TMM 2007: Tahun Gemilang Bermula

Posted: Januari 17, 2007 in akhbar

TAHUN baru 2007 sudah menjelma. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, ada kelainan dan keistimewaannya tahun 2007 kerana tahun ini secara rasminya telah dipilih sebagai Tahun Melawat Malaysia (TMM 2007) buat kali yang ketiga selepas tahun 1990 dan 1994.

Pastinya, acara yang paling besar dan paling bermakna untuk TMM 2007 adalah sambutan Jubli Emas kemerdekaan negara. Edisi ketiga Tahun Melawat Malaysia ini dilihat sangat istimewa kerana ia bersemperna dengan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia yang juga merupakan asas sambutan TMM 2007 apabila tema ‘Menyambut 50 Tahun Kenegaraan’ digunakan.

Bagi menjayakan TMM 2007, sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk aktiviti promosi disamping memperkenalkan tiga cadangan pengecualian cukai bagi sektor pelancongan sebagai langkah mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka selain mencapai sasaran RM44 bilion pendapatan yang dijangka akan diperoleh kerajaan.

Sebanyak 1,000 acara bakal dianjurkan sehingga penghujung tahun 2007 termasuk lima acara mega iaitu Pameran Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia yang akan diadakan di Selangor; The Eyes of Malaysia (“Eye on Malaysia” merupakan feri beroda yang paling ringan di dunia dan yang pertama seperti itu di Asia Tenggara.), dan Pameran Pertunjukan Bunga Api di Tasik Putrajaya dan Pertunjukan Udara Antarabangsa di Kuala Lumpur dan Pertunjukan Jalanan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar Kuala Lumpur disamping 154 acara lain akan turut diadakan di negeri-negeri di seluruh negara sebagai memeriahkan lagi TMM 2007.

Acara gilang-gemilang sepanjang tahun ini juga dijangka akan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke negara ini daripada 15 juta orang ketika ini kepada 20 juta pada 2007. Negara meletakkan sasaran untuk menarik kira-kira 17.3 juta pelancong tahun ini (2006). Sepanjang tahun lepas sahaja, Malaysia telah berjaya menarik ramai pelancong asing ke negara ini dengan mencatatkan ketibaan 16.4 juta, berbanding 10.2 juta pada tahun 2000. Ini bermakna lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia saban bulan.

Terbukti industri pelancongan mampu memberi pulangan yang baik kepada negara dimana negara telah mencatat perolehan sebanyak RM25,781.1 juta pada tahun 2002; RM21,291.1 juta (2003); RM29,651.4 juta (2004) manakala RM31,954.1 juta diperoleh pada 2005 dan secara tidak langsung telah mewujudkan 451,000 peluang pekerjaan.

Aktiviti membeli-belah termasuk Karnival Jualan Mega anjuran Kementerian Pelancongan dijadikan keutamaan kerana kajian perbelanjaan pelancong asing tahun lalu menunjukkan ia menjadi penyumbang pendapatan kedua tertinggi selepas penginapan sebanyak RM10.7 bilion.

Sebagai faktor pendorong bagi industri ini, aspek prasarana pelancongan turut dititik-beratkan. Bagi memastikan keselesaan kepada para pelancong, pelbagai prasarana pelancongan dipertingkatkan selain penyertaan rakyat dipergiatkan. Usaha mempelbagaikan produk pelancongan juga dijalankan bagi memberi pilihan yang lebih banyak kepada para pelancong dalam usaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Kerajaan turut mengambil langkah drastik dengan ‘terpaksa melancarkan’ revolusi tandas untuk menerapkan amalan menjaga kebersihan tandas di kalangan masyarakat. Kempen intensif terbaru itu mengandungi lima elemen meningkatkan kesedaran awam, mewujudkan tandas contoh, mengetatkan penguatkuasaan, menggaji kakitangan yang mementingkan kebersihan dan mendidik generasi muda untuk mematuhi piawaian kebersihan tandas.

Selain daripada itu, gejala sosial seperti mat rempit dan sebagainya juga perlu dipandang serius supaya tidak memberikan kenangan dan pandangan buruk kepada pelancong. Sehubungan dengan itu, cadangan Polis Diraja Malaysia bagi menyediakan 5,000 anggotanya untuk membanteras gejala ‘mat rempit’ sepanjang 2007 supaya tidak membawa kesan negatif terhadap industri pelancongan sangat dialu-alukan dan tepat pada masanya.

Langkah ini secara tidak langsung bertepatan dengan pelbagai kempen dan slogan yang telah dijalankan oleh kerajaan seperti ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dan ‘Nilai Murni Amalan Hidup Kita’. Nilai-nilai luhur ini mesti dipamerkan supaya pelancong yang datang dapat melihat sendiri betapa masyarakat Timur memegang teguh kepada nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Jika nilai-nilai ini dipraktikkan, masalah seperti pemandu teksi yang menipu pelancong dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi bagi jarak perjalanan yang dekat akibat tindakan mereka mengubahsuai meter, masalah kebersihan tandas dan mat rempit tidak akan terjadi.

Justeru, secara tidak langsung, sasaran kerajaan untuk meningkatkan kemasukan pelancong di negara sekali gus meningkatkan pendapatan negara akan tercapai.

Tahun Melawat Malaysia 2007 akan berjaya sekiranya semua warganegara sama-sama sepakat dan bekerjasama menjayakannya. Langkah yang diambil kerajaan tidak akan dapat berdiri dengan sendiri sekiranya tidak mendapat sokongan dan penyertaan secara langsung daripada rakyat.

Masyarakat harus sedar bahawa mereka adalah duta kecil yang membawa imej negara selain turut bertanggungjawab memperkasakan pengetahuan am mengenai negara dan lokasi-lokasi menarik di tempat mereka. Justeru, dengan budaya Timur sebagai ‘buah tangan’ dan kenangan terindah kepada pelancong, tidak mustahil Malaysia menjadi negara destinasi pelancongan terunggul rantau ini.

Komen-komen
  1. -nur- berkata:

    terima kasih..terima kasih…byk isi..huraian yg jelas..cth utk mengukuhkan isi…sangat membantu …..

  2. muhd zuraury berkata:

    bagus

  3. bobex berkata:

    mekasih kawan2…

  4. adry berkata:

    artikle yg bgs

  5. Think tank berkata:

    terima kasih…jika ada isu yg ingin diketengahkan, boleh la berkongsi..

  6. sy berkata:

    esei yg bagus. terima kasih kerana membekalkan maklumat yg mantap ttg TMM2007 kpd kami . jikalau ada maklumat lanjut, sila email kpd saya, terima kasih byk2.

  7. abi_genius berkata:

    thank you so muuunch bobex..
    i have to do a forum and i take alot from your article..

    i want to ask you something but later on..ok
    arigato gozaimas..

  8. Think tank berkata:

    dipersilakan….

  9. shah berkata:

    i love malaysia

  10. Diana Farahna berkata:

    bagus… thax.. saper perasmi dan biler Tahun Melawat Malaysia dirasmikan..

  11. ugnku berkata:

    pe tema tahun melawat malaysia 2007???…urgent

  12. siput sarawak berkata:

    sye batalkan tahun melawat malaysia tahun ini!…jika…tiada komitmen dari rakyat.. hampeh siot……fuhh..

  13. Think tank berkata:

    menyambut 50 tahun kenegaraan – celebrating 50 years of nationhood. itulah yang ditulis dan diwar-warkan akhbar.

    *MALAYSIAKU GEMILANG ADALAH TEMA PADA TAHUN INI!! HARAP MAKLUM…

  14. zwan berkata:

    esei yg membina..
    syabas!

  15. Think tank berkata:

    terima kasih…

  16. nor asiyah berkata:

    hrp dpt m’bri huraian ttg apa2 yg t’msuk dlm tajuk ‘program lagho’
    -tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s