‘Rasul Melayu’ jadi doktor pula!

Posted: Jun 4, 2007 in think tank thought

 

1f_patrickstar.jpg

Hari ini dia bertambah berani. Malah semakin berani. Kelmarin dia dengan angkuh, berani menghantar surat kepada pembesar negeri waima Perdana Menteri memperakui status dirinya. Hari ini dia sekali lagi dengan berani mencabar dan menghina seantero umat sebagai pesakit yang dihinggapi virus. Virus yang diberi nama ‘virus syaitan’ yang membawa kepada keadaan angau kepada penghidapnya.

Pesakit akan berada dalam keadaan ‘anggau’, meracau-racau dalam bahasa yang tidak difahami pesakit sendiri lima kali sehari atau lebih. Simptom-simptom penyakit adalah sama malah mengikut urutan. Penghidap akan hilang daya berfikir dan kesempurnaan akal fikiran sambil berdiri tegak menghadap arah matahari terbenam.

Selepas berdiri tegak, penghidap virus ini akan mengangkat tangannya seraya itu membongkok-bongkokkan badannya dan kemudian mengonggeng pula. Sejurus kemudian itu, si penghidap akan bersimpuh serta menaikkan pula jari telunjuknya dan selepas itu menggeleng-gelengkan kepada ke kanan dan kemudian ke kiri. Selesai perkara-perkara itu dilakukan si penghidap akan menyapukan tangannya ke muka dan terus meracau dengan menadahkan tangannya ke langit.

Dengan lagak persis seorang doktor handalan, dia menyatakan ‘dapatan dari kajiannya’ membuktikan bahawasanya virus ini pandai memilih mangsa. Mangsa-mangsa terdiri daripada manusiaraya yang mengucapkan syahadah iaitu memperakui bahawasanya tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w menjelang saat kewafatan:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah Rasulnya.”

Manakala dia pula berhujah:
“al-Quran sekadar catatan, hadis hanya rekaan manusia.”

Dia melantik dirinya sebagai rasul dengan mendakwa ‘Tuhan’ melantiknya menjadi rasul Melayu menerusi surah Yasin dan surah Ibrahim ayat keempat. Dia juga mendakwa bahawa al-Quran yang dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ini bukanlah al-Quran yang sebenar kerana menurutnya kalam Allah itu berada kekal dan ´disimpan´ di Luh Mahfuz.

Haji Kahar Ahmad, 56, bekas pesara Zoo Negara yang hanya berpendidikan setakat darjah lima ini memberi jaminan pengikutnya pasti masuk syurga berkat daripada syafaatnya. Dia juga mendakwa mempunyai mukjizat dan syafaat seperti juga rasul-rasul-Nya yang lain iaitu boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan.

Hari ini dia menyampaikan ajaran sesatnya bukan sahaja menerusi ceramah-ceramah setempatnya, malah dia sudah pandai memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan meluaskan ‘empayar kesesatannya’ menerusi blognya di internet. Sememanggnya dia semakin berani dan angkuh. Jika sebelum ini dia tidak memaparkan profilnya, kini dia dengan bangga memaparkan profil lengkapnya kepada pengunjung blog. Sehingga kini seramai 567 orang telah melawat laman profilnya sejak dibina pada 16 Mei 2007 lalu manakala blognya aktif dengan kali terakhir dikemaskini adalah semalam (3 Jun 2007).

Bayangkan sebanyak 178,000 blog baru akan dibina dengan setiap dua saat akan dilayari pengunjung di seluruh dunia. Berapa ramai yang bakal terpengaruh dengan dakyah songsangnya ini kelak kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tiada kuasa menyekat blog berkenaan dan hanya mampu membuat pemantauan.

Walaupun terdapat undang-undang seperti Seksyen 298 A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menghina agama berikutan mencetuskan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan, benci membenci yang boleh memudaratkan keharmonian dan perpaduan serta Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dengan dakwaan melanggar fatwa mufti dan Seksyen 6 enakmen sama dengan dakwaan mendekati seseorang dengan penerbitan ajaran agama lain, ia dikategorikan sebagai amat rendah serta tidak setimpal dengan kesalahan dan terbukti menunjukkan bahawa usaha menangani ancaman ajaran-ajaran sesat kurang berkesan.

Sehingga kini dikatakan terdapat 22 buah kumpulan ajaran sesat yang masih aktif di negara ini.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh hal yang demikian itu, ilmu pengetahuan harus diterapkan menerusi suatu kaedah merangkumi aspek pendidikan bermula dari akar umbi perlu dilakukan dengan menggunapakai media massa tidak kira media cetak mahupun elektronik. Penerangan secara jelas dan terang menerusi pendekatan mudah dan ringkas mengikut kategori kumpulan sasaran mengenai teras agama Islam iaitu akidah, ibadah, akhlak dan syariah Islamiah amat diperlukan.

Selain itu, komponen penguatkuasaan pula perlu ditingkatkan meliputi segenap segi meliputi aspek kreadibiliti dan kecekapan agensi-agensi terbabit dan anggota khasnya dan masyarakat Muslim keseluruhan agar mampu bertindak dengan pantas dalam usaha membenteras kesesatan ini dengan berpegang pada prinsip amal ma’ruf nahi mungkar berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Komen-komen
  1. Amin berkata:

    Saya berminat untuk melihat laman web Rasul Melayu itu tapi tidak jumpa laman tersebut. Mohon sesiapa yang boleh forwrdkan URL laman web itu kepada saya. TQ

  2. nazreen berkata:

    saya rasa ajaran sesat ini perlu dibendung malah mesti dihapuskan kerana ia akan mengancam Islam yang Benar…..aku pohon pada Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun ,ampunkan dosa pengikut-pengikut ajaran sesat ini dan engkau kembalikan hidayah serta iman dalam diri mereka

  3. tinie86 berkata:

    entah macam mana manusia yang sudah berumur seperti baya2 nenek2 kta leh terpengaruh..yang berkerjaya n berpengetahuan tinggi juga terpengaruh..untuk pengetahuan umum, solat yang kita lakukan skrg mmg sama dengan nabi ibrahim a.s, nabi muhammad s.a.w mengikut solat nabi ibrahim a.s, buktinyapada tahyyat akhir solat kita..al-quran, hadis, sunnah, dan ayat dalam bacaan solat kita bukan hanya untuk dibaca dan didengar, tapi juga perlu difahami dan dihayati serta diikuti..

  4. iffan04 berkata:

    ….lebih baik jangan tengok blog dia ni…..jika terbaca…..besar kemungkinan iman kita boleh tergugat…….benda ni macam dadah heroin…..mula2 nak tengok….kemudian nak rasa…..bila dah cuba…..alamatnya jadi penagih dadah heroin…..lepas tu penagih tegar pulak tu……masa ni nak menyesal dah terlambat……

    …nasihat saya kpd. sdr. amin……ikuti dan ambil ikhtibarlah……dari apa yg. saya nyatakan diatas…..

  5. iffan04 berkata:

    ….tertinggal satu ayat…..berkaitan kenyataan saya diatas……RINDU…..SERINDU-RINDUNYA….tak silap saya lagu ni nyanyian kumpulan SPOONS……penyanyi ni dah arwah …..nama lupa….suara dia masih terngiang-ngiang lagi…….HARAP FAHAM MAKSUD SAYA.

  6. raja_manipura berkata:

    aku x sokong mana2,cuma nak nyatakan.lagi hapuskan sesat makin banyak sesat….macam tangkap ikan kat laut,makin tangkap makin banyak.

    sesat dalam hutan,lama2 jumpa jalan keluar.dan apabila lalu semula jalan sesat itu berulang kali ia akan menjadi laluan yg sempurna..

    dalam bisnes kesilapan akan menjadi guru yg sebenar untuk memajukan minda.

    ada lawannya tiada

  7. iman syahadah berkata:

    salam..saudara2 ku..

    sama2 kita perjuangkan islam…

    ya Allah..
    kuatkan hati2 kami..satukan hati2 kami menuju redha mu…

  8. iman syahadah salina_dakwah@yahoo.com berkata:

    aminnnn

  9. putra indra berkata:

    Bagaimana dengan berjuta-juta umat Islam dari pelbagai bangsa diseluruh dunia yang bersembahyang?Adakah mereka juga terkena VIRUS yang dikatakan Kahar Ahmad itu? atau orang Melayu sahaja?… Akai ada ke Kahar ,buat nama haji saja…..

    • alim berkata:

      tu la fasal..
      pendidikan setakat darjah berapa? darjah 5?
      nak bagi talk, diploma pun xde..!!

      (bukan menghina….zaman skrg ni, nak bg talk kena la ada education background)!!

      sape setuju?
      x setuju?
      respond lah..

  10. nur muhammad berkata:

    brtaubat ler kahar wei sebelum ajal..

  11. Muslim berkata:

    pe la bodoh sangat owg melayu zaman sekarang ni…
    dah akhir zaman pun masih xsdar diri lg…
    diri ana pnun x perfect tp ana masih boleh berfikir dengan baek , insyaallah dengan izin-Nya

    kepada kahar dan pengikut nya..
    bwk2 la bertaubat,,,
    pulang la ke jalan yg benar…

  12. budak baik berkata:

    Allahhuakbar…kahar dah kena tangkap pagi ni.

  13. Melayu Islam berakal berkata:

    Naluri manusia secara semulajadi percaya pada tuhan. Masalah dengan ramai orang melayu tak belajar islam kerana islam diwarisi sejak lahir. Cuba perhati berapa ramai melayu yang hadir untuk ceramah agama atau berapa masa dihabiskan setiap hari untuk belajar agama.
    Ramai yang dah tua bergelar datuk nenek pun masih belum tahu mandi wajib dengan sempurna apatah lagi nak faham tentang akidah islam. Generasi baru pulak kat sekolah belajar agama pun kerana kerana peperiksaan. Dulu boleh pilih lagi nak ambil subjek lukisan ke atau ugama untuk SRP/SPM. Sebab itulah mudah terpengaruh kerana asas ilmu agama tak kuat kerana tak pernah belajar secara betul dan sibuk dengan perkara dunia sahaja seharian.

    Jelasnya melayu tidak semestinya islam dan islam tak semestinya melayu. wallahuaklam

    • alim berkata:

      bagus jika seluruh mysia boleh wujudkan sekolah 2 sessi.. pagi sekolah agama, petang sekolah biasa.. macam di Johor dan sesetengah negeri yg lain… sekurang2nya anak2 kita ada didikan asas agama islam yg kuat dan x mudah dinodai akal serta akidah mcm skrg ni,, anak2 muda minum arak pun mcm x brdosa!

  14. Melayu Islam berakal berkata:

    Rasanya Si Kahar ni kena menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan mental. Mungkin beliau mempunyai masalah kesihatan tersebut sebab itu banyak halucination dan delusion dia. Pernah melihat pesakit yang mempunyai masalah sedemikian di hospital.

    Yang hairannya mengapalah ramai manusia yang lain boleh percaya dengan cerita tak masuk akal beliau.

  15. zulkafliamin berkata:

    Kahar ni kalau jadi binesman dah kayo amik dio ni..! cuba fikir yo..yang berpelajaran tinggi,golongan profesional yang tinggi ilmiah terpengaruh dengan kahar yang belajar sampai darjah 5 pas tu kojo gan Zoo..dia dapek idea jadi rasul melayu ni bilo dia bagi rimau makan kot…he he he

    Bebudak yang makan klentung dia ni den ingat samo yo gilo cam kahar ni..pada hal kahar punya sorak dalam hati bila dia dapek tangkap bebudak cam ni..ado yo melayu bangang cam ni!

    den baco yo blog mangkok ni..tapi jelas fakta dio ni melalut..
    anak den sendiri kato yang samo..yang mengherankan ado yo yang terpengaroh..astaga..

    Moral of the bloody story is ‘ May u burn in Hell!!’

  16. As long as you have the basic knowledge of Islam, you will not be carried away by this sort of ajaran sesat.

    • alim berkata:

      sokong 200%!!
      tapi HERANNYA kenapa our “pemerintah” tidak nampak keperluan mengadakan “basic knowledge of Islam” clasess / efforts or anything that related to akidah, ibadat, syariah etc..

      media pun xde nak tapis2…buat program joget2 la, menari2, dedah aurat sana, dedah sini, pelakon pun x tau apa batas etc.. ni nanti menjadi ikutan generasi muda…

      mana tak negara kita, kena BALA memanjang…
      amalan amal ma’ruf nahi mungkar ditinggalkan, ulama diperlekehkan? astagfirullah!!

  17. amin berkata:

    pemimpin buat ape??renung2kanlah…

  18. cetusan berkata:

    silap benor si HAK tu. kalau ia pun ada asasnya dan logiknya, tapi dia tak sebijak Rasulullah Muhammad menyampaikan ajaran islam. Kalau pada ketika dulu, jika mengikut cerita, ajaran ini pada mula disampaikan didalam gelap dan hanya kepada sedara mara ahli keluarga terdekat Rasulullah, kenapalah g melulu mengaku diri rasul. Memang kita yang ada sekarang ni mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada. dengan agama yang diterapkan dan diwarisi dari nenek moyang.. beruntung kita lahir jadi MELAYU. Kalau kita nak ceritakan Adilnya Allah ini, bagaimana dgn orang yang lahir2 dari suku bangsa lain… maka ISLAM2 ni khas utk org melayu sahaja kah?. Itu mujurla kita lahir keluar dari perut anak melayu. kena pulak keluar dari perut anak org india, kendian kita dididik cara india…. jadi salah siapa?? bagi saya, kita ni masih anak yatim piatu yang masih tak jumpa jalan dan perlukan bimbingan… gelap gelita nak balik.. jgn cerita nak balik ke mana lagi. Awalluddin Ma’rifatullah…. Setiap yang bernama ada tuannya… Begitu juga Allah … Splash!!

  19. nani berkata:

    how bout this:
    http://banterasrasulpalsu.blogspot.com
    Bersama kita membanteras rasul palsu!
    Saya berharap dengan adanya blog ini biarlah rata2 blogger dapat memberi komen membina dan juga PIHAK BERKUASA dapatlah ‘begerak’ jangan tidur sahaja!
    Takbirrr!

  20. Emmy berkata:

    @Amin

    Betul juga saya pun mahu tahu laman web Rasul Melayu tu… Sebelum kita menuduh dan menghukum seseorang itu sesat, ada baiknya kita renungkan dulu Doktrin Rasul Melayu itu dahulu…. Yg elok kita jadikan renungan, yg batil kita jadikan sempadan….

    Kalo tidak silap saya ada terbaca dlm akhbar, antaranya Doktrin Rasul Melayu itu fasal pada menyatakan Bab Haji, yg beliau dakwa hanya menguntongkan Kerajaan Saudi Wahabbi…..

    Kita dah dengar kisah kepalsuan Rasul Melayu. Bagaimana pula kalo ada pihak yang mengaku Imam Mahdi Melayu….???

  21. budiek berkata:

    tak payah lah nak ekut ajaran sesat ini.. buang masa je..
    nabi telah besabda… tak akan sesat kalau kita ikut al-Quran dan sunahnya… kte buat je keja dakwah.. lebih baik… betil tak

  22. budiek berkata:

    tak payah lah nak ekut ajaran sesat ini.. buang masa je..
    nabi telah besabda… tak akan sesat kalau kita ikut al-Quran dan sunahnya… kte buat je keja dakwah.. lebih baik… betul tak…

  23. budiek berkata:

    kte bunuh je si kahar nie..menyusah kan betul..
    kalau dah tahu dia tu sesat, tak payah lah gelar dia rasul melayu.. pangil je dia dajjal melayu… kan baik…

  24. nani berkata:

    Salam Budiek,
    Kalau rasa nak berdakwah dan mengajak ke jalan yg benar serta membantu umat Nabi Muhammad supaya tidak terjerumus….apa kata awak sokong blog:
    http://banterasrasulpalsu.blogspot.com
    Lagi pun blog tu tiada unsur bisnes pun…
    Moga kita sama2 bersuara dan kotakan…

  25. dee berkata:

    Aku pelik betul mcm mana ada org yg boleh terpedaya dgn ckp dia…Yg aku pelik berdasarkan video youtube yg aku tengok,pengikutnya byk makcik2 tua…Ish3…Dr kecik sampai besar dr muda sampai tua itupun x tahu nak bandingkan yg mana betul yg mana salah padahal islam dah bertapak lama kat Malaysia..

  26. Muhammad berkata:

    Tuan-tuan semua…

    Apa yang cuba disampaikan oleh Rasul Melayu ada benarnya. Asasnya dia hanya berpandukan kepada Al Quran dan dalam penyampaiannya hanya dalam bahasa melayu untuk orang melayu.

    Kita jangan sebarang membuat tuduhan kepada orang yang tidak kita ketahui latarbelakangnya. Cerita dia belajar hingga darjah lima tidak boleh dijadikan sebagai landasan atau ukuran.

    Bagaimana Nabi Muhammad dapat menyampaikan dakwah dimasa hidup baginda? kerana baginda pada masa itu juga tidak tahu membaca/ummi dan hanya seorang gembala kambing. Itulah sebabnya saudara maranya yang educated tidak dapat menerima ajaran Nabi Muhammad.

    Begitu juga dengan Nabi Musa, seorang anak pungut dan pembunuh, cuba menyampaikan wahyu Allah.

    Nabi Noh juga tidak dapat memberi petunjuk kepada isteri dan anak-anaknya yang tersayang.

    Jika kita mengikuti sejarah Nabi-nabi dan rasul-rasul yang ada didalam al quran akan kita dapati bahawa mereka semuanya tidak dapat menyampaikan wahyu yang mereka terima kepada kaum keluarga mereka. Maka Allah membinasakan mereka dengan kebinasaan.

    Maka gunakanlah akal fikiran dan berpandukan Alquran sebagai panduan hidup supaya selamat didunia dan diakhirat.

    Sekian adanya

  27. Superb post but I was wanting to know if you could write a litte more on this subject?
    I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further. Many thanks!

  28. A completely different alphabet that bears no resemblance to either Latin or Cyrillic
    – which, for all their differences, are still close enough for the users of one to
    have little difficulty absorbing the other – and the
    letters look similar to the Western eye, so some practice will be needed before even
    the basic alphabet can be mastered. There is absolutely no possibility, therefore, that he could have read any other divine
    text, copied from it, and then written the Quran himself.
    In Arabic, sounds which are similar are written with similar symbols.

  29. www.landcare.com berkata:

    Wonderful website. Plenty of helpful information
    here. I am sending it to several pals ans additionally sharing in delicious.

    And certainly, thank you in your effort!

  30. If some one desires expert view regarding blogging
    after that i suggest him/her to pay a visit this blog, Keep up the pleasant work.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s