Remaja perlukan ‘One Stop Centre!

Posted: Jun 21, 2007 in think tank thought

remaja-perempuan_01.jpg

Kita mempunyai segolongan remaja Islam yang berpotensi menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat kita. Dan kini kita melihat semakin ramai anak muda kita yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam.

Mereka ingin mempraktikkan agama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan terus disemai serta dipupuk subur lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam sebagai teras kehidupan mereka.

Kita memiliki remaja Islam bersemangat waja seperti Najmil Faiz Mohamed Aris yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang. Seorang remaja yang telah mencipta sejarah sebagai pelajar Malaysia pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan untuk membentangkan kajiannya yang berkaitan dengan “teknologi nano” dan “Micro Machine Process” kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah “The Best Research of Good Prospect (2005)”.

Jangan lupa juga kepada seorang jutawan muda bernama Irfan Khairi yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan “Learning Grid”.

Juga kepada Nur Amalina Che Bakri yang diiktiraf sebagai pelajar cemerlang SPM 2004 dengan keputusan 17A1.

Bagaimanapun, masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terikut-ikut dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Misalnya, kita acapkali mendengar terdapat sebilangan remaja melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka.

Ini tidak termasuk remaja yang berdampingan dengan arak dan najis dadah. Ini semua adalah gambaran bagi masa depan negara dan bangsa kelak. Adakah kriteria ini yang kita inginkan sebagai pemimpin masa depan negara?

Semakin ramai remaja kita yang tanpa segan silu membuka aurat, berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. Adakah mereka ini yang diharapkan sebagai contoh ‘khaira ummah’atau sebaik-baik umat?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna, yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah.”

Walaupun kajian Illiet Turiel , seorang pengkaji perkembangan kognitif remaja menyatakan golongan remaja mudah diresapi oleh pelbagai elemen positif dan negatif bergantung kepada corak persekitaran.

Ini tidak bermakna, segala perubahan sosial yang berlaku di sekeliling kita, pengaruhnya dengan semudah itu meresap ke dalam diri kita. Apa yang baik sewajibnya tetap menjadi pilihan dan keutamaan kita.

Boleh dilihat, usaha yang dijalankan kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan misalnya, telah banyak menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bercorak pembangunan remaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menegaskan bahawa program pembangunan remaja harus berpaksikan kepada 3K, iaitu kepemimpinan, kemahiran dan keusahawanan. Bagi Perdana Menteri, setiap belia harus memiliki ciri kepemimpinan yang baik.

Paling kurang, remaja harus mampu memimpin dirinya sendiri. Remaja yang mampu memimpin diri sendiri bukan saja tidak menjerumuskan dirinya dengan kegiatan tidak sihat, sebaliknya mereka akan menjadi rakyat yang patriotik, bersemangat kemasyarakatan dan kesukarelaan yang tinggi.

Saranan Perdana Menteri agar ibu bapa serta guru dilatih dengan kemahiran kaunseling juga adalah cadangan yang perlu dilihat sebagai suatu kaedah yang membina dalam usaha menghasilkan golongan remaja yang berkualiti.

Melihat kepada konteks membangunkan remaja berkualiti ini, agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih efisien sebagai sokongan terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan.

Menurut Pengarah Urusan HBJ Warisan, Hermie Jamil, bagi menunjukkan sokongan kepada langkah kerajaan ini, perkara pertama yang perlu dilakukan pihak NGO adalah memperbanyakkan pusat-pusat kaunseling yang memberikan khidmat secara percuma kepada golongan remaja. Pusat-pusat kaunseling ini bertindak sebagai ´ One Stop Center´ kepada golongan remaja melalui pendekatan bersemuka dan ‘hati ke hati’ dengan pihak kaunselor.

Tambah beliau, modul yang ada dalam menangani masalah remaja masa kini, harus disertai dengan tindakan susulan. Tidak ada gunanya kerajaan mahu pun agensi-agensi berkaitan berbelanja ribuan ringgit menganjurkan pelbagai program dan kempen tetapi hasilnya ibarat ´mencurahkan air pada daun keladi´.

“Oleh hal yang demikian, input tambahan yang diklasifikasikan sebagai tindakan susulan ialah mewujudkan ´One Stop Center´. Para remaja yang bermasalah akan dibimbing oleh kaunselor di ´One Stop Center´ dan dibantu untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi.”

“HBJ Warisan mengamalkan kaedah di mana selepas sahaja peserta kursus motivasi menamatkan kursus, peserta dan ibu bapa akan terus menjadi sebahagian daripada keluarga HBJ Warisan dan mereka bebas mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat daripada kami secara tidak formal dengan percuma di pejabat kami yang beralamat di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.”

Hermie berkata, kursus yang dijalankan mereka memberikan penekanan terhadap konsep kekeluargaan menerusi sesi ‘Yang Tua Dihormati, Yang Muda Di Kasihi’.

“Ada di kalangan peserta yang sebelum ini tidak pernah mencium tangan dan memeluk ibu bapa tetapi selepas menghadiri kursus ini, mereka mula mempraktikkannya. Perkara asas sebegini, walaupun dianggap remeh bagi segelintir orang, ia sebenarnya berupaya memberikan ransangan perubahan ke arah yang lebih positif kepada bukan sahaja remaja, tetapi juga ibu bapa.”

Selain itu, Kem Motivasi Jiwa Murni yang dianjurkannya turut menekankan solat berjemaah dan rukun-rukunnya serta melatih peserta menjadi imam dan bilal.

“Kita sebagai golongan dewasa amnya dan remaja khasnya harus sedar bahawa waktu remaja bukanlah untuk berseronok semata-mata, tetapi waktu tersebut mestilah diisi dengan mencari dan menimba ilmu pengetahuan dan menghayati agama Islam. Jadikanlah waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa hadapan apabila kita semakin tua kelak.”

Komen-komen
  1. amir berkata:

    hbj warisan ni yang buat kursus motivasi pelajar kat http://www.motivasidiri.com tu ke? bagus2. ada kelainan

  2. Think tank berkata:

    ye…betul tu…pernah mengikuti kursus sama?

  3. maria berkata:

    Kem yang pihak hbj ni buat memang berkesan. Adik saya telah pergi bulan mei lalu dan alhamdulillah banyak perubahan.

  4. Think tank berkata:

    alhamdulillah…semoga perubahan berkekalan…

  5. dayana berkata:

    betul tu…remaja Islam boleh dipupuk dan digilap menjadi insan yang lebih cemerlang agar dapat membina tamadun Islam yang lebih teguh dan dihormati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s