Diet: Apa Jenis Darah Anda?

Posted: Januari 31, 2008 in think tank thought

diet-in-veggies-reduced.jpg

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Tidak dapat dinafikan, pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan dipasaran.

Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D’Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB dan O.

Diet untuk Golongan Darah A

Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga

• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengahari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet untuk Golongan Darah B

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet untuk Golongan Darah AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan dari jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Diet untuk Golongan Darah O

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D’Adamo ataupun tidak.

Komentar
  1. khairulnizambakeri berkata:

    Aku darah A.

  2. Irwin Tanoyo berkata:

    mohon diberikan penjelasan singkat tentang diet apa saja untuk menurunkan berat badan?
    golongan darah saya AB rh positive
    terima kasih sebelumnya
    salam
    Irwin

  3. anna berkata:

    apakah kekurangan zat@vintamin, skiranya sseorg itu tiba2 jer brasa pitam apabila bangkit dari duduk,bangun tidur scr tba2 & bmain lbh daripd 15mnt akn petam n rasa2 mahu pengsaan jer..bg sebb n kesan pkra tsbt bo blku strsy mbr kesan kpd tuan puya bdn.

  4. aishah berkata:

    darah o.

    cara pemakanan dan kesihatan yg sihat untuk menambahkan berat badan.berat badan skrg 44 kg.ketinggian 162 cm.umur 25 thn.dan saya mempunyai alergic teruk sekiranya memakan mkanan laut selain ikan.kenapa?tlg berikan pjelasan.Terima Kasih.

  5. aida berkata:

    apakah benar golongan berdarah o perlu mengelakkan utk memakan vitamin c daripada buah oren………

  6. ally berkata:

    Jenis darah B positive , bagaimanapun baru-baru ni doktor mengesahkan darah saya jenis darah masam..apakah diet yg patut saya ambil dan apa pula jenis makanan yg perlu saya jauhi..selain itu saya mengalami sakit di setiap sendi saya tetapi hanya di kedua-dua tangan saya…adakala kebas, mencucuk dan ada masa kejang hingga saya tidak dapt memandu, menunggang atau menjahit pakaian sekalipun.tolong saya….

  7. enie berkata:

    saya berdarah A+…dlm mase sbulan ni saye cube berdiet dengan hanya makan sekali dlm sehari dgn kuantiti nasi yg amt minimum dgn pengambilan lauk yg lebih sprti ikan/ayam dan sayur…sy juga tidak mkn mlm…tetapi, mslhnye berat badan sy smkn bertambah…dan sume org mule menegur sy semakin berisi…berat sy skg 70kg dgn ketinggian 162cm…tolonglah saye….sedih sgt…=(

  8. dakgumuks berkata:

    saya darah jenis B.. semasa mengandungkan anak sulung, berat badan saya naik dengan terlalu mendadak sehingga hampir mencecah 100kg..sedangkan berat asal saya hanyalah 67kg dengan ketinggian 169cm..
    selepas tempoh berpantang sehingga kini berat badan masih lagi di sekitar 85kg..pelbagai kaedah utk diet telah di cuba tapi masih belom dapat menggembalikan berat badan saya pada tahap yang normal.. saya wanita berkejaya dan mempunyai waktu terhad utk melakukan senaman..
    so bantulah saya kaedah diet yg terbaik..

  9. kancil berkata:

    Disini saya ingin berkongsi pengalaman benar saya… saya baru melahirkan anak kedua 9 bln yang lalu… Sebelum mengandung berat saya 69 kg dgn ketinggian 1.6 m, Waktu mengandung saya makan apa saja yang saya mahu… berat akhir waktu mengandung 79kg,

    Saya berazam utk menurunkan berat badan sesudah bersalin,.. Pulang dari hospital saya terus timbang, 69 kg… Dalam pantang memang saya jaga pemakanan… dalam tempoh 44 hari setitis minyak pun saya tak makan, saya nak buat eksperimen utk diri saya sendiri betul ke boleh turun…hanya makan nasi berlaukkan ikan rebus@bakar dan sayur rebus..nasi dalam 2 senduk…dalam 44 hari juga saya tak tinggalkan berbengkung bahagian punggung..

    Hasilnya… terkejut dan bersyukur juga.. Setelah 60 hari bercuti..naik kerja memang org terkejut… saya mencapai berat ideal 57kg…turun 12 kilo dalam masa 2 bulan!

    Selepas 3 bulan saya masih maintain dgn berat tersebut… Oleh kerana saya dah biasa makan rebus2…sampai sekarang selera saya pun tak macam dulu..tambahan pula saya dah puas makan makanan sedap2 waktu mengandung,,semua saya mkn tak kira coklat,nasi briyani,mc d dan mcm2 lagi..

    10 bulan berlalu… saya masih maintain dgn berat badan ideal..

    Apa yang saya selalu lakukan:

    i. Hari-hari saya timbang : naik sekilo, saya control makan ( berpuasa @ bersenam)
    ii. Saya tidak makan makanan berminyak, manis : kesan daripada makan macam2 masa mengandung, sampai sekarang saya rasa dah jemu nak makan makanan kategori tersebut.
    iii. Minum air kosong banyak2…Bangun pagi terus minum segelas air kosong…air manis kurang minum.

    Kesimpulannya;
    Bagi saya tempoh mengandung dan bersalin adalah satu tempoh peluang utk berazam menurunkan berat badan . Tambahan pula waktu berpantang kita tak digalakkan makan makanan berlemak.Dibantu dengan pemakanan ubat serta berbengkung 24 jam dan yang utama displin diri.

  10. hani berkata:

    senang je nak kurus, jgn makan malam
    gerenti dalam masa sebulan boleh turun berat badan.
    Berat badan saya mmg mudah naik dan mudah turun tp dari anak satu sampai dah 4 orang berat tak lebih 60 kg. Kalau lebih dr tu sy cepat berdiet dgn tak makan malam.

  11. sal berkata:

    sy adalah darah ab,manakala pasangan sy darah o.adakah risiko @sukar mendapat anak kelak.

  12. gibreal berkata:

    heloooo…apa pulak kesan kalau kita tidak ikut cara diet yang telah
    di syorkan?

  13. Yue berkata:

    Saya berdarah O, umur 34 tahun, tinggi 152cm dan berat 40kg. Selalu diperli kerana terlalu kurus dan nampak lebih muda dari usia. Sangat menyukai daging, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Alah pada makanan laut. Kurang gemar ikan dan ayam – ia mudah buat saya hilang selera nak makan banyak. Tak tahu macam mana cara nak tambah berat badan – majalah kesihatan pun asyik-asyik pasal nak turunkan berat badan.

  14. aini berkata:

    drah sy jnis o, berat 38, tnggi 152cm n umo 26thn…bagaimn cr unk sy mnmbahkn berat bdan sy…sy tllu krus shngga sy tiada kyakinan dri..bse kt market or btik kbnyakan jual produk nk mlngsingkan badan…sy plk nk tmbhkn brat bdan.cmne erk?

  15. cibi maruko chan berkata:

    ASSalamualaikum…
    saya ada masalah berat bdn sgt2..sejak kecil..skun umur 21…risau sgt2…setaun lagi saya akan masuk bidang keje…berat saya hampir seratus kilo…umm tinggi 155…betul ke cara nie bkesan??doakan saya semua…sy dah cuba byk benda nak turunkan berat…sampai join wataniah…harap sgt dapat turunkan berat bdan..sbb sy pun ada keinginan nak berumahtangga mcm owg lain….sedih dgn keadaan mcm nie

  16. shaquere berkata:

    sila rujuk blog anizon.ade perdebatan yang melibatkan blood type diet.

  17. shaquere berkata:

    anizyn

  18. Blanche berkata:

    My brother suggested I might like this web site.
    He was totally right. This post truly made my day.
    You cann’t imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!

  19. my porn video berkata:

    wonderful publish, very informative. I ponder why the other experts of this
    sector do not realize this. You should continue your writing.
    I am confident, you have a huge readers’ base already!

  20. Alynn berkata:

    saya darah o juga…huhuhu..berat badan dan tinggi semuanya normal..Alhamdulillah..
    singgah sini ye nnti :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s