Setelah 3G, Muncul WiMAX

Posted: Mac 16, 2007 in think tank thought

keypad.jpgTeknologi telekomunikasi terus mengalami perkembangan khususnya dalam dunia telefon bimbit. Banyak perubahan yang terjadi, tidak hanya peningkatan kemampuan yang dimiliki sebuah telefon bimbit, teknologi jaringan komunikasi juga terus mengalami perkembangan.

Baharu sahaja kita merasakan kehebatan teknologi 3G, yang menggabungkan video, data dan suara dengan kelajuan yang tinggi, kini muncul pula Worldwide Interoperability for Microwave Access (WiMAX).

WiMAX memang masih belum dikenali secara meluas, namun, negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, negara-negara Eropah mahupun Indonesia sudah menggunakan teknologi ini.

WiMAX sendiri sebenarnya bukanlah sebuah jaringan yang khusus dibuat untuk komunikasi telefon bimbit. Teknologi ini merupakan teknologi mengakses internet dengan kelajuan yang tinggi.

Dalam perkembangannya, WiMAX dijangka akan diguna dalam dunia telefon bimbit mengatasi kehebatan 3G. WiMAX disebut-sebut sebagai generasi keempat (4G) dalam jaringan selular yang akan mampu menggabungkan suara, video, dan data sekali gus.

Bagi akses internet, kita sudah sedia maklum dengan jaringan ‘broadband’ mahupun WiFi, atau yang lebih konvensional Dial-up. Bahkan dengan menggunakan ‘broadband’ atau WiFi, pengguna Internet sudah dapat melayari internet dengan kelajuan akses yang tinggi (broadband) dan dilakukan secara wireless (WiFi).

Telefon bimbit yang ada kini sudahpun menyediakan akses jaringan seperti GPRS, Bluetooth, dan kini munculnya teknologi 3G seperti WCDMA menggantikan teknologi awal Wide Area Network (WAN) seperti General Packet Radio Service (GPRS) yang memberikan kelajuan throughput sebesar 10Kbps; kelajuan yang cukup lambat bagi memberikan kepuasan pada penggunanya.

Setelah GPRS, muncul pula teknologi yang disebut sebagai Enhanced Data rates for Global Evolution (EDGE) yang mampu memberikan kelajuan mengakses 100-300Kbps atau maksimumnya mencapai 200Kbps. Sementara teknologi CDMA seperti 1xEvDo mampu melayani dengan kelajuan 300-400Kbps atau maksimum 700Kbps, sedangkan EVDV dapat memberikan kecepatan yang lebih tinggi lagi.

Apa yang menjadi pertanyaan kini adalah apakah sebenarnya WiMAX ini dan bagaimana perbezaannya dengan 3G?

TEKNOLOGI WiMAX

WiMAX merupakan nama popular dari IEEE 802.16 yang juga dikenal sebagai Air Interface for Fixed Broadband Wireless Access Systems, sebuah standard teknologi jaringan tanpa kabel (wireless) yang sedang dibangunkan.

Jika dibandingkan Bluetooth atau WiFi, WiMAX memiliki daya jangkauan yang jauh lebih luas iaitu mencapai 30 mil (sekitar 50km). Sedangkan Bluetooth hanya 30 kaki (10m) dan WiFi 100 kaki (30m). WiMAX juga dapat beroperasi pada frekuensi 2.5, 3.5, atau 5.8GHz. Frekuensi ini lebih tinggi daripada frekuensi yang digunakan pada teknologi 3G.

Pada dasarnya, WiMAX beroperasi dengan cara yang mirip seperti WiFi, yang membezakan keduanya adalah kepantasan yang jauh lebih tinggi, jarak yang lebih luas dan jumlah pengguna yang dapat memanfaatkan jaringan ini jauh lebih besar. Sebuah sistem WiMAX terdiri dari dua bahagian iaitu antena pemancar WiMAX dan penerima WiMAX.

Antena pemancar WiMAX memiliki konsep yang sama dengan pemancar telefon bimbit. Namun, kelebihannya ialah ia mampu menguasai wilayah hingga 8.000 km persegi.

Dalam komunikasinya WiMAX dapat melayani dua bentuk komunikasi wireless iaitu :

Non-line-og-sight, suatu layanan jarak pendek WiFi dimana sebuah antena pada komputer terhubung dengan pemancar. Dalam mod ini, WiMAX menggunakan jangkauan frekuensi rendah iaitu 2GHz – 11GHz (sama dengan WiFi).

Line-of-sight, dimana sebuah antena ditujukan secara terus ke pemancar WiMAX. Perhubungan line-of-sight lebih kuat dan lebih stabil dibandingkan dengan non-line-of-sight sehingga dapat mengirimkan data yang besar dengan sedikit gangguan. Line-of-sight menggunakan frekuensi yang lebih besar dengan jangkauan hingga 66GHz. Pada frekuensi besar hanya akan mengalami gangguan yang lebih kecil dan memiliki ‘bandwidth’ yang lebih besar.

Melalui kedua-dua bentuk komunikasi ini, WiMAX akan dapat bekerja secara maksima dan menghasilkan jaringan wireless yang sangat bermanfaat untuk peralatan telekomunikasi mudah alih seperti notebook, PDA, dan telefon bimbit.

Intel merupakan salah satu syarikat yang telah menunjukkan minat dalam perkembangan WiMAX ini. Malahan, Intel turut membantu mengembangkan standard untuk WiMAX atau 802.16 ini kerana mereka yakin bahawa pada masa akan datang, produktiviti seseorang adalah berkait rapat dengan kemampuannya menghubungkan (mengakseskan) dirinya dimana-mana sahaja. Mereka juga yakin bahawa pada masa akan datang penggunaan komputer riba akan meningkat.

Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun ke hadapan, dijangka dunia perindustrian global akan beralih kepada wireless untuk meningkatkan produktivitinya. WiMAX digambarkan akan menjadi media untuk membawa jaringan wireless berkelajuan tinggi ke mana-mana sahaja destinasi di dunia. Pembiayaan pemasangan infrastruktur berbasis 802.16 juga jauh lebih murah dibandingkan dengan pembiayaan pemasangan menggunakan kabel yang lebih rumit.

Dengan alasan inilah WiMAX menjadi penyelesaian yang cukup efektif untuk melayani hubungan secara wireless dalam wilayah Metropolitan Area Networks (MAN) secara wireless (WMAN), termasuk juga wileless LAN (WLAN) dan wireless WAN(WWAN).

Pada peringkat ini, WiMAX dihasilkan bagi keperluan jaringan teknologi informasi. WiMAX dilihat sangat berguna untuk jaringan komputer seperti perusahaan-perusahaan yang memiliki banyak cabang, operator telekomunikasi, mahupun kepada para Wireless Internet Service Provider (WISP).

Komen-komen
  1. rz berkata:

    pastinya ada pros and CONS..

  2. a.kodrat berkata:

    dear

    kita mau menanyakan tentang radio micro.yang spek untuk pemasangan wimex.atau jenis radio yang dipakai untuk sistim tersebut

    kodrat

  3. Cgiash berkata:

    Niech keunggulannya apa aja?

    klo di kota Malang udah ada pa lom???

    Fungsi pemakaian gimana apa bisa buat hotspot juga.

  4. internet berkata:

    I have to thank you for the efforts you have put in penning this website.
    I’m hoping to check out the same high-grade blog posts by you later on as well. In truth, your creative writing abilities has inspired me to get my very own site now😉

  5. webwinkel berkata:

    I’m not sure where you’re getting your information, but good topic.
    I needs to spend some time learning more or understanding
    more. Thanks for excellent information I was looking for
    this information for my mission.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s