Posted: Februari 14, 2007 in pesan cendikiawan

“Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak”

“Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu”

“Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya”

“Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan”

“Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik”

“Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat”

“Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian”

“Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu”

“Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya”

“Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal”

“Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan”

“Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh”

“Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya”

“Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita”

“Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain”

“Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri”

“Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna”

“Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga”
________________________________________
“Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan.”

“Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati”

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”
“Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah”

“Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya”

“Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan”

“Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket”

“Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan”
“Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain”

“Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi”

“Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal”

“Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu”

“Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda”

“Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain”
“Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya”

“Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah”

“Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini”
Mutiara Kata: “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
“Iman itu dibangun atas empat tiang : Yakin, Sabar, Jihad dan Adil.
Sabar dan Iman adalah seperti kepala dan tubuh.
Tidak ada tubuh bagi orang yang tiada mempunyai kepala.
Dan tiada Iman bagi orang yang tiada mempunyai kesabaran.”
(Ali bin Abu Tholib r.a)

“Bertanyalah tentang kawan seperjalananmu sebelum bertanya tentang
jalan yang akan kau lalui. Bertanyalah tentang calon tetanggamu
sebelum bertanya tentang rumah yang akan kau diami.” (Ali bin
Abu Tholib r.a)

“Bagianmu yang sesungguhnya dari dunia ini adalah yang memberimu
kemuliaan diri.” (Ali bin Abu Tholib r.a)

“Perut itu umpama kecapi yang berongga dan bertali, suaranya akan bagus
karena talinya ringan dan halus dan juga karena ia berongga dan
berisi.
Begitu pula perut, apabila ia kosong ia lebih enak untuk membaca,
lebih
betah untuk berdiri sholat dan lebih sedikit tidur.”(Abu Thalib Al
Makki)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s