Rokok memabukkan?

Posted: Mac 5, 2007 in think tank thought

Racun yang dihisap: nikotin ada dalam semua produk tembakau!!

Nikotin dalan tembakau sangat kuat menjadikan orang ketagih dengannya; bila nikotin dihisap, ia meransangkan sistem sarat pusat, tiap-tiap kimia dalam satu sedutan masuk ke dalam badan dalam 8 saat, akibatnya tekanan darah naik, saluran darat menjadi sempit, sensitiviti kepada rasa sakit dan stress menjadi berkurang; penghisap rokok yang kronik selalu mengadu kurang sensitiviti penciuman, selera, dan kurang stamina; juga menghisap rokok menyebabkan kulit menjadi tua lebih cepat daripada sepatutnya.

Penagihan Nikotin Di US Di Kalangan Para Pemudi-Pemudi (Dari “New England Journal of Medicine, 20 Julai, 1995):

Antara maklumatnya:

• Walaupun penyakit dan maut akibat merokok disebut berlaku waktu dewasa, ia bermula waktu remaja. Setiap hari 3,000 orang-orang muda menjadi penghisap rokok yang regular, dan kemudian ia menjadi ketagih tidak meninggalkan merokok.

• Ketagih dengan nikotin bukan sahaja melalui rokok tetapi juga melalui menghidu dan tembakau yang dikunyah. Daripada 6 juta orang di US yang menggunakan tembakau tidak berasap, seorang dalam empat berada di bawah umur 19 tahun.

• Muda-mudi merupakan target sebagai pelanggan-pelanggan baharu syarikat-syarikat rokok di negeri ini, untuk menggantikan oran-orang dewasa yang meninggalkan menghisap rokok atau yang meninggal dunia.

• Kebencanaan ketagih nikotin di US di kalangan muda-mudi misalnya, tiap-tiap tahun di US lebih daripada 400,000 penghisap rokok meninggal dunia kerana penyakit-penyakit berkaitan dengan merokok. Menghisap rokok membunuh manusia lebih daripada AIDS, kemalangan jalan raya, alkohol, pembunuhan, drug-drug haram, bunuh diri, dan kebakaran tergabung semua sekali. Penyakit-penyakit berkaitan dengan menghisap rokok: penyakit jantung, kanser paru-paru, bronchitis yang kronik, emphysema; tembakau tidak berasap berkait dengan kanser mulut, kerosakan gigi dan bengkak gusi serta leukimia.

• Antaranya disebut: Dengan ada 40 juta penghisap rokok di US yang ketagih nikotin maka pengharaman rokok nampaknya tidak ada jalan yang senang. Kalau ditarik bahan itu mengejut dari pasaran akan timbul pasar gelap dan seterusnya bahaya kepada mereka yang ketagih. Maka perlu dilakukan pendidikan dan langkah-langkah yang beransur-ansur sehingga amalan itu berkurang. (Tulisan ini dari karangan David A.Kessler.M.D.).

Fatwa-fatwa pengharaman:

SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nash tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

Firman Allah: “Nabi tersebut menghalalkan untuk mereka semua hal yang baik dan mengharamkan untuk mereka semua hal yang jelek.” (QS. Al A’raf: 157)

AS-SYEIKH ABDULLAH BABATEIN menfatwakan:

Kami mengharamkan rokok kerana 2 perkara:

• boleh memabukkan apabila dihisapkan atau mengkhayalkan
• tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan di kategorikan oleh syara’.

IMAM SYAFIE’ TELAH MENGELUARKAN FATWA DALAM KITABNYA YANG MASYHUR AL-UMM iaitu:

“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman, atau yang dihisap, dihidu, disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. Termasuk yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian aku tetap menfatwakan ia adalah haram. Allah SWT mengharamkan apapun jenis pembunuhan kerana pembunuhan bermakna membunuh mereka sendiri.

Tersebut di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin, tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai benda yang halal yang paling buruk, di mana ia boleh mengkhayalkan dan berlakunya pembaziran harta, dan ia bukanlah menjadi pilihan makanan atau hisapan atau sedutan oleh mereka yang bermaruah. Telah difatwakan mengenai pengharamannya oleh para ulama tasauwuf seperti Al-Qutb Sayyidina Abdullah Al-Haddad, Al-‘Allamah Ahmad Al-Hadwan, sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Umar bin Sumaith tentang pendapat mereka berdua dan ulama yang lain yang sependapat dengan mereka.

Bahkan Al-Habib Al-Imam Al-Husain bin Asy-Syeikh Abi Bakr bin Salim dengan panjang lebar membuat amaran keras mengenai dengan tembakau. Beliau (Al-Habib) mengatakan: “Aku khuatir orang yang tidak bertaubat dari merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan suu’ al-khatimah (mati yang berkesudahan buruk).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s