Sekali Lagi Mengenai Internet

Posted: Februari 14, 2007 in komen, think tank thought

Membaca tajuk akhbar berkenaan dengan kesan negatif yang mampu dibawa oleh internet mengingatkan penulis kepada artikel yang pernah penulis ketengahkan mengenai kesannya kepada remaja.

Sepintas lalu, artikel yang bertajuk ‘Internet dan ‘kasih sayangnya’ terhadap remaja’ tersebut menekankan kesan-kesan negatif akibat daripada ‘ketaksuban’ terhadap internet ini kepada kehidupan sosial remaja dan ikatan kekeluargaan.

Penulis berasakan bahawa segala ciptaan yang diusahakan pencipta bijaksana di dunia ini adalah bermatlamat bagi memberikan kesenangan kepada umat manusia semata. Namun, tindakan mereka-mereka yang ‘terlalu kreatif dan inovatif’ dengan menyalahgunakan kesenangan inilah yang menjadikannya seakan makroorganisma berbahaya yang membawa wabak maut bersama.

Perkara pokok kepada segalanya adalah hati, akal dan naluri. Sigmund Freud melihat naluri manusia seakan ‘kuali yang sedang mendidih’. Menurutnya, naluri manusia jika acapkali dihidangkan dengan pelbagai unsur negatif mampu membangkitkan keinginan yang mampu membinasakan.

Teori Moral Piaget juga membuktikan betapa unsur-unsur negatif internet mampu memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan moral kanak-kanak dimana ia berupaya mewujudkan kekeliruan di dalam minda mereka sehinggakan mereka tidak mampu membezakan antara yang putih dengan yang hitam (dalam konteks ini baik dan buruk).

Kebimbangan kerajaan dalam penyalahgunaan penggunaan internet dikalangan kakitangannya akhir-akhir ini ditambah pula dengan isu memuat turun gambar-gambar lucah dari internet merupakan suatu kebejatan yang meruncing.

Kebejatan ini tidak terbatas kepada kakitangan kerajaan sahaja. Ia kini seakan tidak dapat dibendung lantas merebak ke setiap penjuru hiraki manusia.

Kesannya, akibat daripada aktiviti tidak bermoral ini, bukan sahaja kualiti pekerjaan mengalami penurunan, malahan juga kecekapan dan keberkesanan kerja yang memerlukan penggunaan kemudahan internet seperti kemudahan on-line turut terjejas. Perkara ini bukan sahaja memberi impak yang tidak baik kepada pekerjaan, malah memberi ‘calar’ kepada nama baik organisasi awam, swasta, keluarga, waima individu perseorangan.

Laporan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) sebelum ini yang menggemparkan masyarakat dengan laporan mengenai rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak yang terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah yang boleh diakses dengan mudah tanpa sebarang sekatan perlu diperhalusi. Tambahan pula, menurut laporan tersebut, daripada jumlah berkenaan, pengguna komputer berpeluang melayari 33 juta halaman yang mengandungi bahan lucah.

Pada pandangan penulis, banyak yang perlu diambil kira oleh kerajaan berkenaan dengan ‘kemudahan’ ini. Antaranya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah Seksyen 3 (3) yang mengisytiharkan jaminan kerajaan kepada syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia yang mana termaktub jaminan kerajaan bahawa ia tidak akan menyekat atau menapis sebarang maklumat di dalam internet.

Prinsip atas dasar bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan teknologi maklumat negara ini adalah ‘sangat berbahaya’ dalam konteks masyarakat pada masa kini yang ‘terlalu kreatif dan inovatif’ serta ‘taksub terhadap maklumat’ merujuk kepada kemudahan internet ini.

Mengapa tidak diikut langkah yang diambil beberapa negara yang bertindak menapis penggunaan internet seperti Rusia, Myanmar dan China? (walaupun tidak dapat dinafikan, kerajaan ada menyediakan garis panduan berkenaan dengan penggunaan internet dan e-mel terhadap kakitangannya sejak tahun 2003). Sila betulkan jika penulis tersilap.

Takrifan internet menurut Landsberger (2000), ialah sesuatu yang tidak berperaturan dan tidak boleh dikenakan peraturan. Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada lambakan maklumat yang tidak mungkin mampu dikawal kualitinya.

Menyokong takrifan tersebut adalah Amerika Syarikat contohnya, yang mana 60 peratus komputer pelayan dan hos WWW terletak di negara itu, tidak mengambil tindakan menapis kandungan internetnya.

Merujuk kepada isu penapisan bahan isi kandungan yang terdapat di dalam internet ini, ia boleh dibahagikan kepada dua jenis.

Pertama, ‘mempersalah’ penerbitan bahan yang tidak dikehendaki, dan kedua, menyekat penyebarannya. Selain itu, terdapat juga penapisan audiens terpilih, iaitu penapisan yang berbeza-beza tertakluk kepada laman web, bahan, dan penonton yang berbeza-beza.

Sebenarnya budaya dan tradisi merupakan pendorong utama dalam proses penapisan ini. Bahan yang dibenarkan di negara A mungkin diharamkan di negara B. Begitu juga sebaliknya. ‘Konflik’ ini berlaku kerana tiada piawai yang boleh diterima oleh semua negara kerana perbezaan ini.

Namun, bagi penulis, segalanya berbalik kepada hati, akal dan naluri yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan iman. Itulah sebaik-baik penapis!

Internet di tangan seorang pelayar yang baik akan memperoleh ilmu pengetahuan yang akhirnya akan memberikan kesenangan kepadanya. Tetapi, internet di tangan seorang yang cuai dan leka akan mendatangkan kemudaratan bukan sahaja terhadap dirinya bahkan kepada persekitarannya. Itu sekadar renungan bersama.

Komen-komen
  1. ira berkata:

    hey..good information!

  2. hamba Allah berkata:

    bagus..tulisan yg unik.

  3. blogger berkata:

    internet di sudut positif????????????/

  4. jihad islami berkata:

    Maknanya, kita hanya sekadar membutakan mata, memekakkan telinga, dan hanya berharap kepada hati,akal dan naluri yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan iman semata-mata. Di mana letaknya usaha dan pengorbanan kita untuk membanterasnya?????

  5. anyys berkata:

    bgs ar…tp skunk remaja x rmi yg otk tecemr…
    tmbh ada intenet…
    mkin senang bnde buruk tejadi

  6. Muhammad Syahmi berkata:

    tahniah,,,ulasan yg ringkas tp jelas bnde yg ingin disampaikan..trpulang kpd dri sendri bgaimana utk mnggunakan internet.Allah berikan kte akal,dan inilah yg mmbezakan kte dgn haiwan…Maka,jika kita gagal mnggunkannya sbaik mngkin,….faham,amal dan sampaikan..Allah Maha Kuasa,,,dOakn sy dpt bwt ape yg sy smpaikan…

  7. Contract mobile phone deals come under the
    contract of 12, 18 and 24 months. Well, it allows users to upload entries to their Facebook wall
    with just the touch of a button. The Touch Pro 2 is HTC’s response to criticism about the quality of the noble failure the HTC Touch Pro.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s