Siapa Menekan Siapa?

Posted: Februari 14, 2007 in think tank thought

Apa sebenarnya pandangan penganut bukan Islam terhadap wanita Islam? Apa yang sering kita dengar dan perhatikan di dalam media massa Barat, wanita Islam di seluruh dunia digambarkan seakan-akan tidak mempunyai hak dan kebebasan yang sama rata dengan kaum lelaki.

Mereka menyatakan bahawa Islam tidak berlaku adil terhadap kaum wanitanya dan menganggap wanita tiada hak langsung dalam segenap hal. Hak dan kebebasan wanita ditindas dan mereka sering sahaja menjadi mangsa kerakusan dunia ciptaan kaum lelaki. Wanita Islam tidak layak menunjukkan muka mereka di khalayak ramai. Jika keadaan mendesak, wanita perlu menutup tubuh mereka dengan kain sehingga hanya menampakkan dua biji mata sahaja!

Melihatkan kepada komen dan pandangan mereka yang lazim, mereka kelihatannya berpendapat bahawa kebebasan ada kaitan dengan betapa sedikit pakaian yang dipakai, dan penindasan juga berkait rapat dengan betapa sopan seseorang berpakaian.

Penulis tertarik untuk berkongsi komen dari seorang wanita Islam ini. Beliau menulis, “Hanya kerana Amerika (Barat) tahu bahawa Arab adalah terbelakang, maka mereka dengan serampangan berkesimpulan bahawa wanita dalam Islam juga terbelakang dan tertindas.”

Ada dua masalah yang berkaitan: Pertama, mereka yang membuat bantahan tersebut biasanya mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai ajaran sebenar Islam, dan kedua, mereka tidak tahu apa yang Bible minta daripada wanita beriman.

Siapakah yang mempunyai kuasa untuk menentukan apakah pakaian yang sopan? Siapakah yang menentukan apakah kelakuan yang sopan? Umat Islam menyerahkannya kepada Tuhan sahaja. Ini adalah intipati “Islam”. “Islam” bermakna “menyerah kepada kehendak Tuhan”.

Apa yang Tuhan perintahkan dipatuhi oleh seseorang Muslim. Mereka tidak menuntut supaya Tuhan menjelaskan perintah-Nya sebelum mereka mematuhinya. Sebaik sahaja mereka mengesahkan bahawa perintah tersebut memang daripada Tuhan yang Maha Mengetahui, maka mereka mematuhinya tanpa teragak-agak.

Islam bersifat tinggi dan adil. Islam tidak akan memandang seseorang itu berdasarkan jantina ataupun pangkatnya dalam meletakkan diri mereka di sisi Allah s.w.t. ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berpegang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-singai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik”. (Surah al-Baqarah: 228).

Barat menyatakan bahawa wanita Islam tidak diberikan hak sama rata dengan kaum lelaki. Tetapi penyataan itu hanya dibuat daripada pandangan mata mereka yang sempit dan penuh dengan muslihat jahat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 195 menyangkal pendapat tersebut yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih daripada sebahagian lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah senahagian daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Adakah mereka benar-benar memahami ajaran kitab Bible yang menjadi rujukan mereka? Kerana jika diteliti sudah jelas lagi bersuluh martabat kaum wanita menurut kitab mereka (Bible Perjanjian Baru) terang-terangan meletakkan martabat kaum wanita di bawah tapak kaki lelaki!

Di dalam kitab Bible Perjanjian Baru antaranya dipetik:

“Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati. Aku tidak membenarkan wanita mengajar atau memerintah lelaki; wanita menti berdiam diri. Hal ini demikian kerana Adam dicipta dahulu, kemudian baru Hawa. Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu sehingga melanggar perintah Allah.” (Timothy 2: 11-14).

“Kaum wanita haruslah berdiam diri di dalam gereja. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat. Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seseorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah” (Korintus 14: 34-35).

“Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah dihadapan orang ramai, dia memalukan suaminya. Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur. Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi sangat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya atau digunting rambutnya. Oleh itu lebih baik dia menudung kepalanya. Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki, kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita melainkan wanita dijadikan daripada lelaki. Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki. Oleh itu, kerana malaikat-malaikat, seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia di bawah kekuasaan suaminya.” (Korintus 11: 5-10).

Dengan kata lain, Bible Perjanjian Baru antaranya mengajar bahawa:
1. Wanita harus berdiam diri dan mengenepikan keinginan diri sendiri.
2. Wanita tidak harus mengajar.
3. Wanita tidak mempunyai kuasa ke atas lelaki, sebaliknya harus berdiam diri.
4. Adam dan Hawa tidak sama dalam dosa mereka. Adam tidak tertipu, sebaliknya Hawa tertipu.
5. Wanita diperintahkan mematuhi kaum lelaki. Tuhan menetapkan bahawa lelaki memerintah wanita selamanya.
6. Wanita merti berdiam diri di dalam gereja. Adalah memalukan jika mereka bercakap. Jika mereka mempunyai soalan, mereka perlu bertanya kepada suami mereka sebelum pergi ke gereja dan suami mereka akan bertanya bagi pihak mereka di gereja.
7. wanita tidak boleh sembahyang atau membuat pengakuan dengan kepalanya tidak ditutup.

Melalui huraian-huraian dan petikan-petikan daripada kitab Bible sendiri mengenai taraf wanita mereka, siapa yang lebih menekan siapa? Agama mana lebih merendah-rendahkan wanita dan agama mana yang memartabatkan wanita?

Komen-komen
  1. kamilsifu berkata:

    salam..
    menariknya artikel ini..nampak sangat rupa-rupanya mereka sendiri tidak merujuk kepada agama mereka..walhalsudah terang-terangan termaktub di dalam kitab mereka itu..wallahua’lam

  2. Think tank berkata:

    salam…terbaru mereka nak pinjam ‘Allah’ pula! bagi memanggil tuhan mereka…sebenarnya mereka sendiri yg terkeliru…rujuk http://www.satuhala.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s