Hanruh sebagai jaminan kesejahteraan negara

Posted: April 13, 2007 in think tank thought

cs15.jpgSebelum ini pada hemat penulis, masyarakat jelata tidak pernah mendengarkan perihal ‘Hanruh’. Segelintir yang mungkin mengetahui, pasti tidak mengetahuinya secara menyeluruh dan mendalam. Apa itu ‘Hanruh’? adakah ia juga suatu konsep seperti Islam Hadhari yang diperkenalkan pemerintah?

Hanruh merupakan singkatan bagi pertahanan menyeluruh yang merupakan suatu konsep pertahanan yang mengemblengkan peranan aktif masyarakat bukan tentera. Hanruh menekankan supaya kesinambungan peranan mempertahankan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan sahaja tetapi juga anggota masyarakat keseluruhan.

Hanruh diperkenalkan, sejak tahun 1986 dan dijadikan sebagai salah satu prinsip asas Dasar Pertahanan Negara dan sebagai strategi dalam mempertahankan kepentingan negara.

Komponen Hanruh adalah meliputi aspek berikut:

a. Kesiagaan Keselamatan;
b. Keutuhan dan Perpaduan Masyarakat;
c. Kesiagaan Awam;
d. Daya Tahan Ekonomi; dan
e. Ketahanan Psikologi.

Kesiagaan keselamatan merangkumi kesiagaan anggota keselamatan dan lain-lain agensi keselamatan bagi melindungi nyawa dan harta benda serta memelihara keselamatan awam. Untuk melaksanakan amanah ini, angkatan keselamatan mestilah mempunyai anggota yang terlatih, mahir dan bermotivasi serta sentiasa menghadapi sebarang ancaman.

Suasana masyarakat yang hidup bersatu padu dan harmoni tanpa mengira perbezaan status, kaum, agama, budaya dan negeri merupakan faktor utama kesejahteraan negara. Kemantapan integrasi national, integrasi budaya dan tanpa perbezaan wilayah adalah asas bagi merealisasikan keutuhan Malaysia.

Kesiagaan awam membawa erti kesediaan agensi-agensi awam, pihak swasta, pertubuhan sukarela dan orang awam dalam mengadakan kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda mereka dan negara dari bencana peperangan. Mereka juga hendaklah melibatkan diri dalam usaha-usaha pembekalan kemudahan asas yang berterusan di dalam keadan perang, darurat dan bencana.

Ketahanan ekonomi bererti kerajaan dan swasta dalam semua sektor ekonomi berganding bahu dan bersatu untuk mempastikan kemampuan dan kekuatan ekonomi bergarak terus mantap di masa aman serta berupaya membantu keperluan keselamatan dalam menghadapi perang dan darurat.

Ketahanan psikologi ialah kekuatan mental yang menunjukkan komitmen dan keyakinan yang padu terhadap kedaulatan dan pertahanan negara. Ia bertujuan membina bangsa Malaysia yang memiliki ketahanan psikologi bagi menghadapi semua bentuk cabaran dan ancaman (sumber: http://www.navy.mil.my).

Dalam konteks pertahanan negara, kerajaan telah menetapkan bahawa objektif utama Dasar Pertahanan Negara (DPN) adalah untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan-kepentingan Malaysia berteraskan kepada kedaulatan negara, keutuhan wilayah serta kesejahteraan ekonomi.

Allah s.w.t dalam surah Al-Antal ayat 60 yang membawa maksud:
“Dan sediakanlah untuk menghadapi mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dianiayai (dirugikan)”.

Justeru bagi menjayakan konsep ini, langkah mempersiapkan jatidiri dan kemahiran untuk tujuan pertahanan menyeluruh terhadap komuniti bukan tentera harus diberi peranan seawal mungkin. Bermula seawal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anak-anak muda harus mula disedarkan tentang peranan ini dan dilanjutkan kepada penglibatan sebagai anggota pasukan simpanan (PSS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di IPT, Pasukan Latihan Anggota Sukarela (PLAS) di Politeknik, Kolej dan sebagainya.

Kesinambungan latihan dan pendedahan kepada mereka-mereka ini sangat perlu diutamakan supaya keperluan ilmu ketenteraan yang telah diajar sebati dalam diri dan boleh digerakkan bila-bila masa mengikut iklim ancaman semasa dalam negara yang mana bersesuaian dengan konsep ini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan mahu mengadaptasikan dan menyelaraskan konsep Hanruh ini mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada keperluan semasa ancaman keselamatan seperti peperangan sahaja tetapi juga sesuai digunapakai semasa bencana alam dan juga krisis tenaga.

Selain daripada itu pengubahsuaian kedua akan turut dijalankan melibatkan perluasan fungsi meliputi aspek peningkatan ketahanan sektor ekonomi dalam menghadapi arus deras globalisasi dengan membentuk dan menguatkan ketahanan mental dan semangat juang bagi menghadapi persaingan sengit dalam dunia perniagaan.

Pengubahsuaian ketiga pula meliputi aspek perlaksanaannya terhadap masyarakat bagi memupuk perpaduan masyarakat jelata berteraskan nilai-nilai hidup terpuji dan untung nasib bersama. Aspek ini akan dipupuk secara berterusan memandangkan kepincangan dalam institusi masyarakat akan turut berupaya mengancam kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Menyedari hakikat betapa pentingnya peranan rakyat dalam pertahanan negara maka Melalui pelaksanaan Hanruh ianya akan dapat membantu angkatan bersenjata supaya meneruskan tanggungjawab mereka dalam menghadapi peperangan dan menentukan kemenangan. Di samping itu, ianya juga akan menentukan agar aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial dapat terus berfungsi seperti biasa dengan gangguan yang paling minima.

Komentar
  1. psychoseiko berkata:

    Catatan yang bermanfaat. Terima kasih!

  2. I’m not sure where you are getting your info, but great topic. I needs to spend some time learning more or understanding more. Thanks for magnificent information I was looking for this information for my mission.

  3. elegant themes berkata:

    Hello There. I found your blog using msn. This is a really well written article.
    I’ll be sure to bookmark it and return to read more of your useful info. Thanks for the post. I’ll definitely
    return.

  4. Mabel berkata:

    May I simply say what a comfort to discover a person
    that genuinely knows what they’re talking about over the internet. You certainly realize how to bring a problem to light and make it important. More and more people must look at this and understand this side of your story. I was surprised you’re
    not more popular given that you most certainly have the
    gift.

  5. Fran berkata:

    Been searching for ages to locate this. Saved this url for future research.

    Great , keep writing.

  6. oundary% berkata:

    Very good post. I absolutely love this website.
    Continue the good work!

  7. With havin so much content and articles do you ever run into
    any issues of plagorism or copyright infringement? My site has a lot of
    completely unique content I’ve either written myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my permission. Do you know any methods to help protect against content from being ripped off? I’d definitely appreciate it.

  8. unhealthy drinks berkata:

    Hey! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
    I’m kinda paranoid about losing everything I’ve worked hard on.
    Any suggestions?

  9. Rashad berkata:

    Every weekend i used to pay a quick visit this web page, as i wish for enjoyment,
    since this this web page conations actually nice funny stuff too.

  10. Stepanie berkata:

    I like the valuable info you provide in your articles. I will bookmark your blog and check again here
    frequently. I am quite certain I will learn many new stuff
    right here! Best of luck for the next!

  11. i am looking at your blog article and its effectively written as well as really well knowledgable.
    i personally like this post i really get pleasure from for your input.
    .i am going to reveal this thing having my most friends.Excellent post ever i read.

  12. Lupe berkata:

    Hello, i think that i noticed you visited my blog so i came to go back the choose?
    .I’m trying to in finding issues to enhance my site!I suppose its adequate to make use of some of your concepts!!

  13. I do not know whether it’s just me or if perhaps everyone else experiencing issues with your blog. It seems like some of the text on your posts are running off the screen. Can someone else please comment and let me know if this is happening to them too? This could be a issue with my web browser because I’ve had this happen before.
    Kudos

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s