Masa Depan Ekonomi Negara Menerusi Sektor Pertanian

Posted: Januari 17, 2007 in Artikel

Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.

Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.

Tiga dasar telah digubal dalam usaha memastikan sektor pertanian dapat bertindak sebagai ‘enjin ketiga’ pertumbuhan ekonomi negara di samping sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dasar-dasar tersebut adalah merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan belanjawan 2006 yang telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada sektor ini.

Transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam RMK-9 dan Belanjawan 2006 ini bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para petani dan negara selain bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import bahan makanan dalam jangka masa panjang yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.

Sebagai suatu langkah jangka panjang, kerajaan telah mempertanggungjawab dan memperluaskan fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani bukan sahaja merangkumi bidang pertanian, malah turut merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, iaitu dari peringkat pengeluaran benih, pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan, pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana, terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai yang baru.

Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini pada akhirnya bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts’ di mana pemasaran, pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.

Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama yang akan dapat membezakan hasil-hasil pertanian negara dengan hasil-hasil pertanian negara lain dengan menitikberatkan kualiti dan keselamatan makanan iaitu ‘Malaysia Best’. Penjenamaan ini akan menekankan aspek pemantauan dan penelitian rapi menepati standard antarabangsa melibatkan semua aktiviti bermula daripada penjagaan ladang sehingga ke meja pengguna. Program penjenamaan ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga dalam jangka masa panjang kepada pengeluar dan negara. Pengeluar hasil-hasil pertanian akan menikmati permintaan yang tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa memandangkan produk mereka telah memenuhi citarasa pengguna dan telah melepasi tahap kualiti pasaran.

Kerajaan melihat bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui amalan kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penggunaan bioteknologi perlu diaplikasikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut mengenal pasti beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru yang dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, ‘minimally processed food’ dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, ‘pharmaceutical’, ‘nutraceutical’, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.

Selain itu, pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit atau biofuel minyak sawit turut dilihat mampu untuk menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi negara. Kaedah ini telah digunakan di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan api untuk pengangkutan dan industri. Di negara Jerman, biofuel digunakan bagi keretapi komersil dengan prestasi yang baik. Di samping itu, hasilan minyak sawit, seperti stearin, juga digunakan sebagai bahan api untuk loji janakuasa dan dandang.

Permintaan pasaran bagi biofuel minyak sawit ini adalah amat menggalakkan. Pada tahun 2004, permintaan bagi biofuel dunia ialah sebanyak 2.5 juta tan dan dijangka meningkat pada kadar 25 peratus setahun.

Bagaimanapun, di sebalik keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian, bank-bank di negara ini pula melihat dari sudut yang berbeza. Keyakinan lebih tertumpu kepada sektor perindustrian dan perumahan bagi diberikan kemudahan pinjaman kewangan. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak terutamanya bagi petani meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani tradisional kepada petani moden. Oleh kerana mentaliti pihak bank yang beranggapan bahawa sektor pertanian tidak menguntungkan, mereka telah mengenakan syarat-syarat yang ketat dan menekan yang dikenakan pihak bank kepada petani. Langkah yang diambil mereka ini bukan sahaja menyulitkan, malah
Mampu melemahkan semangat para petani yang mempunyai perancangan menukar status mereka daripada petani tradisional kepada petani moden.

Baru-baru ini, Perdana Menteri telah memberikan teguran dan berharap agar pihak bank memberikan kepercayaan mereka terhadap sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman yang melibatkan para petani sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap ‘enjin ketiga’ atau sektor pertanian ini.

Kata-kata Perdana Menteri bukanlah omongan kosong semata. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Jasmin Jasin, Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.1 juta setahun dengan hanya ‘berbudi dengan tanah’. Tidak dapat disangkal, bidang pertanian ini bukan suatu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai cabaran pada peringkat permulaan.

Kempen Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, dan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) yang diadakan baru-baru ini dan kata-kata ‘Berdaya maju sendiri’ yang dilaungkan beliau terhadap pembabitan rakyat dalam menghasilkan sebahagian daripada keperluan makanan sendiri perlu diadaptasikan.

Secara logiknya, segala rungutan mengenai harga barangan bahan mentah seperti sayuran, daging dan sebagainya tidak akan lagi kedengaran sekiranya laungan ini diterjemahkan dalam kehidupan. Jika setiap warga mampu menghasilkan makanan sendiri, seolah sebahagian daripada masalah negara telah dapat diselesaikan. Bukan sahaja masalah ekonomi individu, masalah ekonomi negara turut dapat diselesaikan.

Komen-komen
  1. tulisan terlau kecil dan tolong perbanyakkan isi yang bermanfaat untuk budak ahli kelab debat nak buat research.

  2. bobex berkata:

    terima kasih dengan keprihatinan dan pandangan. akan terus berusaha menulis yang terbaik lagi.

  3. -nur- berkata:

    bagus…agak mbantu utk isi debat sy..terima kasih..

  4. teeban berkata:

    nota terlalu panjang -tolong ringkaskan

  5. sara berkata:

    kalau boleh saya perlukan maklumat yang lengkap dan bukan hanya pada surface saje!!! tak cukup elaboration…..

  6. mjsc muo berkata:

    tak cukup isi utk debate saye

  7. wan berkata:

    untuk perbahasan,isi x mantap sangat la…jumpa saya di mrsm kuala krai minggu bahasa -debate-MRSM kuantan..huhuhuh..carik kat tempat lain la…

  8. pasung berkata:

    perbanyakkan isu2 berkaitan dgn sektor pertanian..

  9. c'da berkata:

    Bincangkan sekali pergantungan sektor pertanian di negara dunia ketiga yang lain, untuk pengetahuan yang lebih global.. TQ

  10. haziq berkata:

    thanx coz bnyk mbantu dlm bahas sy

  11. Rahman berkata:

    thanks for information

  12. Rahman berkata:

    Ok isi yg menarik

  13. syukri berkata:

    sy nak lebih rencana kemajuan sektor pertanian

  14. bdak tbb berkata:

    isi yg bgus….. kpda skul lain yg msuk bahas pringkt daerah kuala pilah…… gi carik kt tempat lain

  15. yana berkata:

    ok r… bagus . tp x byk information. gud utk para student yg ade assignment. boleh terprincikn lagi… sbb sektor pertanian adalh isu hangat yg akan ditanye dlm exam.

  16. eR@ berkata:

    bleh x kalo tambahkan lg manyak information sbb pelajar kelas rancangan khas selalunya nk amik manyak maklumat dari sektor pertanian utk pertandingan debat nie…………..

  17. Think tank berkata:

    akan diusahakan…insyaAllah

  18. shafia berkata:

    saya cdagkan agar bidag p’tanian harus dip’tkatkan agar ianya trus berkmbang….

  19. Think tank berkata:

    setuju…dan itu juga hasrat kerajaan…lihat sahaja di dalam akhbar kini, sering kali memaparkan potensi dan perkembangan industri pertanian kepada petani dan negara.

  20. dija_ berkata:

    Saya sangat setuju! tanpa perkembangan industri pertanian mustahil negara kita mampu menjadi sebuah negara yg boleh mengimport bahan makanannya keluar negara.Teruskan usaha!Para Petani dan pengusaha perlu besemangat.

  21. Think tank berkata:

    betul tu! setuju! sebuah negara yang berjaya membuat makanan sendiri lebih baik dari membelinya dari orang lain!

  22. faezah berkata:

    saya pun rasa camtu gak

  23. faezah berkata:

    saya tensyen la!!

  24. abby berkata:

    ok, tapi tak berapa lengkap untuk paper projek saya

  25. Think tank berkata:

    walaupun sedikit, penulis harap ia dapat membantu…

  26. qalbiasrar berkata:

    salam…ok lar…1 usaha yg baik..gambaran kasar ok la,tp penat nk baca..jemput la debat interkolej upm..=)

  27. Think tank berkata:

    mmg sebagai rangkuman kasar sahaja…tidak menyeluruh dan detail (itu pun sudah memenatkan untuk dibaca!) 😉

  28. terabozu berkata:

    maklumat ini walaupun tidak banyak…tapi boleh membantu saya buat assignment…kalau boleh masukkan lagi banyak maklumat berkenaan dengan sektor pertanian.

  29. Think tank berkata:

    komen anda sedang dipertimbangkan dengan teliti…

  30. Aziz berkata:

    Pertanian merupakan asas kepada kebangkitan negara sebelum dan selepas merdeka. Hal ini bermakna negara telah mengalami proses pertanian yang cukup matang. Sudah tiba masanya penduduk luar bandar untuk bangkit dan bergantung harap kepada bahu sendiri untuk menerokai alam pertanian secara komersil. Manakala kerajaan sentiasa bertali arus membantu untuk memudahkan proses ini dan jangan biarkan karenah birokrasi menghimpit usaha petani-petani kita.

    semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing termasuk media yang kini berfungsi sebagai agen kepada pembangunan masyarakat.

  31. Think tank berkata:

    setuju! bermula dengan kempen buku hijau di rumah sudah memadai!!

  32. fara berkata:

    kenapa tak letak contoh tempat atau kes tertentu dalam sektor ni??lebih kukuh kerana ada bukti..satu lagi perincikan bahagian industri asas tani sebab kurang artikel tentang industri asas tani ni misalnya dari segi faktor letakan dan sebgainya…

  33. Think tank berkata:

    kajian memang tidak terperinci…namun, cadangan akan dipertimbangkan..terima kasih.

  34. zue berkata:

    blh tau lg psl kempen2 yang dijalankan

  35. Think tank berkata:

    kempen dalam pertanian yang selalu disebut hanya kempen buku hijau…itu jugalah kempen yang utama 😉

  36. Mohd Fahmi berkata:

    Orang melayu patut memonopoli bidang pemborong dan pengedar.bukan hanya jadi petani tetapi penentuan harga dikawal orang lain..kita perlu bergerak ke depan.ayuh..perlu sistematik

  37. Think tank berkata:

    Rata-rata senario yang berlaku adalah harga ditentukan oleh orang tengah kerana para petani tiada kemampuan untuk memasarkan hasil pertanian sendiri…justeru kerajaan mendapat idea untuk mengadakan pasar tani khas untuk petani memasarkan sendiri hasil mereka.

    isu orang tengah ini boleh ditangani hanya dengan menaiktarafkan petani sehingga mereka mampu memasarkan hasil petanian mereka. masalah harga tinggi dan orang tengah ini dapat dihapuskan.

  38. smash berkata:

    saya menyokong 100% setiap cadangan dan kelemahan yang telah dikemukakan oleh kerajaan dalam membangunkan pertanian yang menjadi tradisi rakyat malaysia tidak kira kaum dan agama.

  39. puteri berkata:

    jadi pembangkang
    “Memajukan sektor pertanian: langkah bijak Malaysia”
    camne ku nak bukak konsep??????

  40. anna berkata:

    isi yg bagus n bernas.
    sy akan gunakan utk berbahas
    thanks 🙂

  41. chera whykin kayzee berkata:

    tq utk in4mation ni…really help me………

  42. Hanif Farhan berkata:

    isi yang bagus dan mantap tapi perlu perbanyakan lagi isi yang berkaitan isu tersebut supaya lebih komprehensiv untuk dibuat rujukan

  43. fendy berkata:

    alahamdulillah….jumper jugak saya tentang dasar tani zaman tun razak nie…terima kasih ….coz nta nie dapat membantu saya untuk present nanti…di harap banyakkan lagi perbincangan di web nie…

  44. setty berkata:

    salam,alhmdulilah.ngah pening2…..serabut lg pale duk mkir akhir ya jpe jgk tjuk y sy nk ni.thank.mga trusjan lg kenbg kan isi n idea y sepatutny.thnk byk2.mga succes selalu.amin

  45. lyz berkata:

    bleh x bg sktor p’khidmatan & p’industrian

  46. camey berkata:

    time kasih..
    agak mmbantu sy utk cari isi
    utk debate next week..

  47. baby berkata:

    apa sumbangan bioteknologi pertanian dalam pertanian???

  48. raafah azkia berkata:

    saya tak faham kaedah dan maksud bioteknologi

  49. siti berkata:

    tolong bagi kesan bioteknologi terhadap masa depan pertanian

  50. nur berkata:

    salam
    bagus gak artikel ni
    ok la walaupn simple jer
    nak request artikel ttg teknologi IT dlm pengurusan jual beli getah ada x?
    or pe2 yg berkaitan ICT dan sektor getah
    TQ

  51. syidah berkata:

    banyakkan info yang berkaitan, please!!

  52. nida' berkata:

    oh my goodness,it’s good couse i need it now for my assaigment..

  53. fara berkata:

    i love dis one,i hope u can make d note like dis for other topics…..

  54. intan berkata:

    Terima kasih… Banyak membantu kiter dalam mencari isi untuk perbahasan esok… Ada tak artikel yang menunjukkan sektor perindustrian menjana ekonomi negara???? Kalau ade tolong email kat kiter secepat mungkin ye… Terima kasih…

  55. lily adrianna berkata:

    Artikel yang bagus. Memberi banyak isi untuk assingment saya. Terima kasih atas usaha anda.

  56. fatin berkata:

    sy setuju dgn kenyataan tersebut dimana sektor pertanian boleh meningkatkan pendapatan negara…tetapi apa yg sekarang ini kita lihat kebanyakan student masih belum sedar tentang kepentingan sektor ini….kita juga terlalu bergantung kpg negara luar dan ini menyebabkan imbangan pembayaran kpd negara luar lebih drp imbangan penerimaan dalam negara…

  57. SANTO berkata:

    beleh x isikan tentang precision farming untuk tanaman padi

  58. farisha berkata:

    tank u..agak membantu untuk isi debate sy..

  59. Farhan berkata:

    erm….kalau boleh,ana nak isi yang membangkang isu sektor pertanian ni sebagai salah satu jalan pada kemajuan negara.ada apa-apa isi yang mengatakan kalau sektor pertanian ni satu sektor yang terumbang-ambing????

  60. Amar Emir berkata:

    Erm…thanxx ar…walaupun x sempat bacer agi maybe bley gak ar amek sedikit sebnyak untuk PIDATO mrsm kat MRSM BP niey…erm btw,thanxx…

  61. PETRUS SUMERISLE berkata:

    Very good note.
    Contains a lot of information for my school work about “Langkah Memajukan Sektor Pertanian Di Malaysia”.
    Makes me easier to do my work.
    Thanks.

    [An appreciation from,
    Petrus Sumerisle]

  62. MEMBER berkata:

    thanks sebab dh tolong sye wat folio bahasa melayu…

  63. AO berkata:

    TERLALU RINGAN DAN MENDATAR….
    FAKTA TIDAK MENDALAM,KEJAYAAN PROGRAM DAN KEJAYAAN PENGUSAHA PERTANIAN DINYATAKAN TAPI TIDAK MENAMPAKKAN KEJAYAAN

    SAYA MASIH CURIGA PERTANIAN MAMPU MENGUBAH NASIB PENGUSAHANYA…..

    MAMPUKAH INDUSTRI KUNO INI MEMBELA DAN MENGUBAH NASIB AHLI NYA

  64. thineesh berkata:

    thineesh im your friend

  65. mieyra berkata:

    boleh tak g thu kt mana nak cari perbahasan tajuk pertanian membantu menjana kemajuan negara

  66. cue berkata:

    maklumat yang bole meluaskan pengetahuan saya.. kalau ada yang lain nak taw lebih banyak g..thnx for the in4

  67. Pedebat berkata:

    bagus..bnyak membantu untuk mencari isi2 penting..teruskan dengan idea2 yg lebih mantap..

  68. Qaisara Bt. Abdullah berkata:

    minta dikemas kini data nilai pengeluaran sektor pertanian negara 2010 dan apakah kekangan utama sektor ini 2 tahun kebelakangan. adakah sektor ini masih sektor yang ketiga negara?

  69. firdausy berkata:

    ekonomi masa depan: rempah ratus..
    rempah ratus>getah>bijih timah&besi>kelapa sawit.
    masa sekarang dan mendatang…
    kelapa sawit>bijih timah&besi>getah>rempah ratus.
    sila bayar idea saya… ^^v kajian ekonomi 1500-2010

  70. mat omar berkata:

    Sekarang kat tepi rumah,belakang rumah orang dah tak suka bercucuk tanam .Kalau perang semua orang mati kebuluran . Keutamaanh per tanian adalah keselamatan negara dan nyawa bukannya ekonomi so kerajaan perlu berperanan dalam skala yang besar untuk memajukan pertanian dan menjamin keselamatan rakyat

  71. akmal berkata:

    thanks ya. sangat membantu sya untk membuat karangan.

  72. cerlina sali berkata:

    Terima kasih membantu . Terima kasih Malaysia .

  73. Do you mind if I quote a couple of your posts as long as I provide credit and sources back to your weblog?
    My website is in the very same area of interest as yours and my users
    would genuinely benefit from a lot of the information you provide here.

    Please let me know if this ok with you. Cheers!

  74. Nurul Akasyah berkata:

    saya senang dengan semua isi tersebut, tapi saya tidak larat nak cari ayat untuk berdebat

  75. sheryn elizabeth berkata:

    semua fakta padat dan menarik

  76. lolo berkata:

    BAGUSSS!!!! untuk isi SEJ

  77. banana health berkata:

    Bananas also are starchy and can help to make you feel full resulting in less foods eaten.
    There is a new diet craze in Japan and it has created a shortage of Banana’s form the shelves. Blandness for one thing, if only because it is so very redundant.

  78. almond oil uses berkata:

    Other popular choices are jojoba oil, olive oil,
    and almond oil. The oil is chock full of nutrients which help overall health, in addition to that of the hair.
    Almond oil is another example of a natural
    substance that has been in use for thousands of years.

  79. oil benefits berkata:

    The following tips can help maintain your skin during menopause
    and beyond:. With the first technique, the thumbs are positioned on the top
    of the feet and then massage in a back and forth motion up
    and down. These are collagen and elastin, which are responsible in maintaining firmness and elasticity.

  80. Wow, wonderful blog format! How lengthy have you ever
    been blogging for? you make running a blog look
    easy. The entire glance of your website is wonderful, let alone the content!

  81. hqaeemi berkata:

    apakah pendapat anda untuk menjadikan malaysia perindustrian nombor 1 di dunia

  82. abel berkata:

    Hello there! This post could not be written much better!
    Going through this post reminds me of my previous roommate!
    He continually kept talking about this. I will forward this article to him.
    Fairly certain he’s going to have a good read. Many thanks for sharing!

  83. kj berkata:

    tak menolong i pun.ceh!!!

  84. In case you battle using cellulite in legs, ass, or even various other
    distinct spots, it is possible to glimpse to malfunction the fats and also get rid of the
    poisons during these locations by putting attention in competent cellulite workout
    routines to overall tone and agency upwards typically the world.
    For people who consider to decide how to remove cellulite,
    then you definitely are generally possibly to some degree well
    known with all the numerous cellulite lessen methods
    this come about to end up being in existence. (And through natural,
    My partner and i necessarily mean procedures of
    decreasing cellulite which no longer incorporate surgical procedure,
    lasers, or treatments.

  85. free flash games berkata:

    It’s in point of fact a nice and useful piece of information. I am glad that you simply shared this useful information with us. Please keep us informed like this. Thank you for sharing.

  86. syahirah ikhwal berkata:

    Saya setuju

Tinggalkan Jawapan kepada AO Batal balasan