Kaedah Fertigasi: langkah mengimbangi imbangan perdagangan makanan negara

Posted: November 19, 2007 in think tank thought

fertigasi.jpg

Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.

Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.

Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

• Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman;
• Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit;
• Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak;
• Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi;
• Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh;
• Kualiti hasil yang lebih baik;
• Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%;
• Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai;
• Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
• Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Dalam kaedah Fertigasi, beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas.

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Kaedah Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran.

Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion.

Justeru itu, industri pertanian perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing.

Kerajaan melihat bahawa negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian itu program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.

About these ads
Komentar
  1. rastom berkata:

    Memang fertigasi menghasilkan sayur yang cukup cantik daunnya, hijau menawan, tiada langsung tanda tanda diganggu ulat. Saya pernah cuba makan sayur sawi hasil fertigasi. Tetapi selepas makan terasa pening dan khayal. Saya rasa curiga kemungkinan terlebih guna bahan bahan yang dicampurkan kedalam air yang dialirkan itu.

  2. Think tank berkata:

    kemungkinan kelemahan sistem ini pasti ada…simpati pada en ramtom…alhamdulillah…saya tidak pula mengalami perkara tersebut…

  3. Mohd Ashraf berkata:

    Fertigasi hanyalah satu kaedah pemberian air dan baja kepada tanaman tanpa menggunakan tanah.
    Racun memang diperlukan dalam tanaman secara fertigasi.
    Mungkin en Ramtom makan sawi yang tidak dibasuh sepenuhnya.

    Kalau nak selamat , cari sayuran organik. Sekarang ni ramai yang tanam secara organik, tidak menggunakan bahan kimia sebagai racun dan baja. Selamat dimakan begitu saja.

  4. faizal berkata:

    tolong ceritakan lbh lanjut penanaman furtigasi

  5. yusdi berkata:

    tumpang tanya…. pelan tapak fertigasi camna..kalu ada gambar pun cantik..sbb tgh cari gambar… tanah dah ada , ingat nak try jadi petani lak….kalu ada gambar fertigasi nih bagus gak… teringin nak tanam cili…

  6. Think tank berkata:

    insyaAllah akan diusahakan…

  7. pakchu berkata:

    Satu usaha yang bagus boleh dikongsi bersama. Saya baru saja mengusahakan kaedah ini secara berperingkat. Menjawab jawapan

    rastom:

    November 29, 2007 pada 9:14 am
    “Memang fertigasi menghasilkan sayur yang cukup cantik daunnya, hijau menawan, tiada langsung tanda tanda diganggu ulat. Saya pernah cuba makan sayur sawi hasil fertigasi. Tetapi selepas makan terasa pening dan khayal. Saya rasa curiga kemungkinan terlebih guna bahan bahan yang dicampurkan kedalam air yang dialirkan itu”.

    Saya rasakan kaedah yg digunakan bukan kaedah fertigasi, tapi kaedah hidroponik. Sebab saya pernah makan sayur hidroponik mengalami sedemikian. Buat masa ni saya dapati sayur menggunakan kaedah fertigasi lebih enak dan lazat.

    tu pendapat saya.. Saya nak cadangkan supaya kita boleh masukkan gambar hasil projek masing2 untuk dikongsi bersama.

    • masha berkata:

      Betul, kaedah yg digunakan adalah kaedah hidroponik. Saya telah membeli salad hidroponik di sebuah pasaraya sebanyak dua kali. Kali pertama selepas satu jam saya makan, saya berasa pening. saya ingatkan hanya kebetulan sahaja pening kepala. Dua hari kemudian saya beli lagi salad yg sama. Selepas satu jam saya makan, saya mengalami pening kepala yg teruk dan muntah. Saya rasa ini sudah sampai peringkat mabuk. Saya tidak boleh baring kerana apabila baring sahaja, saya rasa pening seperti berpusing pusing. Keadaan ini berlarutan selama dua hari.

  8. upm berkata:

    boleh tunjukkan gambar dengan lebih jelas tak macam mana sistem fertigasi itu dijalankan

  9. Mohd. Rosli B. Hamzah berkata:

    salam……
    kalau boleh saya nak tahu macam mana dan keadah untuk menjalankan fertigasi dan juga untuk mendapatkan peralatan seperti nutrient, Dripper, mini tubing, tubing, tdan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi
    dimana saya boleh dapatkanya

  10. YAZID berkata:

    kalau boleh saya nak tahu macam mana dan keadah untuk menjalankan fertigasi dan juga untuk mendapatkan peralatan seperti nutrient, Dripper, mini tubing, tubing, tdan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi
    dimana saya boleh dapatkanya

  11. kcar berkata:

    apa ye beza fertigasi ni dgn hidroponik?

  12. izat berkata:

    saya sekarang sedang mengusahakan tanaman cili dan kaedah fertigasi ni amat2 sesuai untuk tanaman lada..boleh tak kalau saya nak tahu kandungan unsur-unsur dalam baja tu dan cara pembuatannya..berapakah sukatan setiap unsur?saya harap sesiapa boleh menjawab pertanyaan saya…terima kasih…

  13. blitz berkata:

    mmg teknik yang hebat dan bagus. pengeluaran meningkat. tapi masih ada elemahan. formulasi baja copper yang selalu digunakan mempunyai element nitrogen terlampau tinggi. formulasi mardi dan formulasi upm masih dalam kajian hanya dapat menurunkan sedikit sahaja nalai nitrogen. nitrogen yang terlampau tnggi boleh menyebabkan kanser.

  14. blitz berkata:

    fertigrasi adalah teknik memberi baja dalam sistem pengairan. skop meluas hingga teknik kultur tanpa tanah seperti penggunaan sekam bakar dan habuk kelapa. hidroponik hanya tetumpu penanaman tanpa media. hanya air seperti teknik stagnant dan nutrient film technique.

  15. blitz berkata:

    barangan boleh dibeli di mana2 kedai alat pertanian atau tempah pada jab. pertanian. formulasi baja juga boleh diperoleh di jabatan pertanian.

  16. blitz berkata:

    pemberian baja adalah mengikut jumlah EC. jadi kepekatan larurtan baja perlu disukat dengan EC meter. jumlah EC yang disyorkan adalah antar 1.5 hingga 2 pada peringkat anak pokok. dan 2.5 hingga 3 apabila pokok besar.

  17. iffan04 berkata:

    …boleh saya tumpang tanya???….boleh ke saya nak kenali lebih dekat siapa sdr. blitz sebenarnya…..penulisan awak ni ada skit aura…..dan gaya tersembunyi……ni. no contact saya….012 5830013/019 4580013…..

  18. jashi berkata:

    ingin bertanya..
    adakah racun dan baja untuk pokok hiasan dan tanaman 3
    sayuran adalah sama?

  19. iffan04 berkata:

    ..bab baja saya boleh jawab……utk. memudahkan anda elok siramkan dgn. baja A/B saja…….biar pokok yg. tunjuk kesannya…..rahsia baja A/B belum diterokai sepenuhnya lagi……saya jumpa kes ini pun secara kebetulan…..jika perlu info lebih lagi boleh saya terangkan…..baja ini boleh dibuat sendiri…..ini adalah teknologi israel……call saya 019-458 0013/012 583 0013

  20. SAIFUL75 berkata:

    ADA TAK CILI PADI DITANAM SECARA FERTIGASI.KALAU ADA CONTOH TLG TUNJUK KAN

  21. SAIFUL75 berkata:

    NGAPA BILA CILI PADI MASA REMAJA. PUCUKNYA JADI KUNING LEPAS TU HITAM DAN MATI

  22. shahri berkata:

    boleh x bgi sedikit nota tentang good farming prectice

  23. sham berkata:

    aku dapat peralatan fertigasi ni kat sabak agro. kalau kita datang ke opis dia, diorang ada bagi konsultan gak. dah banyak aku beli kat sana. sekarang aku ada tanam kacang buncis 4000 polibeg, alhamdulilah sehari aku boleh dapat bersih rm300.terima kasih sabak agro atas khidmat nasihatnya.

  24. masz berkata:

    Salam,saya tinggal di aprt bgaimana cara utk saya cuba2 dlm penanaman cara ini..tkasih

  25. masz berkata:

    Kalau sesiapa yang dah berjaya cara ini..boleh kirimkan gambar tak?

  26. nick berkata:

    nak tanya ckit macam mana nak buat baja A/B, boleh ajar tak.Boleh bg tau kos nak tanam cara fertigasi ie 100 pokok cili

  27. nick berkata:

    macam mana nak buat baja a/b. kos tanam cara fertigasi ie 100 pokok cili agaknya berapa

  28. yusof berkata:

    salam. ingin tahu cara pembuatan baja dan sukatannya bagi jenis pokok yang berlainan. tq…

  29. awoi berkata:

    tak ada member yang nak tunjuk gambarkah? ramai yang minta ni. cakap jer banyak2, ada skrinshoot kan syok

  30. Rusman berkata:

    Diatas permintaan ramai yang ingin mengetahui secara teori dan praktikal sistem fertigasi, saya bercadang untuk membangunkan satu atau dua model tanaman fertigasi untuk kita pelajari bersama-sama. Insyaallah mulai 3-4 bulan dari sekarang ( Nov 2008 ) saya akan mencari tapak latihan dengan sistem fertigasi yang berjaya yang boleh kita berkongsi bersama.

    Saudara/i boleh menghantar nama, alamat dan nombor talipon bagi memudahkan saya menghubungi setelah pusat latihan dan sistem fertigasi sedia menerima kedatangan saudara/i.

    Untuk permulaan, saya bercadang mendirikan model untuk latihan teori dan praktikal d Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

    E-mail saya : tampin77@yahoo.com

  31. Djat berkata:

    Kat mana i boleh dapatkan cocopeat n dlm 1 pokok brapa banyak boleh keluarkan buah.cara fetigasi

  32. Djat berkata:

    maksud i lada besar

  33. isa berkata:

    nk tau kt mane kedai yg jual barangan kt area seremban?..

  34. harma berkata:

    saya nak tanya,boleh tak tunjukkan cara membuat larutan baja yang boleh dibuat sendiri??tanpa membeli dari kedai untukmenjimatkan kos pembelian larutan baja…

  35. lily berkata:

    kalau ada sapa-sapa yang nak beli coco peat dan serkam baja, boleh hubungi saya 0196657296. KL

  36. kipepeo berkata:

    di mana bley dapat kn buku dan alatan fertigasi?

  37. Shani berkata:

    Itulah tu… saya pun memang berminat sungguh untuk tahu bagaimana caranya untuk menanam cili hidup dengan kaedah fertigasi ini. Boleh saya dapatkan alamat tempat Encik mengadakan model tanaman fertigasi di Seremban itu? Boleh saya pergi lihat dan belajar daripadanya. Saya juga berharap Encik dapat berkongsi ilmu tentang step-by-step cara-cara menanam cili, apa yang perlu dibuat dari mula sampai akhir, termasuk ke mana untuk dipasarkan hasil tanaman tu nanti, dan sukatan terperinci semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menanam cili, contohnya seperti baja, larutan, sekam dan senang cerita, semuanya sekali.

  38. Shani berkata:

    Ini nombor telefon saya, 012-6347475. Encik boleh call saya bila-bila masa saja.

  39. nana berkata:

    untuk dapatkan anak benih cili (untuk tanaman fertigasi), anda boleh menghubungi saya di 018-7612540. harga boleh dirundingkan berdasarkan kuantiti…

  40. sh.anum berkata:

    mari kita sama-sama majukan industri pertanian negara melalui kaedah ini…pertanian adalah perniagaan..who knows kita boleh jadi jutawan sayur one day…majulah sayur untuk negara…hehehe…i love sayur very much.

  41. matfertigasi berkata:

    salam kepada peminat fertigasi beroperasi dikawasan johor,sedia membantu membekal disegenap malaysia keperluan utk fertigasi,set baja,dripper,micro tube,nipper,polybag dan sebagainya.

  42. matfertigasi berkata:

    company southern green agriculture
    contact 019-7216701

  43. iNa berkata:

    saya nak tau berapa modal yg diperlukan untuk sistem ini??
    saya berminat tapi hanya untuk hobi…
    bagaimana dengan pemasangan?
    susah ker??
    saya berminat untuk penanaman cili dan terung…
    dlm 20 pokok cili n 20 pokok terung…

  44. izah berkata:

    ada tak kursus tanaman fertigasi kat pahang. kalau ada boleh tak bagitau kat mana dan bila tarikhnya

  45. farida berkata:

    salam…sy membuat research mengenai penanaman bendi melalui keadah fertigation, so klu sy blh nk tau jenis bja yg digunakan tuk fertigation and nisbah nya dan kalu kaedah conventional pula, ada kah bja yg digunakan sama dgn fertigation?

  46. samuni berkata:

    Salam…boleh tak saya minta gambar bagaimana system fertigasi ni berfungsi,maksud saya contoh model system ni…saya ada cuba2 menjinak-jinakkan diri dalam penanaman cili..so,nak cuba guna system fertigasi ni..

  47. saya nak berlajar cara-cara manyediakan tapak fertigasi

  48. [...] One point healthlab, Burung Walit, Tanaman keadah Fertigasi, Esulin, ternak kambil, ikan dan bermacam-macam lagi. Inilah masaalahnya perangai ‘Jack of [...]

  49. Fitri berkata:

    Fertigasi memang boleh menguntungkan jika d lakukan dgn kaedah yg betul.mari belajar bersama saya?

  50. Fitri berkata:

    Call saya untuk pertanyaan penanaman fertigasi.ladang kami d bangi dan bkt.beruntung. 0147389050

  51. Fitri berkata:

    Sebenarnya kaedah ini boleh menguntungkan jika target setiap pokok di capai iaitu 3kg/pokok.Jadi 2 perkara yang amat penting perlu di jaga iaitu pembajaan dan kawalan racun serangga dn kulat.jika d laksanakan dengan kaedah yang betul insyaallah target dapat d capai….amin..

  52. anna berkata:

    kat mana boleh beli perlite eh?

  53. shamsiah berkata:

    nak tanya, kalau daun cili tu merekot, apa baja yang patut saya bubuh..

  54. These are actually enormous ideas in on the topic of blogging.
    You have touched some good things here. Any way
    keep up wrinting.

  55. Hi! I know this is kinda off topic but I was wondering if you knew where I could locate a captcha plugin for my comment form?
    I’m using the same blog platform as yours and I’m having trouble finding
    one? Thanks a lot!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s