Tolong merdekakan remaja kita!

Posted: Januari 11, 2007 in Artikel, think tank thought

Perubahan yang berlaku setiap saat dalam konteks sosial lazimnya turut membawa bersamanya krisis sosial khasnya dari segi penerapan nilai-nilai murni yang mewarnai kehidupan sosial masyarakat. Kendatipun perubahan berbentuk pembangunan ini menyumbangkan kebaikan kepada taraf sosioekonomi masyarakat dan negara, ia tetap mempunyai implikasi negatif terhadap struktur sosial, agama, dan budaya.

Bagaimanapun, dalam membincangkan implikasi-implikasi yang dibawa oleh arus pembangunan ini, implikasinya terhadap golongan remajalah yang paling banyak dipersoal dan diperbincangkan. Seakan tiada ketidakadilan pula, implikasi negatif dan kebejatan sering menjadi topik perbincangan yang hangat diperdebatkan hingga menutupi implikasi positif yang dibawa. Isu-isu yang diketengahkan pula memperlihatkan seolah golongan remaja langsung tidak memiliki sebarang kualiti yang baik.

Golongan remaja yang merupakan ´komoditi negara´ sering sahaja menjadi ´kambing hitam´ terhadap segala implikasi negatif yang dibawa arus pembangunan walaupun tidak dapat disangkal, mereka merupakan golongan yang senang terdedah kepada ´tarikan negatif´ yang seakan cuba mengubah budaya Timur yang mereka junjung selama ini kepada suatu budaya baru yang berpaksikan budaya Barat.

Perubahan yang dipanggil pembangunan ini menjunjung dasar bahawa negara dan masyarakat tidak seharusnya ketinggalan dalam segenap hal yang bersangkut-paut dengan ´kemajuan´ berpaksikan Barat. Akibat daripada keterbukaan ini, segala jenis ´kemajuan´ dan budaya yang tidak sesuai dengan nilai ketimuran yang selama ini menjadi pegangan, dihakis dari dalam sanubari masyarakat Timur.

Arus ini secara halus cuba menghakis dan menerbitkan rasa ragu-ragu terhadap budaya ketimuran dan pegangan remaja terhadap budaya Timur itu sendiri. Langkah ´westernisasi´ ini jelas dapat dilihat dari segi bahasa, kepercayaan dan pegangan, gaya hidup termasuk cara berpakaian, soal pemakanan dan budaya baru yang terbentuk akibat daripada ´penjajahan´ pasca baru ini.

Terbaru, budaya televisyen realiti yang di ceduk dari Barat menjadi seakan suatu kegilaan kepada masyarakat bukan sahaja kepada golongan remaja malah juga kepada segenap lapisan masyarakat.

Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz, genre program televisyen sebegini langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh golongan yang menguruskan rancangan-rancangan itu. Beliau menambah bahawa program-program seumpama itu akan menghalang golongan remaja dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri.

Beliau turut menekankan bahawa apa yang berlaku jelas menperlihatkan bahawa betapa mudah golongan pelapis negara ini mengikut telunjuk mereka-mereka yang menguasai media massa ini tanpa menggunakan akal dan fikiran.

Perkara yang membimbangkan adalah kelihatan bahawa golongan remaja kini seakan kehilangan identiti mereka lantaran daripada ketaksuban mereka terhadap segala yang datang daripada Barat. Kebanjiran hasil-hasil produk yang dibawa masuk daripada Barat ini menjadikan golongan remaja terdorong kepada corak kehidupan yang beracuankan Barat.

Golongan remaja lebih gemar bersuka ria dan bergembira tanpa memikirkan hala tuju dan wawasan masa hadapan. Kegilaan luar biasa mereka terhadap budaya bersuka ria dan bergembira ini dengan jelas melupuskan budaya dan identiti bangsa. Wujud pelbagai kebejatan yang mana sebelum ini dilihat seakan ´taboo´ bagi masyarakat Timur menjadi suatu kebiasaan pula bagi mereka. Peribahasa Barat yang menyatakan “bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu hari ini, kerana esok engkau akan mati” menjadi motto mereka. Budaya Hedonistik ini menenggelamkan budaya ketimuran yang sebelum ini menjadi ikutan nenek moyang yang menitik-beratkan nilai-nilai murni yang ampuh.

Kebudayaan kebangsaan tidak lagi menjadi rujukan mana-mana pihak. Kesemua ini dianggap fesyen biarpun ia sebenarnya telah mendedahkan bangsa kepada keruntuhan nilai dan kerosakan tamadun.

Ancaman globalisasi, penjajahan minda termasuk pemodenan gaya hidup ala Barat ini merupakan sejumlah cabaran kepada proses transformasi sosial golongan muda dan pembentukan budaya bangsa. Golongan ini ´dipujuk´ supaya mementingkan kebendaan; sikap yang secara halus cuba ditanam dalam diri remaja. Mereka cuba ´dibuai´ dan ´dibelai´ dengan cara acuan kebaratan yang mementingkan kebendaan semata-mata

Pembangunan pesat mewujudkan proses urbanisasi. Perpindahan dari desa ke bandar ini dengan trend golongan remaja masa kini yang lebih tertarik dengan kehidupan bandar dan kerjaya makan gaji mengakibatkan kejutan budaya hasil daripada corak kehidupan yang berbeza. Kejutan budaya ini menanam mentaliti bahawa segala yang ada di bandar adalah suatu trend yang wajib diikuti sebagai sebahagian daripada proses ´modenisasi´.

Gaya hidup bandar yang lazimnya mementingkan diri sendiri mula menjadi suatu kebiasaan di dalam kehidupan dan kelakuan seharian golongan remaja kini. Sikap mementingkan diri sendiri atau individualistik ini mewar-warkan corak kehidupan baru di mana istilah bagi keperluan untuk berkongsi adalah dinafikan sama sekali.

Semangat nasionalisme merupakan antara modus operandi yang digunapakai pihak penjajah dalam melemahkan dan memecah-belahkan sesuatu bangsa dalam era penjajahan pada masa dahulu. Semangat cintakan bangsa dan kaum ini ditanam sejak kecil bagi supaya lahir rasa taksub kepada bangsa dan kaum sendiri. Seharusnya semangat nasionalisme ini tidak disempitkan hanya kepada bangsa dan kaum sendiri sahaja kerana kerukunan sesuatu masyarakat berbilang bangsa merupakan tembok pengukuh kepada segala jenis penjajahan.

Kelemahan institusi keluarga turut memainkan peranan menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran sekaligus menyemarakkan lagi kebejatan dikalangan remaja. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan.” Kegagalan dalam mendidik oleh institusi kekeluargaan dan komponen masyarakat dalam menangani isu remaja juga menyumbang ke arah kecelaruan remaja.

Firman Allah bermaksud : “Mengapakah kamu menyuruh orang lain membuat kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri dalam mengerjakan kebajikan itu, pada hal kamu membaca kitab. Maka apakah kamu tidak berfikir?” (Surah al-Baqarah: 44)

Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi sebahagian besar masyarakat, terutama dewasa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan.

Begitu juga jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga dan masyarakat sekitar masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial.

Rakan sebaya sempurna perlu dirapati dengan membentuk identiti kumpulan rakan sebaya yang ceria, berfikiran matang dan bertindak mengikut norma dibenarkan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan terhadap keperluan mencari teman yang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi. Jika kita tidak dapat membeli minyak wanginya, pasti akan dapat mencium bau wangian jualannya. Tetapi, jika berkawan dengan si tukang besi, pasti akan terkena percikan kepanasan api yang digunakan ketika bertukang besi.

Biarpun pendidikan ibu bapa menjadi tunggak utama pembentukan generasi muda namun peranan kerajaan dalam penganjuran program-program pembangunan diri, guru-guru dan sistem pendidikan, media massa dan teknologi maklumat juga memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi muda hari ini. Ibubapa membentuk anak-anak dalam rumah, bergerak dalam masyarakat dimana persekitarannya digaris panduankan oleh pihak kerajaan.

Justeru gejala sosial yang tidak sihat ini dapat ditangani sekiranya semua pihak berperanan mengekangnya daripada terus menular. Ketegasan dalam dasar pendidikan, penerangan, kebudayaan dan aktiviti belia banyak memainkan peranan kepada pembentukan generasi cemerlang yang seimbang jasmani dan rohani.

Komen-komen
  1. rustammoh berkata:

    Ajak remaja meniaga untuk isi masa lapang.
    http://uptrend.wordpress.com/

  2. adry berkata:

    remaja x boleh dipersalahkan 100% dalam hal ini,salah kerajaan gak sbb bnarkan budaya hedeonisme ini menular dalam kalangan remaja

  3. Man berkata:

    ttpi. faktor utama adalah penerapan agama dikalangan remaja adalah kurang. Walhal agama menjadi puncak utama segala-galanya

  4. aziah upsi 2007 berkata:

    remaja masa kini hasil daripada perubahan pendidikan yang mendadak.Pendidikan awal dan agama adalah penting dalam semua hal

  5. Think tank berkata:

    setuju…pendidikan yang berkesan sebenarnya bermula daripada alam rahim lagi…

  6. im berkata:

    setuju….bukan salah ibu mengandung tapi salah anak tak kenal dek untung.

  7. jannah berkata:

    remaja skrang terlalu terpengaruh sangat dengan member2 diorang, n dlm hal nie jangan sibuk2 nak salahkan orang lain..sumenye terletak pd diri sendiri.. remaja bukan nye budak2 kecik yang tak boleh berfikir lagi..dah baligh pun.. jd kenape sampai nak salahkan ibu yang telah menagandung n melahirkan kite? ataupun pihak kerajaan..? sumenye berpunce dari diri sendiri..
    bukankah seseorang remaja itu lebih suka membuat keputusan sendiri? ibu bapa yang membuat keputusan untuk untuk anak2 akan dipersalahkan..btul?
    walaupun ibu bapa dan masyarakat sekaliling turut bertanggungjawab tentang msalah remaja masa kini..tetapi remaja itu lah yang lebih bertanggung jawab ke atas dirinya sendiri..

  8. Think tank berkata:

    setuju. pembentukan sahsiah seorang remaja adalah bermula dari awal lagi…apa yang dipelajari itu kemudiannya diadaptasikan sebagai sikap dan perangai. pendidikan asas itu penting supaya dapat melahirkan remaja yang dapat bertindak dan berfikir secara bijak.

  9. sharudin berkata:

    Salam
    Saya telah memetik sebahagian artikel anda
    Terima kasih

  10. ayu berkata:

    Biar dorang sedar sendiri la senang citer..

  11. adi cahyadi dwi putra budiman berkata:

    Timpang dan tidak merata,
    P
    endidkan di Indonesia memang sudah cukup berkembang dan jauh lebih baik. Tetapi jelas sekali terjadi ketimpangan yg gak bener2 rata. Ada sekolah2 berlevel nasional yg tinggi dan standar mutu baik banget, seperti sekolah2 di kota2 besar yang mengadopsi berbagai pendidikan luar negeri. Tetapi banyak juga, kebanyakan malah, sekolaha2 ndeso yg katrok dan tertinggal jg berlatar belakang gak mampu. Bangunan hampir roboh, reot, bocor terkena bencana pula. Bahkan ada yg mengumpamakan “ada kapal pecah di maa2, dan kandang sapi di mana2.
    SDM (Sumber Daya Manusia) yg over & bermental lemah
    G
    ue, sebagai salah satu siswa dari jutaan siswa di negri ini, bener2 khawtir juga akan SDM yg ada. Ada sisi positif dan dampak edukasidari pendidikan,tapi pengaruh itu hilang begitusaja ketika keluar dari luar lingkup sekolah. Terutama dampak itu menjangkiti generasi muda seperti gue. Pengaruh2 budaya luar yg masuk kayak drugs, junkies, clubbing, westlife, akibat globalisasi sedikit banyak mempengaruhi kualitas pendidikan SDM kita, apalagi, negri yg baru saja beranjak dari krisis ekonomi dan moniter, masih rentan penyakit sehingga memiliki mental lemot dan penyakitan.
    Solusi
    G
    ue, sebagai remaja puber yg ABG, sepakat adanya adopsi sistem. Nilai2 budaya luar yg baik, terutama dari negara2 yg maju dari segi teknologi harus kita adopsi.ya pendidikannya, ya teknologinya, JUGA semangat mereka untuk bersaing. Tapi, kita tidak juga melupakan budaya timur yg santun serta menjunjung tinggi etika dan kesopanan serta menghormati tata krama.

    NB: Ayo maju2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  12. […] Tolong merdekakan remaja kita! Perubahan yang berlaku setiap saat dalam konteks sosial lazimnya turut membawa bersamanya krisis […]

  13. udeng berkata:

    remaja perlu sedar diri.sume pihak dah wat mcm2, tapi tak jalan gak.mereka perlu pandai pkirkan mase depan dorang.takkan sumenya nak kena suap.

  14. ammar berkata:

    aper susah…hantor je remaja ni g berjihad kat iraq nuh..

  15. remaja sekarang terlalu hanyut dengan dunia yang menghiburkan sehinggakan lalai dgn tanggungjawab yg di berikan oleh Allah Taala..mereka sewenang-wenangnya melakukan maksiat dan derhaka terhadap ibu bapa..moga remaja kini dapat memikirkan nasib mereka dan melahirkan generasi yg dapat membangunkan negara..ingatlah sekiranya kita sebagai remaja melakukan terlalu banyak dosa dan maksiat ingatlah bahawa anak2 yg dikurniakan kpd kita akan turut sama mengikut jejak langkah kita….

  16. erna berkata:

    mmg kwn2 mmberi pengaruh.tapi sebenaranye sekarang yg paling boleh disalahkan ialah kerajaan sendiri.reality show bukan kwn2 yg bawak,tp kerajaan yg izinkn…cth lain,video klip artis luar msti ade bab2 yg 18sx tu…tp knape krajaan siar gak kat tv.mmg lah sekarg ni kalu x kat tv pon internet ade gak benda2 tuh..tapi perlu diingat..tv,majalah masih memainkan peranan sebagai medium perantara maklumat yg penting lat negara nih….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s