Anda Berada Di Kelompok Mana?

Posted: Februari 28, 2007 in think tank thought

 question-mark.jpg

Kebelakangan ini media massa sering kali memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan kemerosotan ikatan sosial dan institusi kekeluargaan masyarakat kini. Kes-kes seperti rogol, sumbang mahram, liwat, pembunuhan, ragut dan konsert liar yang menganjurkan seks bebas sangat kerap dipaparkan dan seakan suatu perlakuan yang lali pada masa kini. Insitusi perkahwinan dan kekeluargaan yang telah wujud sejak zaman Nabi Allah Adam a.s pula, seakan suatu ikatan yang tidak lagi dihormati dan disanjung tinggi.

Tujuan perkahwinan ialah menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang akhirnya berfungsi memperindahkan kehidupan yang dibina. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.

Perkahwinan itu juga antara lain adalah bertujuan untuk menghasilkan generasi penyambung yang mantap dan berguna.
Dalam konteks negara maju anjuran Islam, sebuah negara Islam yang gitu adalah dihuni dan dibangunkan oleh masyarakat yang mantap dan bervisi. Bagi memiliki masyarakat yang sebegini pula, ikatan kekeluargaan yang bermatlamatkan fisabilillah adalah tunjangnya.

Namun, ikatan perkahwinan ini dilihat tidak lagi sebagai pendokong tujuannya yang asal bahkan wujud pelbagai tujuan dan sebab-musabab lain yang membayangi tujuan institusi kekeluargaan itu dijalin.

Tergerak hati penulis untuk mengenengahkan isu ini kerana penulis berasakan satu desakan tanggungjawab untuk memaparkan realiti institusi yang rasanya seakan sedang menuju kepincangan dan kebinasaan.

Baru-baru ini penulis mendapat satu e-mail daripada salah seorang rakan baik penulis. Isi kandungan dan tema e-mail tersebut kelihatan santai tetapi memiliki mesej yang penulis rasakan sangat mendalam dan dapat memberikan pengajaran kepada kita bersama.

Isi kandungan e-mail tersebut adalah seperti berikut:

“…. Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita
lihat… dan manakah pilihan kita?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ‘SEX’, maka pasangan akan rajin bertengkar jika ‘servis’ di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di ‘SEX party’.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan (ikatan) bakal bubar
jika bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ‘BEAUTY/BODY’, pasangan bakal lari
jika rambut beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang (pasangannya) berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk-NYA.
Dan ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tiada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH…”
Alangkah moleknya kehidupan sekiranya maksud ikatan pernikahan atau perkahwinan itu adalah kerana Allah s.w.t semata-mata. Allah s.w.tlah yang menjadikan sarwajagat dan isi kandungannya. Isi kandungannya yang terdiri daripada manusia sebagai khalifah yang dipilih dijadikan hanyalah untuk beribadat kepada-Nya.

Kenyataan e-mail tersebut benar-benar membuatkan penulis berasakan betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.

Perkahwinan dianjurkan adalah untuk mengekang hawa nafsu yang senantiasa menguasai manusia. Sabda rasulullah s.a.w: “ Sekiranya kamu ingin mengawal nafsu, hendaklah kamu berkahwin. Tetapi sekiranya kamu tidak mampu untuk berumahtangga, hendaklah kamu berpuasa.”

Justeru, ikatan perkahwinan berupaya mengawal insan daripada melakukan kebejatan sosial yang dipandu oleh hawa nafsu. Namun, kebimbangan yang terjadi kini adalah terhadap pasangan-pasangan yang tidak memahami erti sebenar ikatan perkahwinan yang mana secara tidak sedar, adalah faktor penyumbang kepada masalah sosial yang menekan umat manusia kini.

Perkahwinan yang tidak difahami tujuan dan maksud sebenar serta ditunjangi nafsu semata-mata akan menghasilkan institusi kekeluargaan yang rapuh dan longgar yang mana seterusnya akan melahirkan generasi yang lemah dari segi fizikal dan mental.

Kebejatan yang sering dipaparkan oleh media massa sering sahaja diperkatakan. Pelbagai jalan penyelesaian juga turut dirangka bagi membendungnya. Namun, langkah penyelesaian tersebut seakan tidak mendatangkan apa-apa perubahan mahupun anjakan. Malahan, kebejatan yang kekadang sangat meloyakan acapkali berulang. Apakah faktor penyebabnya? Tepuk dada tanya iman.

Allah s.w.t berfirman:
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.”(ar-Ruum: 21)

Berbalik kepada persoalan yang dilemparkan oleh e-mail rakan baik penulis: Anda berada dikelompok yang mana?

Komen-komen
  1. psittacula berkata:

    jika diberi pilihan, semua manusia ingin masuk dalam kategori ‘lengkap’. bila dah nikah tentulah nak menikmati hak zahir dan batin sebaiknya. seks, harta, rupa paras, anak, keperibadian dan cinta. namun apakan daya..segala apa dalam dunia ini tak digdatangkan dengan pakej. jadi kita sebagai manusia yg nak menikmati pakej tu kenalah berusaha mendapatkan dan mengekalkannya sebaik mungkin. walau apa pun…pilihan yg terbaik adalah cinta kepada Allah dengan sesungguhnya..bahagia dunia akhirat ..insyaAllah…Aminnnnn

    * awak lak…nak berada dalam kelompok mana nanti? tentukan sekarang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s