepada perokok malah kepada orang lain. kesedaran ini seharusnya dibudayakan…namun akibat dari ketagihan ini, kesedaran seakan ditiup bersama asap rokok!

    memang diakui jika kilang rokok ditutup, akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, tetapi bumi Tuhan ini luas, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk mencari rezeki yang halal…

    yang baik dan yang benar datang dari Allah, yang buruk dan salah datang dari saya, hamba-Nya yang kerdil…wallahua’lam…

  3. sem berkata:

    saya adalah salah satu dari perokok.saya ingin bertanya kepada anda.kenapa rokok ini bisa bikin aku seakan penuh dengan kenikmatan.

  4. Think tank berkata:

    kerana rokok terkandung Nikotin. ia bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan penagihan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s