Praeklampsia Pembunuh Ibu Hamil

Posted: Julai 10, 2007 in think tank thought

womb.jpgDi kebanyakan tempat serata dunia, praeklampsia atau penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil atau sawan ibu mengandung ini menjadi punca kematian ibu hamil. Praeklampsia berlaku di kalangan lebih kurang 5 – 10% daripada keseluruhan ibu hamil. Di Malaysia, ia merupakan punca kedua kematian ibu-ibu hamil selepas pendarahan postpartum. Pendarahan postpartum ialah pendarahan dari saluran pembiakan yang berlaku selepas kelahiran (tumpah darah). Ia boleh menyebabkan hipotensi (tekanan darah rendah) atau renjatan.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan praeklampsia ialah kehamilan pertama kali atau dipanggil ‘primigravida’. Selain itu, sejarah keluarga seperti ibu atau kakak yang menghidap praeklampsia juga memberi risiko kepada saudara atau anak perempuan untuk menghidapinya. Jika ibu hamil pernah mempunyai latarbelakang praeklampsia pada kehamilan lalu, kemungkinan untuk menghidapnya pada kehamilan seterusnya juga besar.

Kebiasaannya ibu yang terlalu muda atau berumur dalam kategori kurang daripada 20 tahun atau kurang dari 35 tahun dilihat sangat berpotensi besar untuk menghidap praeklampsia. Pada peringkat ini, para doktor akan menasihati pasangan agar menangguhkan kehamilan setahun selepas usia perkahwinan bagi mengelak terdedah kepada penyakit praeklampsia ketika mengandung. Kehamilan dari pasangan baru contohnya pasangan daripada perkahwinan kedua atau melalui kaedah pemanian berhadas juga meningkatkan kadar risiko praeklampsia.

Ibu hamil yang sememangnya menghidap tekanan darah tinggi, penyakit ginjal atau autoimun adalah antara golongan berpotensi menghidap praeklampsia. Penghidap Diabetes Melitus atau keadaan di mana saluran darah yang luar biasa pada ibu-ibu hamil yang menghidap diabetes boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi di akhir kehamilan. Semakin lama menghidap diabetes, semakin tinggi risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi.

Praeklampsia juga boleh terjadi kepada kehamilan kembar. Kekerapan mendapat tekanan darah tinggi meningkat sebanyak 2 hingga 5 kali ganda pada ibu-ibu yang hamil kembar dua kerana ini akan merumitkan kehamilan mereka.

Penyakit praeklampsia diklasifikasikan melalui gejala tiga serangkai iaitu tekanan darah tinggi, proteinuria dan/atau sembab. Jika tekanan darah meningkat 140/90 mmHg, segeralah berjumpa doktor dengan segera kerana gejala tanpa rawatan boleh membawa kepada praeklampsia yang mengancam nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Sembab atau bengkak berlaku serentak dengan peningkatan berat badan. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak semestinya merupakan tanda praeklampsia kerana sesetengah wanita hamil memang mengalami pembengkakan terutamanya di sekitar pergelangan tangan dan buku lali.

Proteinuria berlaku apabila protein dikesan dalam air kencing. Biasanya, ia merupakan tanda utama kewujudan praeklampsia semasa hamil. Keadaan ini biasanya hilang selepas bersalin.

Beberapa tanda dan gejala praeklampsia lain adalah seperti berikut:

• Sakit kepala yang amat sangat.

• Terasa tidak sihat, pening dan/atau muntah

• Kekeliruan

• Penglihatan terganggu seperti kabur atau ternampak tompokan cahaya

• Demam

• Sakit di bahagian abdomen (epigastrik atau bahagian atas sebelah kanan abdomen)

• Penghasilan air kencing yang berkurangan

• Terdapat darah dalam muntah atau air kencing

• Peningkatan gerak balas terhadap rangsangan (hiperrefleksia)

Selain daripada tekanan darah tinggi tanda lain praeklampsia ialah kencing kotor iaitu air kencing mengandungi albumin. Penyakit ini biasanya timbul di peringkat akhir kehamilan iaitu apabila kehamilan masuk ke peringkat lapan bulan. Adalah dipercayai wanita yang menghidap penyakit ini mengeluarkan sejenis ‘racun’ daripada kandungannya. Tidak dapat dipastikan sama ada ‘racun’ ini dikeluarkan oleh uri atau bayi, tetapi ‘ racun’ ini memberi kesan kepada saluran darah ibu.

Ia menyebabkan sedikit kerosakan dengan menimbulkan beberapa kesan seperti timbunan fibrin pada saluran darah di seluruh badan. Saluran darah ibu kemudian menjadi kuncup dan mudah ditembusi cecair darah. Kerosakan ini berlaku di semua organ yang penting seperti buah pinggang, hati dan otak. Ekoran dari kerosakan ini tekanan darah meningkat. Albumin dari darah akan keluar melalui saluran kencing kerana berlakunya kebocoran pada saluran darah dalam buah pinggang.

Jika keadaan ini berlarutan dan tidak dikawal, kerosakan pada saluran darah di seluruh tubuh boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan buah pinggang rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Ini akhirnya akan menyebabkan apa yang digelar acute renal shut down.

Kerosakan pada otak juga boleh berlaku menyebabkan saluran darah ke otak pecah dan darah tumpah ke dalam tisu otak. Keadaan inilah ynag menyebabkan ibu mendapat praeklampsia. Pada peringkat ini, ibu berkenaan dalam keadaan sangat berbahaya dan sebahagian besar daripada mereka akan menemui maut akibat kerosakan otak dan buah pinggang.

Penting bagi setiap wanita yang ingin hamil mendapatkan pemeriksaan badan bagi menentukan mereka sihat. Antara pemeriksaan yang maksudkan ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian darah untuk mengukur paras hemoglobin, ujian air kencing untuk mengesan penyakit buah pinggang dan kencing manis serta penyakit lain seperti penyakit jantung. Pemeriksaan dan ujian sebelum seseorang wanita itu hamil adalah penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawasi penyakitnya. Jika keadaan ini tidak terkawal ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi serta berkemungkinan risiko bayi akan mati dalam kandungan. Bayi juga biasanya lahir dengan timbang berat yang ringan dan kadangkala lahir sebelum cukup bulan. Kedua-dua masalah ini boleh mengancam nyawa dan kesejahteraan bayi di masa hadapan.

Sebenarnya tidak ada ubat yang khusus bagi penyakit praeklampsia melainkan rehat yang secukupnya bagi ibu hamil. Doktor selalunya akan mencadangkan ibu berehat di hospital kerana kemungkinan gangguan jika ibu memilih untuk beristirehat di rumah kerana ini mungkin akan menyebabkan fikirannya tidak. Semasa di hospital pengawasan berkala boleh dilakukan pada ibu dan bayi untuk menentukan keadaannya tidak berbahaya.

Dalam kes-kes tertentu doktor juga perlu memberi ubat penenang untuk menenangkan fikiran dan memudahkan ibu tidur kerana kedua-duanya sangat penting dalam memulihkan penyakit tersebut. Jika tekanan darahnya meningkat naik dan tidak dapat dikawal dengan cara rehat atau cara lain, para doktor akan memberi ubat khusus untuk menurunkan tekanan darah.

Ibu-ibu yang mengalami masalah darah tinggi kadangkala perlu melahirkan kandungan lebih awal daripada biasa. Seringkali kelahiran perlu dipaksakan secara induction of labour lebih awal iaitu satu atau dua minggu sebelum tarik kelahiran sebenar. Dalam keadaan cemas apabila penyakit ini menjadi sangat teruk seperti yang ditunjukkan oleh tekanan darah tinggi ataupun kencing manis yang mengandungi terlalu banyak albumin, atau ada tanda-tanda praeklampsia, maka kelahiran dengan serta merta perlu dilakukan. Kadangkala dalam keadaan sebegini, doktor perlu melakukan kelahiran secara pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi dan ibu.

Penting bagi ibu yang mengandung sulung atau mereka yang melebihi umur 35 tahun ketika hamil atau mengalami kerumitan ketika hamil, mendapatkan pemeriksaan di peringkat awal kehamilan. Wanita juga patut mengawal tubuh badan mereka. Jangan biarkan badan terlalu gemuk kerana ini juga satu faktor yang boleh mencetuskan masalah darah tinggi ketika hamil. Ketika hamil penting baginya mengawal makanan yang mengandungi banyak kanji dan gula.

Langkah-langkah pencegahan seperti makanan rendah garam, pengawalan berat badan, penambahan zat pemakanan dan diuretik (ubat yang dapat menambahkan isipadu air kencing melalui rangsangan terhadap buah pinggang untuk mengeluarkan garam dan air yang lebih banyak) didapati tidak memberi manfaat dalam rawatan praeklampsia. Saranan untuk berehat di katil juga tidak menunjukkan ia dapat mencegah penyakit ini.

Percubaan menggunakan kalsium tambahan sebagai satu langkah untuk mencegah praeklampsia pula hanya terbukti bermanfaat bagi wanita yang berisiko tinggi mendapat praeklampsia. Penurunan yang ketara dalam kejadian praeklampsia telah direkodkan bagi pesakit-pesakit yang diberi kalsium tambahan ini.

Komentar
  1. fiza berkata:

    sy tak bersedia lg nak jadi ibu,cam ne cara nya x nak hamil.
    perlu kah kita minum jus nenas tak nak bg hamil??

  2. mamahafiz berkata:

    sy melahirkan ank pertama melalui keadah pembedahan. kini ank sy berusia 7bln dan sy mengandung lagi!!!sy sgt takut…hari2 menangis dan rasa cm nk gugurkan je kandungan ini.doc dh mara2 kt saya..kate luka perut sy lom matang lagi.apa yg perlu sy lakukan????

  3. Think tank berkata:

    sila rujuk pada pakar yang bertauliah…artikel ini hanya sebagai bahan bacaan rujukan sahaja…:)

  4. liza berkata:

    sy mengandung anak kedua dan dijangka melahirkan anak pada November ini. Pada awal kehamilan sy telah admit di Hosp. krn hyperemesis gravidarum dan selepas itu semasa bulan ke3 kandungan, sy mengalami gatal-gatal (bintik kecil yg berair) seluruh badan. Berjumpa dgn doktor dan diberi ubat tahan gatal dan krim. Kini telah beransur baik tetapi setakat ini hanya bergantung kpd krim shj. Soalan sy, adakah keadaan demikian dan penggunaan ubat yang disarankan doktor memberi kesan kpd bby dalam kandungan?

  5. lyna berkata:

    saya sekarang dalam keadaan mengelirukan..saya sekarang tidak pasti sama ada saya mengandung atau pun tidak..saya cepat lelah, pening2 melayang seperti nak pintam, kerap kencing, buah dada sakit , puting saya membesar…. saya sudah buat ujian pregnent test tapi hasil negetif :( sekarang ni pulak selalu keluar cecair warna coklat cair…. saya sekarang dalam keadaan kebingungan.:(

  6. jua berkata:

    saya baru mengandung anak pertama. skrg usia kandungan saya 5 bulan, masalah saya alami skrg saya mengalami kencing kotor dan masalah plasenta yg besar, dan saya mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.
    Saya bertanya pada doctor tp tiada respon yg buat saya puas hati. Adakah masalah saya ini berisiko pada bayi dan saya kelak?

  7. lieza84 berkata:

    saya berusia 24 thn , saya mempunyai anak 6bln,masalahnya sekarang saya mengandung lagi untuk kali kedua, saya bingung masa mgandung anak ptama,saya alami darah tinggi dan kencing manis dan kerap ke klinik hari2 dan berulang masuk wad 5 kali semasa mgandung pertama.ikutkan saya belum bersedia untuk anak kedua. patut ke saya gugurkan kandungan ini.ddoktor pun dah mengsyorkan jarak 2 3 thn..so macamana sekarang

  8. hidayah berkata:

    saya sudah lama x datang haid kini saya ada masalah tekanan darah tinggi jdi saya baru berusia 20tahun..

  9. ekin berkata:

    saya mengalami tekanan..skarang saya sudah 4 bulan hamil,tetapi kini berat badan saya naik mendadak,mase 3 bulan berat saya 51 sekarang sudah naik 55kg..apa yang perlu saya amalkan untuk maintain kan badan saya ini.tolong lah saya..kwan2 saya mengatakan saya gemuk sekarang.semasa belum kawin,berat saya 49kg,kini sudah bertambah..

  10. nurul berkata:

    adik saya meninggal selepas 13hr melahirkan anak sulong pd 15feb 2009, adik berusia 28thn, ianya berpunca dr jangkitan kuman, post mortem tdk dilakukan, tetapi dia mngalami kerosakan buah pinggang n jantung kerana kuman telah masuk ke saluran darah.

    Adakan simptom atau jangkitan kuman ini berkaitan dgn article yg anda paparkan ini atau sebab lain, sb saya benar2 musykil diatas kematian adik saya itu.

  11. Catherine berkata:

    Saya telah mengandung pada tahun lepas, semasa mengandung anak dalam 7 bulan, anak saya telah mati dalam kandungan.Semasa saya membaca articel ini, saya amat menghargai articel ini sebab apa yang diceritakan di articel ini sama seperti kes yang saya alami sebelum ini.Bolehkah saya dapatkan no contact direct line anda dan kalsium yang direkemenkan saya amat berminat. Sila reply secepat mungkin sebab sampai masa lah tekanan darah dan proteinuria saya masih dalam keadaan teruk.Sekian, terima Kasih. Please Advise…

  12. Alis berkata:

    sebelum saya melahirkan anak saya yang ke-6, saya diserang darah tinggi. Syukur saya boleh melahirkan dengan baik, tetapi setelah melahirkan , dalam tempoh sebulan saya diserang demam yang kuat , dan darah saya tidak stabil, pandai naik dan urun. Mohon nasihat , kenapa dan apa yang boleh saya lakukan

  13. azie berkata:

    Saya sekarang mengandung anak sulung, usia kandungan saya sudah masuk 35 minggu. Sekarang, pada setiap 2 hari sekali saya akan ke klinik berhampiran untuk membuat ujian tekanan darah dan ujian air kencing.

    Doktor menyarankan saya berbuat demikian kerana bila membuat ujian tekanan darah, keputusannya tinggi iaitu 130/90 mmHg. Sedangkan berdasarkan ujian air kencing saya didapati tiada apa-apa masalah seperti kencing kotor ataupun kandungan gula yang tinggi. Saya juga tidak mengalami tanda-tanda terkena darah tinggi seperti pening, mata kabur, pedih ulu hati dan lain-lain.

    Untuk pengetahuan, sekarang saya hanya mengalami bengkak pada kaki sahaja. Tetapi satu masalah lagi bila doktor membuat ultrasound didapati bayi dalam kandungan saya kecil (berat 1.89kg).

    Setiap kali bila keputusan ujian tekanan darah saya tinggi mesti merujuk pada doktor di klinik tersebut. Doktor tidak memberi apa-apa ubat malah hanya memberi nasihat supaya dapatkan rehat yang mencukupi serta menjaga pemakanan. Doktor di klinik juga ada merujuk kepada doktor di hospital dan akhirnya doktor di hospital menyuruh saya mengambil darah untuk ujian (PE PROFILE) untuk mengetahui punca lain.

    Adakah saya menghadapi Praeklampsia atau penyakit lain? Tolong bantu saya untuk menjawab permasalahan saya seperti di atas. Saya berasa ragu-ragu dan adakah ini salah satu punca terjadinya tekana darah yang tinggi akibat terlalu banyak berfikir..

  14. Aizat Ibrahim berkata:

    inilah yang terjadi pada isteri saya sekarang ini…..dia masih di tahan di wad…6 hari…semua tanda itu berada pada isteri saya…..doakan kami…

  15. azma berkata:

    saye mengandung 7 bulan.saye mengalami tanda2 ini sejak seminggu yg lepas…..saye sgt2 risau dengan kandungan saye…..doktor bagi saye ubat darah tinggi, kencing kotor dan antibiotik…..
    minggu lepas baru keluar ward….saye risau sgt……

  16. Jasmin Shaginaw berkata:

    This is very interesting, You’re a very skilled blogger. I’ve joined your rss feed and
    look forward to seeking more of your excellent post. Also, I have shared your website in my social networks!

  17. The website berkata:

    Hey there! I’ve been following your website for a while now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Dallas Tx! Just wanted to tell you keep up the excellent job!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s