Kahwin Kredit

Posted: Januari 17, 2007 in Artikel

Perbincangan antara penulis dengan rakan-rakan penulis mengenai konsep ´kahwin dulu, bayar kemudian´ membuatkan penulis tertarik untuk menulis mengenainya. Sememangnya tidak dapat penulis sangkal, harga sebuah perkahwinan bermula daripada tanda pertunangan hinggakanlah perkahwinan itu sendiri memerlukan peruntukan yang banyak.

Bayangkan persiapan pertunangan anggaran peruntukkannya adalah dalam lingkungan RM3000.00! Itu hanya bagi sebelah pihak sahaja! Bayangkan pula belanja yang perlu diperuntuk bagi persiapan sebuah perkahwinan; tidak mustahil memakan jumlah RM16,000.00 atau lebih.

Idea sebuah syarikat yang ´prihatin´ bagi memudahkan orang ramai mendirikan rumah tangga menerusi ´Skim Kahwin Dulu Bayar Kemudian´ sememangnya suatu yang penulis anggap ´amal jariah´ yang benar-benar menguntungkan.

Maksud penulis, ia bukan sahaja ´menguntungkan´ pasangan-pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan malahan juga keuntungan kepada pihak pencetus idea yang bagi penulis sememangnya memiliki ciri-ciri usahawan yang berwawasan.

Di bawah skim tersebut, bakal pengantin boleh membayar secara ansuran bulanan bergantung kepada pakej yang diambil, jumlah pendapatan peminjam serta tempoh pinjaman dalam tempoh satu hingga lima tahun.

Selain daripada kemudahan bayaran ansuran tersebut, syarikat itu juga turut menyediakan semua perkhidmatan kelengkapan perkahwinan termasuk tempahan makanan, khemah, set pelamin, persalinan, solekan dan andaman tidak ketinggalan, kek perkahwinan.

Syarikat yang dikenali dengan nama Seri De Seri itu juga turut menawarkan pakej-pakej yang sememangnya menarik antaranya ialah De Mahligai Kasih berharga RM1500.00, De Seri Anggun (RM2500.00), Cinta De Abadi (RM3500.00) dan Sayang De Sayang (RM4500.00).

Skim pakej perkahwinan yang diberi nama ´My Wedding´ itu diperkenalkan dengan kerjasama Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Bhd. (Moccis) dan dikatakan telah menerima sambutan yang cukup memberangsangkan daripada pasangan-pasangan yang ´berhajat´ melangsungkan ´perkahwinan hutang´.

Menurut empunya idea, cetusan idea ini diperoleh menerusi pemerhatian beliau terhadap senario kahwin lambat yang semakin meruncing kini. Menurut beliau, kos perkahwinan yan tinggi adalah antara punca banyak pasangan yang terpaksa menangguhkan perkahwinan sehingga menjangkau usia lewat 30-an.

Bagi penulis itu tidak mengapa lagi kerana mahligai cinta masih lagi dapat dibina walaupun sedikit lambat. Namun, apa yang ditakuti, pasangan yang sedang mabuk asmara tersebut mengambil jalan mudah seperti bersekedudukan hingga membelakangkan keluarga dan agama.

Ikatan perkahwinan merupakan suatu ikatan yang sangat suci dan istimewa yang Allah s.w.t ciptakan untuk hamba-hamba-Nya. Ikatan di antara lelaki dan wanita ini seharusnya ditanamkan dengan konsep wasatiah atau kesederhanaan sejak dari awal lagi.

Persediaan serta perancangan awal adalah perlu. Di sini persediaan tidak terhad kepada peruntukan wang ringgit sahaja tetapi yang lebih penting adalah diri individu yang ingin mendirikan rumah tangga. Adalah penting dalam setiap diri individu yang ingin melangsungkan perkahwinan ini ditanam dengan sikap suka bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

Sememangnya tidak dapat disangkal, jika ditanya mengapa perlu berlebih-lebih? Jawapannya yang selalu diberikan adalah – “kahwin hanya sekali seumur hidup. Apa salahnya berlebih sedikit? Bukan aku seorang, orang lain pun selalu begini.”

Jawapan sebegini membuatkan penulis berfikir sejenak. Benar. Jika diizinkan tuhan, setiap pasangan inginkan perkahwinan yang dilayari berkekalan, dan berharap itulah yang pertama dan yang terakhir. Tetapi perlu diingati, perkahwinan adalah satu jangka masa yang panjang. Adalah lebih baik sekiranya sikap berjimat-cermat dan tidak membazir diamalkan sejak awal lagi lantas mempraktikkan konsep ´susah dahulu, senang kemudian´.

Bukanlah niat penulis ingin memboikot usaha murni yang dijalankan Syarikat Seri De Seri ini tetapi penulis berasakan bahawa lambat laun idea ´kahwin dahulu bayar kemudian´ ini akan mengurangkan rasa tanggungjawab kepada pasangan yang ingin berkahwin ini kerana mereka tidak lagi perlu memikirkan dari mana mereka perlu mencari wang kerana wang akan diperoleh dengan mudah menerusi skim ini.

Walaupun realitinya, seakan suatu kebiasaan pula kini bagi setiap pasangan jika bukan kedua-duanya, pasti salah seorang, membuat pinjaman bank untuk melangsungkan perkahwinan (tidak mengapa lagi sekiranya pinjaman dibuat antara adik-beradik). Tidak dinafikan ramai juga rakan-rakan penulis yang mengamalkan kaedah ini.

Pokok pangkalnya adalah perancangan awal dan teliti bersulamkan konsep bersederhana dalam segala hal bermula dari awal pertunangan sehinggalah pada hari berlangsungnya perkahwinan tersebut. Matlamat utama adalah kehidupan berumahtangga bukannya kemeriahan berbelanja dengan barang-barang hantaran dan kenduri besar-besaran yang membazir.
Namun, bagi yang berminat dengan idea ´kahwin dahulu, bayar kemudian´ ini, ingin penulis tegaskan pakej yang ditawarkan buat masa ini hanyalah bagi kakitangan kerajaan sahaja!

Komen-komen
  1. Rohani berkata:

    sy nak langsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun hadapan, bagimana saya igin memohon pinjaman perkahwinan saya

  2. Think tank berkata:

    saya tidak pasti sama ada skim pinjaman ini masih lagi wujud atau tidak. maaf.

  3. aZa berkata:

    Sy akn m’lgsungkan mjlis perkahwinan sy pda tahun hadapan,i’allah pda bln 3 atau 5.P’tnyaan sy d cni,mcm mana nk apply pinjaman perkahwinan ni coz zmn sekarang sy perhatikn bahwa mana2 bank tidak semudah yg d sgka utk mndapatkn pinjaman.

  4. Siti Nora Binti Saim berkata:

    Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini iaitu bulan disember.Saya dan tunang saya adalah kakitangan swasta.Saya dan tunang saya ada pergi ke beberapa bank untuk membuat pinjaman peribadi untuk perkahwinan kami tapi semua pihak ingin kakitangan kerajaan sahaja ataupun yg bergaji RM2000 keats.Bagaimana boleh saya membuat pinjaman untuk membiayai perkahwinan kami ini?dan dimanakah boleh kami membuat pinjaman ini?
    Untuk pengetahuan kami bukanlah seperti orang lain untuk membuat besar-besaran tapi cukuplah sekadar dapat menjalankan majlis ini dengan sempurna.Sebolehnya kami mahu membuat pinjaman hanyalah sebanyak RM5000-RM8000 sahaja.

  5. nurul berkata:

    sy seorg pelajar. adakah ada mana-mana pinjaman yg membenarkan untuk pelajar mohon jika ingin berkahwin awal?

  6. awa,shah alam berkata:

    sy nak langsungkan perkahwinan pada bln mei09,bagimana saya igin memohon pinjaman perkahwinan saya.sy ingin tahu mcmana jenis pinjaman ini.sy dgn tunang hampir putus asa pergi membuat pinjaman di bank,semua permohonan sy gagal.

  7. Ehsan berkata:

    Sy ingin melangsungkan perkahwinan sy pada awal tahun depan,jadi bagaimana sy ingin membuat permohonan pinjaman untuk perkahwinan saya.sedang bermacam bank dah saya apply tak berjaya..harap dapat membantu saya

  8. somboy berkata:

    hai…saya berumur dalam lingkungan 67 tahun….tapi masih bujang….bolehkah saya memohon skim pinjaman perkahwinan ini…dimana???bagaimana???

  9. somboy berkata:

    sori lahh…gurau ajer…he..he..

  10. iza berkata:

    boleh tau kat mana ye bridal nih??

  11. nora berkata:

    Saya nora,saya ingin berkahwin bulan 6 ini,bagaimana cara untuk saya buat pinjaman.

  12. nora berkata:

    saya berkerja dengan syarikat swasta,tetapi tak ada EPF, masalahya semua bank memerlukan epf sebagi surat sokongan.amat sangat memerlukan kerana semua perbelanjaan perkahwinan di tanggung oleh saya.

  13. haikal handrick berkata:

    tunang saya ajak saya kahwin disember ni. tapi saya punya budjet tak cukup. saya dah cuba tanya beberapa bank tapi tak ada respon buat masa ini saya betul2 tertekan bantulah saya cari jalan penyelesaian thank………..

  14. yoes berkata:

    Salam,
    saya berhajat untuk berkahwin tp ade masalah kewangan kerana baru mendapat pekerjaan selepas tamat belajar..
    harap dpt membantu.TQ

  15. hasnah berkata:

    salam……..sy hasnah…..sy maybe kawin next year tp sy ada masalah kewangan…blh ke membantu saya.

  16. hasnah berkata:

    bagaimana sy blh memohon pinjaman nie.

  17. ramli berkata:

    seykom..kekasih sy mgajak saya berkahwin pada thun hadapan sbb kluarganya xsuka kami bkawan lama2.mereka mmberi tempoh pd sy smpi bulan 3 ni ja.msalahnyaa bajet sy xda.sy baru ja berkerja 1blan stengah..macam mana sy nk cri duet n secepat mngkin?patut ke sy mmbuat pinjaman?sy berkerja kilang shj..lyak ker sy mmbuat pinjaman?pada siapa?

  18. mila berkata:

    Salam..
    sy pun tak cukup duit nak kawen..so mcm mn nak apply pinjaman ni…sy keje di sektor kerajaan…ape nama syarikat ni..cari tak dapat pun..

  19. MOHD NAHAZEMAN B .MOHD NASIR berkata:

    SAYA NK KWIN BULAN 5 NI SKRANG SY XMNCUKUPI DUIT,MCM MANA SY NK BUAT PJMAN KWIN,SY BNAR2 MMLUKAN PJMAN PKHWINAN ITU.harap dapat membantu saya

  20. salam berkata:

    salam…

    Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.Saya dan tunang saya adalah kakitangan swasta.Saya dan tunang saya ada pergi ke beberapa bank untuk membuat pinjaman peribadi untuk perkahwinan kami tapi semua pihak ingin kakitangan kerajaan sahaja ataupun yg bergaji RM2000 keats, dan gaji saya cume RM1500 sahaja.Bagaimana boleh saya membuat pinjaman untuk membiayai perkahwinan kami ini?dan dimanakah boleh kami membuat pinjaman ini?
    Untuk pengetahuan sy ingin membut secra kecilan dan cukuplah sekadar dapat menjalankan majlis ini dengan sempurna.Sebolehnya kami mahu membuat pinjaman hanyalah sebanyak RM7000-RM8000 sahaja.
    Harap dapat membantu saya.
    Terima Kasih..

  21. Noorsalbiyah Azali berkata:

    salam…

    Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.Saya dan tunang saya adalah kakitangan swasta.Saya dan tunang saya ada pergi ke beberapa bank untuk membuat pinjaman peribadi untuk perkahwinan kami tapi semua pihak ingin kakitangan kerajaan sahaja ataupun yg bergaji RM2000 keats, dan gaji saya cume RM1500 sahaja.Bagaimana boleh saya membuat pinjaman untuk membiayai perkahwinan kami ini?dan dimanakah boleh kami membuat pinjaman ini?
    Untuk pengetahuan sy ingin membut secra kecilan dan cukuplah sekadar dapat menjalankan majlis ini dengan sempurna.Sebolehnya kami mahu membuat pinjaman hanyalah sebanyak RM7000-RM8000 sahaja.
    Harap dapat membantu saya.
    Terima Kasih..

  22. nasrul berkata:

    saya nak kawin tahun ne…macam mana nak wat pinjaman ne dan kat mana…boleh jelaskan…dan berapa banyak yang boleh buat…terima kasih…
    diharap memberi maklum balas secepat mungkin…

  23. adilla berkata:

    akum..sy nak tau skim ni masih wujud atau tak??sy nak khwin hjung bln 3 ni…mcmna nak wt apply ni n boleh explain x?? secepat yg mungkin…plzzzzzzzzz

  24. Kairul berkata:

    sy akan melagsungkn perkahwinan pd bln 6 ni..prob ye duit x cukup g..leh ke sy nk wt pinjaman dlm rm 10k?am ne nk apply?

  25. Kairul berkata:

    sy akan melangsungkn perkahwinan bln 6 ni..wit x cukup g. leh ke sy nk wt pinjaman dlm rm10k?kerja swsta(kilang). gj rm1200.

  26. emlliah rahim berkata:

    saya nak melangsungkan perkahwinan bln12 ni….duit x cukup.boleh tak saya nk bt pinjaman?mcm mana caranya saya nak memohon?

  27. noraini abu seman berkata:

    saya,akan melangsungkan perkhawinan pd bln 11 nie, macam mane saya nak wat pinjaman?saya perlukan dlm 10k….

  28. noraini abu seman berkata:

    harap cepat membantu saya,,dlm dilema, mcm mane nk dpt duit?pergi banyak bank .semua susah nak dapat.tolong ye.

  29. man berkata:

    saya ingin membuat pinjaman untuk bulan depan jun 2010.masih ade peluang ke sata meminjam.saya bergaji anggaran rm1300-1500.boleh ke saya ingin meminjam sebanyak rm20k…?20k ni sekali nak selesaikan hutang cagaran dan syarikat pinjmn berlesen.boleh ke tolong saya.kalau boleh tolong call 0122864913

  30. Fatimah nor zaura berkata:

    saya ingin melangsungkan perkahwinan pada hujung bln 11, bgaimana saya boleh mendapatkn skim kahwin kredit ini? 014-2340193

  31. alauddin berkata:

    mohon hubungi saya dengan kadar segera di 0129046703

  32. azlan b hamid berkata:

    salam
    aduh sakit kepala nk cari duit ni..mase dah tak lame lagi..macam maner nk buat pinjaman

  33. bln1 2011 sy vakan langsungkan perkahwinan.bagai mane untuk saye mendapat pinjaman yg secepat mungkin.0177013711

  34. nazren berkata:

    hai sume

  35. amylia rahim berkata:

    boleh bgth sy mcm mane utk sy mohon skim pinjaman nie….sy x ckp duit utk belanja kawin…bln 12 nie majlis sy akak di langsung atas kehendak family sy.sy jd buntu sbb duit tidak ckp lg…bkl tunang sy pun x ckp duit utk bg duit hantaran pd pihak sy.tlng bls email sy secptnya

  36. zack berkata:

    mcm ner sy nak apply loan

  37. Aya berkata:

    saya ingin berkahwin dan ingin membuat pinjaman bank…
    saya pekerja swasta dgn gaji rm950.00 shj…
    bank manakah dapat membantu saya…

  38. shahril afendy berkata:

    saya nak buat pinjaman untuk perkahwinan. gaji bersih rm1000. berapakah pinjaman yang boleh saya buat. sila reply secepat yang mungkin. terima kasih.

  39. man berkata:

    saya akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.boleh terangkan macammana nak buat pinjaman nie…

  40. ahmad bistami berkata:

    saya ingin berkahwin dan ingin membuat pinjaman bank…
    saya pekerja swasta dgn gaji rm850.00 shj…
    bank manakah dapat membantu saya…

  41. ahmad bistami berkata:

    saya ingin berkahwin dan ingin membuat pinjaman bank…
    saya pekerja swasta dgn gaji rm950.00 shj…
    bank manakah dapat membantu saya…

  42. ahmad bistami berkata:

    saya ingin berkahwin pada tahun hadapan..
    call saya untuk keterangan lanjut
    0134572587

  43. muhhmad nasir berkata:

    salam–bro kenape dari awal2,tak tulis untuk kaki tangan kerajaan sahaja..kan senang……………..kakitangan kerajaan,dah memang senag buat pinjaman……bagi lah,peluang untuk yang perkerja swasta…..yang berkerja swasta pun ingin berumah tangaa..

  44. Rahimah berkata:

    nak tau syarat2 yang diminta n pekerja swasta gaji dibawah seribu boleh ker memohon pinjaman ini..

  45. edey berkata:

    nak buat pinjaman rm30k
    bekerja di lembaga kemajuan pertanian pahang(LKPP) corpration.
    jawatan pegawai kadet..baru bekerja 2 bulan
    gaji: rm1200
    elaun:rm250
    no tepon:0192358720

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s