Ulik Mayang Versi ‘Moden’

Posted: Januari 17, 2007 in think tank thought

Sudah jenuh rasanya penulis membaca dan mengetengahkan perihal ‘cultural cloning’ atau pengklonan budaya ini. Apa yang pasti, bukan penulis sahaja yang ‘berminat’ membicarakan perihal ini kerana pelbagai respon telah diberikan daripada golongan intelektual, politikus, sehinggakan golongan jelata.

Pengklonan budaya pada pengamatan penulis, terjadi apabila terdapatnya suatu ‘hasrat terpendam’ bagi menyebarluaskan budaya dan cara hidup yang dianuti atau diacu, kepada kumpulan sasarannya dengan cara terang nyata mahupun tersembunyi. Metode yang digunapakai juga beragam dan pelbagai tidak terhad kepada satu-satu cara sahaja.

Realitinya, penggerak kepada pengklonan budaya ini tidak lain adalah media massa yang ada ditengah-tengah dunia tanpa sempadan era globalisasi kini. Media massa dilihat mampu merealisasikan ‘hasrat terpendam’ tersebut dengan mudah dan pantas seiring dengan kepantasan yang sememangnya lali dengan masyarakat kini.

Sedar atau tidak, masyarakat yang telah disasarkan akan terjerumus ke dalam jerangkap yang dipasang. Contohnya mudah. Lihat sahaja di kiri dan kanan anda. Golongan remaja antara sasaran yang mudah ‘diulit’ dengan alunan merdu budaya milenium ini. Remaja tidak akan dikira sebagai ‘trendy’ atau mengikut trend sekiranya mereka tidak mengikuti gaya percakapan dan berpakaian ala Barat. Mereka juga tidak akan mengikut trend jika tidak mendengar muzik rancak daripada Barat ataupun yang berunsurkan Barat.

Satu fahaman baru turut terbentuk ataupun sengaja dibentuk bagi merealisasikan ‘hasrat terpendam’ tadi. Fahaman yang dipanggil sebagai fahaman pascamodenisme mempunyai ciri-ciri antara lain mengoyah dan meresapi segala keyakinan manusiawi yang menyatakan bahawasanya terdapat suatu kebenaran yang hakiki. Ini termasuklah kebenaran yang diasaskan kepada wahyu Ilahi atau diperingkat akal manusia sendiri. Usaha menggoyahkan keyakinan dan penafian semua bentuk kebenaran ini akan mengakibatkan kekeliruan yang mana akhirnya menghilangkan jati diri dan nilai budaya asal golongan sasaran tersebut.

Masyarakat yang goyah dan hilang jatidiri ini akan terkapai-kapai dan lemah yang mana akhirnya mudah bagi ‘pemilik hasrat terpendam’ ‘menghulurkan’ tangan merapatkan ikatan simpulan penjajahan baru ini. Lihat sahaja betapa lemahnya generasi muda kini yang begitu taksub kepada Harry Potter dan Lord of The Rings.

Lihatlah betapa menyedihkan golongan ini taksub dan berbangga kepada Black Metal. Malangnya, kegelinciran akidah ini telah merebak kepada golongan muda yang memiliki tahap pendidikan yang tertinggi. Bagaimanakah agaknya masa depan bangsa dan negara sekiranya golongan pelapis ini awal-awal lagi telah menunjukkan hala tuju mereka yang menyedihkan ini?

Seperti yang dikatakan di awal penulisan ini, sudah jenuh rasanya. Tanggungjawab penulis hanyalah berpesan-pesan kepada kebenaran kerana penulis masih percaya kepada kebenaran yang hakiki iaitu Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang tertutup rapat.” (Surah al-Balad: 18-20)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s