Blu-Ray: Pengganti DVD

Posted: Mei 31, 2007 in think tank thought

blu-ray-cover_plat.jpg

Blu-Ray, juga dikenali sebagai Blu-ray Disc (BD), merupakan generasi baru format cakera optik yang dibangunkan pada bulan Februari 2002. Format ini dimajukan bagi membolehkan rakaman, rakaman semula dan main semula video definisi tinggi (HDTV) juga penyimpanan data dalam jumlah yang besar.

Format ini menawarkan kapasiti penyimpanan data yang besar sehingga lima kali berbanding Digital Versatile Disc (DVD), iaitu sebanyak 25GB bagi cakera satu lapisan dan 50GB bagi cakera dwi lapisan. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Blu-ray Disc Association (BDA), dengan penglibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.

Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.

Spesifikasi Teknikal

· Jumlah video berdefinisi tinggi (HD) yang boleh disimpan di dalam cakera berkapasiti 50 GB adalah selama 9 jam.
· Jumlah video berdefinisi standard (SD) yang boleh disimpan di dalam cakera berkapasiti 50 GB adalah selama 23 jam.
· Secara purata, 135 minit video berdefinisi tinggi boleh disimpan di dalam cakera satu lapisan dengan menggunakan MPEG-2 serta 2 jam tambahan bahan-bahan bonus dalam video berdefinisi standard. Manakala 3 jam video HD boleh dimuatkan di dalam cakera dwi lapisan dan 9 jam tambahan bahan-bahan bonus dalam video SD.

SAIZ FIZIKAL – 12 cm, sebelah
*Kapasiti satu lapisan – 25 GB (23.3 GiB)
*Kapasiti dwilapisan – 50 GB (46.6 GiB)
*Kapasiti empat lapisan – 100 GB (93.2 GiB)
*Kapasiti enam lapisan – 200 GB (186.4 GiB)

SAIZ FIZIKAL- 12 cm, dwibelah
*Kapasiti satu lapisan – 50 GB (46.6 GiB)
*Kapasiti dwilapisan – 100 GB (93.2 GiB)
*Kapasiti empat lapisan – 200 GB (186.4 GiB)
*Kapasiti enam lapisan – Tiada

SAIZ FIZIKAL – 8 cm, sebelah
*Kapasiti satu lapisan – 7.8 GB (7.3 GiB)
*Kapasiti dwilapisan – 15.6 GB (14.5 GiB)
*Kapasiti empat lapisan – Tiada
*Kapasiti enam lapisan – Tiada

SAIZ FIZIKAL – 8 cm, dwibelah
*Kapasiti satu lapisan – 15.6 GB (14.5 GiB)
*Kapasiti dwilapisan – 31.2 GB (@9 GiB)
*Kapasiti empat lapisan – Tiada
*Kapasiti enam lapisan – Tiada

Antara pengusaha bidang hiburan yang telah menggunakan teknologi ini adalah 20th Century Fox, Buena Vista Home Entertainment, Electronic Arts, Paramount Pictures, Sony Pictures Entertainment, The Walt Disney Company, dan Warner Bros.

PARAMETER

*Kapasiti penyimpanan data – 25GB (satu lapis), 50GB (dwilapis)

*Panjang gelombang laser – 405nm (blue laser)

*Numerical aperture (NA) – 0.85

*Diameter cakera – 120mm
*Ketebalan cakera – 1.2mm

*Lapisan pelindung – 0.1mm
*Hard coating – Ya

*Track pitch – 0.32µm

*Kadar pemindahan data (data) – 36.0Mbps (1x)
*Kadar pemindahan data (video/audio) – 54.0Mbps (1.5x)

*Video resolution (max) – 1920×1080 (1080p)
*Video bit rate (max) – 40.0Mbps

*Video codecs MPEG-2, MPEG-4 AVCS, MPTE VC-1

*Audio codecs – Linear PCM, Dolby Digital, Dolby Digital Plus, Dolby TrueHD, DTS Digital Surround, DTS-HD

*Keinteraktifan – BD-J

Blu-Ray dicipta kerana perlumbaan teknologi dan permintaan pengguna yang semakin bergantung kepadanya. Apa yang pasti, keupayaan teknologi Blu-Ray yang mempunyai kapasiti penyimpanan data yang tinggi berbanding DVD sememangnya dinanti-nantikan.

Komen-komen
  1. iffan04 berkata:

    …..pantas sungguh teknologi sekarang…..siapa lambat dia tertinggal bas…

  2. NURHIDAYU berkata:

    TEKNOLOGI SKANG LG MAJU………

  3. NURHIDAYU berkata:

    Skang teknologi dah maju…..
    apa kita tunggu lagi??
    jom kita cari ilmu banyak2 spya hidup lbh berguna………
    jangan smpi kite tertinggal di blakang….
    rugi tau xcari ilmu…..
    huuhuuhuhuhuhuhu….

  4. are-u berkata:

    skang nie mcm2 dah ada…
    so,teknologi pon smkn maju…..
    manusia pon smkin pndi mencpta sesuatu yg baru..
    huhuuuhuhuh……
    so,jgn ketinggalan….

  5. are-u berkata:

    JOM KITA CARI LAGI PE MKSD CAKERA BLU-RAY DGN LBH LANJUT….
    HUHUUHHHUHUHUHUU…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s