Arkib bagi Bulan Julai 2007

Memperkasakan Pertahanan Negara
Julai 31, 2007

 
Islam Hadhari yang diperkenalkan kerajaan telah menggariskan sepuluh pendekatan dan prinsip utama yang perlu digerakkan oleh pemerintah atau masyarakat dalam mengadaptasikan pendekatan Islam. Antara yang dinyatakan adalah keperluan mempunyai kemampuan pertahanan yang kuat.
Tanpa pasukan dan sistem pertahanan yang kuat dan mampu menghalang ancaman yang dihadapi negara, kita semua tidak akan boleh menikmati kebebasan, peluang, kesejahteraan [...]

‘Sea King’ Mesti Bersara…
Julai 25, 2007

Korus
…Kita bergembira, kita berseronok,
kita ada Sea King di bawah matahari.
Tetapi enjin terbakar dan Sea King mesti bersara…
(Dipetik daripada lagu tema juruterbang Sea King Kanada untuk perkhidmatan mereka, dinyanyikan mengikut nada lagu pop ‘Seasons in the Sun’ yang popular pada tahun 1970-an.)
Lagu di atas semestinya berfungsi sebagai lagu pembakar semangat bagi pasukan tentera udara negara Kanada [...]

Relevenkah Batasan Aurat?
Julai 19, 2007

Seorang pemandu bas di Jerman mengugut untuk melempar keluar seorang wanita dari basnya kerana pakaian wanita tersebut terlalu seksi! Pemandu itu berang kerana setiap kali beliau memandang cermin, keseksian wanita tersebut ‘memesongkan perhatiannya’ sehingga menghilangkan tumpuannya kepada jalan raya (Berita Harian, 18 Julai 2007). Semuanya mengenai aurat. Betapa indahnya Islam kerana menetapkan hukum bahawa wanita [...]

Kepada Bukan Perokok Sahaja!
Julai 16, 2007

Penulis paling benci asap rokok. Penulis seorang yang menghargai nyawa dan penyokong kepada kempen kehidupan sihat. Rasa seperti tersekat nafas sekiranya udara dipenuhi dengan asap rokok. Waima di mana-mana sahaja, oleh sesiapa sahaja, jika asap rokok berkepul-kepul di sana, penulis akan berkalih ke arah sini. Begitulah sebaliknya. Tetapi apa yang penulis benar-benar benci adalah sikap [...]

Warna Kad Pilihan
Julai 13, 2007

Kad berwarna biru bagi pekerja yang mendapat markah 90 ke atas diikuti hijau, kuning dan merah bagi markah yang paling rendah. Manakala pegawai yang tidak mencapai tingkat piawaian kerja yang ditetapkan akan diarah bekerja di pejabat kerajaan negeri dan dipantau prestasinya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Kaedah yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor yang dipanggil Sistem [...]