Bujukan dalam Iklan

Posted: Mac 19, 2007 in think tank thought

persuasion.jpgPada masa kini, segala yang berada di bawah sinaran mentari adalah bersangkutan dengan kuasa bujukan. Kita telah ‘dibujuk’ dengan kenyataan bahawasanya kita tidak akan dapat melangsungkan kehidupan ini jika tidak memiliki benda-benda seperti kad ATM, telefon bimbit, alat kawalan jauh, komputer peribadi, kad kredit, dan sebagainya. Sebagai pengguna, kita tidak betah memilih barangan dan perkhidmatan yang terbaik jika tidak dibujuk.

Tanpa mengira individu, syarikat, waima sebuah kerajaan, bujukan diperlukan untuk menjalankan tanggungjawab. Oleh kerana itu, melihat kepada kepelbagaian matlamat dan tujuan hidup, adalah amat penting untuk melatih diri menjadi ‘penerima’ tidak kira individu atau organisasi yang bertanggungjawab dan kritis dalam soal bujukan.

Bujukan dalam konteks pengiklanan mensasarkan setiap individu di muka bumi ini sebagai kumpulan sasarannya. Menyedari hakikat ini, seharusnya ia memberi kebijaksanaan kepada kita untuk menilai barangan dan perkhidmatan yang terbaik.

Pengiklanan merupakan kuasa bujukan yang paling dominan dan berkesan dalam budaya kontemporari masa kini. Pengiklanan membentuk bukan sahaja perlakuan dalam konteks membeli barangan dan perkhidmatan, ia juga membentuk perlakuan lain antaranya kesedaran wujudnya sesuatu barang dan perkhidmatan di pasaran, membina perwatakan dalam penerimaan suatu barangan dan perkhidmatan dan seterusnya ‘memaksa’ pengguna, membuat perubahan dari segi nilai dan cara hidup (Larson, ‘Persuasion: Reception and Responsibility’, 9th edition, 2001, p: 338).

Di Malaysia sahaja, perbelanjaan pengiklanan (adex) kasar pada 2006 mencatatkan pertumbuhan empat peratus kepada RM4.7 bilion, menurut perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh The Nielsen Company, pasaran didominasi oleh media tradisional seperti akhbar (58 peratus), televisyen percuma (31 peratus), radio (empat peratus), majalah (tiga peratus) dan iklan luar (dua peratus). Iklan di luar dan tempat jualan terutamanya mencatatkan pertumbuhan besar sebanyak 37 peratus dan 25 peratus kepada RM104.987 juta dan RM48.844 juta, masing-masing.

Merujuk analisis seorang pakar komunikasi, Neil Postman, pengiklanan (merujuk kepada pengiklanan televisyen) adalah suatu bentuk informasi yang paling pesat berkembang dalam pendidikan remaja. Menurutnya, pengiklanan mengajar remaja tiga perkara penting. Pertama, kenyataan bahawasanya semua masalah di dunia boleh diselesaikan. Kedua, semua masalah di dunia boleh diselesaikan dengan cepat dan yang ketiga semua masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas menerusi perantaraan dengan teknologi (ibid).

Dimensi dunia tanpa sempadan kini memperlihatkan pertambahan kuasa bujukan seiringan dengan kepesatan perkembangan teknologi yang dialami. Ia mengajak manusia menerima, mencuba dan akhirnya mengadaptasi pelbagai cabang pemikiran, kepercayaan dan perwatakan baru yang muncul dalam perubahan sarwajagat terutama terhadap teknologi. Pengiklanan dalam dimensi dunia tanpa sempadan menuntut pembekal dan pengiklan menonjolkan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan, memiliki kemampuan menambahkan keseronokan dalam kehidupan dan berupaya membuatkan pengguna berasakan mereka lebih berjaya dan terjamin.

Kebanyakan pengguna memilih suatu barangan dan perkhidmatan yang dirasakan bersesuaian dengan kehendak dan keinginan mereka lantas akan bersikap ‘setia’ dengan barangan dan perkhidmatan tersebut. Oleh kerana itu, mereka tidak perlu menukar fikiran atau beralih kepada produk lain dan seterusnya mengendahkan iklan-iklan produk yang sama dengan jenama yang berbeza. Selain itu ‘pengguna setia’ ini juga mudah membawa ‘kesetiaan’ mereka ini ke mana sahaja mereka berada. Mengambil contoh penggemar Pizza Hut; mereka boleh menikmati hidangan pizza di rangkaian restoran Pizza Hut di mana-mana sahaja seluruh negara.

Bujukan dalam pengiklanan memainkan peranan yang besar dalam corak pemilihan terhadap barangan dan perkhidmatan oleh penguna. Pengguna boleh membuat keputusan sama ada menerima atau menolak bujukan tersebut. Bagaimanapun, penolakan total terhadap pembujukan dalam pengiklanan akan menyebabkan pengguna menghadapi masalah dalam membuat pilihan jenama yang terbaik dan ketinggalan dalam mengetahui produk-produk terkini di pasaran.

Agen dan agensi pengiklanan seringkali menerima ancaman bahawasanya mereka membujuk bagi tujuan memasarkan barangan dan perkhidmatan yang mereka sendiri tidak tahu kandungan serta tahap keselamatan dan kesihatannya kepada penguna. Michael Schudson dalam bukunya ‘Advertising, The Un-easy Persuasion’ (1984) menegaskan bahawa pengiklanan ‘mengalahkan’ mereka yang melontarkan kritikan dengan penegasan matlamat mereka adalah “tidak menukar pemilihan produk pengguna tetapi menukar jenama pilihan mereka”. Pengiklanan adalah ‘perang’ terhadap pesaingan sesama pengiklan dalam dunia perniagaan (Larson, ibid).

Penegasan sebelum ini yang menyatakan pengiklanan merupakan kuasa bujukan yang dominan dan berupaya mempengaruhi nilai dan cara hidup manusia seharusnya berupaya membentuk manusia yang peka dan lebih kritis. Berbekalkan kenyataan ini, sewajarnya juga telah memberikan manusia peralatan yang mantap dalam persediaan menjadi seorang pengguna yang bijak dan kritis.

Analisa secara kritis dalam teori bujukan turut membantu manusia dari segi kebolehan membuat penilaian sebelum membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Manusia telah melalui proses bujukan disepanjang hari sepanjang hayat mereka menerusi bukan sahaja pengiklanan, malahan juga menerusi perdebatan, syarahan dan program-program di radio dan televisyen, majalah, dan media massa lain. Malah satu pengajaran berguna kepada manusia yang tidak harus dilupakan iaitu proses bujukan juga berlaku di dalam kehidupan peribadi manusia.

Komen-komen
  1. psittacula berkata:

    BUJUKAN DALAM OPIS

    1. jomlah g mid valley…makan SUSHI
    2. g sogo nak
    3. sedapnya cendol tu
    4. sushi
    5. sushi

  2. Think tank berkata:

    cehhhh…hampesssss..

  3. imawan berkata:

    indah brow I like it

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s