Negara terbilang menerusi ICT

Posted: Februari 14, 2007 in Artikel

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia tidak dapat disangkal dengan kadar penembusan penggunaan internet, meningkat daripada 11.4 peratus pada 2003 kepada 12.7 peratus pada 2004, dengan peningkatan sebanyak 3.3 juta pelanggan. Tidak kurang juga peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit iaitu meningkat kepada 14.5 juta pada tahun lalu, pertambahan sebanyak 12 peratus berbanding 43.9 peratus tahun sebelumnya.

Dari sudut teknologi, Malaysia tidak terkebelakang dengan adanya sistem telekomunikasi generasi ketiga (3G), hotspot WiFi dan perkhidmatan talian pelanggan digital asimetrik (ADSL).

Peningkatan ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan dalam mengembangkan budaya ICT kepada setiap rakyat sebagai teras mewujudkan masyarakat berilmu di samping memastikan jurang digital tidak menjadi satu faktor kemiskinan pada masa depan bukan sekadar cakap kosong malah suatu yang tidak mustahil dicapai.

Ramalan bahawa jumlah pengguna internet adalah sebanyak 10.3 juta orang pada suku pertama tahun ini, manakala kadar celik internet pula dianggarkan hampir 40 peratus. Jumlah pelanggan jalur lebar internet di negara ini pula meningkat sekali ganda menjadi hampir 300,000 dengan bilangannya dijangka terus meningkat kepada 1.3 juta pelanggan pada tahun depan.

Mengorak langkah merealisasikan usaha tersebut, kerajaan, menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP), mensasarkan kadar celik jalur lebar sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2008. Pelan tersebut turut mempertingkatkan usaha memperluaskan kemudahan jalur lebar di kawasan bandar-bandar kecil dan daerah perkampungan menjelang tahun 2010.

Langkah tersebut diperhebatkan lagi dengan usaha membestarikan semua sekolah di seluruh negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan ke arah melahirkan sekolah bestari. Menurut Perdana Menteri, kerajaan pernah mengambil langkah dengan membina sekolah-sekolah bestari yang lengkap dengan infrastruktur yang menerapkan ciri-ciri ICT, namun kos tinggi yang terpaksa ditanggung membuatkan kerajaan melaksanakan langkah baru iaitu membestarikan sekolah yang sedia ada.

Berkeluasan 15 kilometer x 50 kilometer, merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, Taman Teknologi dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Koridor Raya Multimedia (MSC) yang ditubuhkan pada tahun 1996 dilihat berjaya menjadi pemangkin pertumbuhan industri ICT negara yang menyaksikan ia berkembang 8.3 peratus pada tahun lalu, lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.2 peratus bagi tempoh sama.

Pada masa ini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) berkelas dunia, yang mewujudkan kira-kira 11,200 peluang pekerjaan.

Justeru, bertepatan dengan keadan ini, sebagai langkah menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas bagi memenuhi standard ICT yang diperlukan, kerajaan turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan Institut Pembangunan Bakat MSC-ICT.

Semuanya dengan harapan, agar budaya ICT ini dapat membawa negara ke arena pasaran sumber manusia yang lebih kompetatif dan berkualiti disamping memiliki ciri-ciri inovatif, kreatif dan berteraskan pengetahuan tinggi dalam menghadapi permintaan global yang senantiasa berkembang. Ini secara tidak langsung membariskan sumber manusia tempatan setanding dengan kumpulan sumber manusia terbaik dunia.

Usaha kerajaan ini secara tidak langsung turut dilihat sebagai satu promosi bagi negara dalam membawa peranan sebagai pintu masuk ke pasaran global di samping menonjolkan peranan serta kedudukan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai hab industri berasaskan ICT.

Menerusi usaha ini, negara, syarikat-syarikat berasaskan ICT antarabangsa yang beroperasi di sini berupaya mengakses pasaran global tanpa sebarang sempadan termasuk negara-negara anggota ASEAN, China, India dan negara Asia Barat. Pada masa ini, beberapa syarikat multinasional (MNC) telah menjadikan Malaysia sebagai landasan memasuki pasaran ke negara China.

Malah syarikat-syarikat terkemuka seperti Disney, Sony, Nintendo, Gameboy, Channel V dan beberapa studio di Hollywood turut menunjukkan kepercayaan mereka terhadap usaha kerajaan ini menerusi penawaran perkhidmatan mereka kepada syarikat-syarikat ICT tempatan.

Keadaan ini sudah pasti akan melahirkan syarikat tempatan yang berstandard antarabangsa. Syarikat ‘glokal’ ini bukan sahaja berupaya menaikkan ekonomi dan taraf hidup sumber manusia tempatan malah ia juga mampu menonjolkan nama negara ke persada dunia menerusi nama negara; Malaysia.

Keupayaan serta usaha kerajaan dalam merealisasikan negara dengan corak budaya koridor raya ini sememangnya suatu langkah yang perlu dipuji. Kebaikan yang diperoleh daripada implimentasi budaya ICT ini tidak dapat disangkal, merangkumi setiap aspek kehidupan rakyat.

Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ICT ini perlu seiring dengan dasar-dasar kerajaan yang lain terutamanya konsep Islam Hadhari yang mementingkan penerapan ajaran Islam yang menyeluruh bukan sahaja merangkumi aspek ritual semata-mata.

Prinsip-prinsip Islam Hadhari yang sepuluh itu perlulah diseiringkan dengan budaya ICT yang diperkenalkan berlandaskan ilmu pengetahuan yang tuntas supaya kelak tidak wujud kebejatan ‘canggih’ yang secara tidak turut dibawa oleh budaya baru kelahiran era globalisasi ini.

Agama, adat, adab dan aspirasi membawa negara sebagai sebuah negara siber ini perlulah beriringan dengan kesepuluh prinsip Islam Hadhari supaya kemajuan mutlak dapat dicapai. Pengukuhan matlamat berdasarkan nilai-nilai luhur bukan sahaja mampu membuahkan hasil yang lumayan kepada negara dan rakyat, malah, secara tidak langsung turut melahirkan masyarakat yang berbudi pekerti dan berkualiti.

Dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia celik ICT dan merapatkan jurang digital ini, masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Perkara pokok adalah masing-masing perlu memahami bahawa kemudahan itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Rakyat perlu menggunakannya untuk membina upaya, menambah nilai dan memperkasakan diri, syarikat serta industri masing-masing, bukan menyalahgunakannya bagi tujuan negatif seperti menabur fitnah atau melayari laman lucah.

Komen-komen
  1. etpichan berkata:

    thank you 4 da info…

  2. nizam berkata:

    useful info…

  3. kamarul berkata:

    boleh bagi sumbangan ICT kepada perubatan x..?

  4. Think tank berkata:

    bagus juga idea tu!!! terima kasih..akan cuba utk kaji selidik untuk artikel akan datang!🙂

  5. Aliya berkata:

    memang berguna…saya lengkapkan kerja sekolah saya dengan info ini…terima kasih!!

  6. ada berkata:

    thanks atas info nie..
    sy ambik ea untuk folio..
    🙂

  7. say berkata:

    nak tau..apakah dasar teknologi maklumat negara?

  8. Think tank berkata:

    rasanya tiada lagi dasar yang digubal cuma telah diwujudkan satu jawatankuasa iaitu MAJLIS TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGARA (N.I.T.C.)

  9. Vaani berkata:

    Artikel ini dapat membantu saya menyiapkan kerja rumah saya….malah menambahkan pengetahuan saya…terima kasih….

  10. jihad islami berkata:

    Artikel ini banyak menyumbang untuk topik perdebatan saya tetapi bagaimana pula dengan pengguna ICT? Adakah mereka pemangkin kepada kemajuan negara? Bagaimana ICT itu sendiri boleh membantu jika penggunanya tidak memanfaatkan kemudaan yang ada…

  11. yo berkata:

    luas tol pngetahuan kamoo…

  12. eda berkata:

    time kacih pasal ni..
    ianya menyelamatkan saya untuk membuat assignment..
    huhuhu…

  13. danial berkata:

    pa kah negara terbilang dengan ICT saje je ke?! dan apakah prospektif lain yang leh dikatakan Malaysia negara terbilang..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s