Stress terhadap pekerjaan

Posted: April 19, 2007 in think tank thought

stress.jpg

Kenapa anda stress?

Stress ialah tidak balas fizikal, emosi dan mental kepada sebarang bentuk perubahan. Semua manusia tanpa mengira latarbelakang mengalami stress. Stress tidak semestinya suatu yang negatif. Adakalanya stress boleh menjadi faktor motivasi kepada seseorang dalam mengembangkan potensi dirinya. Namun, tidak dapat dinafikan, stress yang keterlaluan mampu mengakibatkan tekanan perasaan dan menjejaskan kesihatan.

Stress boleh terjadi kerana pelbagai faktor penyebab antaranya akibat daripada rasa kekecewaan terhadap keterbatasan diri, masalah keluarga seperti keluarga berantakan dan masalah kewangan, faktor komuniti dan masyarakat sekeliling seperti jiran yang tidak ramah dan membantu ketika anda memerlukan.

Dalam dunia pekerjaan, stress terjadi disebabkan oleh objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas, perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan, peranan yang berkonflik, tugas yang membosankan dan tidak mampu menonjolkan bakat, kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit, waktu kerja yang tidak anjal dan terlalu panjang, kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pegawai atasan, konflik interpersonal dan konflik di antara tuntutan kerja dan rumah.

Langkah mengatasi

Banyak langkah yang boleh dipraktikkan dalam menangani stress ditempat kerja antaranya meningkatkan sokongan sosial ditempat kerja melalui jalinan tali persahabatan sesama rakan sekerja. Menerusi jalinan itu, sikap percaya-mempercayai akan terbina dengan harapan agar segala permasalahan dapat dikongsi bersama.

Selain itu, senantiasa mempraktikkan pemikiran yang rasional dan positif. Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif dan tidak rasional acapkali menyebabkan salah faham. Justeru, jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda. Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta. Anda juga seharusnya menggantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah.

Komunikasi secara berkesan juga penting dalam mengatasi masalah stress. Jadilah pendengar yang baik dan berkomunikasi secara asertif dengan sentiasa menghormati pandangan yang diberikan oleh orang lain walaupun anda kurang bersetuju dengannya. Anda harus bijak meluahkan pendapat secara jelas, tepat dan tegas dengan menggunakan fakta yang tidak disulami dengan perasaan.

Kritikan boleh memotivasikan dan mematikan semangat seseorang pekerja. Sungguhpun begitu, kritikan yang diterima jika dapat ditangani dengan baik mampu memotivasikan anda. Apabila dikritik, anda digalakkan bertenang. Sekiranya kritikan berbentuk membina dan benar, terimalah kritikan itu seadanya beserta dengan langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani butiran kritikan tersebut. Namun, sekiranya kritikan itu mengandungi butiran yang tidak benar dan menyinggung perasaan anda, dapatkan maklumat dari mana butiran kritikan itu diperoleh dan anda bertanggungjawab membetulkan tanggapan yang salah tersebut daripada terus membelenggu dan menjejaskan prestasi kerja anda.

Apabila stress, seseorang itu berkecenderungan untuk berasa marah. Justeru, bagi menangani stress, anda perlu mengetahui cara menangani kemarahan anda dengan berkesan. Akui bahawa anda sedang berada di dalam keadaan marah dan cuba berhenti daripada marah. Bertenang dan tarik nafas panjang dalam kiraan sepuluh sambil mengucap. Rancang fikiran anda dengan mengenalpasti punca kemarahan tersebut dan dalam pada masa itu, cuba mendengar penjelasan orang lain dengan fikiran yang waras. Adalah sangat ditegah untuk anda memperkatakan sesuatu perkara yang akan menyakiti hati orang lain atas niat menghukum.

Gunakan daya tindak yang berkesan iaitu dengan beredar ke tempat lain jika anda masih lagi tidak dapat mengawal kemarahan anda. Anda juga boleh berbincang dengan individu yang dipercayai jika tidak mampu mengendalikan kemarahan anda. Sekurang-kurangnya kemarahan tersebut dapat diredakan. Namun, walau apa sekalipun, anda seharusnya membiasakan diri sentiasa bersedia memaafkan dengan berpegang kepada prinsip bahawasanya setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Pengurusan masa yang bijak juga merupakan antara langkah yang dapat mengatasi masalah stress. Anda perlu akui bahawasanya setiap manusia dibekalkan dengan 24 jam sehari. Justeru, pengurusan masa mengikut kepentingan dan keperluan menerusi cara menyenaraikan kepentingan dan keperluan itu mengikut pengkelasan ‘perlu dilaksanakan segera’ sehingga ‘perlaksanaan tidak segera’ sangat digalakkan atau dalam erti kata lain, deligasikan tugas dan kepentingan anda secara berkesan.

Selain daripada langkah-langkah di atas, amalan hidup secara sihat menerusi senaman dan amalan pemakanan dan diet yang seimbang turut membantu mengurangkan stress. Amalan hidup sihat seperti tidak merokok dan minum minuman beralkohol bukan sahaja dapat menghindarkan diri daripada penyakit malahan juga dapat memenuhi tuntutan agama yang melarang umatnya daripada memudaratkan diri sendiri. Penuhi hidup anda dengan aktiviti bermakna seperti perjumpaan dengan rakan-rakan, beriadah bersama keluarga dan lain-lain.

Komen-komen
  1. adeque berkata:

    wow. this’s good!🙂

  2. shin chan berkata:

    macam aku pernah baco ……………..ja……?

  3. alex-semboy berkata:

    a2….lah…shin chan ..aku baca di………(>_<)…….

  4. mazlanprk berkata:

    ketahanan diri dari segi menangani stress amat perlu dizaman yang serba mencabar dan dunia tanpa sempadan ini.Tetapi apa yang paling penting ialah hubungan kita dengan tuhan (allah) biarlah betul dan kita hendaklah banyak bertaqwa kepada nya disamping menjaga dan mematuhi segala perintahnya dan meninggal segala larangannya.insyaallah allah akan menyelesaikan segala masaalah yang kita hadapi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s