Nilai

Posted: Mac 22, 2007 in think tank thought

(kronologi sebuah kisah…)

02-02-2007

…29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar

JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya.

Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!

“Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami, mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa saya yang sebenarnya.

“Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan muka bapa,” kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama
Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.

“Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami,” kata Teo, di sisinya Zulhaidi, sewaktu sidang akhbar.

Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.

“Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikan diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

“Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta,” katanya lagi, kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.

Tambah bapa itu lagi, “kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami.

“Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana,” kata Teo, dulu pernah bekerja sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali pasangannya dan yakin penuh padanya.

“Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA, Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami,” cerita Teo lagi, sambil menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka “ibu” dan “bapa”.

Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan “ini kes yang mustahil”.

“Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael
Tay, kami pun meminta bantuannya,” tambahnya.

Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada kerajaan negeri (sumber: petikan dari mStar Online)…

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad) (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll) dan
“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

05-02-2007

…Zulhaidi terpaksa sara diri sejak umur 13 tahun

JOHOR BARU: Ketika berusia 13 tahun, beliau telahpun menyara kehidupannya sendiri dengan mengambil upah membasuh pinggan selepas waktu sekolah untuk membayar kos buku-buku sekolah dan sewa biliknya.

Zulhaidi Omar, 29, berkata beliau tidak pernah berniat untuk mengambil jalan mudah dengan mengabaikan persekolahan ataupun berjinak-jinak dengan dunia jenayah. Sebaliknya, beliau bekerja di restoren sehingga larut malam dan membasuh kereta untuk membiayai persekolahannya.

Kini seorang eksekutif jualan dengan diploma pentadbiran perniagaan, Zulhaidi berkata beliau tidak pernah didera atau dibuang oleh keluarganya, tetapi dia cuma ingin berdikari.

Tanpa diketahui olehnya, Zulhaidi telah ditukar dengan bayi lain di sebuah hospital di Batu Pahat.

“Apabila saya masuk sekolah rendah, saya tahu saya berbeza dari keluarga yang lain kerana saya boleh kesan perbezaan dari rupa paras mereka dengan perawakan Cina saya yang ketara,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Selepas satu pertemuan yang tak disangka di antara beliau dengan keluarga asalnya lapan tahun lalu, Zulhaidi kini ingin menukar namanya kepada nama Cina.

Zulhaidi berharap pihak berkuasa akan membenarkannya menyatakan agama Buddha pada MyKadnya.

Pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi Michael Tay berkata Zulhaidi tidak pernah diberikan peluang untuk memilih agamanya kerana satu kesilapan yang dilakukan selepas kelahirannya.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, semua orang diberikan kebebasan untuk memilih agamanya sendiri, tetapi Zulhaidi tidak pernah diberikan peluang tersebut.

“Kami akan cuba kaedah diplomasi dahulu melalui rundingan dengan pegawai-pegawai negeri dan hospital di mana dia dilahirkan. Jika ianya gagal, kita terpaksalah menggunakan peruntukan undang-undang,” katanya, yang menambah peruntukan itu mungkin termasuk mengemukakan saman ke atas hospital terbabit kerana cuai.

Pegawai agama negeri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas (sumber: petikan dari mStar Online)…

09-02-2007

…Murtad: Zulhaidi tidak perlu ke mahkamah syariah

PETALING JAYA: Kes Zulhaidi Omar, yang mahu menukar agamanya kepada Buddha akibat tertukar sewaktu dilahirkan di sebuah hospital, akan dibawa ke mahkamah sivil, dan bukannya mahkamah syariah.

Pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, Michael Tay berkata seorang peguam telah dilantik untuk tujuan itu.

Katanya, peguam itu memberitahunya bahawa kes tersebut tidak perlu didengar di mahkamah syariah walaupun ia melibatkan permohonan Zulhaidi, 29, untuk keluar daripada Islam.

“Sekarang saya sudah mengambil seorang peguam untuk mewakili kes Zulhaidi.

“Menurut peguam itu, kes ini tidak perlu dibawa mahkamah syariah kerana ia berkaitan kesilapan yang dilakukan oleh Hospital Batu Pahat,” kata Tay ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambahnya, kes itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi selepas sambutan Tahun Baru Cina dan jika kes ditolak, mereka akan membawanya ke Mahkamah Rayuan.

“Zulhaidi beritahu saya, dia telah disahkan lahir sebagai orang Cina, jadi kenapa dia perlu mengikut undang-undang Islam,” tambahnya, menjelaskan kerumitan yang terpaksa dialami oleh lelaki itu yang dibesarkan oleh pasangan Melayu sebelum meninggalkan mereka pada usia 13 tahun.

Bayi pasangan Melayu itu pula dibesarkan oleh ibu bapa Zulhaidi yang berketurunan Cina.

Hasil keputusan ujian DNA, Zulhaidi dilaporkan anak sah pasangan Cina, Teo Ma Leong, 72, dan Lim Sai Hak, 62.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) awal minggu ini dilaporkan berkata Mahkamah Syariah selalunya pihak yang dirujuk dalam kes pertukaran agama seseorang Islam dan terpulang kepada mahkamah itu untuk menerima ujian DNA sebagai asas kes itu.

“Biasanya mereka yang mahu menukar agama perlu memohon kepada Mahkamah Syariah,” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Tay menjelaskan status sebenar kedua-dua bayi tersebut harus diputuskan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Soi Lek berdasarkan rekod mereka di Hospital Baru Pahat.

“Seorang jurucakap Hospital Batu Pahat berkata mereka akan hantar rekod tersebut kepada Menteri Kesihatan,” katanya.

“Jadi, Menteri Kesihatan yang akan buat keputusan mengenai kes pertukaran bayi Cina dengan bayi Melayu ini. Kontroversi ingin menukar agama tidak timbul kerana ia berpunca daripada kesilapan yang berlaku di hospital selepas kelahiran mereka,” katanya.

Hospital tersebut sebelum ini dilaporkan tidak dapat menunjukkan bukti kelahiran dua bayi Cina dan Melayu itu kerana ia telah lama berlaku.

Tay, yang bertindak sebagai jurucakap Zulhaidi, berkata pemuda itu kini gembira dengan kehidupan baru bersama keluarganya tetapi tidak selesa dengan publisiti meluas mengenai nasibnya, termasuk perhatian media asing.

“Ada seorang wartawan agensi media asing diterbangkan khas ke Malaysia semata-mata untuk menemuramahnya, tapi dia sudah bosan dengan media kerana mereka asyik tanya perkara yang sama berulang-ulang kali,” katanya, menjelaskan sikap Zulhaidi yang kini seolah-olah ingin menjauhi pihak media.

Menurutnya, Zulhaidi tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna daripada pasangan Melayu itu kerana keluarga ini bermasalah.

Jabatan Agama Johor (JAJ), termasuk ketua penolong Pengarah
Penguatkuasaan JAJ Yosree Ikhsan, berminat membantu mereka menyelesaikan kes itu, tambah Tay.

“Beliau akan mendapatkan pandangan ilmuwan Islam berwibawa di Malaysia kerana kes ini unik dan pertama kali berlaku di negara kita.” (sumber: petikan dari mStar Online)…

Imam Ghazali pernah berkata, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.”

15-02-2007

…Pembaca anggap hasrat Zulhaidi kes ‘murtad’

PETALING JAYA: Seperti kes-kes lain pertukaran agama Islam di negara ini, tindakan Zulhaidi Omar yang ingin menukar status agamanya kepada Buddha tidak disokong oleh kebanyakan pembaca mStar Online.

Walaupun kesnya paling unik berbanding kes-kes lain yang pernah dibawa ke mahkamah atau dilaporkan oleh media, hampir
60% pembaca memilih “tidak bersetuju” dengan hasrat lelaki berketurunan Cina itu dengan alasan tindakannya itu tidak diperuntukkan dalam ajaran Islam.

Zulhaidi ingin berbuat demikian selepas mengetahui ibu bapa asalnya pasangan Cina tetapi sewaktu masih bayi, beliau tertukar dengan seorang bayi keturunan Melayu.

Ujian DNA yang dijalankan lapan tahun lepas dilaporkan mengesahkan pemuda ini anak sah pasangan Teo Ma Leong, 72, dan Lim Sai Hak, 62.

Sewaktu dibesarkan oleh pasangan suami isteri Melayu, lelaki berusia 29 tahun ini dikatakan tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna.

Menyedari hal ini, 22% pembaca memilih untuk bersikap berkecuali, “terserah” pada keputusan Zulhaidi kerana berlaku kesilapan selepas dilahirkan di sebuah hospital di Batu Pahat.

Teo Tian Fa, anak lelaki pasangan Melayu yang dibesarkan oleh ibu bapa biologi Zulhaidi, dilaporkan selesa dengan keluarganya sekarang dan tidak berhasrat mencari ibu bapa asalnya.

Hanya 18 peratus pembaca yang menyokong hasrat Zulhaidi menukar status Islam dalam kad pengenalannya dengan alasan tindakannya itu suatu hak asasi beliau.

Kes pertukaran sejak usia bayi akan dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas sambutan Tahun Baru Cina, kata pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, Michael Tay kepada mStar Online minggu lepas.

Seorang peguam itu, katanya, kes ini tidak perlu dibawa
Mahkamah Syariah kerana ia berkaitan kesilapan yang dilakukan oleh Hospital Batu Pahat.

“Zulhaidi beritahu saya, dia telah disahkan lahir sebagai orang Cina, jadi kenapa dia perlu mengikut undang-undang Islam,” tambah Tay.

Undian di laman web mStar Online yang bermula 6 hingga 13 Februari menarik perhatian 1,473 pembaca. Undian ini bagaimanapun bukanlah suatu kajian saintifik (sumber: petikan dari mStar Online)…

Rasulullah s.a.w berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasulullah?” “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.” Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”.

Komen-komen
  1. rz berkata:

    Islam sekadar atas MyKad,inilah hasilnya.

  2. psittacula berkata:

    semua umat islam harus kembali pada jalan yang ditetapkan oleh ALLAH. dengan ini sesiapapun yang beragama apapun pasti akan terpesona dengan ISlam. jika inilah yang kita amalkan, saya pasti bayi yang tertukar akan merasa syukur kerana tertukar dengan ibu bapa yang beragama islam.

  3. nurkaseh berkata:

    very2 nice blog🙂

  4. Think tank berkata:

    terima kasih…hanya berperanan sebagai penyampai..

  5. mazmood berkata:

    Islam adalah agama untuk semua , tidak kira bangsa apa jua di dunia. Tidak boleh diandaikan bahawa jika bangsa cina – agama buddha, bangsa melayu adalah Islam. Tapi yang jika dari telapak tangan lagi sudah dibesarkan oleh keluarga Islam, jadi telah Islam namanya.

  6. Man berkata:

    Segala kejadian yang berlaku adalah suatu ketentuan qadha’ dan qadar Allah.

  7. Battohsai berkata:

    Setuju.. dan pertemuan dengan keluarga asal sudah ditentukan..

  8. zamrud berkata:

    Zulhaidi tidak berpeluang memilih agamanya kerana tertukar semasa lahir akibat kecuaian pekerja hospital. Amat tidak adil bagi kita memaksa beliau menganut agama yang beliau tidak berpeluang pilih. Cuba kalau Zulhaidi ini tidak tertukar langsung dan dibesarkan sebagai Teo Tian Fa, adakah kita akan memaksa beliau memeluk Islam? Islam sendiri tidak membenarkan pemaksaan sedemikian sebagaimana Allah berfirman La ikraha fiddin. Fikirkanlah bagaimana kalau bayi Melayu yang bernama Teo Tian Fa sekarang itu berhasrat memeluk Islam tetapi undang-undang tidak membenarkan. Tidakkah kita akan berasa marah kerana kehendak beliau tidak dihormati? Bayangkan kita tinggal di negara di mana agama rasmi adalah agama Yahudi atau Kristian misalnya, dan anak kita tertukar dan dibesarkan dalam agama Kristian tetapi apabila kita ketemukan kembali anak kita itu, beliau mahu memeluk Islam tetapi dilarang oleh undang-undang dan pihak berkuasa kerana agama rasmi adalah agama Kristian. Nauzubillah! Bukankah itu satu penindasan ke atas kita? Mengapa kita mahu menindas orang lain pula? Apakah dengan kekalnya Zulhaidi dalam Islam namun dalam hatinya menyimpan benci kita akan mendapat pahala? Benar segala kejadian adalah qadha’ dan qadar Allah. Kalau Allah tidak mengizinkan, nescaya Zulhaidi tidak akan bertemu ibu bapa kandungnya kembali. Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Kita hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Wallahualam.

  9. Think tank berkata:

    jika Zulhaidi yang Islam diajar dan dididik dengan ajaran Islam yang murni dan sebenar ini, penulis berpendapat, isu ini pastinya tidak akan timbul…yang salah di dalam kes ini adalah beliau tidak diberi tunjuk ajar dengan cara Islam oleh ibu bapa ‘muslim’nya sendiri…beliau menyatakan yang ibu bapa muslimnya tidak langsung mengamalkan dan memberikan tunjuk ajar ajaran Islam sebenar sepanjang beliau tinggal bersama mereka. malah rumahtangga mereka juga berantakan…itu yang dikesalkan…itulah juga yang menjadi punca Zulhaidi ingin menukar agamanya…

    walaubagaimanapun, isu beliau ini sememangnya dikelaskan sebagai kes murtad…

    hanya Allah yang Maha Mengetahui…wallahua’lam..

  10. mi berkata:

    bunuh zuhaidi !!!!!!!!
    “Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

  11. amy berkata:

    Tiada paksaan dalam islam,i wont blame him…family yg membesarkanya pun gagal menerap nilai islam yg sbnrnya kpd nya no wonder la dia xsuka agama islam.Jadi bagi sy belum datang hidayah kepadanya jika dia ingin kembali ke agama asal.Dari awal ianya suatu kecuaian…lainla jika dia berniat memeluk islam atau dia dilahirkan sbgai islam jadi tiada istilah dia murtad sbb dlm drh yg mngalir beliau bkn islam.lgpun umurnya mmg ditahap dimana dia berhak menentukan agama yg dia mahu.Jika seseorg itu ditakdirkan mati sbgai islam tidak kira apa bangsanya dia tetap islam.Tapi tula syg keluarga yg ngaku islam gagal didik nilai2 islam sbnr..mlh dia tak mndapat ksh syg yg scukupnya..baby yg tertukar pun tidak mahu masuk islam…mmg tkdirnya dilahirkn sbgai seorg yg bkn islam walaupun berdarah islam….mohon kte istiqamah dri..apa la dosa ibubapa bayi tersebut sehingga bgtu sekali nsb ank beliau😣

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s