“Jiwa Aku Jiwa Mat Rempit”

Posted: Januari 11, 2007 in think tank thought

rempit1.jpgHujung minggu tidak akan lengkap tanpa pergi ke Dataran Merdeka. Di sana, kawan-kawan seperjuangan sudah siap bersedia dengan jentera masing-masing. Malam ini seperti malam-malam minggu sebelumnya, bermula di Dataran Merdeka, menuju ke Jalan Raja Laut melintasi kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Chow Kit ke Jalan Tuanku Abdul Rahman akan menjadi medan bagi menunjukkan jagoan dan ‘kejantanan’ masing-masing.

Tamat sahaja ‘perjuangan’, yang berjaya bergelar ‘jantan sejati’, akan ‘dihadiahi’ dengan hadiah yang sekali lagi ibarat ‘medan menunjukkan kejantanan’; perempuan muda bergetah yang digelar ‘Apam’ atau Bohsia dan mungkin sedikit wang taruhan.

“Ah, lantak la apa pun orang kata, aku bangga jadi Mat Rempit. Jiwa aku, jiwa Mat Rempit. Mak bapak bebuih mulut marah. Tulang dah patah riuk. Dah jiwa Rempit, keluar hospital, aku merempit balik. Apa boleh dia orang cakap?” (diubahsuai daripada pengakuan Pak Tam (salah seorang ketua Mat Rempit), yang diwawancara majalah Off The Edge, isu November 2005)

Menurut Pak Tam, ketika cuti Hari Merdeka dan Tahun Baru, Mat-Mat Rempit gemar berkonvoi ke Port Dickson dan Pulau Pangkor. Sambil bercuti, mereka juga gemar mendatangkan masalah seperti bergaduh dan minum arak sehinggalah melakukan hubungan seks.

Memang Mat Rempit susah nak serik. Mereka bangga menjadi Mat Rempit. Mat Rempit tak kira orang lain, bila merempit, apa sahaja yang menghalang laluan, habis semua disapunya. Sudah banyak kali keluar surat khabar Mat Rempit langgar orang. Sampaikan Sultan Pahang pun nyaris disondolnya!

Dah banyak kali juga keluar surat khabar Mat Rempit mati beragan di atas jalan. Bak kata Pak Tam – “Apa peduli! Jiwa Rempit tetap diteruskan.”

Orang ramai, Menteri, Pak Lah dan Sultan sudah naik menyampah dengan Mat-mat Rempit ini. Paling ‘berbulu’ dengan Mat-mat Rempit ini adalah pihak polis yang dipertanggungjawabkan untuk memantau mereka. Kerja memantau Mat-mat Rempit ini bukannya senang! Silap hari bulan, nyawa melayang dek sondolan Mat-mat Rempit.

Episod rempit-merempit sudah menjadi perbualan hangat. Sampaikan ada pihak berhasrat nak menukarkan Mat-mat Rempit ini kepada Mat-mat Cemerlang. Namun, bak kata Pak Tam, “Peduli apa orang nak cakap apa.” – Cara dan jiwa Mat Rempit tetap diteruskan.

Akibatnya, keluar surat khabar: “Lapan remaja lelaki dan perempuan berusia 15 hingga 19 tahun yang menyertai ekspedisi ditahan di sebuah hotel. Dalam serbuan jam 4 pagi itu, semua lapan remaja berkenaan sedang tidur dalam keadaan mabuk dalam dua bilik hotel di Lumut.

Bilik kedua pula dikongsi dua remaja lelaki berusia 18 tahun dan dua remaja perempuan masing-masing 18 dan 15 tahun yang ditemui dalam keadaan mabuk. Malah, ada dakwaan dari pengurusan Masjid Teluk Muroh bahawa segelintir peserta berendam di dalam kolah wuduk masjid.”

Mat Rempit semacam tidak boleh diubah lagi. Bergaduh, arak, seks; hidup ala ‘Hell´s Angel’ (budaya penunggang motosikal dari Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah seperti ganja, syabu dan heroin serta menjalinkan hubungan seks bebas) dan sembrono melanggar orang sudah menjadi ‘trade mark’ mereka. Tidak kurang juga yang berlanggar sesama sendiri seperti yang berlaku di Baling, Kedah. Dua mati, dua cedera gara-gara merempit tak ingat dunia. Sampaikan polis cadangkan kerajaan meminda akta atau membuat undang-undang baru supaya mereka dapat merampas motosikal Mat-mat Rempit degil ini.

Sekali lagi; “peduli apa orang lain cakap. Jiwa merempit sudah sebati dalam diri.” Ada suatu ketika, semua surat khabar memaparkan cerita Mat Rempit di muka surat pertama akhbar mereka. Tidak kurang juga ada yang ber’headline’ berupa rayuan Mat-mat Rempit yang telah insaf supaya pihak berkuasa menghukum Mat-mat Rempit ini dengan hukuman yang berat. Semuanya gara-gara cedera ‘tergolek’ di atas jalan kerana merempit.

Populariti Mat-mat Rempit terus naik secara mendadak. Lepas satu, satu lagi cerita mengenai mereka dipertontonkan. Ada yang membelasah orang hanya kerana orang itu ingin menolong Mat Rempit yang tergolek. Selepas dibelasah, dijahanamkannya pula kereta milik orang itu. Tidak kurang juga Mat Rempit yang menjadi peragut. Tambah lagi satu profesion Mat Rempit ini yang kedua-duanya berjaya menambahkan lagi kebencian dan meluat orang ramai.

Ketua Polis Negara mengeluarkan perangkaan indeks jenayah di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga bulan lepas yang menunjukkan peningkatan sebanyak 12.57 peratus iaitu 170,481 kes berbanding 151,444 kes pada tempoh yang sama tahun lepas. Katanya, daripada jumlah itu, 4,414 kes melibatkan golongan juvana dan 1,436 kes pelajar. Ini termasuklah kes-kes Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi ini.

Namun, Mat-mat Rempit pernah meluahkan rasa hati dengan menyatakan kerajaan tidak sediakan litar halal bagi mereka berlumba. Katanya, yang adapun terletak jauh dari mereka atau mahal bagi mereka yang rata-rata remaja yang berpendapatan rendah ataupun masih lagi dibangku sekolah. Tambah mereka lagi, banyak sangat larangan dan perkataan ‘tidak’ dan ‘haram’ dalam hidup mereka. Berlawanan sungguh dengan jiwa remaja yang bergelora dan berdarah muda itu. Ruang hidup mereka terasa sesak dan sempit.

Tetapi, walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan bagi membenarkan perlakuan mereka. Mereka seharusnya sedar bahawa masa mereka masih panjang. Mereka memikul tanggungjawab mengisi masa depan negara dan bangsa agar senantiasa dipandang tinggi olah bangsa lain. Kelalaian mengisi masa muda dengan aktiviti yang menjana minda hanya akan memberikan gambaran yang malap kepada masa depan negara.

Kali ini tidak boleh tidak, Pak Tam dan anak-anak buahnya perlu ‘mengambil peduli apa yang orang lain cakap dan kata’. Tidak kiralah sama ada beliau berjiwa Mat Rempit Sejati, namun masa depan negara perlu diambil perhatian.

Komen-komen
  1. nur syafinaz berkata:

    ai..sy pown xske pasal2 mat2 rempit neh krn sy takot bdk2 neh nk peringkat alam remaja nt dia org t’ikot rempit yang xthu haram atau yang xharam dia org x pikir sebelum dia org uat keje2 bdh2 neh…dia org x fikir klau dia orang mati apa yang d’soal oleh ALLAH.dia org smue fkr kepuasan yang tersendiri dia orang fkr best je MAT2 REMPIT neh n dia org lh cr MINAH2 REMPITTTT……….bler tgok kwn mati sorang bru lah nk insaf kononnyer xnk uat keje bdoh neh,bler 2 smue da b’laku bru lah nk insaff…….sy cme hrp pihak polis leh buangkn soal2 mat rempit neh…supaya remaja skang x t’ikot cam mat rempit yang X FIKIR……..t.kasih..

  2. Think tank berkata:

    soal mat rempit tak kan habis jika remaja tak menilai sendiri keburukannya dan tidak berasa bertanggungjawab t erhadap masa depan negara tercinta ini…sokong dengan pendapat anda.

  3. MIMI berkata:

    JANGANLAH BERKATA BEGITU…
    WALAUPON REMPIT KEADAANNYE BEGITU…
    IA TATAP ADE KEBAIKANNYE…

  4. Think tank berkata:

    bagus sekiranya ditonjolkan kebaikannya itu daripada berbangga dengan ‘kerempitannya’…

  5. marinamirana berkata:

    askum…
    remaja mat rempit tidak pernah tahu dan takkan faham apa aspirasi negara. lihatlah siapa yang merempit? anak-anak muda melayu (sedih tetapi harus akui) adalah mereka yang merempit. bila org CINA mengusulkan bahasa mandarin sebagai bahasa untuk peperiksaan UPSR, ramai org melayu yang bangkit menentang usul ini, mmg ade signifikannya penentangan org melayu ini. tapi signifikankah mat rempit dengan jiwa org melayu? anak-anak muda ini tidak diajar bahawa melayu kini sedang menentang menegakkan pendirian bumi melayu untuk melayu, bumi melayu orang melayu yang patut ke depan. tapi dalam fikiran anak-anak muda ini hanya fikir bagaimana nak ke depan kan motorsikal mereka. adakah mereka anggap dengan memiliki sebuah motorsikal sudah cukup hebat? mereka harus guna masa merempit sebagai masa untuk belajar. banyak perkara yang perlu orang melayu belajar. belajar mengenal bumi sendiri. belajar bagaimana nak pertahankan bumi melayu. belajar dan belajar. apabila kita sudah faham bahawa melayu kini di ambang penindasan di bumi sendiri, kita pertahankan lah negara kita. waktu itu jangan kan sebiji motor, kalau mat rempit ni nak bina litar rempit (dengan semua prosedur keselamatan diambil kira) bukan satu dogengan. memang betul isu mat rempit ini takkan habis selagi mat rempit ini tidak dibuang dalam sejarah masyarakat melayu. mungkin satu usul di parlimen boleh dibangkitkan untuk menghalang budaya popular ini dari menunjang kehidupan anak muda. kerana implikasinya sudah kita lihat apabila anak-anak kecil di sekolah rendah sudah berbasikal di waktu malam (dalam kumpulan yg ramai) dengan aksi sama spt mat rempit. fikirkanlah wahai orang melayu…
    kita semakin dijajah idealogi…
    kita semakin dijajah budaya….
    kita semakin dijajah melayunya…
    di malaysia, bahasa melayu sudah diangkat sebagai bahasa malaysia, org cina tak mahu bahasa melayu disebut bahasa melayu tp disebut bahasa malaysia…selepas ini apa lagi yang melayu tinggal? fikirkanlah…melayu…hanya tinggal keretapi tanah melayu sahaja…yang lain milik malaysia (dalam erti kata lain milik kaum selain melayu) bila bekas perdana menteri bercadang membuka putrajaya, ada suara-suara sumbang mengatakan ia satu projek yg mempunyai propaganda peribadi. fikirkanlah maksud tersirat yang cuba Tun Mahathir semaikan pada kita. bila ditanya siapakah yg membuka ibu negara malaysia (kuala lumpur sebagai mercu tanda malaysia) tentulah nama si cina yg diangkat. tp jawablah bangsa apakah yg membuka putrajaya? (ciri-ciri putrajaya itu sendiri refleksi kepada keislaman, cuma janganlah dibawa budaya-budaya popular di bandaraya kosmopolitan ke putrajaya.) jawablah…kita pasti mengangguk, sedar bahawa terdapat signifikannya putrajaya diwujudkan…berbalik kepada mat rempit (maaf menyimpang jauh) sedarkah mereka akan aspirasi Tun Mahathir ini? ohh pastinya mereka tahu, tapi kesedaran itu mungkin tidak diambil pusing. “takkan melayu hilang didunia” kalau sudah setiap hari ada sahaja kes kelamalangan maut melibatkan org melayu, lama kelamaan melayu akan hilang juga di dunia… fikirkanlah…

  6. jiji berkata:

    OH……….. MAT REMPIT…

  7. Otai Klang berkata:

    rempit bahayakan diri ………………………. LAPORKAN KEPADA 999

  8. Razman Mohammad berkata:

    Mat rempit itu ialah ‘kesan’nya. ‘Puncanya’ ialah ibu bapa. kalau tangkap mat rempit saja, ibu bapanya akan melahirkan beberapa orang mat rempit lagi. begitulah seterusnya. jadi, buatlah sesuatu kepada ibu bapa mat rempit yang terbabit. Penyakit kulit memang nampak di kulit, tetapi puncanya dari dalam tubuh badan. Kalau disapu ubat pada kulit luar sahaja, kumannya tetap ada menunggu masa untuk menimbulkan masalah baru.

    Di UK, ibu bapa turut disaman sekiranya anak mereka ponteng sekolah. mungkin Malaysia juga boleh ambil contoh itu, barulah ibu bapa buat kerja seperti polis, mengawal pergerakan anak-anak mereka yang bermotosikal!!

    Rumusannya, jangan hanya ambil tindakan pada mat rempit sebaliknya bertindak juga terhadap ibu bapa mat rempit itu tanpa mengira pangkat dan keturunan.

  9. Mat Psikologi berkata:

    Cuba jangan siar langsung berita tentang mat rempit di mana-mana media. Agaknya mat rempit berasa bangga apabila perkataan mat rempit disiarkan di media, walaupun ‘negatif’ bagi pandangan masyarakat umum.

    menyiarkan berita tentang kegiatan mat rempit bererti media memberikan ‘pengiktirafan’ kepada mereka dengan gelaran itu. Jangan bagi apa-apa gelaran, dan jangan siarkan apa-apa berita. Rasaya, kalau tak selesai pun masalah ni….akan berkurangan.

  10. Think tank berkata:

    memang diakui, peranan ibu bapa kini ‘bertambah’ akibat daripada dunia tanpa sempadan yang berlaku. pandangan en razman ada kebenarannya. ibu bapa juga perlu dikenakan tindakan agar mereka lebih mengambil tahu tindak tanduk anak-anak.

    media sememangnya change egen yang berkesan. pandangan en mat juga boleh digunapakai.

    walau apapun, diri sendiri juga lah penilai yang perlu memahami baik buruk suatu perkara.

  11. dennis berkata:

    best la mat rempit nieh….tp kena brani la,kerana mat rempit nieh banyak cabaran.

  12. dennis berkata:

    saya juga suka cara mat rempit nieh coz diaowg nieh brani!!…2 baru la dikatakan lelaki sejati huhuhu bkan lelaki jambu k….biarlah per pOn owg nak kata janji MAT REMPIT SEJATI!!…

  13. baby_gurl berkata:

    bez per jOin mat rempit nie…ikt dOwg g kOnvOi, Overnite huhu bez gilerr…paD y anti MAT REMPIT 2…cuber2 lar jOin…mst bezz…

  14. dennis89-kk berkata:

    dadaa…Mat rempit terus maju!!..

  15. rempit_jr berkata:

    rempit bodoh ni bodoh

  16. ayu berkata:

    emm..mmg la rempit ni x bagus tp ada kalau x de rempit i think malaysia ni x kn meriah tanpa REMPIIIIIIT……

  17. Btol gak pe yg ayu ckp 2.. Baby_gurl pon btol gak.. Mat rmpit tros maju!!! MERDEKA3!!!!!!!! Huhuh….

  18. zarina@cosmo berkata:

    aku pn xtau lar nk kte pe lg kat mat2 &minah2 rempit ni…mbr2 aku bnyk gak jd ‘ahli’…dowang ni bkn per tau,nk tgu smpi jd ket dri sndri bru geti nk sedau! aku think lar kan,smpai kiamat pn isu ni xkan seteld..tp kt ni kn ada manusia,ada otak..yerlar wlupun xsume nye perfect,kt kne lar pndai p’btolkan dr sndri..&sbgi owg Islam,ingt lar hukum-hakam dnia. hdp kne b’lndaskn quran& as sunnah..aku nk komen lbh psl downg ni xble lar..cz aku bkn lar ‘bgsz’ sgt…juz aku rse t’pnggl tuk bg nasihat yg myb ble pki ni lar kot……

  19. Think tank berkata:

    Demi masa!
    Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
    Kecuali orang-orang yang percaya,
    dan membuat kerja-kerja kebaikan,
    dan saling berwasiat pada yang benar,
    dan saling berwasiat untuk bersabar.

    Surah al-Asr: 1- 3

  20. jaweyn berkata:

    sesungguhnya mat rempit itu membahayakan

  21. sarah berkata:

    malu aku ada bf mat rempit…dah byk kali bg nasihat lgsung x pakai. katanye 1 hr 6ti dia akan berubah, rasanye lambat la.. umur dah tua org lain dah keje, dia wak diploma pun x habis2 lg. aku sindir dia, patutnya wat phd. sekali aku ikut dia nga kwn2 dia tu pun g jln2 je. tp aku taubat x nak lg naik motor nga dia. lantak la dia ckp aku berlgak nak naik kete je, sedangkan dia x kete. dia ckp x pernh main nga tino, boleh ke aku caya? ada ke sebaik tu? (kalu ada mat rempit yg tau xtvt ni tolong jwb)kalu aku tau dia main tino memang aku nak ucap good bye, aufviedersehn le…tgu masa je ni kesabaran aku. sapa bila aku nk harap nga bf mcm ni! haprap muka je boleh tahan, tu pun pnuh parut…xcden.
    p/s: doa kan aku leh sabar lg…

  22. wan awak bodo berkata:

    lancau punya kalat bodo mok awk tak ajar

  23. lucky gurl berkata:

    sy bknlah nak mngkan mn-mn phk…tp rsnya mat rempit ada akal utk berfikir….cbe fikir kesan negatif dan positif nya mat rempit berlumba…mat rempit sendiri mngaku yg mat rempit MINUM ARAK, SEKS BEBAS, LANGGAR LARI….tu sumekan negatif….kesannya bnyk…baik ke sume bnda 2?????

  24. vivacious berkata:

    biarkn diorg, dh bsar dah pndi2 pk sndiri

  25. vivacious berkata:

    klu mrh pn, diorg bt jgk… dh bbuih mulut sne sni ckp tp mkn mjadi2… ingtlah mat2 rempit skalian dunia ni ble2 mse blh kiamat…

  26. gonggok_xrempit berkata:

    dah tau balak merempit ge couple wat per….keje bodoh namanya…..sama la ngan org yang bercouple ngan penagih dadah….xde pekdah xde wawasan….ibarat menyerah diri ke kandang harimau…pk la baik2…yang mana kaca yang mana permata……kerana cinta butakan mata…ikut hati mati, ikut nafsu lesu….jgn lah memperjudikan nasib diri dengan couple org2 mcm ni spt mat rempit, penagih dadah….kalo nak nasihat…nasihat jer..toksah melalut ge couple…..

  27. xmin@h_rempit berkata:

    pd aq r…xsume dak2 yg rempit 2 xle pkai..klu btol dyorng rempit penah ker p trek..n xsume penah mean tino..yg hang ikot sedap mulot 2 naper..ag pun ni sume sekadar hobi kebykan member2 aku lah sume setia gan awek yg dok xsetia tue tang2 yg xde rupe…so kenal dulu kami sume sblum nak gata..sejahat-jahta aq bjor agama abis dari kulit ke kulit…jadi pandai2 la nilai org jgn kejor pd nama n glamor

  28. think again berkata:

    hobi??? kalalu setakat hobi abis ngapa sampai nyusahkan org lain???dunia ni bukan ko sowang je yg nak hidup. orh pon nak amam gak. klau hidup mnyusahkan org ramai bek x yah hidup laa…! stuju ngn think thank.. lau ko tu dah blaja agama,, ko kaji balik surah al asr 1-3. daripada ko mngejar masa untuk keseronokan dunia semata…xda pekdah nya… dahla mengganggu ketenteraman awam… menyakitkan mata n membingitkan telinga.. menambah dosa dlm keseronokan.. ko pkir balik.. korang cuma rasa BANGGA apabila join rempit nie.. ingatlah.. nikmat tu cume sementara je.. selalunya keseronokan bg benda yg x betul akan berakhir ngan penyesalan yang x berkesudahan… ni lah.. myb korg x pham sgt ngan misi n visi fpk ngara dan ppip. kejarlah ilmu… kejarlah pahala… korang dh terleka dengan kenikmatan dunia tg sementara!!! kesian.. nama je melayu.. sume islam.. aku yg bkan melayu pon pham!!

  29. dilahanis berkata:

    dh lumrah diowg cam 2..dh tak leh nk larang…jiwa remaja biasa la…nanti bila dah nak mampus insaf la diorang…sepatotnya mak bapak kena bertanggungjawab….

  30. ayiencute berkata:

    kepada mat2 rempit 2…jgn la slalu kuar merempit sgt….jimat sikit duit moto 2…..bla da banyak duit bley bli motor baru pastu kita mrempit sama2….haha3

  31. dak paling pro wat corncot berkata:

    klu nak jadi mat rempit,tak reti wat pacak bek gi duk bawah ketiak mak

  32. eyka88 berkata:

    mmg xdnafikan akal mat rempit cetek..
    tp bkn sumenyer cm2…
    aq ckp cmney sbb blak aq sndri mat rempit..
    mber2 aq sll ckp kapel ngn mat rempit..
    dowg nk body popuan jew..
    tp blak aqa xpnh mntak bkn2 ngn aq..
    n dye hormat pndirian aq…
    sampai skang aq dew maruah diri lg..
    bkn mat rempit sumenyer jahat!!!

  33. ramzah mulim berkata:

    aku punye bapak selalu cakap rempit tu baik untuk kesihatan ladi rempitlah baik-baik kalau boleh biar sampai mati kurang sikiy dose ko

  34. bbpunklove93 berkata:

    bg aq la,,mat rempit ni patot gak dtroskn.. but try la behave sket.. jgn slalu sgt.. kang pe lak kte dak2 kat kws prumahn tuuuuu… skali skala xpe.. klo rse kws tu snyi gle n need to hve fun,, wat le.. hehehee.. oyaa!!! bnyi eksoz tu tlg ubhkn.. bg silent sket..huhuhuh…

  35. bbpunklove93 berkata:

    hahahaha RAMZAH… aq stuju gle ngn ayh qoo!!! gipme pie!!!

  36. lydia berkata:

    awk ….. rempit saja ahhahahha

  37. ANN berkata:

    x semua mat rempet mc 2 Xcele my cpl mat rempit tapi die seorang yang cukup pnyayang dan mengambil berat so jangan mentapsir mat2 rempit ini tampa mengenali hati mereka

  38. Rempitih berkata:

    Cadangan “brutal” untuk mengurangkan bilangan mat2 rempit.

    Kita cadangkan kepada parlimen untuk ubah APJ1986…

    Supaya pemandu lori2 balak, lori treler, bas2 ekspress dan bas2 kilang dibenarkan/digalakkan/diberikan kuasa untuk merempuh/menggelek/meleperkan mat2 rempit tegar bersama motor2 mereka semasa merempit/meromen/meragut di jalan raya……

    Dan ganjaran yang setimpal patut diberikan kepada pemandu
    tersebut sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang amat berharga dalam melenyapkan musuh no1 jalanraya negara aka mat2 rempit.

  39. BOB MARLEY berkata:

    GUA SUKE MEREMPIT..ADA SAPE HALANG??

  40. alöng berkata:

    insaf la mat rempit ne,dulu arwah pkwe sy rempit jg,pakwe sy mingal duina ms dy org lmba haram 2,.dy mingal dpn mata sy sndri,so insaf la,ko org msh muda insaf la sblm terlbt,nyawa x ada jual kat mane2

  41. In fact, chicken pox 5 year old my friends! Speaking of
    chicken pox 5 year old sweet, I’m not that enamored with Chinese desserts. But that’s exactly what our vaccine does.
    The breed standards were approved in detail by a Gypsy who has maintained the same genetics for over 56 years.

    As I rolled over and turned off the bedside
    light that Saturday night in Disney World. Itbroadcasts their pictures on Central American television sofamily members might
    rescue them. It is called cranberries!

  42. Adrianne berkata:

    Sweet blog! I found it while searching on Yahoo News.
    Do you have any tips on how to get listed in Yahoo News?
    I’ve been trying for a while but I never seem to get there!
    Cheers

  43. Hildegarde berkata:

    Its like you read my mind! You appear to know so much about this, like you wrote the book in it or something.
    I think that you could do with some pics to drive the message home a
    little bit, but other than that, this is wonderful blog.
    A fantastic read. I’ll certainly be back.

  44. Aw, this was an extremely good post. Spending some time and
    actual effort to make a superb article… but what
    can I say… I hesitate a lot and never seem to get anything done.

  45. Great blog here! Also your website loads up fast!
    What host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
    I wish my website loaded up as quickly as yours lol

  46. What’s Happening i am new to this, I stumbled upon this I have found It absolutely helpful and
    it has aided me out loads. I am hoping to contribute
    & assist other customers like its aided me. Great job.

  47. Jeannie berkata:

    I do trust all the concepts you have offered in your post.
    They’re really convincing and can certainly work. Still, the posts are too quick for newbies.
    May you please extend them a little from subsequent time?
    Thank you for the post.

  48. Excellent blog right here! Additionally your website a lot up fast!
    What web host are you the usage of? Can I am getting your associate link to your host?

    I desire my website loaded up as quickly as yours lol

  49. acai berry berkata:

    It is not my first time to visit this web page,
    i am visiting this site dailly and obtain fastidious
    data from here all the time.

  50. Cleo berkata:

    Hi! I could have sworn I’ve been to this website before but after
    checking through some of the post I realized it’s new
    to me. Anyhow, I’m definitely glad I found it and I’ll be book-marking and checking back often!

  51. ali stop smoking berkata:

    After I originally left a comment I seem to have clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and from now on every time
    a comment is added I recieve 4 emails with the exact same comment.
    There has to be a way you can remove me from that service?
    Thanks!

  52. Hi, always i used to check weblog posts here in the early hours in the
    break of day, for the reason that i like to find out more and more.

  53. cheap bio oil berkata:

    Your style is unique compared to other folks I have read stuff from.
    Thanks for posting when you have the opportunity, Guess I will just
    book mark this site.

  54. Hi my family member! I wish to say that this article is awesome,
    great written and include approximately all vital infos.
    I’d like to peer extra posts like this .

  55. Kendall berkata:

    I’ve been exploring for a bit for any high quality articles or weblog posts in
    this kind of house . Exploring in Yahoo I ultimately
    stumbled upon this web site. Studying this information So i’m satisfied to show that I have an incredibly good uncanny feeling I came upon just what
    I needed. I so much undoubtedly will make certain to do not fail to remember this web
    site and give it a glance regularly.

  56. online doctor berkata:

    For the reason that the admin of this web site is working, no doubt very quickly it will be well-known, due to its quality contents.

  57. I am actually happy to glance at this web site posts which includes tons of useful
    information, thanks for providing these kinds
    of data.

  58. Hey there! I know this is kinda off topic but I was wondering if you knew where
    I could locate a captcha plugin for my comment form? I’m using the same
    blog platform as yours and I’m having difficulty finding one?

    Thanks a lot!

  59. We stumbled over here different website and thought I might check things out.
    I like what I see so now i’m following you. Look forward to going over your web page again.

  60. hello!,I love your writing very much! percentage we keep up a correspondence more about your post on AOL?
    I require a specialist in this space to unravel
    my problem. Maybe that’s you! Having a look ahead to peer you.

  61. baldness help berkata:

    I am regular reader, how are you everybody? This piece of writing
    posted at this web site is actually nice.

  62. stop smoking berkata:

    Great web site. Lots of helpful info here. I’m sending it to several friends ans also sharing
    in delicious. And naturally, thanks for your effort!

  63. Bare Minerals berkata:

    A motivating discussion is worth comment. I do think that you ought to publish more on this issue, it might
    not be a taboo matter but typically people don’t talk about such topics.
    To the next! All the best!!

  64. Rosalind berkata:

    Hello Dear, are you truly visiting this web
    site regularly, if so then you will absolutely obtain good experience.

  65. Hello, Neat post. There’s a problem together with your site in web explorer, may test this?
    IE still is the marketplace chief and a big portion of folks
    will omit your excellent writing due to this problem.

  66. hello!,I really like your writing very so much! share we be in contact extra approximately your article on AOL?
    I require a specialist in this space to resolve my problem.
    May be that’s you! Having a look forward to look you.

  67. Adolfo berkata:

    Your style is really unique in comparison to other
    people I’ve read stuff from. I appreciate you for posting when
    you’ve got the opportunity, Guess I will just bookmark this page.

  68. acai berries berkata:

    Hey, I think your blog might be having browser compatibility issues.
    When I look at your blog in Firefox, it looks fine but when opening
    in Internet Explorer, it has some overlapping. I just wanted to
    give you a quick heads up! Other then that, very good blog!

  69. It’s an remarkable piece of writing for all the online viewers; they will obtain
    advantage from it I am sure.

  70. acai berry berkata:

    The other day, while I was at work, my sister stole my apple ipad and
    tested to see if it can survive a 30 foot drop,
    just so she can be a youtube sensation. My
    iPad is now destroyed and she has 83 views. I know this
    is entirely off topic but I had to share it with someone!

  71. levitra UK berkata:

    Hello to all, it’s really a pleasant for me to go to see this web site, it includes helpful Information.

  72. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace, when i read this post i thought i could also make comment due to this brilliant post.

  73. I’m amazed, I must say. Seldom do I come across a blog that’s equally educative and interesting, and without a doubt, you’ve
    hit the nail on the head. The problem is something that
    not enough folks are speaking intelligently about.
    I am very happy I came across this during my hunt for something relating to this.

  74. ali stop smoking berkata:

    I’ve been surfing on-line greater than three hours nowadays, yet I by no means found any attention-grabbing article like
    yours. It is beautiful price enough for me. Personally, if all
    webmasters and bloggers made just right content material as you did, the web will likely be much more useful than ever before.

  75. glucosamine berkata:

    Hello to all, the contents present at this web site are genuinely awesome for
    people experience, well, keep up the nice work fellows.

  76. We are a group of volunteers and opening a brand new scheme in our community.
    Your site offered us with helpful info to work on. You have done a formidable activity
    and our whole neighborhood will likely be thankful to you.

  77. Hi there everybody, here every one is sharing such know-how, therefore it’s good to read this webpage,
    and I used to go to see this website all the time.

  78. Hello There. I found your blog using msn. This is a
    very well written article. I will be sure to bookmark it and return to read more of your useful information.
    Thanks for the post. I will definitely comeback.

  79. I do not create a comment, however I browsed a great deal of remarks on this page “Jiwa Aku Jiwa Mat Rempit” | Think Tank.
    I do have a couple of questions for you if you do not mind.
    Is it only me or do a few of the responses appear as if they are
    written by brain dead people?😛 And, if you are writing at additional social sites, I’d
    like to follow you. Would you make a list of all of all your social community pages like your twitter feed, Facebook page or
    linkedin profile?

  80. Howdy! I know this is kind of off topic but I was wondering
    which blog platform are you using for this website? I’m getting tired of WordPress because I’ve
    had issues with hackers and I’m looking at alternatives
    for another platform. I would be awesome if you could point me in the direction of a
    good platform.

  81. Hmm is anyone else having problems with the images
    on this blog loading? I’m trying to determine if its
    a problem on my end or if it’s the blog. Any feedback
    would be greatly appreciated.

  82. If you would like to obtain a good deal from this article then you have to apply these strategies to your won web site.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s