Renungkanlah, Wahai Melayu

Posted: Februari 14, 2007 in think tank thought

Melihat kepada senario ekonomi dunia, wujud ketidakseimbangan dan jurang pemisah yang besar. Jurang ini mewujudkan pemisahan dua kumpulan yang mempunyai tahap ekonomi yang berbeza. Kumpulan pertama terdiri daripada negara-negara membangun manakala kumpulan kedua terdiri daripada negara-negara maju.

Negara-negara membangun pada dasarnya dianggotai oleh negara-negara yang agak ketinggalan dari segi ekonomi, tahap kemajuan yang terhad dan mempunyai latar belakang pernah dijajah. Ekonomi negara-negara membangun ini atau lebih dikenali sebagai negara-negara ketiga diadaptasi daripada ekonomi zaman penjajahannya.

Ekonomi yang dibawa oleh penjajah yang digunapakai menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi di antara kawasan bandar dan luar bandar. Masalah ini secara langsung menyebabkan penduduk bandar mendapat pendapatan yang lebih besar berbanding penduduk luar bandar. Hal ini akan menyebabkan penghijrahan besar-besaran penduduk luar bandar yang lazimnya dikalangan muda-mudi ke bandar-bandar besar.

Akibat daripada penghijrahan ini, industri pertanian yang sinonim dengan masyarakat luar bandar akan mengalami kemerosotan akibat daripada kekurangan tenaga kerja. Ini secara tidak langsung akan turut menjejaskan pendapatan masyarakat luar bandar yang rata-rata terdiri daripada para petani.

Selain daripada itu, kadar kelahiran yang tinggi juga menjadi punca wujudnya jurang pendapatan diantara masyarakat luar bandar dan bandar. Lazimnya, masyarakat bandar menpunyai purata dua hingga lima orang anak sahaja berbanding masyarakat luar bandar yang mempunyai purata yang lebih besar.

Apa yang berlaku adalah masyarakat luar bandar terpaksa menggunakan pendapatan yang ada dalam proses membesarkan anak-anak. Walhal pendapatan tersebut sepatutnya boleh digunakan bagi meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Selain daripada itu, negara-negara ketiga ini juga terlalu bergantung kepada teknologi yang ada yang lazimnya dipelopori oleh negara-negara maju. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mencipta teknologi mereka sendiri dalam mentadbir sumber yang ada. Mereka bergantung kepada teknologi yang dibawa oleh pihak MNC (Multinational Corporation) yang dipelopori oleh negara-negara maju dan tidak memandang kepada kepentingan R & D (Research and Development).

Namun, melihat kepada senario ekonomi di Malaysia, bolehlah dikatakan sedang melalui zaman peralihan. Dasar yang diketengahkan bermula dari zaman pemerintahan Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru) hinggalah Dasar Pandang ke Timur yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu pandangan yang jauh.

Langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin-pemimpin agung negara ini merupakan satu pendekatan yang bestari. Dasar Ekonomi Baru (DEB) – 1970 hingga 1990) dan sekarang Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan satu langkah penyusunan semula pendapatan penduduk bandar dan luar bandar ataupun lebih tepat lagi ekonomi orang Melayu dan bukan Melayu selepas Tragedi 13 Mei 1969.

Ia digubal sebagai langkah ‘menebus kembali’ hak kaum Melayu serta penduduk asal yang lain seiring dengan kaum bukan Bumiputera ( Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu, 2002: v).

Bukan itu sahaja, pelbagai langkah dan pendekatan telah diambil oleh kerajaan dalam mengimbangi agihan ekonomi antara kaum di negara ini. Keutamaan diberi kepada usahawan Melayu dan Bumiputera yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Segala usaha tersebut adalah bagi kepentingan orang-orang Melayu sendiri yang sememangnya sangat-sangat memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan.

Walaupun telah dikurniakan hak-hak istimewa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara, Melayu masih lagi perlukan perhatian yang khusus, persis seorang bayi yang baru sahaja melihat dunia.

Jelas, kerajaan yang sedia ada telah dan sedang menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang, tetapi bagaimana pula dengan orang Melayu sendiri? Telahkah mereka berusaha menaiktarafkan ekonomi mereka? Wahai bangsaku marilah kita bersama-sama renungkan amanat Bapa Kemerdekaan kita ini:

“Pengalaman kami telah menunjukkan orang Melayu tidak mempunyai tempat mereka, hak tidak diperakui dan tidak dihiraukan. Sekolah Melayu diturunkan ke tahap yang paling bawah dalam susunan sistem pendidikan dan diberi hanya pendidikan ‘vernakular’ (asas) selama tiga hingga empat tahun yang mana pada akhir persekolahan, apa yang dapat dilakukan oleh orang Melayu ialah sekadar mencari sesuap nasi. Beberapa orang Melayu yang kaya mampu menghantar anak mereka ke seberang laut, tetapi ramai orang Melayu dipandang hina”.

Adakah kita mahu berada di bawah takuk ini untuk selama-lamanya?

Komen-komen
  1. Awang Kata berkata:

    Kita bimbang kenegaraan kita dipermain oleh politik yang sempit. Contohnya kenyataan agar Melayu tidak perlukan tongkat lagi.

    Bukankah semua bangsa di atas dunia mempunyai tongkatnya tersendiri. Motosikal pun bertongkat.

    Ya, kalau tongkat itu keperluan kepada kita mengapa ia perlu dibuang. Kaum Cina pun ‘bertongkat’ sesama bangsa mereka.

    Melayu jangan mudah terpedaya dengan kenyataan sebegini kerana Perlembagaan Persekutuan telah menentukannya.

    Ya, lelaki pun ‘bertongkat’, cuma ia akan gunakan tongkatnya apabila diperlukan sahaja. Jadi jangan sombong hingga apa-apa warisan kita nak diketepikan apabila telah ada pengganti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s