Archive for Ogos, 2007

Kepada Siapa Tidak Patut dan Siapa Patut Anda Dengar
Ogos 28, 2007

Penulis pernah menulis mengenai peristiwa 13 Mei 1969 walaupun penulis lahir sepuluh tahun selepas peristiwa berdarah itu tercetus. Penulis memahami peristiwa itu hanya melalui penulisan dan penceritaan lisan daripada guru dan ibu bapa penulis. Mengetahui dan memahami sesuatu peristiwa tanpa mengalaminya sendiri pada hemat penulis tidaklah sama perasaannya berbanding pengalaman mengalaminya dengan mata kepala sendiri.
Ibu [...]

Pemantapan Institusi Ilmu Bagi Mengukuhkan Budaya Ilmu
Ogos 23, 2007

Perkataan ‘ilmu’ lazimnya merujuk kepada dua maksud; (1) pengetahuan dan kepandaian di dalam sesuatu perkara, merangkumi semua aspek kehidupan: dunia dan akhirat, (2) kajian berkenaan sesuatu perkara. Bagi Syed Muhammad Naquib al-Attas, ilmu didefinisikan sebagai ketibaan maklumat yang benar dan bermakna dalam diri seseorang insan.
Sesungguhnya dari pandangan Islam, status dan keutamaan ilmu adalah amat jelas [...]

Ke Arah Ketamadunan Islam Yang Progresif
Ogos 20, 2007

Islam menyatakan hakikat kejadian Allah iaitu manusia dicipta dalam pelbagai bangsa yang bertebaran di seluruh muka bumi serta menggalakkan interaksi dan komunikasi di antara masyarakat yang pelbagai bangsa dan kerakyatan bagi mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan [...]

Mengiktiraf Wanita Sebagai Agen Pembangunan Negara
Ogos 7, 2007

Islam menghormati dan memandang tinggi wanita. Dalam sebuah huraian mengenai martabat wanita dalam Islam, Yusuf al-Qardhawi telah menulis, “Islam menghormati wanita, mengiktiraf keinsanan serta keupayaannya untuk memikul tuntutan agama, tanggungjawab, kesaksamaan hukuman dan peluang memasuki syurga.”
‘Betapa kasihnya Allah s.w.t kepada wanita.’ Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ´layanan´ istimewa terhadap wanita dalam Islam. [...]

Ke Arah Penglobalisasian Ekonomi
Ogos 3, 2007

Pembangunan ekonomi dan kemajuan umat boleh dikatakan sebagai saling berkaitan dalam konteks bahawa kedua-duanya berkait rapat dan bergantung pada faktor-faktor yang sama.
Hanya dalam pembangunan ekonomi, tumpuan lebih diberikan kepada aspek-aspek yang bersabit dengan muamalat, perancangan penggunaan sumber negara, keutamaan perbelanjaan mengikut kriteria yang dipersetujui, dasar-dasar kerajaan bersabit dengan aspek-aspek ini serta usaha berterusan untuk memastikan [...]