‘Jigsaw Ghazwul Fikri’

Posted: Januari 11, 2007 in akhbar

chess-print-c12042697.jpeg´Seorang pelajar sedang kusyuk mentelaah pelajarannya di perpustakaan…

Dua orang remaja sedang kusyuk memadu asmara d isebalik rimbunan pokok bunga…
Kelihatan seorang tua sedang mengayuh basikal tuanya menuju ke masjid…
Kelihatan dua pasang kekasih sedang berjalan berpegangan tangan menuju ke disko…´

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Beliau duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, ditangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”.
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita ´menjajahi´ kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

“Keluar berdua-duan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya Guru kepada murid-muridnya.

“Faham cikgu…”

…LANGKAWI: Sekumpulan lima pelajar dan bekas pelajar dua insitusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) daerah kerana dipercayai cuba mengadakan parti liar sempena sambutan tahun baru di Pantai Cenang, di sini, semalam.

Difahamkan, keempat-empat pelajar yang menuntut dalam tahun akhir dan seorang rakan mereka, bekas pelajar di sebuah IPT lain itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Mereka berusia antara 19 hingga 25 tahun itu dikatakan merancang untuk tidur dalam satu khemah yang turut didirikan di pantai berkenaan. “Ketika ditahan, keadaan mereka sungguh memalukan.

“Seorang daripada dua pelajar wanita itu dipercayai sedang berehat sambil berbaring atas pasir dengan berpakaian seluar paras lutut dan berbaju di samping dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun yang bermain daun terup,” katanya kepada Harian Metro…

´Seorang remaja sedang kusyuk membaca al-Quran di dalam biliknya…
Dua orang dewasa sedang kusyuk menghisap ganja di bawah jambatan…
Kelihatan seorang anak kecil sedang menolong ibunya menjual kuih…
Kelihatan dua orang kenamaan, barangkali berstatus Yang Berhormat, sedang merangkul erat pinggang pasangan masing-masing…´

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Cikgu ada al-Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil al-Quran yang ada di tengah tanpa memijak karpet?”

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
al-Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

“Murid-murid, begitulah
umat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda Muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.”

“Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak, cikgu?” tanya
murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.”

“Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang…”

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya…

…CHERAS: Sebuah kedai menjual pakaian di sini, mengambil kesempatan kunjungan remaja yang ingin membeli pakaian sekolah baru dengan menjual baju-T dicetak dengan gambar puluhan teknik melakukan seks.

Premis di depan Stadium Badminton Kuala Lumpur, menjual puluhan helai pakaian bercetak aksi seks itu secara terbuka tanpa memikirkan sensitiviti ibu bapa yang mengunjunginya untuk membeli pakaian sekolah anak mereka.

“Cetakan itu seolah-olah mengajar remaja puluhan posisi menarik ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

“Dengan harga RM13.90, sudah pasti ia mampu dimiliki remaja yang gemarkan jenis pakaian sedemikian,” katanya.

“Baju terbabit turut bercetak perkataan ´A Lot Goes On When The Sun Goes Down In The Bahamas´. Perkataan saja sudah menunjukkan betapa remaja diajak melakukan seks bebas.

…KUALA LUMPUR: Sikap remaja Melayu yang gemarkan hiburan menyebabkan ramai di antara mereka kini mudah terpengaruh dengan fahaman songsang seperti muzik Black Metal dan maksiat sehingga sanggup melakukan hubungan seks luar nikah.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia, Prof Dr Samsudin Abdul Rahim, berkata kebanyakan remaja mengambil jalan mudah dengan melakukan perkara bertentangan agama tanpa memikirkan akibat buruk perbuatan terbabit.

“Golongan remaja ini sebenarnya mahukan hiburan dan cara paling mudah ialah menyertai konsert Black Metal yang biasanya diadakan di kawasan tertutup selain harga tiket yang murah.

“Lama kelamaan, golongan ini akan berasa kagum melihat kumpulan terbabit melakukan aksi dan upacara ritual (pemujaan) sebelum melakukan sebarang aktiviti atau konsert,” katanya….

Ketahuilah olehmu anak-anak Adam…

Orang yang berfikir tidak akan membiarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

“Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” ( Surah al-A´raaf: 179)

Komen-komen
  1. rz berkata:

    artikel yg membuka minda.

  2. adry berkata:

    tpt skali

  3. nuraini fatin berkata:

    salam… pertama skali syabas sy ucapkan kerana dlm menongkah arus globalisasi ramai remaja yg sering kali terkhilaf dalam menilai…. mereka umpama mayat hidup.. hati x dsuburkan dgn bunga keimanan… sewajarnya, langkah2 yg lebih efektif perlu dlakukan.. warga malaysia seharusnya mengembeleng tenaga dlm mencegah kanser ini.. rawatan kemoterapi sahaja tdk mencukupi… harapan supaya pengarang ini menulis lebih bnyk artikel yang membuka minda serta kesedaran… sya ada satu soalan, sbg seorg rkn, sy bimbang dgn kwn sy yg terjebak dlm penzinaan… kami merupakan plajar sek agama dan sy x fhm kenapa dia terjebak dlm penzinaan??? blum cukup ke ilmu agama atau mengikut hawa nafsu??? minta perhatian drpd sidang penulis!!!

  4. Think tank berkata:

    salam…terima kasih kerana memberikan harapan kepada penulis. insyaAllah akan diterima sebagai suatu amanah..dunia rencam kini tidak memilih mangsa siapa anda atau keturunan anda. “Rasulullah s.a.w berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasulullah?” “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.” Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”.

  5. udeng berkata:

    artikel yang membuka mata tentang keadaan yg berlaku sekarang.Berbuat kebaikan dipandang pelik tetapi perkara2 mungkar dipandang biasa.Itulah dunia kini…

  6. udeng berkata:

    Artikel yg membuka mata tentang perkara yang berlaku hari ini.Perkara kebaikan dipandang pelik dan sepi tetapi perkara keji dan mungkar dipandang biasa.Itulah dunia hari ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s