Nak ke tak nak?

Posted: Mac 5, 2007 in think tank thought

smoking.jpgNak ke tak nak? Dua pilihan yang hanya anda sahaja yang dapat menentukannya. Terpulang kepada anda sama ada anda mahu menjadi sebahagian daripada 1.15 bilion umat manusia yang merokok yang mana menyumbang 3 juta kematian setiap tahun ataupun menjadi manusia normal yang mengamalkan cara hidup yang sihat dan memiliki jangka hayat yang panjang.

Walaupun tidak dinafikan, ada segelintir perokok yang menyimpan keinginan untuk berhenti namun tidak berjaya. Apa yang memeranjatkan, 95 peratus daripada kelompok perokok ini pernah cuba untuk berhenti daripada merokok.

Jika diteliti semula, mungkin kita tidak sepatutnya menyalahkan mereka sepenuhnya (walaupun hakikatnya memang salah mereka!) kerana rokok mengandungi sejenis bahan kimia nikotin yang mampu membunuh sistem neorobiologi pengamalnya hingga menyebabkan mereka tidak mampu menahan ketagihan tersebut.

Dan lagi, menurut pakar ketagihan dan saintis penyelidikan persekutuan, Yale Universiti School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Mahmud Mazlan, kesukaran yang dialami oleh perokok untuk berhenti merokok adalah sama seperti kesukaran yang dialami oleh seorang penagih dadah!

Namun, apa yang nyata, sama ada melalui pandangan perubatan mahupun agama, merokok adalah suatu perbuatan yang memudaratkan bukan sahaja bagi individu yang merokok tetapi juga individu yang berhampiran dengan si perokok.

Merujuk kepada hukum syarak, adalah haram dimakan atau diminum sesuatu yang memabukkan dan wajib dijauhi atau ditinggalkan. Ini berlandaskan satu hadis yang bermaksud: “Setiap yang memabukkan itu adalah haram.” (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w mengkategorikan suatu yang memabukkan itu adalah sama hukumnya dengan hukum arak.

Namun malangnya, ada juga segelintir golongan yang menyatakan bahawa arak dan rokok adalah suatu yang berbeza justeru hadis dan hukum syarak yang telah diputuskan tidak boleh digunapakai.

Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengkhabarkan akan ada di kalangan umatnya yang menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan ini dengan menukar istilah dan namanya bagi menghalalkan penggunaannya: “Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku meneguk arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain.”

Dikatakan juga oleh golongan di atas, rokok boleh memberikan ketenangan dan meredakan ketegangan kepada sesiapa yang menghisapnya. Malahan, penyataan ini kononnya berlandaskan kajian yang telah dijalankan oleh para pakar!

Hakikatnya, rokok ataupun apa sahaja benda yang boleh memabukkan ini tidak sama sekali boleh dianggap sebagai penawar apa jua jenis penyakit sama ada mental mahupun fizikal. Ini dibuktikan menerusi hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Telah berkata Ibn Masoud tentang benda yang memabukkan: Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu.” ( Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, telah berkata Waail bin Hujr bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan arak maka Rasulullah s.a.w menegahnya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi penyakit.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Melihat daripada sudut saintifik, World Health Organisation (WHO) meramalkan bahawa sekiranya corak merokok di seluruh dunia berterusan, tabiat merokok akan menjadi penyebab utama kematian dan kecacatan di dunia di mana dianggarkan 10 juta kematian akan dilaporkan setiap tahun.

Sebatang rokok dikatakan mempunyai 4000 bahan kimia yang bukan sahaja bertindak menguatkan lagi ketagihan si perokok malahan 60 daripada bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok dikenalpasti boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang .

Selain daripada itu bahan kimia yang terkandung di dalam rokok juga dikatakan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, menjejaskan sistem saraf, merencat keupayaan darah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu tubuh dan organ seperti jantung dan otak, merosakkan paru-paru dan menyebabkan malfungsi ginjal.

Tabiat merokok juga turut menyumbang kepada penyakit saluran pernafasan yang kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis. Sedutan membunuh ini juga berupaya menjejaskan kesuburan, tenaga kelamin berkurangan bagi lelaki dan cepat putus haid bagi wanita.

Realitinya, nasihat dan amaran oleh keluarga mahupun kerajaan sudah berjela-jela dan jelak didengar. Namun, ibarat pepatah Melayu, ibarat mencurah air ke daun keladi. Terbaru, kerajaan telah mewartakan peraturan baru yang mana pengilang dikehendaki membungkus rokok dalam paket mengandungi tidak kurang daripada 20 batang rokok sahaja yang bertujuan menghadkan penjualan rokok secara berleluasa.

Ternyata, kerajaan sudah menjalankan tanggungjawabnya. Sekarang terpulang kepada perokok itu pula mengambil inisiatif sama ada beliau nak ataupun tak nak!

Komen-komen
  1. psittacula berkata:

    kesan visual yang mengkagumkan. kalau ada kesan audio lagi bagus…bunyi org batuk berkahak yang dahsyat…mesti perokok berfikir gak untuk teruskan habit merokok tu…agaknya laaa.

  2. bobex berkata:

    berpeluh ketiak nak carik visual efect ni! harap tekesan di hati perokok sekalian.

  3. weldan berkata:

    mabuk ke rokok?

  4. bobex berkata:

    harap post ‘rokok memabukkan?’ dapat menjawab persoalan saudara. wallahua’lam.

  5. top berkata:

    sebab ape kite merokok?

    mengeratkan siratul rahim
    ramai member coz remaja sekarang nak dapat ramai kawan pun sebab rokok.. betul x?

    merokok x semestimya jahat..

    tak merokok x semestinya mati awal.. huhuhu
    keja tuhan..

    merokok menyegarkan badan..
    sebab 2 lepas makan ramai yg merokok coz x lesu..

    kesimpulannya, terpulang la kepada individu masing2 baik ke x merokok ni.. kubur masing2.. pk la untuk orang tersayang..
    penat seorang ibu melahirkan seorang anak..
    adakah kita membuatkan mereka bangga dengan merokok??
    pk kan lah..

  6. PeaxapedPinge berkata:

    Two new studies show why some people are more attractive for members of the opposite sex than others.

    The University of Florida, Florida State University found that physically attractive people almost instantly attract the attention of the interlocutor, sobesednitsy with them, literally, it is difficult to make eye. This conclusion was reached by a series of psychological experiments, which were determined by the people who believe in sending the first seconds after the acquaintance. Here, a curious feature: single, unmarried experimental preferred to look at the guys, beauty opposite sex, and family, people most often by representatives of their sex.

    The authors believe that this feature developed a behavior as a result of the evolution: a man trying to find a decent pair to acquire offspring. If this is resolved, he wondered potential rivals. Detailed information about this magazine will be published Journal of Personality and Social Psychology.

    In turn, a joint study of the Rockefeller University, Rockefeller University and Duke University, Duke University in North Carolina revealed that women are perceived differently by men smell. During experiments studied the perception of women one of the ingredients of male pheromone-androstenona smell, which is contained in urine or sweat.

    The results were startling: women are part of this repugnant odor, and the other part is very attractive, resembling the smell of vanilla, and the third group have not felt any smell. The authors argue that the reason is that the differences in the receptor responsible for the olfactory system, from different people are different.

    It has long been proven that mammals (including human) odor is one way of attracting the attention of representatives of the opposite sex. A detailed article about the journal Nature will publish.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s