Panduan Memilih Jantina Anak

Posted: April 17, 2008 in think tank thought

Kadang-kala apabila wujud persoalan anak lelaki atau perempuan yang diingini, pelbagai jawapan akan diberikan. Ada yang berkehendakkan anak lelaki kerana anak lelaki dilihat lebih bersifat pemimpin dan akan menjadi ketua keluarga. Tidak kurang juga ada yang mendambakan anak perempuan kerana beranggapan anak perempuan lebih mudah dilentur dan diajar.

Malah persoalan anak lelaki atau perempuan ini dilihat sangat penting bagi sesetengah bangsa terutamanya masyarakat Cina yang lebih mengutamakan anak lelaki apabila berbicara tentang harta dan kesinambungan waris keturunan keluarga. Walaupun dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia, segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.

Dalam dunia perubatan, pilihan dan kaedah merancang jantina anak menjadi penting untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit bawaan baka seperti penyakit ‘hemophilia’ iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Justeru dalam konteks ini, jika jantina anak dapat ditetapkan, penyakit ini dapat dielakkan.

Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan pelbagai cara dan teknik dalam usaha merancang jantina anak. Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan yang sering diamalkan oleh masyarakat Cina. Menurut kaedah ini, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.

Mengikut teori sains, penentuan jantina ini adalah terletak pada benih pihak suami. Ini kerana benih lelaki atau sperma yang mengandungi berjuta-juta benih itu memiliki kedua-dua kromosom iaitu X dan Y manakala telur wanita hanya mengandungi kromosom X. Bagi menghasilkan anak lelaki, telur memerlukan kromosom Y daripada benih suami manakala kromosom X diperlukan bagi menghasilkan anak perempuan. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.

Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada ketika isteri melalui proses kesuburan iaitu pada hari yang ke-13 atau ke-14 selepas hari pertama haid. Pada masa ini, pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.

Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam vagina boleh diubah kepada keadaan sedikit beralkali, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Justeru, dalam hal ini, Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus. Kaedah ‘douching’ ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam vagina dan kemudian cecair khas dipancutkan kedalamnya.

Manakala bagi mendapatkan anak perempuan, pasangan dinasihatkan agar melakukan persetubuhan 24 jam sebelum pengeluaran telur iaitu pada hari ke-11 atau ke-12. Pasangan dinasihatkan tidak melakukan persetubuhan empat atau lima hari selepas persetubuhan pertama berlangsung. Selain itu, kaedah ‘douching’ boleh digunakan dengan menggunakan cecair yang mengandungi sedikit asid seperti ‘Lactacyd’ setengah jam sebelum melakukan persetubuhan.

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa, seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, juga mendapati sekiranya pasangan berkehendakkan anak lelaki, ibu disyorkan supaya mengambil makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan makanan yang bergaram.

Manakala bagi mendapatkan anak perempuan pula, pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan makanan berasaskan susu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.

Dalam erti kata lain, makanan yang banyak kalsium menggalakkan kemungkinan untuk mendapat anak perempuan dan amalan pemakanan sebaliknya iaitu lebih sodium (garam) daripada kalsium, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki.

Menurut kajian, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut kaedah ini memiliki peluang memiliki anak dengan jantina pilihan di antara 75 hingga 80 peratus tetapi hasil akan menurun 55 hingga 65 peratus jika pengambilan makanan yang disyorkan ini tidak dipatuhi.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan menerusi tahap kepuasan isteri ketika melakukan persetubuhan iaitu ketika isteri mendapat kepuasan yang tinggi, cecair beralkali akan dikeluarkan seterusnya merangsang pergerakanan benih Y suami yang berupaya menghasilkan anak lelaki. Manakala proses sebaliknya pula bagi mendapatkan anak perempuan kerana dalam keadaan tersebut, cecair berasid yang merangsang pergerakan benih X akan dikeluarkan.

Selain daripada kaedah-kaedah yang disebutkan di atas, menerusi jaringan teknologi moden kini, penentuan jantina anak juga dapat dilakukan menerusi suatu kaedah yang dipanggil ‘chromatography’. Kaedah yang telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat ini menggunakan kaedah pemisahan benih X dan Y.

Menerusi kaedah ini, benih lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian benih itu menjalani satu proses pemisahan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur.

Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk memisahkan benih Y dan X ini dan antaranya adalah Kaedah Ericson yang menggunakan albumin di dalam prosesnya. Walaubagaimanapun, cara ini tidak menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.

Alternatif lain untuk mendapatkan jantina pilihan adalah suatu kaedah yang ditemui dalam kajian ahli biologi Perancis, Patrick Schoun. Kaedah yang dinamakan Choice ini menggunakan Kitaran Polariti, iaitu suatu kaedah semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.

Kaedah ini memegang teori bahawa kitaran polariti dipengaruhi oleh suatu faktor yang disebut sebagai ‘faktor ionik’ dan dapat diramal seperti juga kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Semasa kitaran polariti berlaku, faktor ionik ini akan menghasilkan caj pada membran ovum (telur) dan sperma. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan menyuburkannya.

Justeru, apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan menghasilkan bayi lelaki.

Teknik yang telah dibawa ke Malaysia sejak 2001 ini mendapati terdapat kira-kira 70 hari dalam setahun untuk setiap polariti. Ini bermakna setiap pasangan suami isteri mempunyai kira-kira 70 hari dalam setahun untuk mendapat anak lelaki dan 70 hari lagi untuk mendapat anak perempuan. Manakala 200 hari lagi memberikan peluang sama rata untuk mendapat jantina anak yang diingini.

Berbanding kaedah-kaedah lain yang dinyatakan, kaedah ini terbukti 98.7 peratus berkesan menerusi ujian klinikal yang telah dijalankan.

Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi membantu pasangan memiliki anak dengan anak pilihan, Allah s.w.t. jualah yang menentukan ‘biru’ atau ‘merah jambu’ yang dimiliki kelak. Apa yang penting, anak yang dilahirkan sihat dan cukup sifatnya walaupun bukan jantina yang dihajati.

Komen-komen
  1. Min berkata:

    Salam.. masalah saya ialah dah tak dpt anak, yg first dah darjah 3.. apa kan daya. Syukur la ada sorang.
    Thanks singgah blog saya 😉

  2. Think tank berkata:

    syukur dengan seorang…asalkan ada waris penyambung…

  3. kamilsifu berkata:

    salam..
    wah..menarik betul entri kali ni..tak pernah tahu pun..apapun memang betul,tak kisah laki atau perempuan yang penting cukup sifat dan dapat menjadi penyambung zuriat..=]

  4. khairulnizambakeri berkata:

    Comelnya dia tidur…

  5. Think tank berkata:

    salam…terima kasih kamil…mmg sesuatu yg menakjubkan denan apa yang ditemui oleh teknologi sains kini…apa pun, rasa syukur kepada Yang Maha Pencipta jangan dilupa…;)

  6. Mat Ali berkata:

    Sala telah pun mengikuti tatacara dan saranan sebagaimana dalam blog ini. Tapi hasil yang saya perolehi adalah sebaliknya. Tidak berjaya.
    Walau bagaimana pun terimakasih kerana berkongsi maklumat.

  7. Kak Pah berkata:

    Salammmm…nak mencelah sikit nih..
    Akak pun dah penah cuba cara yang dinyatakan tapi tak menjadi juga.
    Yang penting kita bersyukur

  8. alin berkata:

    Dah ada 2 org puteri, dan usia kandungan skrg dah masuk 8 bulan. Sepanjang kehamilan tidak pernah scan jantina cuma lihat kedudukan bayi cukup sifat dan sihat, Alhamdullilah…

  9. naylinisa berkata:

    saya mempunyai 3 anak. Dua perempuan n satu lelaki. Pemakanan anak lelaki suka makan pisang dan suami berhenti dari minum susu dan mengamalkan minum teh. pemakanan anak perempuan, setiap hari minum susu dan makan yg manis. Sekarang saya hamil, pi belum tahu apa jantinanya. Sebelum hamil, suka makan aiskrim.Pemakanan saya pada 1 -4 bulan, tidak suka yg manis, makan manis, saya muntah. makan buah dan langsung belum pernah minum susu. Hanya makan ayam dan daging. Ikan langsung tak mahu. Muntah sj. Suami memang dari dulu, tak minum susu. Tapi kegemaran saya suka makan meegoring n kasturi pink. Apakah jantina anak saya kali ini. Tq

  10. aina0208 berkata:

    a’kum..
    sy dh ada 2 org puteri..skrg teringin nak dpt putera lak..
    nak cuba tips2 tu mana tahu menjadi kan..
    tapi kalu tak menjadi pn,sy terima je..anak2 kan penyambung kasih suami isteri..

  11. iddah berkata:

    salam saya ingin mengandung lagi anak saya ada 3. kesemuanya puteri..so ingin nak tambah putera lak. umur 34thn so adakah faktor usia juga penyebab jantina bayi.. bagila tips2 selebihnya bertawakal kepada Allah

  12. rayyan berkata:

    a’kum,
    kurniaan seorang cahaya mata, bilakah agaknya? bagi pasangan baru seperti kami inilah yang dinanti-nantikan, maklumat yg ada dlm blog ni cuba dipraktikkan, harap Tuhan makbulkan usaha ini.Apatah lagi, bersama isteri hanya pada waktu2 tertentu shaja. Isteri di Johor, suami pula di Sarawak.Mengharapkan setiap kali bersama usaha kami membuahkan hasil..insyaAllah.

  13. Suezai berkata:

    Assalam,

    Saya baru saje melahirkan anak ke3 dan kesemuanye perempuan. Perancangan seterusnyer dalam 2-3 tahun akan datang utk seorang lagi. Boleh dapatkan tips utk anak lelaki?? Suami tersgt2 kehendak kan seorang. Namun alhamdulillah, dia sayang semua anak2 kami.

  14. mamaina berkata:

    hai

  15. mamaina berkata:

    Salam..Saya dah ada 4 orang puteri.so cadang nak cari putera..mcm mcm kaedah saya dah cuba.. apa pun saya bersyukur dengan anugerah Allah.Pada saya, anak perempuan atau anak lelaki fitrahnya sama saja. Alhamdulillah ..setiap yang datang dario Allah ada hikmahnya..

  16. ifhana berkata:

    salam…
    saya mempunyai 3 org puteri. hasrat hati mmang nak sorang putera…dok tengah collect petua. ada kawan2 kata utk dapat anak lelaki kena banyakkan makan seafood. ada saya terbaca dlm intenet kena makan banyak daging. nak tanya ler… pemakanan mana yg betul utk dpt anak lelaki? buah-buahan apakah yang sesuai..tq

  17. WANI berkata:

    salam, saya sdg mnagndung yang pertama 3minggu tapi saya teringin untuk mandapat anak lelaki tatapi masa saya lambat kedatngan haid saya telah makan pil untuk cepatkan haid tetapi setelah 2minggu sakit perut saya pergi ke klinik dan mendapati saya hamil 2minggu. disini saya ingin tanyakan adakah kehamilan saya ini akan terganggu? kerana saya sering muntah dan sakit perut.

  18. Suri berkata:

    Assalamualaikum..

    utk dpt anak lelaki bersama suami pd hari terakhir waktu subur & lepas selesai miring ke kanan (rusuk kanan di bawah) & bawa tidur. petua Islam yg kebarangkaliannya tepat insyaallah… tapi rezeki Allah yg tentukan, sebagai umatnya kita perlu bersyukur & redha dgn apa yg dikurniakan oleh Nya

    Saya pon berusaha nak dpt anak lelaki sebab hubby teringgin sgt boy… bagi saya janji anak sihat & cukup sifat dah alhamdulillah

  19. naj8370 berkata:

    salam…hiii saya tgh pregnant ank ke3…dua2 puteri..hope this one putera lak…dah cube ikut petua banyak makan makanan laut, selepas bersama baring ke kekanan n tidur pun ke kanan..now 4 bln 2 minggu…berdebar gek this saturday nk scan…moga Allah memakbulkan doa…aminnnn

  20. ekie berkata:

    Salam…..saya pun nak syer jugak….
    Sekarang ni tengah mengandung kali keempat,2 puteri (kembar) dan 2 lelaki. Kali pertama mengandung dapat anak perempuan,saya cuba gunakan pencuci vagina yang namanya lactacyd tu, ada jual kat farmasi,nampaknya menjadi..kemudian mengandung kali kedua saya baring mengiring kekanan selepas ehem…nampaknya menjadi juga,boleh dapat anak lelaki. Kali ketiga saya cuba lagi untuk dapatkan anak lelaki untuk buktikan kebenaran dan puaskan hati, nampaknya berhasil juga bila dapat anak lelaki sekali lagi…fuh…sekarang mengandung yang keempat..mudahan dapat anak perempuan lagi…amin

  21. fara berkata:

    Sy dah ada dua anak perempuan..skrg dok cari petua untuk dapat anak lelaki la plak..tq tentang semua info nie..sy akan cuba..

  22. fisa berkata:

    salam,
    saya sedang hamil 2 bulan.tapi menginginkan anak perempuan kali ini kerana sy sudah ada anak lelaki.pemakanan sy ketika sy hamil anak lelaki dulu,suka minim susu,cergas,makan pisang dan dagging.tapi kali ini suka makan pedas,asam-asam,susu langsung tak minum,selalu penat,ubat tak boleh makan.kalau tak pedas atau minum susu mesti muntah.boleh tak beritahu jantina sy kali ini??tapi tak kisah lah lelaki atau perempun asal cukup sifat dan sihat sempurna..

  23. naj8370 berkata:

    alhamdulillah saya ade 2 pu3 dan baby lelaki…tapi baby baru meninggal last wednesday…masa prgnant dulu mmeng amalkan petua utk dptkan ank lelaki…minum soya…makan seafood…bykkan surah yusuf dari Maryam…dan berdoa..lepas bersama mengiring belan kanan…insyaallah

  24. rohaiza berkata:

    hi….saya ngah berusaha tuk dptkan anak lelaki…dah ada 3 puteri…rasanya yg ke-4 ni lastlah kot…..ngah cb cr petua tp masih takut tuk mempraktikkannya….:(

  25. atie berkata:

    saya kini mempunyai 3 orang ank lelaki, dan utk yg seterusnya suami menginginkan anak perempuan pula, namun saya masih lg fobia utk mengandung lg kerana ank ketiga saya sewaktu lahir ditempatkan di NICU kerana tertelan najis sewaktu didalam perut lg. sebelumnya doktor mengesahkan bahawa hayat ank saya itu cumalah 50 per 50 sahaja. namun berkat doa dan perkenan dari yg Maha Esa ank saya kini selamat dan sihat kembali. syukur alhamdulillah. sekiranya mengandung lg selepas ini, apa yg penting diharapkan semoga dpt melahirkan dgn selamat dan dikurniakan ank yg sihat dan sempurna akal fizikalnya.

  26. MAMA & ABAH berkata:

    kita berusaha namun segalanya telah d tentukan oleh ALLAH S.W.T.Apa yang penting adalah kita untuk melakar peribadi anak2.Lelaki @ perempuan sama saja jika, KERANA HANYA ANK Y SOLEH SOLEHAH DPT MENJAMIN TEMPAT D SYURGA…jadi apa perlunya kita merancang jantina anak sedangkan kita hanya melahirkan tetapi tidak memimpinnya ke jalan ALLAH SWT.

  27. shima berkata:

    saya ni dah 3 hero..mmmm

  28. ila_casey berkata:

    saya 2 org anak pompuan…teringin sgt nak anak lelaki….apepun, saya bersyukur dkurnikan rezeki anak klau dibandingkan yg lgsung xada anak….alhamdulillah….

  29. Aisyali berkata:

    saya sdg preggy anak ke 3…da ada 2hero…memg berharap sgt kali ni girl pulak…baru sedar dgn tips2 diatas…mcm mana pulak kita nak tahu samada habit or condition semasa pregnant utk tahu jantina bayi yg bakal dilahirkan tanpa perlu scan???…cuba utk terima apa saja yg ditentukan yg Esa….tap masih xblh tipu diri sendiri dan sentiasa berharap utk baby girl dan mula tertekan…Ya Allah…ampunkan dosa hamba mu yg mula rasa tidak bersyukur nih…namun apa ku doakan semoga bayi yg bakal dilahirkan cukup sifat dan sihat sempurna…amin….

    pada shima….mcmana rasanya mula2 tahu yg baby ketiga anda adalah hero juga….saya ingin tahu perasaan anda dan bagaimana anda mengawalnya….tq

    • Inasue berkata:

      “Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus.”..

      sape2 yg tahu cecair yg mengandungi sodium bicarbonate 8.4 peratus dijual kat mana?

  30. Yana berkata:

    sy dah ada 2 hero,skrg sedang pregnant anak ke-3,sy harap dapat bb gurl utk kali ini,tp apa pun kententuan yg allah berikan sy terima seadanya..janji bakal bayi yg lahir nanti sihat & cukup sifatnya..hari2 sy duk makan makanan yg masam dan pedas..klu tak mual aje memanjang..ini harapan terakhir saya sbb dah 2 kali czear..yg kali ke-3 ni pun doktor dh tulis czear gak…harap2 allah dengarlah doa hambanya ini..amin…

  31. ruzz berkata:

    sya brumur 34 thun dan ada 6 orang anak. 1 prmpuan & 5 lelaki. sya brcadang nak tambah seorang lgi anak prempuan.. sya akan cuba ptua utk dpt ank prmpuan.. insyallah berjaya..

  32. butterfly berkata:

    “Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus.”..

    sape2 yg tahu cecair yg mengandungi sodium bicarbonate 8.4 peratus dijual kat mana?

  33. arezha berkata:

    Anak lelaki atau perempuan Allah yg tentukan…kita hanya berusaha….sekiranya usaha tetapi tidak dpt apa yg dikehendaki…..itu maknanya kita hanya mampu menjaga ank yg a
    Allah berikan….contohnya……Allah kurnikan kita ank perempuan je….maksudnya kita ni hanya mampu jage ank perempuan je…….ape2pun syukur dikurnikan ank…..moga mendpt ank yg soleh dan solehah………@ckp pd diri sendiri h
    jugak…hehe

  34. esther berkata:

    umo da msuk 40 an dan da memiliki 2 puteri … skg dlm usia ni msh bole lagi ke sy mengandung kerana teringin pulak nk bby boy … bantu lar sy pls… tq

  35. Alynn berkata:

    Syukur kalau dah anak berpasang ni kan…ada boy n girl….

  36. leya berkata:

    nak tanya..kaedah choice yang berpandukan kitaran polariti tu dipengaruhi juga ke oleh teknik seks contohnya suami perlu ejakulasi sebelum isteri n jgn pancut dalam untuk mendapat baby girl……sape2 tahu?

  37. amelia berkata:

    Sy melakukan seks sejurus selepas haid iaitu hari pertama hbis haid..apakah jantina anak yg sy dpt? Adakah ia perempuan??

Tinggalkan Jawapan kepada butterfly Batal balasan