Hidung Siapa Tak Mancung?

Posted: Mac 1, 2007 in think tank thought

boss.jpg“Bos memang seorang pemimpin yang berdedikasi, bos memang seorang ketua yang bertimbang rasa dan bos is the greatest leader in the world”. Semua penyataan ini biasanya datang daripada mulut seorang pengikut atau pekerja bawahan yang mempunyai ‘cita-cita murni’.

Jenis manusia ini biasanya mempunyai daya pemikiran yang sentiasa ‘berputar ligat’ mengatur strategi agar dapat menonjolkan diri mereka dimata majikan seolah-olah segala hal ehwal pentadbiran syarikat adalah di bawah kepakaran mereka.

Kewujudan ‘makhluk berfikiran ligat’ ini boleh dilihat disetiap kalangan dan golongan manusia di dunia ini. Tidak perlulah dilihat nun ceruk benua dunia, cukuplah sekadar di persekitaran kita sendiri sama ada di kalangan handai taulan, teman sekerja waima adik-beradik sekalipun.

Budaya bodek-membodek atau dalam bahasa lebih halus budaya cakap berpolitik merupakan satu budaya yang sangat luas ruang lingkupnya. Bagi si pembodek, budaya ini merupakan satu kemestian dalam mengejar ‘hasrat murni’ mereka di dalam sesebuah organisasi mahupun badan pentadbiran.

Mereka membodek bagi meletakkan diri mereka di tampuk yang empuk meskipun bukannya tampuk yang teratas. Bagi mereka budaya ini adalah satu perkara yang lumrah di dalam bidang pekerjaan mahupun yang bercita-cita tinggi contohnya menjadi seorang ahli politikus.

Bagi mereka yang berkecimpung di dalam kerjaya yang berkaitan dengan politik pula, budaya ini menjadi satu kewajipan dan terletak di tangga yang teratas senarai kelayakan. Golongan ini adalah golongan manusia yang ‘lembut lidah dari gigi’ yang selalu menabur janji-janji manis yang kadang-kala adalah mustahil untuk ditunaikan.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”. (Al-Ahzab: 72)

Jelas, jika diteliti dengan mendalam firman Allah s.w.t tersebut dapat dilihat betapa manusia begitu senang menerima sesuatu tugas itu tanpa menilai terlebih dahulu kebolehan mereka memikulnya. Mereka hanya berani menerima sesuatu tugas itu dengan melihatnya dari sudut kepentingan mereka.

Bagi mereka yang berpegang kepada budaya di atas, barangkali merupakan golongan manusia yang tidak hirau dengan tanggungjawab yang dipikul. Cukuplah sekadar apa yang dihajati mereka selama ini iaitu kedudukan dan pangkat berada dalam genggaman mereka. Tetapi bagaimana pula nasib golongan yang berada di bawah?

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al-Maaidah: 8).

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa segala yang dilakukan haruslah berlandaskan kepada keadilan dan keikhlasan serta bertunjangkan niat melaksanakan segala tanggungjawab kerana Allah s.w.t semata-mata.

Jika niat dan hati kerana Allah s.w.t, pasti tidak akan wujud budaya bodek-membodek dan segala macam lagi budaya kerana Allah sentiasa bersama-sama hamba-hamba-Nya yang ikhlas berjuang kerana-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s