Manusia dan Kuasa Alam

Posted: Februari 14, 2007 in think tank thought

Satu kegilaan penulis pada masa lapang adalah menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer (walaupun masa lapang penulis seakan terbatas kini). Daripada permainan asas seperti freeCell dan solitare sehinggalah permainan komputer seperti Pharaoh and Cleopatra, Age of Empires dan Starcraft.

hurricane.jpgMasa seakan terhenti apabila menghadap komputer. Tiada yang lebih penting selain menghabiskan misi yang perlu dipenuhi. Di antara permainan komputer yang paling digemari penulis adalah permainan yang dipanggil ‘Red Alert II: Command and Conquer’.

Di dalam permainan tersebut, terdapat dua blok kuasa yang memiliki senjata rahsia masing-masing. Rusia dan sekutunya dengan kuasa nuklear dan kimianya manakala Perikatan dengan kecanggihan Teori Kuantumnya yang mampu mengawal cuaca. Peperangan dilancarkan atas dasar menunjukkan kekuatan ketenteraan negara masing-masing.

Blok yang memiliki kekuatan nuklear dan kimia ditonjolkan mampu memusnahkan bala tentera yang ramai disamping kehebatan senjata kimia yang mampu menyebarkan sinar radioaktif serta memiliki tentera yang memiliki kemampuan memanipulasi fikiran musuh.

Manakala blok yang satu lagi diperlihatkan dengan kemampuan memiliki teknologi yang mampu memanipulasi cuaca menerusi penciptaan siklon yang mampu memusnahkan sebilangan besar tentera lawan. Selain itu, turut memiliki kepakaran perisikan yang mampu membolosi markas lawan dengan cara penyamaran bagi mencuri teknologi yang dikuasai oleh pihak lawan.

Jika diadaptasikan dengan dunia realiti, teknologi yang dipertontonkan di dalam permainan komputer di atas seakan mustahil dihasilkan. Tetapi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal mengenai ulasan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Hieng Ding untuk mencuba teknologi Rusia bagi membentuk ribut taufan atau siklon semasa jerebu melanda ruang udara Malaysia pada bulan November 1997 menolak andaian bahawa manusia tidak mampu mengawal kuasa alam.

Perkara ini menjadi kontroversi sekali lagi selepas dunia menyaksikan kemusnahan mengejut yang disebabkan oleh amukan ombak besar tsunami dibeberapa negara di Asia terutamanya Banda Acheh di Indonesia yang turut dikatakan adalah disebabkan oleh uji kaji senjata cuaca yang sedang diusahakan oleh negara-negara tertentu.

Sehari selepas kejadian tersebut, beberapa kenyataan berita daripada laman sesawang konspirasi turut menyenaraikan sejarah uji kaji cuaca oleh pihak tentera Amerika Syarikat dan Rusia beserta bukti-bukti yang memperlihatkan bahawa kedua-dua negara besar tersebut sedang berlumba-lumba membangunkan senjata cuaca tersebut yang dikatakan akan mengubah senario peperangan dunia kelak.

Antara kejadian yang disenaraikan adalah di Brazil, pada tahun 2004 di mana buat pertama kalinya, Brazil dilanda ribut taufan dengan kelajuan angin 90 mph dengan mengakibatkan kematian yang banyak. Kejadian turut direkodkan di negara-negara Asia seperti Jepun, China, Semenanjung Korea, India, Sri Lanka, Thailand dan Indonesia semua kejadian ini adalah yang paling teruk dan luar biasa di dalam sejarahnya.

Seorang saintis dan aktivis nuklear terkemuka, Dr Rosalie Bertell, dalam bukunya bertajuk Planet Earth: The Latest Weapon of War menyatakan bahawa bumi akan digunakan sebagai senjata pada alaf baru iaitu dengan menggembleng kuasa alam semula jadi.

Menurut beliau, senjata elektromagnetik ‘mempunyai keupayaan untuk memancarkan ledakan serta kesan lain seperti cetusan gempa bumi merentasi benua terhadap mana-mana sasaran di dunia ini dengan kekuatan yang menyamai beberapa letupan nuklear.

Siri uji kaji bagi memanipulasi kuasa cuaca ini dikatakan bermula menerusi kajian yang dilakukan oleh seorang saintis Rusia, Dr. Nikola Tesla mengenai gempa bumi seawal tahun 1937 disusuli pula oleh Program Penyelidikan Aurora Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP) yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat.

Pelbagai rentetan kejadian disenaraikan dihampir setiap pelosok dunia bagi memperkuatkan lagi hujah bahawa manusia kini sedang cuba memanipulasi kuasa alam yang ada bagi mencapai hasrat mereka: memiliki kuasa mutlak bagi mentadbir dunia.

Pada tahun 1975, Professor Gordon MacDonald dari Dartmouth yang juga Penasihat Sains Presiden Johnson memperakui bahawa sains mampu meledakkan ribut taufan, mengubah dan mencipta gempa bumi, memanipulasi bongkah ais di kutub dan mensasarkan ombak besar tsunami keluar dari sasarannya.

Saintis percaya bahawa ada usaha oleh pihak tertentu menempatkan bom berkuasa besar di bawah dasar laut Filipina yang dikatakan berupaya meletuskan gunung berapi, gempa bumi dan ombak besar tsunami besar yang berupaya memusnahkan bahagian Pantai Barat Amerika. Dikatakan juga pihak Rusia sudah menempatkan beberapa ‘senjata pemusnah’ disekitar Lautan Pasifik yang mempunyai potensi menghasilkan gempa bumi yang kuat.

Walaupun dikatakan pada tahun 1977, United Nation pernah mengeluarkan satu resolusi yang melarang sebarang perlakuan atau uji kaji bagi mengubah keadaan cuaca dunia kerana kemampuannya mampu mengakibatkan kemusnahan dan kematian yang dahsyat.

Masih banyak lagi senarai uji kaji dan kejadian ‘amukan alam’ ini yang tidak disenaraikan. Apa yang penulis ingin perlihatkan di sini ialah betapa manusia sudah tidak mengenal taraf dan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t yang lebih berkuasa dan berhak ke atas segala-gala yang ada di bumi dan alam semesta ini.

Jika benar apa yang dinyatakan, maka benarlah amaran yang Allah s.w.t katakan di dalam al-Quran; akan datang masanya bumi akan musnah akibat daripada tangan manusia itu sendiri!

Komen-komen
  1. rz berkata:

    yang jelas dunia semakin menghampiri penghujungnya. bila? hanya Allah yang tahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s