Pertanian di Malaysia

Posted: Mac 19, 2007 in Artikel

ladang.jpg

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.

Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.

Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun demi tahun.

Kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah, petani asal yang tinggal adalah terdiri daripada petani yang sudah tua dan uzur. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.

Selain daripada faktor penghijrahan ini, antara masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian kini ialah saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi.

Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik. Umpamanya, sektor perladangan sahaja menguasai 83% daripada 6.36 juta hektar tanah yang bertanam.

Di samping saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya pengeluaran yang rendah dan kos purata yang tinggi di sub-sektor pekebun kecil. Pertama ialah kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap.

Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.

Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya.

Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak mengguna baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi.

Selain daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.

Dari segi pelaburan swasta dalam sektor makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.

Selain daripada itu, sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding dengan sektor-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.

Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila sekatan bukan tarif di negara-negara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi dihapuskan.

Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion.

Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga makanan. Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian.

Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.

Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya peningkatan dalam aspek keselamatan makanan negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain. Juteru, di sinilah sektor pertanian memainkan peranan pentingnya.

TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Justeru, kerajaan di bawah kementerian yang berkaitan melihat usaha-usaha berikut sebagai jalan penyelesaiannya:

(i) Transformasi Ladang

Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.

(ii) Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi

Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´.

(iii) Pengurusan Ladang Yang Moden

Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.
Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.

(iv) Daya saing Lebih Tinggi

Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.

(v) Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan

Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

(vi) Pengezonan (zoning)

Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC). Perlaksanaan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.

(vii) Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan

Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.

(viii) Latihan

Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar.

(ix) Kemudahan Infrastruktur

Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.

Walaupun peruntukan yang besar diperlukan oleh sektor pertanian, kedudukan dan sumbangannya terhadap ekonomi negara tidak dapat disangkal. Justeru, mengekal dan memeliharanya merupakan langkah yang sangat bijak oleh kerajaan disamping dapat memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi bagi umat warganegara khasnya dan warga dunia amnya yang semakin bertambah.

Komen-komen
  1. Yudistira berkata:

    Assalamualaikum wr.wb

    Perkenalkan saya Yudistira dari PT Saputra Inheritance di Indonesia. Perusahaan kami bergerak dalam Produksi Nutrisi pertanian, nutrisi peternakan dan nutrisi perikanan dengan merk dagang Saputra Nutrient

    Dalam bidang pertanian nutrisi kami dapat menggantikan penggunaan pupuk kimia 100%, dan hasil ujicoba kami pada tanaman padi terjadi peningkatan produksi dari rata-rata 4-5 ton/ha menjadi 8-10 ton/ha dengan dan masa tanam dari 110-115 hari menjadi 85-95 hari saja.

    dalam bidang peternakan nutrisi kami dapat mempercepat pertumbuhan hewan ternak, seperti contohpada ayam pedaging, dari rata-rata memerlukan waktu 6 minggu untuk mencapai berat 1,5 kg menjadi 4 minggu saja dengan berat 1,7-1,8 kg

    dalam bidang perikanan juga sama, percepatan pertumbuhan ikan terlihat sangat signifikan dan pada pembenihan ternyata menekan tingkat kematian.

    Mudah-mudahan perkenalan ini dapat berlanjut agar kami dapat berbagi dengan sesama rumpun dan dapat pula meningkatkan sektor pertanian, peternakan dan juga perikanan.

    Nama Perusahaan

    • wan idris berkata:

      Harap dapat kirimkan keterangan teknikal yang lebih lanjut ke atas Nutrisi Pertanian, termasuklah prinsipnya, cara penggunaannya, kos sehektar, dll. Terima kasih.

  2. Think tank berkata:

    saya telah mencari maklumat anda melalui internet…dan didapati bahawa hasil ciptaan tuan Umar Hasan Saputra ini mendapat pujian ramai dan pastinya hasilnya juga memberangsangkan…menerusi internet, saya mendapati, nutrisi anda diperbuat daripada saripati jagung.

    boleh anda terperincikan lagi maklumat mengenai nutrisi anda? adakah benar bebas kimia 100%? adakah hanya menggunakan isipati jagung atau terdapat campuran lain?

  3. ahmad nasoha adnan berkata:

    assalamualaikum,sy nas…
    ingin ber tanya mcm mana untk memohon
    pendaftaran di kolej pertanian malaysia?

  4. FX.Bambang Hamijaya berkata:

    Salam,

    Kami dari CV.Harvest Gorontalo Indonesia, Gorontalo ingin memperkenalkan salah satu produk usaha kami dibidang Nutrisi untuk pertanian, perikanan dan pertenakan. Nama Produk Nutrisi kami yaitu SOZO FM.

    Pemakaian Nutrisi SOZO FM sebagai nutrisi pertumbuhan, anti stres dan tahan rontok, dapat membantu pertumbuhan tanaman dan ternak menjadi optimal dengan perkiraan akan terjadi penambahan 20% dengan biaya yang relatif terjangkau.

    Sebagai informasi : penggunaan SOZO FM 4 pada ternak sapi, kotoran sapi instan / dapat langsung digunakan sebagai pupuk kandang dan tidak menyebakan tanaman mati. Hal ini sangat mendukung program Intregeted Farm.

    Sekian perkenalan kami, semoga perkenalan ini dapat berlanjut dilain waktu.

    Terima Kasih

    FX.BAMBANG.H

  5. Yudistira berkata:

    Untuk Think Tank,…..

    Terima kasih atas atensi anda untuk produk kami Saputra Nutrient. Seperti kami sudah jelaskan bahwa produk kami murni organik 100% tanpa menggunakan bahan kimia. Benar bahwa bahan dasar kami adalah berasal dari jagung. Komposisinya adalah sbb:

    Saputra Nutrient Plant Liquid :
    – Precursor Nutrient Essensial 80%
    – Oligosacharida 12%
    – Trace Mineral 2%
    – Lain-lain 6%

    Saputra Nutrient Plant Powder :
    – Nitrogen 10.37%
    – Fosfat 7.06%
    – Kalium 6.57%
    – C Organik 1.27%
    – Mg 4.16%
    – S 5.10%
    – Ca 4.03%
    – H2O 3.91%

    Demikian isi kandungan dari produk kami yang dapat kami sampaikan di sini. Semoga bermanfaat. Terima kasih.

    Yudistira

  6. Mohd Fahmi berkata:

    Bahan pertanian di Malaysia yang manakah banyak di import dari Thailand.Adakah bahan ini masuk menggunakan AP? harap beri pendapat

  7. ahmad ali wafa berkata:

    KAMI DARI YAYASAN AGRO FARM INDONESIA YANG DISINGKAT DENGAN YAFINDO ATAU INDONESIA AGRO FARM FOUNDATION. KAMI SUDAH ALAM BER USAHA DIBIDANG PRODUKSI DAN PEMASARAN HASIL PERTANIAN. KAMI MEMILIKI LUAS LAHAN AREAL PERTANIAN MILIK RAKYAT TANI BINAAN YAFINDO YANG HASILNYA DIPASARKAN OLEH KAMI. SAAT INI KAMI JUGA USAHA BERBAGAI HASIL PRODUKSI PERTANIAN DI TIMUR TENGAH DAN SECARA KHUSUS DI JEDDAH, MEKAH DAN MADINAH. DALAM BIDANG PRODUKSI PADDY DI INDONESIA, KAMI PENGGUNA NURISI SAPUTRA, NAMUN KAMI MASIH MEMBUTUHKAN MITRA DALAM PRODUKSIO PADDY TERSEBUT DALAM PEMENUHAN KEBUTUHAN BIAYA OPRASIONAL PENANAMAN PADI. KAMI MENGAJAK KEMITRAAN KEPADA SIAPA SAJA DALAM USAHA PRODUKSI PERTANIAN DI INDONESIA. TLP KAMI 00 62 8139 587 2232 INDONESIA DAN 00 966 560069410 / 0556 2070 83 JEDDAH/ ACHMAD ALI WAFA

  8. salam sejahtera,saya ingin bertanyakan bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang pengambilan pelatih baru untuk kemasukan siri ke 8 di bukit tangga kedah dan bilakah tarikh pengambilan.Saya mengharapkan respon dari pihak tuan/puan secepat mungkin.

  9. Idris Abd. Rahman berkata:

    Salam sejahtera,saya ingin bertanyakan bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang pengambilan pelatih baru untuk kemasukan ke Kolej Pertanian Malaysia di bukit tangga Kedah dan bilakah tarikh pengambilan.Saya mengharapkan respon dari pihak tuan/puan secepat mungkin.

    Sekian terima kasih.

  10. Michael R Ginting berkata:

    Saya dari PT SERA CITRA, kami menjual Sozo Fm untuk meningkatkan kualitas dan menggandakan hasil panen tanaman anda baik dalam bentuk unggas, perkebunana, hasil tani dan ternak. Saya jamin. satu satunya teknologi tetes di dunia.

    mike_ginting@yahoo.com

  11. Nur fatehah abdul rani berkata:

    hai saya teha, students di universiti putra malaysia kampus bintulu, semester ke dua, pandangan saya disini adalah berikutan tentangkemasukan ke universiti putra malaysia. memandangkan saya adalah pelajar di sini, saya mengakui bahawa universiti ini memberi banyak pengetahuan dalam bidang pertanian khususnya kepda yang sedang berminat dgn bidang ini.. di sini kami diajar tentang ilmu2 yg berkaitan dgn kgiatan pertanian dan merasai sndiri melakukan aktiviti2 pertanian y dilaksanakan di sini.. terima kasih buat staf UPMKB..oleh itu pelajar2 baru lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti kursus ini adalah amat digalakkan untuk memohon..saya pasti anda semua bangga dgnnya…

  12. Sapri berkata:

    Kebelakangan ini pengeluaran pertanian didapati berkurangan akibat penurunan kandungan organik dalam tanah serta penggunaan bahan kimia yang tidak bertepatan. Dengan penemuan formula CECAIR MIKROB ORGANISMA AGM2K, pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan bagi memenuhi kehendak dunia yang kian bertambah. Dan apa jua permasalahan anda berkaitan tumbuh-tumbuhan (buah-buahan, bunga dan sebagainya) atau berkaitan haiwan (kambing, lembu, ayam dan sebagainya) serta binatang peliharaan anda (kucing dan sebagainya) dapat diatasi dengan AGM2K. Maklumat lanjut produk: http://www.bajawang.com/senangbaja

  13. xsan berkata:

    saya ingin menceburi bidang pertanian/ternakan.saya ingin tahu langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan nya.saya mempunyai tanah yang sesuai untuk penternakan haiwan.

  14. ASLMKM TUAN, SY BERMINAT UTK MEDAPATKAN SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI KAJIAN LATIHAM ILMIAH (PROJEK SARJANA MUDA) MENGENAI INDUSTRI PERTANIAN DI MALAYSIA. SEPERTI SEJAUH MANA HALA TUJU INDUSTRI INI DAN USAHASAMA KERAJAAN DAN UNIVERSITI. HARAP DAPAT MEMBANTU DAN EMAIL KEPADA SY UTK SEBARANG SOKONGAN = khudri23@yahoo.com

  15. Think tank berkata:

    sila rujuk kepada universiti yang berkaitan iaitu Universiti Putra Malaysia…kebiasaannya tesis pelajar akan ditempatkan di perpustakaannya…ataupun perpustakaan fakulti yang berkaitan…wallahu’lam…

  16. eka berkata:

    Jika anda butuh produk nutrisi saputra untuk tanaman, perternakan dan perikanan serta untuk kesehatan manusia silahkan hubungi CV. titi indo wangsa jaya palembang jl. merdeka 349 Rt. 17 tlp. 0711-7903555/0711-353518 fax 0711-353518. stok banyak

  17. salam…sy pelajar marketing di kolej Pertanian Malaysia Kedah.Sy berpendapat bidang pertanian wajar di perkembangkan dengan lebih sistematik kerana permintaan terhadap produk hasilan segar atau proses amat memberangsangkan setiap tahun tetapi bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dan kehendak tersebut..

  18. Mat Deris berkata:

    Sapa2 yang berminat nk buat web pertanian bole hubungi saya 0129556620 sms or call……web saya sekarang under construction.

  19. arfah berkata:

    Assalamualaikum.
    Saya ingin mendapat maklumat tentan pengurusan pertanian dan pertanian bersepadu

  20. Mohd Noor Abu Bakar berkata:

    Saya berminat untuk taman Cili Merah. Saya hendak tahu di mana saya boleh mendapat kursus taman cili. – 013-3647594

  21. yusmiza berkata:

    anybody yang sedia tolong…. nak cari bahan untuk siapkan Latihan ilmiah… pasal jabatan Pertanian… sejarah penubuhan, perkembangan,dan cabaran… plz…..0136297912

  22. Ismail bin Mokhti berkata:

    Saya ingin tahu samada tanah sawah terbiar boleh atau tidak untuk ditanam dengan pokok getah. Jika boleh apakah yang perlu dibuat pada tanah tersebut pada peringkat awalnya.

  23. Think tank berkata:

    salam…

    laman web ini hanya menyediakan info sahaja…jika mempunyai sebarang persoalan, sila rujuk kepada badan yang berkenaan…harap maklum…

    think tank

  24. mohd adnan berkata:

    assalamualaikum tuan, saya lepasan palajar dari (ilp), buat masa ni saya belum mempunyai pekerjaan’ bukan memilih tetapi kerja sekarang banyak pesaingan. saya ingat ingin lanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian, buat masa ni saya mencari2 kolej yang sesuai untuk saya sambung belajar dalam bidang pertanian..TQ.

  25. france berkata:

    Untuk Bp. FX. Bambang Hamijaya, perkenalkan nama saya France R. Jonathan, saya tertarik membaca perkenalan produk SOZO yang bapak paparkan, jika tidak keberatan mohon email saya email address & phone number bapak untuk peluang-peluang kerjasama kedepan.
    Terima kasih

  26. france berkata:

    Untuk Bp. FX. Bambang Hamijaya email saya glory_factoryoutlet@yahoo.com

  27. danny berkata:

    hi,
    i’m planting hydroponic organic vegetable.
    at johor, batu pahat.
    i nd to get investor for expand my 30 ekar land.
    those r intresting in hydroponic pls contact me.
    +6012-7278646
    dnny_tan@yahoo.com

  28. insyirah berkata:

    assalamualaikum..just nak tau berita tentang buruh asing.. adakah semakin meningkat di negara malaysia dan banyak kebaikan atau keburukan yang mereka bawa di negara kita..sekian (harap dapat respon secepat mungkin)

  29. Think tank berkata:

    salam…
    setakat ini statistik menunjukkan jumlah buruh asing adalah seramai 1.5 juta…

  30. iffan04 berkata:

    as’um…..dan salam sejahtera…..
    saya mewakili warga penanam cili merah ingin untuk berkongsi pengalaman dan teknik yg. betul dalam bidang projek tanaman cili…..baik secara fertigasi atau atas tanah……..projek tanaman cili ini merangkumi aspek bagaimana kita buat keuntungan dengan projek ini……

    KEPADA YG. BERMINAT UTK. IKUTI PERKEMBANGAN PROJEK TANAMAN CILI, BOLEH JOIN JADI MEMBERS BICARAJUTAWAN.COM…..DISINI RAMAI WARGA CILI SELURUH MALAYSIA BERFORUM TTG. MASALAH DAN BAGAIMANA UTK. ATASI MASALAH DALAM PROJEK TANAMAN CILI……saya salah sorang yg. lahir dari forum berkenaan…….bermula dgn. kecil-kecilan….sekarang saya buat secara besar-besaran…..contact no. saya 012 5830013/019 4580013-nasir agro farming enterprise

  31. vina maira sari berkata:

    ass.saya mahasiswa perikanan jurusan budidaya perairan, pekanbaru, indonesia. saya nak selesaikan tulisan ilmiah saya tentang teknik pembuatan cacing tubifex beku. boleh tak saya dapatkan informasi dari web ni????thank u

  32. fatin berkata:

    i like this

  33. celom berkata:

    saya student di perak….perlukan rujukan ilmiah untuk pertanian moden…… boleh pelbagaikan rujukan dari pelbagai sudut?

  34. mohammad iqbaal berkata:

    saya baru abis belajar……….but i berminat nak buat pertanain or perternakan…………………..say nak nasihat………….tanaman apa yang saya perlu buat yg mempunya pasaran……………….10q

  35. Michael Randalna berkata:

    SOZO FM-1
    Natural Nutrient Supplement
    Formula Nutrisi Sel Untuk Tanaman Pangan dan Holtikultura
    Nutrisi sel untuk tanaman juga baik untuk tanah (soil decomposer) baik juga untuk pertumbuhan akar, batang, daun, bunga, dan buah.

    ======

    SOZO FM-2
    Natural Feed Additive for Aquaculture
    Dengan SOZO FM-2 Air Dapat Memperbaiki Dirinya Sendiri.
    Makanan tambahan alami untuk pertumbuhan ekosistem di air, untuk menyeimbangkan mata rantai makanan di dalam air ( Bio Siklus Dinamis ), memasok kebutuhan Vitamin untuk pertumbuhan ikan, udang dan dapat menetralisir racun akibat dari pembusukan bahan organik di dasar kolam / tambak, bahkan diolah menjadi sumbar makanan alami untuk kehidupan di dalam air.

    =========

    SOZOfm-3
    Natural Vitamin for Poultry
    Inovasi Teknologi Telur Omega 3
    Dibuat untuk mengoptimalkan system metabolism Unggas sehingga unggas lebih sehat, pertumbuhan cepat, ramah lingkungan (Ammonia Free), dan produksi telur omega 3 dan keuntungan peternak meningkat.
    Kandungan isi terbuat dari 100% bahan alami (nabati hewani) diproses secara selektif oleh bakteri sehingga manghasilkan komposisi nutrisi yang lengkap dan seimbang dan sesuai kebutuhan pertumbuhan unggas, mudah diserap tanpa ada efek samping.

    ============

    SOZOfm-4
    Natural Vitamin for Ruminants
    Jamunya Sapi
    Dibuat untuk mengoptimalkan system metabolism ternak Ruminansia sehingga lebih sehat, pertumbuhan cepat (ADG naik 30-50%), ramah lingkungan (tidak berbau) dan keuntungan peternak meningkat.
    Kandungan isi terbuat dari 100% bahan alami(nabati dan hewani) diproses secara selektif oleh bakteri sehingga menghasilka komposisi nutrisi yang lengkap dan simbang sesuai kebutuhan pertumbuhan Ternak mudah diserap tanpa ada efek samping.

    If you interested, please contact us at :

    KLINIK AGROPOLITAN
    direct marketing
    Michael R Ginting
    JL. Cibeunying Kolot 45A
    Bandung-Indonesia
    HP : +62-8565-9115253
    PH : +62-22-91155780
    email : info@klinik-agropolitan.com
    Web : http://www.klinik-agropolitan.com

  36. ana akna berkata:

    saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai AFTA.

  37. mansid berkata:

    Saya ada menulis mengenai masa depan pertanian dalam Forum NoGold. Saya sertakan link mengenai masa depan pertanian itu untuk rujukan tuan-tuan. Sila beri pandangan tuan dalam link berikut:

    http://nogold.com/forum/showthread.php?t=26391

  38. mansid berkata:

    Anda boleh mendapatkan maklumat pertanian di Malaysia dengan melawati dua blog/laman web berikut:

    http://agro-link.blogspot.com/
    dan
    http://banktani.tripod.com/

  39. ana berkata:

    saya nak tahu mengenai sistem pengeluaran akuakultur di malaysia?boleh tak kongsi pengetahuan?t.k

  40. pojio berkata:

    saya nak buat karangan pasal sektor pertanian..
    boleh bagi isi dan komen pasal import makanan luar negara??variasi bahasa,kalau boleh…

  41. nik berkata:

    saya sangat berminat dgn pertanian dan telahpun menjalankan pertanian, tapi tak banyak…. cuma sekarang ni saya mempunyai idea untuk mengembangkan pertanian saya kearah yang lebih global. bagaimana caranya dan dengan siapa yang saya harus berurusan dan kementerian mana yang boleh membantu saya?

  42. nik berkata:

    Kami sedang merancang dan berusaha untuk memajukan pertanian secara komersial dan efektif. Kami sedang mencari mereka yang mempunyai lulusan bidang pertanian dan agresif untuk kearah pertanian dan pemasaran hasil tani. sesiapa yang berminat silalah berhubung dengan kami di: ADA AGENCY SDN BHD.
    No. 551 Jalan Raja perempuan zainab 2,
    16150 kota bharu, kelantan.
    Tel: 09-7654445 fax: 09-7646445
    e-mail: nimohazada@yahoo.com

  43. farah berkata:

    bosan

  44. harzahasif berkata:

    cuba anda huraikan pendapat anda tentang peluang pekerjaan dalam bidang pertanian di Malaysia berkaitan dengan penanaman sayur-sayuran,penternakan,perusahaan tanaman hiasan serta penternakan ikan dalam sangkar.

  45. nuri berkata:

    salam sy nk tnye peluang untk belaja lepasan spm mcm sy nihh meluas x kat cnii

  46. MissDear berkata:

    salam,

    terima kasih atas makluman yang berguna

    Saya amat hargai article ini dan banyak memberi pemahaman saya tentang fenomena pertanian di Malaysia.Bolehkah saudara/i memaparkan rujukan bg setiap pernyataan di dalam artikel ini..ianya amat2 membantu saya dalam melengkapkan bahan bagi penulisan thesis dan beberapa kertas kerja yang bakal dibentangkan.

    Terima kasih sekali lagi

  47. adyla berkata:

    wt per??

  48. adyla berkata:

    tima kaseh kpd maklumat yg dberi..

  49. bandat_92 berkata:

    mana saya nak cari lebih maklumat mengenai perternakan ikan fatin …………………….saya nak mengetahui cara ,lokasi,permulaan dan sebagainya

  50. ilham berkata:

    saya punya lahan kurang lebih 10 ha, tapi belum siap pakai kalau ada yang pingin kerjasama untuk pertanian saya siap. letak lahan di kec.selakau kab.sambas kalbar indonesia.

  51. my blog berkata:

    check this out…

    this is mine…

  52. aslamualaikum berkata:

    assdsadsadasdasdas

  53. e_bower berkata:

    Perkenalkan saya dari Karya Tani Indonesia,mempunyai produk organik murni dg C/N ratio 15-25 dan juga produk pupuk pertanian berbasik phosphat an organik P2O5=12%plus mikro elemen komplek,Dolomite dan jg NPK12-8-14 dan lainnya,Sekiranya apa dan bagaimana cara sehingga produk kami bisa dipasarkan dan dimanfaatkan pada pertanian di malaysia

  54. mas berkata:

    terima kasih atas maklumat yang amat berguna..teruskan usaha untuk kita sama2 berkongsi ilmu

  55. bomoh berkata:

    saya

  56. jaka malaysia berkata:

    menarik r mende nieh,.kne dgn jiweku,..skrg nieh pown ku tgh nk buat RPutk projek pertanian komersial,.tp,..dh seminggu ku crik ttg pertanian komersial di lombong tp,…ku tak jumpe,.ape yang ku pikirkan tak de la,..boleh tak law ku buat jer,,tp perlukan bantuan jugak dr yang pakar,..pliz tolong ku,..

  57. nurul berkata:

    JUTAWAN GLOBAL

    SUPER BIO-1.
    BAJA CECAIR ORGANIK.

    KEARAH MEWARNAI PERTANIAN MALAYSIA LEBIH BERKUALITI.

    – SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.
    – PEMBAJAAN DILAKUKAN PADA MASA SUHU TANAH RENDAH IAITU SAMA ADA PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA SUPER BIO-1
    – MENGAWAL KELEMBAPAN DAN KADAR PENYERAPAN NUTRIENT.
    – MEMPERBAIKI EKOLOGI DAN STURKTUR TANAH.
    – MENINGKATKAN PENGUDARAAN DALAM TANAH.
    – MERENCATKAN PERTUMBUHAN BAKTERIA JAHAT/ PENYAKIT / SERANGGA.
    – MERAWAT BAU.
    – MENGGALAKKAN PENGAKARAN,PERTUMBUHAN DAN PEMBUNGAAN.
    – MENYAHTOKSIK SISA RACUN RUMPAI DAN RACUN SERANGGA DALAM TANAH.
    – MESRA ALAM TANPA KESAN SAMPINGAN.

    SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.

    KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DAN INGIN MEMBUAT TEMPAHAN SILALAH HUBUNGI KAMI DI NO YANG YERSEDIA.

    SHAM 013-7889917
    HAS 016-2911208
    NURUL 017-2966437
    HASRIN 017-3557264

    UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT TENTANG SUPER BIO-1 SILA BACA ISI YANG SELANJUTNYA.

    KESAN – KESAN PENGGUNAAN BAJA CECAIR ORGANIK SUPER BIO-1 – TEKNOLOGI BIO.

    1. PERTUMBUHAN POKOK AKAN LEBIH TERANGSANG DAN MENAMBAHKAN PENINGKATAN DALAM PEMBESARAN.
    2. MEMBANTU MENINGKATKAN HASIL YANG SEDIA ADA SUPAYA LEBIH BERKUALITI.
    3. MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN TUMBUHAN MEMBUAT MAKANAN MELALUI PROSES FOTOSINTESIS YANG MENJADIKAN DAUN LEBIH HIJAU.
    4. MENINGKATKAN KEMAMPUAN DALAM MENGHASILKAN BAJA ORGANIK YANG DIPERLUKAN OLEH TUMBUHAN.
    5. MEWUJUDKAN SATU SISTEM KETAHANAN DALAM TUMBUHAN YANG MENJADIKAN LEBIH TAHAN DALAM MENGHADAPI SERANGAN SERANGGA DAN PENYAKIT.
    6. KEADAAN TANAH AKAN DAPAT DIPULIHKAN KEPADA KEADAAN ASALNYA TANPA PENCEMARAN SAMA ADA DARI SEGI FIZIKAL ,KIMIA DAN BIOLOGINYA SECARA BERANSUR – ANSUR.
    7. MENGHALANG KEHADIRANPELBAGAI BAKTERIA DAN SERANGGA PEROSAK YANG DATANG DARI TANAH.
    8. MENGURANGKAN PENGAMBILAN BAJA KIMIA DAN SEKALIGUS MENGURANGKAN KOS DAN TENAGA PEKERJA KERANA TEKNOLOGI INI MAMPU MENJANA BAJA ORGANIK DARIPADA SISA – SISA TANAMAN , MAKANAN ,RUMPAI DAN KESUBURAN TANAH DAPAT DIKEKALKAN.
    9. HASIL YANG DIPEROLEHI MENINGKAT DAN LEBIH BERKUALITI DENGAN MASA PERTUMBUHAN YANG LEBIH CEPAT. PENUAIAN YANG PANTAS DAPAT MENGHINDAR DARIPADASERANGAN PENYAKIT DAN PEROSAK TANAMAN.
    10. PERTUMBUHAN AKAR AKAN LEBIH AKTIF DAN KEUPAYAAN MENYERAP ZAT DAPAT DIPERTINGKATKAN DI SAMPING MENINGKATKAN KANDUNGAN AIR DALAM TANAH.
    11. MEMBEKALKAN TANAMAN DENGAN MAKRO DAN MAIKRO NUTREIN YANG SANGAT DIPERLUKAN OLEH TUMBUHAN.
    12. MENGURANGKAN KEASIDAN TANAH DAN MENINGKATKAN TAHAP PH DISAMPING MENGEKALKAN KESUBURANNYA.
    13. HASIL TANAMAN AKAN LEBH BERKUALITI KERANA DIHASILKAN SECARA ORGANIK.

    SUKATAN DAN CARA PENGGUNAAN BAJA CECAIR SUPER BIO-1

    JENIS TANAMAN.
    POKOK KELAPA SAWIT , POKOK GETAH DAN POKOK KELAPA.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. TEBUK TANAH SEDALAM 3 INCI DIANTARA JARAK 1 KAKI DARI PANGKAL POKOK KIRI DAN KANAN.
    2. TUANGKAN 100ML BAJA CECAIR PADA SETIAP KIRI DAN KANAN LUBANG. ( LAKUKAN 3 BULAN SEKALI )
    3. PEMBAJAAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    JENIS TANAMAN.
    POKOK BUAH –BUAHAN : JAMBU , BETIK ,RAMBUTAN ,LIMAU , PISANG ,BUAH NAGA DAN LAIN – LAIN.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. TEBUK TANAH SEDALAM 3 INCI DIANTARA JARAK 1 KAKI DARI PANGKAL POKOK KIRI DAN KANAN.
    2. TUANGKAN 100ML BAJA CECAIR PADA SETIAP KIRI DAN KANAN LUBANG. ( LAKUKAN 3 BULAN SEKALI )
    3. GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 500 LITER AIR.SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA AKAR ,PANGKAL POKOK,DAUN DAN BUAH. ( LAKUKAN 1 MINGGU 1 KALI )
    4. PEMBAJAAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    JENIS TANAMAN.
    SAYUR – SAYURAN : CILI , TOMATO , TIMUN , TEMBIKAI , SEMUA JENIS SAYURAN BERDAUN , KEKACANG DAN LAIN – LAIN.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. RAWATAN TANAH 1 LITER = 500 LITER AIR SEMBUR KE TANAH.
    2. GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 1000 LITER AIR , SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA TANAH , AKAR , DAUN , SAYUR DAN BUAH. ( LAKUKAN 1 MINGGU 1 KALI )
    3. SEMBURAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

    JENIS TANAMAN.
    BUNGA LANSKAP.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 1000 LITER AIR , SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA AKAR , DAUN DAN BUNGA. ( LAKUKAN 1 MINGGU SEKALI ).

    JENIS TANAMAN.
    PADI.
    CARA PENGGUNAAN.
    1. RAWATAN TANAH 1 LITER = 500 LITER AIR SEMBUR KE TANAH.
    2. RAWAT AIR DENGAN MENGGUNAKANBAJA CECAIR (1:1000)
    3. MINGGU KE 4 , GUNAKAN 1 LITER BAJA CECAIR CAMPUR DENGAN 1000 LITER AIR , SEMBURKAN SECARA TERUS KEPADA TANAH , AKAR , DAN DAUN. ( LAKUKAN 1 MINGGU 1 KALI )
    4. SEMBURAN BAIK DIBUAT PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.

  58. nazeha berkata:

    saya azie,saya pelajar sm sains tuanku ja’afar.minggu ini saya di tugaskan untuk mencari maklumat tentang perkembangan pertanian di malaysia.hasil dari pencarian saya,saya dapati sememangnya banyak usaha yang di lakukan bagi meningkatkan lagi pertanian di malaysia.saya amat kagum dengan keadaan yang semakin membangun ini.malangnya bilangan pekerja semakin berkurandan dan telah meninbulkan banyak masalah dan kesannya.

  59. good gurl berkata:

    artikel ni memang menakjubkan,tak sangka

  60. SAYA berkata:

    TRIME KASEH!

  61. hizamirockers berkata:

    hai,boleh brknlan?

  62. mahmud asy'ary berkata:

    kalau da yg tau di mana i bs tau laman PT Saputra Inheritance

  63. muhammadridhuan berkata:

    assalamualaikum..saudara..boleh beri kebenaran utk sy copy article saudara..sy pelajar ekonomi UM.saya buat assignment tajuk tahap-tahap transformasi kepada petani di Malaysia dalam kerajaan Malaysia meningkatkan tahap sosio mereka.boleh beri kebenaran..jika saudara ade lg article atau coretan yang boleh bantu sya boleh emelkan kepada saya muhammadridhuan11@gmail.com.harap saudara dpt beri kebenaran dan tunjuk ajar..terimakasih

  64. iwansherasiax berkata:

    saya merupakan penggerak para pemuda di Malaysia untuk meningkatkan penyertaan pemuda dalam sektor Pertanian. Jadi, saya perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak di negara Malaysia terutamanya pengusaha-pengusaha pertanian untuk membantu saya meningkatkan pemuda dalam penyertaan mereka dalam sektor pertanian. SAYA HARAP KITA BERSAMA-BERSAMA MENINGKATKAN MUTU EKONOMI NEGARA DENGAN USAHA KERAJAAN NKEA 2012.

    -mohd khairul ridzuan (uitm dungun kuala terengganu@degree in marketing, 0179348974)

  65. ana berkata:

    adakah pertanian mempunyai masa depan cerah

  66. mohd berkata:

    Baja organik Green Drops
    Membaik pulih tanah, merawat tanaman, menyuburkan tanaman, meningkatkan hasil, mudah digunakan, mesra alam dan menjimatkan.Kos rendah hasil tinggi.Formula Bumiputera, tidak menggunakan najis haiwan.0196780795.Insyaallah.Jazakallahuair.

  67. kar weng berkata:

    that cool like a cool jo

  68. pelajar berkata:

    Tok pehe weh

  69. merits berkata:

    Apakah cabarannya?

  70. arif berkata:

    pontesi ke ni

Tinggalkan Jawapan kepada aslamualaikum Batal balasan