Wajar atau tidak?

Posted: Jun 22, 2007 in think tank thought

t_majalah.jpg

Di pintu masuk ke negara ini, seseorang pelancong lazimnya tidak menghadapi masalah untuk melepasi pemeriksaan di lapangan terbang apabila menggunakan lorong khusus untuk pelawat. Mereka tidak perlu mengisytiharkan barangan yang dirasakannya tidak bercukai atau berpendapat barangan yang bawa dimasuk itu tidak perlu diisytiharkan.

Selama ini, apabila pelancong mengisytihar barang yang dibawa itu sebagai bahan bacaan, pihak berkuasa tidak membuat pemeriksaan lanjut. Malah, pegawai yang menjaga pintu masuk tidak akan dapat mengesan kehadiran bahan penerbitan larangan kerana sukar untuk menjalankan pemeriksaan ke atas semua beg mereka.

Akibatnya, Hampir 300,000 naskhah majalah termasuk yang mengandungi unsur lucah dan bertentangan dengan nilai masyarakat negara ini, dibawa masuk secara haram dari China, serta dijual secara terbuka di pasaran tempatan setiap bulan..

Membabitkan lebih 30 tajuk, kebanyakan majalah adalah naskhah ‘kitar semula’ iaitu yang tidak habis di jual di negara berkenaan dan dibawa masuk ke negara ini secara haram untuk dijual pada harga murah denga kebanyakan majalah itu juga dijual menerusi kaedah yang dikenali sebagai pakej jimat iaitu ‘beli satu dapat satu naskhah percuma’ untuk menarik pembeli yang kebanyakannya remaja belasan tahun.

Perkara terlepas pandang ini tidak seharusnya berlaku kerana akhirnya pelbagai bahan bacaan yang kandungannya bertentangan dengan nilai ketimuran, berada di pasaran tempatan.

Pihak berkuasa mungkin tidak menyedari perkara ini kerana sasaran pasarannya di kawasan majoriti kaum Cina selain kandungannya 100 peratus menggunakan bahasa Mandarin. Manakala taktik penjualan majalah haram itu pula jelas menipu pengguna kerana kebanyakannya adalah majalah yang telah diterbitkan tiga bulan lalu atau lebih tetapi tetap mendapat sambutan berikutan harga yang murah dan gambar lucah.

Penerbit-penerbit tempatan bersetuju bahawa kelonggaran undang-undang di negara ini membunuh industri penerbitan tempatan yang terpaksa bersaing dengan majalah luar yang menampilkan bahan bermodel seksi dan berjenama antarabangsa merujuk kepada hakikat jika sesuatu majalah itu mempunyai tarikan seksual, pasti akan mampu menarik pembeli tambahan pula jika ia dijual pada harga murah.

Penerbit-penerbit tempatan juga sependapat bahawa kemasukan majalah asing wajar dikawal supaya tidak menjejaskan industri tempatan seterusnya memelihara budaya dan imej negara daripada digugat oleh anasir asing tidak sihat.

Malangnya kementerian berkenaan pula berpendapat bukan menjadi kewajipan kementerian untuk memikirkan masalah persaingan itu, kerana tanggungjawab kementerian hanya melaksanakan akta. Malah, kemasukan majalah asing dilihat mempunyai kepentingannya bagi menggalakkan masyarakat dengan budaya membaca, kebebasan memilih bahan bacaan.

Setiausaha Persatuan Penerbit Majalah, James Selva, berkata tahun ini saja hampir 30 tajuk majalah dari luar negara dilepaskan untuk pengedaran dengan 561.64 juta naskhah majalah dari luar negara sudah dilepaskan untuk pengedaran di negara ini sejak Januari hingga April lalu. Syarikat penerbitan tempatan yang berjaya bersaing dan kekal dalam pasaran pula boleh dianggap luar biasa kerana mereka terpaksa bersaing dalam suasana yang tidak sihat manakala yang lain terpaksa bermati-matian untuk kekal dalam pasaran.

Setiap kali menyentuh isu ini, pelbagai perkara berkaitan dibangkitkan seperti masalah penguatkuasaan, kelonggaran sistem undang-undang, dasar dan aspek keadilan kepada penerbitan dalam negara berbanding luar negara.

Namun, adakah wajar pula pengedaran majalah luar negara disekat sedangkan kerajaan berusaha keras memastikan masyarakat di negara ini mempunyai budaya suka membaca. Malah, tidak boleh dinafikan, ada bahan bacaan dari luar sangat ilmiah dan susah diperoleh daripada penerbitan tempatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s