‘Close Up’: Kepentingan Ilmu Terhadap Pengurusan Sumber Manusia

Posted: Februari 28, 2007 in think tank thought

sumberPerkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosioekonomi serta politik dunia adalah di antara faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Zaman Teknologi Maklumat ini bertambah sukar untuk diramalkan jenis dan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa depan dengan tepat.

Sumber manusia adalah faktor sentral dalam suatu organisasi. Apapun bentuk serta tujuannya, organisasi dibuat berdasarkan berbagai-bagai visi untuk kepentingan manusia, manakala pelaksanaan misinya dikelola dan diurus oleh manusia. Jadi, manusia merupakan faktor strategis dalam semua kegiatan institusi/organisasi.

Pengurusan sumber manusia secara basisnya adalah mengatur dan mengurus tenaga manusia berdasarkan visi perusahaan agar tujuan organisasi dapat dicapai secara optimum. Manakala fungsi lainnya adalah berkait rapat dengan kerja-kerja pengurusan dalam pelaksanaan proses-proses perencanaan, pengorganisasian, ‘staffing’, memimpin dan mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan organisasi.

Foulkes (1975) melontarkan pandangan beliau dengan menyatakan bahawa peranan pengurusan sumber manusia akan semakin kompleks mengikut arus perubahan. Beliau menyatakan:

“For many years it has been said that capital is the bottleneck for a developing industry. I don’t think this any longer holds true. I think it’s the work force and the company’s inability to recruit and maintain a good work force that does constitute the bottleneck for production. … I think this will hold true even more in the future.”

Fungsi pengurusan sumber manusia (HR) mencakupi hal ehwal ‘staffing’ (hal ehwal yang berkaitan dengan pekerja) dan personel dalam organisasi, yang mencakupi analisis tugas/jabatan, rekrutmen dan pemilihan calon tenaga kerja, orientasi, latihan, pemberian imbalan, penilaian dan pengembangan sumber manusia.

Dalam erti kata lain, pengurusan sumber manusia memikul tanggungjawab yang kompleks menerusi pelbagai aspek terutama meliputi faktor-faktor lingkungan internal organisasi (kekuatan dan kelemahan) serta lingkungan eksternal (peluang dan ancaman).

Dessler (2000) mendefinisikan pengurusan sumber manusia yang strategik sebagai:
“Strategic human resource management is the linking of human resource management with strategic role and objectives in order to improve business performance and develop organizational cultures and foster innovation and flexibility.”

Beliau, menerusi definisi tersebut menjelaskan bahawa pengurus harus mengaitkan pelaksanaan pengurusan sumber manusia dengan strategi organisasi untuk meningkatkan prestasi kerja, mengembangkan budaya korporasi yang mendukung penerapan inovasi dan fleksibiliti.

Perdana Menteri, ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Mewujudkan Masyarakat Belajar Yang Fleksibel – Rakyat Sebagai Sumber Pertumbuhan Berdaya Tahan’ pada Forum Ekonomi Jeddah di Hotel Hilton Kuala Lumper tidak lama dahulu berkata, bagi memenuhi cabaran serta keperluan ke arah membentuk sumber manusia yang berdaya maju, strategik dan progresif, Malaysia sentiasa memperbaharui sistem pendidikannya dari masa ke semasa. Beliau turut menekankan bahawa cara terbaik untuk membangunkan sumber manusia ialah dengan menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada rakyat.

Beliau percaya bahawa ilmu pengetahuan merupakan elemen terpenting dalam penghasilan tenaga kerja yang berdaya tahan serta strategik menerusi penerapan konsep Islam Hadhari yang amat relevan dengan tuntutan supaya setiap umat Islam melengkapkan diri dengan ilmu bagi menjamin kesinambungan perkembangan serta kemajuan.

Teori yang dikemukakan Perdana Menteri itu bertepatan dengan hujah yang telah dikemukakan oleh Drucker (1998), pakar pengurusan terkenal yang mengatakan bahawa cabaran bagi pengurus sumber manusia kini adalah kecenderungan tenaga kerja menidakkan peraturan yang telah diatur oleh jabatan sumber manusia berbanding dahulu. Beliau menegaskan bahawa titik berat pekerjaan kini bergerak sangat cepat dari tenaga ‘manual’ dan ‘clerical’ ke ‘knowledge-worker’ yang menolak menerima perintah ala militan; cara yang diadaptasi oleh dunia perniagaan 100 tahun lalu.

Pola yang berubah ini menuntut ‘pengetahuan’ baru dan ‘cara pengurusan’ yang baru. ‘Human capital’ yang mengacu kepada pengetahuan, pendidikan, latihan, keahlian, kebolehan dan kemampuan tenaga kerja perusahaan menjadi sangat penting. Kini, kecenderungan yang berbentuk ‘knowledge-intensive’, ‘high tech – knowledgeable’, dititikberatkan bersesuaian dengan peredaran dan keperluan dunia perniagaan global.

George R. Knight menyatakan bahawa pendidikan bukan hanya terhad kepada pembelajaran di peringkat sekolah sahaja kerana ia lebih merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat. Justeru, penekanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap sektor pendidikan dalam usaha memastikan sumber manusia negara dapat menjadi aset untuk menjana pertumbuhan mapan bertepatan dengan masanya.

Perdana Menteri melihat era globalisasi sebagai satu faktor yang memerlukan dasar pendidikan sentiasa disesuaikan dengan tuntutan sumber manusia bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya pelbagai peluang yang terbentang luas. Beliau percaya bahawa modus operandi yang perlu ada ialah dengan memastikan wujudnya suatu sistem pendidikan yang telus dan mapan menerusi penerapan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan sumber manusia yang senantiasa dapat dinilai tambah.

Jelas kini, pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri negara adalah bergantung kepada keupayaan untuk mempertahankan kadar produktiviti yang tinggi dan daya saingan diperingkat antarabangsa. Daya saing dan produktiviti industri bergantung pula kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan dengan ilmu pengetahuan yang lengkap, mahir dan bermotivasi tinggi.

Komentar
  1. pit3 berkata:

    memg pon….ak ni tgah mengkaji pasal kepentingan sumber manusia ni…..jd ak bkan nak kate kat sini yang mesin tak penting …tp pikir la…manusia ni mkin ramai….hhaha

  2. pit3 berkata:

    lg 1…kalo negara kita nak membina dan melahirkan sumber tenaga yang berkualiti, mstila mempunyai ilmu….bru bley jd berkualiti….tp pengalaman orang lame pon penting gakk. jangan da dpt sumber yang lebih profsional sumber yang lame ditinggalkan plakkkk…hhhuhuhuhuhuhu

  3. Think tank berkata:

    mesin pun manusia yang buat…mesin rosak kena buat secara manual lah…tenaga manusia la tu…;)

  4. sizuka berkata:

    wei..korang ble x tlg aku cari pengurusan sumber manusia menurut pandangan islam dan pelbagai agama lain.aku kne bt asigment ni.pening aku cari…

  5. kamen rider berkata:

    to SIZUKA,ak pon nga dok cri pe yg ko nga cri tuh…titas an??hweh3…

  6. nadia berkata:

    aku pon minat sangat psal sumber mnusia ni..sbab utama nya coz aku amik coz ni karang.u yg aku minat sangat

  7. iz berkata:

    good article for student

  8. nisa berkata:

    saya nak tahu apakah peranan penguruan sumber manusia dalam sesebuah organisasi penyarikatan

  9. tyne berkata:

    salam…..wei aku pn wat asmnt 2,,,share la kptgn p’urusan sumb mnusia dr pspktif islm n agma lain…….

  10. syahida berkata:

    eee..aku nak cari kepentingan bagi sumber manusia nie..tp xjumpe le..ade sape2 tahu..help me

  11. fazfa ach berkata:

    slm,nape la ckit sgt artikel psl sumber manusia ni??adeh2

  12. nurulhuda berkata:

    macam mana mahu jadik pengurus yang sempurna?

  13. hilton sarun berkata:

    sejak tahun1980an,kumpulan pengurusan di malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam penggunaan istilah HRM.kementerian tenaga kerja telah digantikan dgn kementerian sumber manusia pada tahun 1990.HRM telah berkembang khususnya dalam latihan dan pembangunan terutama di sektor perkilangan.Untuk mengenalpasti kepentingan HRM ni mesti tahu apa fungsi2nya terlebih dahulu.apapn,cth kepentingan HRM adalah spt mengenalpasti mslh sumber manusia itu sendiri,menyediakan penyelesaian thdp mslh tsb,mampu mempengaruhi dan meningkatkan prestasi organisasi melalui peningkatan produktiviti pekerja khasnya dari segi latihan dan pembangunan.Utk menjd seorg pengurus yang sempurna perlu menjadi seorang perancang,fasilitator,penyelaras,auditor dan paling penting menjadi orang tgh antara pekerja dengan organisasi..

  14. iedarani berkata:

    aku nak cari assignment mengenai keperluan pengurusan sumber manusia dalam era globalisasi masa kini…..

  15. kunitt berkata:

    sy tgh decide tntg course sy nh. tp tak thu lh nk amek pbgurusan sumber manusia k tak aduiiiii/

  16. hayati, beyondknowledge sdn bhd berkata:

    Rasanya ramai yang mencari kepentingan sumber manusia didalan thread ini ianya adalah pelajar. banyak artikel mengenai tajuk ini tapi kemungkinan dalam bahasa inggeris. tajuk ini juga agak luas. antara kepentingannya adalah terbahagi 2 bahagian:

    1. Pengurusan sumber manusia
    2. Pengurusan kebolehan sumber manusia (talent and capability management)

    1. bahagian pertama terlibat dalam rangkaian pengambilan pekerja, pendaftaran mengikut keperluan organisasi, pengurusan gaji dan kebajikan, disiplin,cuti, kelayakan , persaraan dsb
    Bahagian ini agak rutin dan adminstrative
    2. bahagian kedua : Pengurusan perkembangan kemahiran seperti keperluan latihan, carta organisasi , pengurusan ilmu dan kemahiran, kenaikan pangkat dll
    bahagian ini memerlu perancangan rapi kerana melibatkan perkembangan individu dan kumpulan

    hope this helps..

  17. Evelyne berkata:

    It’s not my first time to pay a visit this web page, i am visiting this website dailly and take pleasant data from here everyday.

  18. Hey just wanted to give you a brief heads up and let you
    know a few of the pictures aren’t loading correctly. I’m not sure why but I think its a linking issue.
    I’ve tried it in two different web browsers and both show the same results.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s