SOHO: Pendapatan anda bermula di rumah!

Posted: Jun 11, 2007 in think tank thought

Melakukan apa yang anda disukai dan bekerja mengikut kesesuaian serta kelapangan masa, menonton rancangan televisyen kegemaran pada bila-bila masa, meluangkan masa dengan keluarga setiap masa, tidak pening kepala memikirkan sewa bangunan pejabat, gaji pekerja dan gaji pembantu rumah, duit tol, minyak dan tempat letak kereta namun duit sentiasa penuh dipoket!

Tidak memerlukan ruang yang besar. Cukup sekadar hanya satu ruang di sudut rumah anda untuk meletakkan sebiji meja dan rak kabinet yang anda boleh dapati dengan mudah dan murah di mana-mana pasaraya.

Bagi yang menjalankan perniagaan internet, sambungan kepada jalur lebar adalah perlu. Persediaan dari segi mental dan fizikal adalah suatu kewajiban. Manakala dengan menggunakan sebahagian wang pampasan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau wang simpanan, ia boleh dijadikan modal awal memulakan perniagaan.

Keselesaan-keselesaan’ di atas hanya boleh dinikmati menerusi kaedah perniagaan yang dipanggil ‘Small Office Home Office’ (SOHO) atau pejabat di rumah. SOHO merupakan satu kaedah menjana pendapatan baru dengan melakukan pekerjaan di rumah tanpa perlu pergi ke pejabat dan mengharungi kesesakan lalulintas di sebelah pagi dan petang.

SOHO bukan hanya tertumpu kepada perniagaan internet sahaja kerana semua pekerjaan yang boleh dilakukan dirumah seperti membuka kelas tuisyen, servis komputer, membina laman web, pengaturcara, menulis, menjahit pakaian, membuat kuih-muih dan sebagainya juga tergolong di dalam kategori ini.

Sebuah buku yang berjudul ‘KSE kepada KBE’ (Kia-su Ekonomi : Ekonomi Takut Kalah Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan) hasil tulisan Billi P.S. Lim, menyatakan antara jenis perniagaan alaf baru dan akan datang adalah e-dagang, francais, rangkaian pemasaran dan pendidikan. E-dagang, pendidikan dan rangkaian pemasaran adalah termasuk dalam SOHO (boleh dilakukan hanya di rumah). Beliau juga mengatakan dalam buku itu, konsep SOHO adalah pilihan terbaik manusia di abad ini dan juga mendatang. Kenyataan beliau turut dipersetujui oleh pakar-pakar di dunia dengan menyatakan jenis perniagaan ini akan mendatangkan pulangan yang lumayan dan menguntungkan.

Di antara petanda SOHO akan menjadi suatu perniagaan yang menguntungkan di masa akan datang adalah wujudnya teknologi komunikasi yang semakin canggih dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Sebagai contoh, lihat sahaja senario kini yang mana kadar celik teknologi maklumat (IT) semakin baik dengan penggunaan komputer menerusi talian internet (e-dagang), jalur lebar, telefon selular, 3G, GPRS/Egde, faks dan lain-lain yang semakin maju dengan harga yang berpatutan.

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga sedar akan peluang dan kelebihan SOHO yang dilihat amat sesuai untuk kaum wanita khasnya dan kepada sesiapa sahaja yang berminat umumnya.

Oleh hal yang demikian juga pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif melakukan pelbagai aktiviti dan program bagi memastikan konsep SOHO ini menjadi suatu cara bagi kaum wanita atau suri rumah mendapatkan pendapatan, di samping menjalankan tanggungjawabnya di rumah.

Pendekatan ini bukan sahaja bermanfaat kepada kaum wanita yang ingin menambahkan pendapatan keluarga, malah, orang kurang upaya (OKU) dan golongan pesara yang ingin bekerja dari rumah juga boleh memanfaatkan perniagaan ini disamping mampu mengurangkan kadar pengangguran negara, pendekatan ini juga lebih mudah tanpa memerlukan modal yang tinggi.

Skop SOHO juga boleh diperluaskan kepada golongan penganggur terutama golongan siswazah yang sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan suasana pekerjaan terutama sektor korporat kini yang memerlukan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, pengalaman kerja dan sebagainya menerusi perniagaan berbentuk pendidikan seperti membuka kelas tuisyen, servis komputer, membina laman web, pengaturcara, menulis, menjahit pakaian, membuat kuih-muih dan perniagaan menerusi internet yang membolehkan pemiliknya mendominasi dua pasaran sekaligus iaitu kawasan perniagaan di sekitar (offline) dan juga global (melalui internet). Sebagai rujukan, pengguna internet telah meningkat kepada 200 juta melalui sambungan dail terus dan 17 juta pengguna melalui sambungan tetap.

Di Asia Pasifik termasuk Jepun penggunaan Internet telah meningkat kepada anggaran 25 juta pada tahun 2000. Peningkatan ini adalah 150% berbanding tahun 1997 sebanyak 10 juta pengguna. Kecenderungan trend menunjukkan penggunaan ini berkait secara langsung dengan E-Dagang yang merupakan salah satu cabang SOHO (‘Prospek Pintar’ Menerusi E-Dagang,’ 26 Januari 2007, web Yadim).

Terbukti kini SOHO adalah satu bidang perniagaan kecil yang amat sesuai kepada sesiapa sahaja. Kita perlu tahu, sumbangan perniagaan kecil (IKS) adalah satu industri yang banyak memberikan sumbangan ekonomi yang amat besar juga kepada negara ini malah di lain-lain negara pun, dan adalah sesuatu yang amat merugikan jika bidang ini tidak dipandang serius oleh pihak kerajaan. Sesungguhnya, ia memberikan impak yang amat besar kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara.

SOHO boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira jantina dan kesihatan pengusahanya. Apa yang perlu ada adalah keinginan, kecekalan dan daya usaha yang bersungguh-sungguh beserta ilmu pengetahuan. Memetik hasil tulisan Billi P.S. Lim, “Satu-satunya faktor pengeluaran yang tidak berkurangan apabila digunakan ialah ilmu pengetahuan. Justeru, ilmu pengetahuan kini menjadi aset penting untuk perkembangan ekonomi.

Dalam ekonomi baru ini, kita tidak lagi memperkatakan tentang golongan yang berada dan tidak berada tetapi lebih kepada golongan yang tahu dan tidak tahu. Sesiapa yang tahu bagaimana untuk memanipulasikan pengetahuan yang ada kepada satu bentuk pengeluaran yang menguntungkan, maka merekalah yang akan terlebih dahulu ke hadapan dalam bidang ekonomi. Pengetahuan yang tidak digunakan adalah tidak berguna sama sekali.”

Komen-komen
  1. aliman berkata:

    Izinkan saya membuat pautan dengan weblog ini. Moga kita boleh bertukar-tukar pautan. Saya tertarik dengan entri berkenaan SOHO. Selari dengan apa yang saya usahakan.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasiminda.wordpress.com
    http://www.streetsmart101.wordpress.com

  2. Think tank berkata:

    dialu-alukan..

  3. iffan04 berkata:

    …..SAYA PUN SAMA JUGA BISNES DARI RUMAH……ON-LINE DARI RUMAH…….TUMPANG WEB-SITE PAK DI……BICARAJUTAWAN.COM/FORUM/PROJEK TANAMAN CILI……

    harapan saya……minta-minta ramai lagi orang sebangsa saya orang melayu sedar akan kelebihan “SOHO:pendatan anda bermula dari rumah!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s