Internet dan ‘Kasih Sayangnya’ Terhadap Remaja

Posted: Januari 17, 2007 in think tank thought

internet.gifSememangnya dunia kini semakin canggih dan melintasi sempadan yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Masakan tidak, dengan teknologi komunikasi dan maklumat yang dihasilkan, dunia dilihat seakan tidak mempunyai sebarang penghadang bagi membatasi pergerakan dan perlakuannya.

Namun, semakin canggih dunia ini diperlakukan, semakin ramai yang seolah-olah kembali kepada zaman sebelum wujudnya tamadun peradaban. Tidak ramai dikalangan manusia yang berjaya mencapai tamadun ´kemanusiaan´ yang boleh dibanggakan dari segi kerohanian dan kejiwaannya. Kendatipun hidupnya semakin canggih dan kelihatan hebat, namun hakikatnya, jiwanya masih lagi ´kosong´ dengan sifat-sifat dan adab kesantunan yang sepatutnya sejajar dengan ´kecanggihan dan kehebatan´ tersebut.

Malang kerana golongan yang menjadi ´mangsa´ kecanggihan ini adalah golongan pelapis yang diharapkan pada satu hari nanti menjadi peneraju negara tercinta ini. Remaja digambarkan sebagai golongan yang amat rapuh ketahanan fizikal dan mentalnya itu, begitu mudah di tarik dengan ´hidangan´ berbentuk siber ini sehinggakan wujud di dalam hati dan minda mereka bahawa ´kecanggihan´ ini adalah suatu ´hidangan utama´ yang menjadi kemestian di dalam kehidupan seharian mereka.

Kegilaan ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa seakan lupa mengenai satu peraturan penting berkenaan ´hubungan akrab´ komputer dan remaja; mereka (komputer dan remaja tadi) tidak sepatutnya dibiarkan ´bersendirian´. Komputer seharusnnya diletakkan ditempat-tempat yang mudah diselia kerana ibu bapa pasti akan kehilangan ´kuasa´ seliaan mereka ke atas remaja (anak-anak mereka) dan seterusnya hanya mampu menjadi saksi ´keasyikan´ remaja terhadap ´kecanggihan dan kasih sayang´ yang diberikan oleh internet.

´Keakraban´ ini dilihat sebagai suatu ketagihan kepada remaja sehinggakan mereka merasakan bahawa komputer dan internet merupakan sebahagian daripada keperluan asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Joshua Benjamin dan Ferraro mengenai internet dan kesannya terhadap remaja, mereka menyatakan bahawa selain daripada fungsinya sebagai ´bank ilmu´ internet juga berupaya menarik pengunjungnya ke dalam situasi dimana mereka tidak lagi mengendahkan keadaan dunia sekeliling.

Kita dapat melihat situasi dimana seorang remaja yang dahulunya memiliki kehidupan sosial yang baik ´ditarik´ menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap internet sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi ´temu janji di alam maya´ mereka dengan komputer di rumah.

Proses pembelajaran di sekolah akan menjadi tidak berkesan dan bersifat sehala kerana remaja tadi tidak dapat menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Kerja rumah yang diberikan oleh guru juga tidak dapat dibereskan kerana ´keasyikan´ remaja tadi terhadap dunia maya yang dilayari. Kebiasaannya pula, akibat daripada ´keasyikan´ melayari dunia maya, pengisian masa dengan berkualiti diabaikan oleh remaja. Remaja akan melayari internet tanpa menyedari masa mereka terbuang ke arah suatu perkara yang tidak berfaedah kerana lazimnya remaja melayari internet bukannya atas tujuan ilmiah!

Jolokan ´bank of knowledge´ sememangnya bertepatan dengan ´kecanggihan´ internet. Segala macam ´ilmu pengetahuan´ tidak kira baik mahupun sebaliknya mampu ´diajar´ dengan hanya memerlukan satu sentuhan jari. ´Klik´ sahaja mouse anda akan terus ´dibawa´ ke dalam dunia tanpa had sempadan. Menurut satu kajian, remaja lelaki lebih cenderung melawati laman web yang berunsur pornografi berbanding remaja perempuan. Remaja-remaja ini juga selalunya akan memuat turun gambar-gambar porno yang mereka peroleh untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan di sekolah.

Selain melayari laman-laman web pornografi dan sebagainya, remaja juga sering menggunakan internet sebagai suatu medium jaringan berkomunikasi dengan dunia luar. Aktiviti ´chatting´ ini dilihat sebagai aktiviti internet yang di monopoli oleh remaja perempuan. Menerusi ´chatting´ ini, remaja akan berinteraksi secara maya dengan ´chatter´ lain diseluruh pelosok dunia. Mereka melihat corak perbualan seperti ini amat menarik walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Komunikasi bercorak sebegini mampu mengundang pelbagai risiko daripada sekecil-kecil kes seperti samun, penipuan, dan peras ugut sehinggalah kepada risiko yang lebih besar seperti kes rogol dan bunuh.

Kecanggihan dan kehebatan teknologi komunikasi dan maklumat ini sememangnya tidak dapat dinafikan kerana melaluinya jugalah suatu ikatan silaturrahim antara dua hemosfera dunia dapat disatu dan dihubungkan. Kebaikan ini sewajarnya tidak harus disalahgunakan hanya kerana kepentingan dan sifat haloba sesetengah manusia. Remaja sebagai kumpulan sasaran mestilah menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menilai baik buruk suatu perkara itu terlebih dahulu sebelum mengadaptasikannya di dalam kehidupan mereka.

Remaja boleh menerima ´kasih sayang´ ini tetapi haruslah senantiasa berhati-hati kerana ´kasih sayang´ itu adalah persis kasih seekor ´black widow´; kasih sayang yang diberi adalah juga satu hukuman bunuh!

Komen-komen
  1. admin berkata:

    Ada benarnya juga pandangan seperti ini, tapi baik atau buruknya sesuatu perkara itu bergantung pada diri seseorang itu sendiri

  2. rustammoh berkata:

    Semuanya bergantung pada minat yang dipupuk….ibu bapa harus peka.
    http://uptrend.wordpress.com/

  3. bobex berkata:

    betol. semuanya bergantung pada diri, didikan dan pengawasan ibu bapa. tapi pengawasan ibu bapa juga ada ‘blind spot’nya…mungkin terlepas pandangan. bermakna penebat terakhir adalah ‘perisai’ diri yang kuat.

  4. rz berkata:

    cuba nak tepis…tak berjaya, semuanya benar belaka. yg penting,kesedaran diri wajib ada.

  5. udeng berkata:

    sume benda kat dunia ni ada baik dan buruknya.Terpulanglah pada kita untuk memilihnya.

  6. udeng berkata:

    Bergantung pada iman masing2…

  7. Gregg berkata:

    I would like to add that if you do not already have got an insurance policy or else you do not belong to any group insurance, you might well reap the benefits
    of seeking the aid of a health insurance professional. Self-employed or people who have medical conditions
    commonly seek the help of any health insurance
    dealer. Thanks for your text.
    Thanks for your short article. I would like to say a
    health insurance dealer also works well with
    the benefit of coordinators of the group insurance cover.
    The health insurance professional is given a long list of benefits desired by somebody or a group coordinator.
    Such a broker will is look for individuals or maybe coordinators which will best
    go with those desires. Then he offers his tips and if the two of you agree, the particular broker formulates a binding agreement between the
    2 parties.
    I’d also like to convey that most of those that find themselves devoid of health insurance are usually students, self-employed and people who are out of work. More than half from the uninsured are really under the age of 35. They do not think they are looking for health insurance as they are young in addition to healthy. Their income is often spent on houses, food, as well as entertainment. Lots of people that do represent the working class either whole or part-time are not made available insurance by way of their work so they proceed without with the rising cost of health insurance in the United States. Thanks for the thoughts you share through this blog.
    Thanks for the suggestions you discuss through this site. In addition, lots of young women that become pregnant tend not to even try and get health care insurance because they worry they would not qualify. Although many states currently require that insurers supply coverage no matter the pre-existing conditions. Costs on most of these guaranteed options are usually bigger, but when considering the high cost of health care it may be a safer strategy to use to protect your financial future.
    I have noticed that of all sorts of insurance, medical care insurance is the most controversial because of the issue between the insurance cover company’s obligation to remain afloat and the buyer’s need to have insurance coverage. Insurance companies’ commission rates
    on overall health plans are extremely low, consequently some providers struggle to generate income.

    Thanks for the concepts you discuss through this website.

  8. Sterling berkata:

    Hi, Neat post. There is a problem with your website in internet explorer, might check
    this? IE nonetheless is the market chief and a big component of folks will omit your wonderful writing due to this problem.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s