Kisah ‘J’ dan Rakan-rakan

Posted: Februari 27, 2007 in think tank thought

lulamolusco_squidward_nickelodeon_spongebob_001.jpg

… Dunia sekarang

Sudahlah terbalik

Pemudi berbaju belang

Pemuda berbaju batik

Kebanyakan pemuda

Menghabiskan masa

Berfoya-foya

Tak tentu halanya…

Lagu “Pemuda Zaman Sekarang”, nyanyian Allahyarham R. Azmi dalam tahun 1956 ini pernah di‘putar’kan oleh bekasYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir di dalam sebuah akhbar harian tanah air.

Tatkala membaca hasil penulisannya itu, hati penulis berasa senang sekali kerana pada hemat penulis, sangatlah kurang seorang tokoh negara mengiakan secara terang-terangan tentang realiti kehidupan sarwajagat ini; muda tidak bererti tidak penting, tua tidak bererti tidak boleh mencontohi dan menghargai yang muda.

Beliau, antara ahli politik negara secara terbuka mengiakan ungkapan bahawa dunia ini adalah ibarat roda yang berputar; bilamana setiap putarannya itu bermula dan pasti akan berakhir di titik bermulanya putaran.

Beliau membawa satu situasi kehidupan seorang jejaka yang diberi nama singkatan ‘J’ yang mewakili kumpulan beliawan yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Beliau secara langsung menunjukkan betapa ‘J’ dan rakan-rakannya itu adalah aset terpenting di segenap ruang lingkup fakulti pemikiran dan peradaban negara.

Dengan berkias, beliau mengambil contoh bagaimana sejarah mengaitkan ‘J’ dan kumpulannya’ sebagai majoriti awak-awak yang memenuhi kapal Ferdinand Magellan ketika mengelilingi dunia lebih 500 tahun dulu. Begitu juga mereka yang terlibat dalam Revolusi Perancis pada akhir abad ke-18. Kedua-dua peristiwa itu menukarkan sikap manusia terhadap dunia di samping menghayati apa yang baik dan apa yang buruk tentang bagaimana sesebuah negara harus ditadbirkan.

Peredaran masa telah menyaksikan betapa ‘teruknya’ golongan pelapis ini ‘dihentam’ dengan slogan dan kata-kata negatif oleh mereka yang bertaraf abang, kakak, bapa, emak, datuk dan nenek. Namun begitu, golongan ini terus-menerus, dengan ‘bersahaja’ melalui zamannya dengan mengetepikan pandangan negatif yang dilemparkan.

Apa yang menarik – apabila mereka sampai kepada usia seorang bapa yang mempunyai anak dalam usia jejaka seperti dalam kumpulan itu, maka ‘J’ akan mengulangi slogan dan kata-kata yang sama seperti yang dilekatkan kepadanya suatu ketika dahulu.
Jelas di sini bahawa tidak kira di zaman apa sekalipun, cara pendekatan bagi setiap zaman adalah sama saja. Mereka yang dirunguti kini akan merungut pula terhadap anak-anaknya 20 tahun dari sekarang. Kata-kata rungutan pula adalah lebih kurang sama saja.

Apa yang berlaku adalah ulangan daripada apa yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Dan lagi mereka hanya ‘menjayakan’ watak mereka sebagaimana yang pernah dimainkan sebelum ini.

Lihat bagaimana dunia berubah ekoran daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain dengan angkatan beliawan yang berjuang di belakangnya lebih 2,300 tahun dahulu. Jika Iskandar menakluk dari Eropah ke Asia Tengah, Genghiz Khan pula menakluk dari Asia ke Eropah 900 tahun yang lalu, juga melalui tenaga beliawan yang mahir menunggang kuda. Segala yang salah dan yang betul dirangkumkan sekali gus. Apa yang tinggal ialah satu perubahan besar kepada peradaban dan sejarah manusia keseluruhannya.

Remaja dengan sifatnya; terburu-buru dan tidak sabar. Namun di sebalik kedua-dua sifat itu, terselit satu pengajaran yang sangat berguna yang dapat dikutip sebagai satu petunjuk bagi mereka khasnya, dan masyarakat umumnya, menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran negara.

Amat istimewa kiranya kedua-dua buah fikiran dan sifat yang ada pada golongan beliawan dan golongan yang menganggap diri mereka dewasa dan matang ini dirangkum dan diadun bersama-sama menjadi suatu kata kesepakatan dalam segenap hal yang berkaitan dengan kemajuan dan kesejahteraan negara.

Malangnya, manusia senantiasa sahaja resah terhadap sikap dan tindakan remaja seperti ‘J’ dan kumpulannya kerana mereka tidak sedar, tanpa ‘J’ dan rakan-rakan, dunia pasti sukar untuk berubah menjadi apa yang dikecapinya sekarang ini.

Komen-komen
  1. Hi there! This is my first comment here so I just wanted to give
    a quick shout out and say I truly enjoy reading your blog
    posts. Can you recommend any other blogs/websites/forums that go over the same topics?
    Thanks for your time!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s