Archive for Februari, 2007

Hanya Kerana Aku Seorang Wanita
Februari 28, 2007

Raja New Zealand ialah seorang wanita; Queen Elizabeth II yang bertakhta di Istana Buckingham, London, United Kingdom. Baginda diwakili ketua negara New Zealand di Wellington iaitu Gabenor Jeneral, Silvia Cartwright, seorang wanita. Ketua kerajaannya, Perdana Menteri Helen Clark juga seorang wanita. Begitu juga dengan Ketua Hakim Negara, Sian Elias, seorang wanita.
Di Malaysia, 49.1 peratus daripada [...]

Anda Berada Di Kelompok Mana?
Februari 28, 2007

 
Kebelakangan ini media massa sering kali memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan kemerosotan ikatan sosial dan institusi kekeluargaan masyarakat kini. Kes-kes seperti rogol, sumbang mahram, liwat, pembunuhan, ragut dan konsert liar yang menganjurkan seks bebas sangat kerap dipaparkan dan seakan suatu perlakuan yang lali pada masa kini. Insitusi perkahwinan dan kekeluargaan yang telah wujud sejak zaman [...]

‘Close Up’: Kepentingan Ilmu Terhadap Pengurusan Sumber Manusia
Februari 28, 2007

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosioekonomi serta politik dunia adalah di antara faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Zaman Teknologi Maklumat ini bertambah sukar untuk diramalkan jenis dan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa depan dengan tepat.
Sumber manusia adalah faktor sentral dalam suatu organisasi. Apapun bentuk [...]

Ramuan membina bangsa yang bernilai
Februari 27, 2007

“Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab.” Jika diamati dalam-dalam, bidalan Melayu ini menggambarkan betapa hidup seorang Melayu secara terang-terangan adalah bertunjangkan kepada adat istiadat dan budaya ketimuran yang tinggi yang sudah pasti berasaskan kalam Yang Maha Esa.
Bukti semangat ketuanan Melayu kepada adat istiadatnya juga turut digambarkan oleh satu pepatah Melayu – “Biar [...]

Kejadian isi daging manusia kini
Februari 27, 2007

Perihal rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sangat dibenci oleh Perdana Menteri seakan api dalam sekam disepanjang perjalanan pentadbiran berlangsung. Walau cuba dibenteras, rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini persis karat yang sebati dengan besi; sukar dinyahkan.
Rasuah adalah sangat dibenci dan dikeji oleh agama. Malahan, Allah s.w.t membenci perbuatan rasuah itu sama ada memberi atau menerima walau [...]