Archive for Januari, 2007

Internet dan ‘Kasih Sayangnya’ Terhadap Remaja
Januari 17, 2007

Sememangnya dunia kini semakin canggih dan melintasi sempadan yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Masakan tidak, dengan teknologi komunikasi dan maklumat yang dihasilkan, dunia dilihat seakan tidak mempunyai sebarang penghadang bagi membatasi pergerakan dan perlakuannya.
Namun, semakin canggih dunia ini diperlakukan, semakin ramai yang seolah-olah kembali kepada zaman sebelum wujudnya tamadun peradaban. Tidak ramai dikalangan manusia [...]

Ayah
Januari 17, 2007

Tanpa seorang yang bernama ibu, tidak mungkin kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi ini. Namun, tanpa kehadiran seorang lelaki yang bergelar ayah juga tidak mungkin keindahan tadi dapat dihayati.
Seorang ibu sering sahaja diingati sebagai seorang yang sanggup menanggung segala kepayahan demi anak-anak tercinta. Segala pahit jerih menjaga dan membesarkan anak-anak, melayan karenah ketika sakit [...]

Bukan Masalah Remaja Sahaja
Januari 17, 2007

Remaja sering dilihat sebagai ´kelompok pemberontak´. Mereka juga digambarkan sebagai kelompok yang sering membuat keputusan dengan terburu-buru selain gemar mengambil mudah semua aspek perkara yang berkaitan dengan diri dan kebebasan mereka. Orang dewasa sering sahaja ´pening kepala´ untuk ´menenangkan´ remaja terutamanya remaja yang sememangnya bermasalah.
Golongan remaja sering terdorong mengikut kata hati muda mereka. Kenakalan remaja, [...]

Kahwin Kredit
Januari 17, 2007

Perbincangan antara penulis dengan rakan-rakan penulis mengenai konsep ´kahwin dulu, bayar kemudian´ membuatkan penulis tertarik untuk menulis mengenainya. Sememangnya tidak dapat penulis sangkal, harga sebuah perkahwinan bermula daripada tanda pertunangan hinggakanlah perkahwinan itu sendiri memerlukan peruntukan yang banyak.
Bayangkan persiapan pertunangan anggaran peruntukkannya adalah dalam lingkungan RM3000.00! Itu hanya bagi sebelah pihak sahaja! Bayangkan pula belanja [...]

Ulik Mayang Versi ‘Moden’
Januari 17, 2007

Sudah jenuh rasanya penulis membaca dan mengetengahkan perihal ‘cultural cloning’ atau pengklonan budaya ini. Apa yang pasti, bukan penulis sahaja yang ‘berminat’ membicarakan perihal ini kerana pelbagai respon telah diberikan daripada golongan intelektual, politikus, sehinggakan golongan jelata.
Pengklonan budaya pada pengamatan penulis, terjadi apabila terdapatnya suatu ‘hasrat terpendam’ bagi menyebarluaskan budaya dan cara hidup yang dianuti [...]